Friday, October 29, 2010

Peta Hidup vs Peta Dunia..


Bismillah..

Manusia,
Andai dibenarkan merungut,
Pasti berkajang-kajang kertas dituliskannya.
Padahal,
Selalu terlupa,
Nikmat Allah itu,
Andai ditulis diatas daun-daun,
Serata alam,
Pasti takkan habis tertulis semua,
Walau kering air laut sebagai dakwatnya…

*********************************

Semingguan, merencana dan melaksana,
Tugasan demi tugasan,
Tuntutan demi tuntutan..
Letih tak terbendung kadang,
Namun masih punya ruang istirehat yang panjang..
Alhamdulillah..

Fizikal,
Masih mahu bertahan..
Walau batuk, sakit-sakit badan..
Kafarah dosa kan..
Alhamdulillah..

Mental..
“Tak tersokong.”
Kadangkala, perkataan itu saja yang terbit dari lubuk hati.
Akhir, pasrah dengan tarbiyyah yang Allah beri..
Rasa berseorangan itu terkadang ada,
Dan faham bahawa DIA mahu diri ini hanya bergantung pada DIA.
Salah satu bukti Cinta DIA..
Alhamdulillah..

Kisahnya,
Walau ditinggal teman ke bumi Anbiya’,
Dibalas-Nya teman baru yang lebih akrab jiwanya..
Walau dilempar sahabat tak ketahuan hidupnya,
Masih juga punya seorang yang menambah senyum ketawa..
Walau yang lainnya entah kemana,
Masih juga punya penenang dikala serabut tak terkata..
Walau kadang pengakibat air mata..
Namun sebenarnya,
Bukan mereka..
Tapi..
Cukuplah..
Allah ada..
Allah ada..
Allah ada…

Dan harapnya di sana nanti,
Tanpa mereka yang tersebutkan diatas tadi..
Masih juga akan kuat menzikirkan perkara yang sama..
InsyaAllah..

***************************************
1 November 2010 hingga 14 November 2010,
Genap dua tahun..
Tarikh yang sama dua tahun lepas,
Saya ke Sri Lanka.
Baru terperasankan beberapa jam tadi..

InsyaAllah..
Untuk kali ini,
Misi diteruskan ke Tanah Jawa pula.
Yogjakarta, Cerebon, Surabaya, Semarang etc..
InsyaAllah..
Menjejaki tokoh da’wah zaman lampau-Wali Songo,
Mengkaji method da’wah mereka menyampaikan Islam di Tanah Jawa..
Moga ada manfaatnya untuk ummat Islam di Malaysia.
Dan meneruskan salah satu projek GPTD yang dinanti-nanti produknya.
InsyaAllah.

Hasilnya nanti,
InsyaAllah jika kepulangan kami disusuli dengan usaha ke arah mengajak anak-anak remaja/muda mengenali tokoh Islam Nusantara.
Juga InsyaAllah andai kami mampu mengadaptasi method-method para wali ini seiring dengan peredaran masa.
Dan InsyaAllah projek yang dirancangkan diharap mampu dijalankan sebaiknya..

Hanya Allah sebaik-baik pembantu..

************************************************
Dipesankan,
Kononya mahu cari AbyRedha di Tanah Jawa..
Rupanya ia bukan soal siapa,
Tapi soal bila…
Jangan risau,
Percaya saja..
AbyRedhanya akan hadir juga..
Kalau bukan di dunia, biarlah di syurga..

[mode:positif ni..sungguh! :p]



:: Mahu syahid..Ameen..

Wednesday, October 27, 2010

Ibu oh Ibu~

[mode minggu ini]

Bismillah.

Pagi Ahad.

Bersarapan sambil menonton Nasi Lemak Kopi o di TV9.

Tentang Aman Palestin dan seangkatan dengannya.

Lalu Emak bertanya..

“ABIM tak hantar wakil ke Palestin ke?”

“Ada. Minggu lepas mereka hantar.”

“Kenapa kamu tak pergi?”

Saya pandang Emak.

“Boleh ke??” Takjub.

Emak. “Hish.”

Kakak. [Gelak]



:: Hik3… Selamat datang Jogjakarta~ Fiu~ Fiu~

Tuesday, October 26, 2010

[...]

Bismillah.

Tuhan,
Kuatkan aku..
Tabahkan aku..
Tahan airmataku..
Tahan sebak dadaku..
Jadikan aku insan beriman..

Tuhan,
Hadiahkan aku sabar yang lebih..
Buangkan sisi rapuh aku ini..
Ya Allah…
Ya Rabbi…

Friday, October 22, 2010

Citra Hidup~


Bismillah.

