Bismillahirrahmanirrahim.
Si Kekasih,
Sejauh mana pun dia keras berusaha memberi yang terbaik.
Sentiasa akan ada air mata yang gugur.
Melewati lebaran ini.
Kerana cinta.
Kerana rindu.
Si Kekasih,
Sejauh mana pun dia keras berusaha memberi yang terbaik.
Sentiasa akan ada air mata yang gugur.
Melewati lebaran ini.
Kerana cinta.
Kerana rindu.
Kadang ada laras cinta yang memaksa kita melepaskan.
Melepaskan pertalian.
Melepaskan pendirian.
Melepaskan perasaan.
Melepaskan bukan bermakna memutuskan atau membuang ;
sebaliknya meletakkan satu jarak antara apa yang dirasa dan apa yang perlu dibuat.
Memaksa kita bertanggungjawab dalam bersikap.
Kerana hidup bukan semata-mata tentang apa yang kita rasa,
tapi tentang apa yang akan kita kecapi didunia sebelah sana.
Wallahu'alam.
![]() |
| Bila cantik, sama-sama cantik, bila hodoh, sama-sama hodoh. Barulah jodoh. Eh. |
Sesungguhnya versi throwback telah tertutup awal-awal dulu.
Mengenang kisah lalu kadang-kadang adalah sesuatu yang taboo untuk masa depan yang kian cerah macam matahari.
Er..
Aku rasa kalau adik-adik tanya best ke kawin, aku akan jawab "tak best. baik ko enjoy dulu sebelum pikir pasal kawin. tapi sila enjoy yang syar'ie ya." (uhuk3)
Ok. Separuh tipu.
Kalau dah jodoh kau, tak siapa dapat menghalang.
Sekalipun tiket kapal terbang ke oversea.
Kan?
Setahun untuk membiasakan diri. Kau ingat senang? Haha.
Syukur Alhamdulillah, kami sama-sama penyabar. Uhuk3. Alah, normal la beb kalau emo kadang-kadang. Yang penting tak tinggal tanggungjawab.
Setahun akan datang ni, sesungguhnya cabaran sudah mula dirasakan. Sebenarnya aku belum bosan duduk berdua. Mengadap muka laki aku tiap-tiap hari pun aku sanggup selagi tak bergaduh. Haha. Tapi rezeki bertiga mungkin lebih berganda nikmatnya..Huhui.. InsyaAllah.
Oklah. Sebelum aku mengarut lagi jauh dan menyebabkan pembaca-pembaca muntah darah, maka mari kita tutup entri ini dengan ucapan..
"Selamat ulangtahun sayang. Semoga semakin berkasih sayang kita dimasa hadapan.."
Cewah..begitu poyo ucapan aku..
Wallahu'alam..
"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya." (al A’raf : 56)
selamat pagi menjejak tengahari untuk dunia di sebelah sini.
dan awal pagi untuk dunia di sebelah sana.
barangkali masih belum bangun dari tidur si dia.
moga nyenyak dinaugi rahmat dan kasih Allah sentiasa.
menyongsang ke topik lain,
kata hamka,
"banjir mungkin melamaskan manusia,
tetapi tidak pernah melemaskan syaitan durjana."
semalaman aku diam dari perkhabaran.
nah, hati aku kan sedang sakit.
bukan sahaja badan dan kepala.
malah tambah dijolok bisik syaitan.
menjadikan sakitnya tiga kali ganda dari biasa.
membiarkan diri lemas dengan perasaan berteman hujan.
sambil mengenang anak yang satu-satunyanya tanda cinta.
hingga reda.
baru aku carikan bait-bait kata-Nya.
pesan kiyai,
"jika kita menempatkan hati untuk Allah,
maka Allah akan menempatkan makhluk-Nya
dihati kita dengan porsi yang pas.
sedangkan jika kita menempakan hati untuk makhluk,
maka makhluk itu akan membuatnya kering hampa kerana
jauh dari Allah s.w.t."
bersangka-sangka.
hanya akan mematikan indahnya rasa tawakal kepada-Nya.
nah,
mujahadah.
sewaktu bersama atau sendiri.
itulah sebenarnya tanda cinta.
sederhana tapi sempurna.
wallahu'alam.
I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...