Selamat Hari Lahir buat sahabat serumah-Liza.
Kita mungkin tak menyambut dengan kek,
Tapi Big Apple pun mungkin sudah memandai.
Kan~
Hehe.
Selamat Hari Lahir awak!
Rajin-rajin masak untuk saya tau! :D

Dua-tiga entri yang lepas, lebih kepada warna-warni hidup yang di terjemah melalui sesuatu yang dinamakan seni. Sesuatu yang tidak terlihat terus kerana kehalusan [baca:seni] bahasanya. Betapa saya mengagumi bahasa seni Pak Samad. Saat puisi-puisinya didengar, jiwa saya bergetar. Tulus. Paling tulus untuk di dengar.
Dan kini seni hidup.
Ada pasang surut.
Warna-warna.
Sakit-bengkak-patah tulang [mode:eheh~]
Dan hati manusia, bukan saya yang mampu merawatnya…
Kecuali DIA..

“Kak, dia kehilangan..dia mungkin boleh tipu semua..tapi tidak yang rapat dengan dia..saya boleh rasa.” Kata orang tulus.

Dan saya senyum..senyum kasihan..
Sekali lagi..
Hati manusia, bukan saya yang mampu merawatnya...

“Kena berani hadapi akibat dari perbuatan kita. Dan kemudian cari dimensi kekuatan. Dan pastikan ia bukan apa yang menyelesakan jiwa, tapi kebenaran yang menusuk yang ada gunanya.” Pesan sahabat jiwa.

Saya tak tipu kalau saya kata saya sangat faham.
Andai tidak, masakan saya kembali ke sini. :)
InsyaAllah. Harapnya inilah faham yang benar.

“Buangkan ego yang disangka maruah.”

Dush! Tahu kata-katanya benar.
Jadi tidak salahlah kalau terasa.
Mengaku saja dan berubah. Kan?
[macam la berubah tu senang~]

Terakhir.
Saya belum lagi kotakan janji untuk menulis entri keluarga [baca:usrah] tempoh hari.
Saya malas. Noktah.
Hehe.

Tapi saya akan cuba buat untuk orang tulus.
Sebab dia kata tak sempat nak salin apa-apa waktu saya bercakap.
Saya bercakap laju sangatkah? -.-“

InsyaAllah.
Moga Allah perkuatkan langkah kaki saya dan mereka menghadapi penjara dunia [baca:hidup].
Ameen.


:: Dan yang tulus itu sangat setia. Terima Kasih. Saya memang sayang awak lebih la~ :D

Wednesday, October 20, 2010

Space Gambus Experiment feat. A Samad Said





Dibawah bintang mengerdip-A Samad Said
I
(surat daripada pelayan)

Dibawah bintang mengerdip aku ingin bersunyi
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta ria.

Di bawah bintang mengerdip aku ingin bersayu
tiada ayahanda tiada bonda tiada kanda
tapi siapa sanggup percaya malam turut berhiba
ketika kekasih erat bersenda di Damansara.

Angin liar disini bunga kenanga keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu dibawah bintang mengerdip aku berlara
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa.

Adam, jika benarlah belasmu ada
di pusaraku nanti taburilah bunga.

II
(surat kepada pelayan)

Ketika senja memerah surat gementarmu tiba
ku baca dengan degupan jantung bertambah
mengapa di bawah bintang mengerdip anda luka
tentang pusara dan bunga anda khabarkan pula?

Buku lagu dan rindu-ayahanda bonda dan kanda
di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah kemana terdamparnya
tiadakan berdaya melihatmu lara di malam indah.

Ribut besar disini pohon kenanga bertumbangan
menyentak dada ini gementar sampai ke nadi
tetapi tiada yang dapat di terka siapa yang dahulu ke muara
kerana sama akan kita tinggalkan pulau-singgah.

Hawa, jika benarlah anda berduka
separuh laramu kurasakan sudah!

Kuala Lumpur -29 mac1960
catatan:inti puisi ini dipeti daripada bergaul dengan beberapa orang penari yang antaranya jujur bercerita tentang nasib malang mereka. aku tersentuh.

Puisi yang hampir-hampir membuat aku menitiskan air mata.bergetar jiwaku bila dengan suara beliau yang membaca ayat-ayat bermaksud dan di iringi muzik2 kabolarasi SGE (kamal sabran-zulkifli ramli sebentar tadi.sungguh mengasyikkan juga beremosi!
Petikan diatas aku ambil dari laman web,keratan dari Utusan Zaman.

Erti Hari Ini (Aizat)


Bismillah.

Menatap pagi yang sepi
Suara merdu penuh syahdu
Silih berganti tangisan si kecil
Merayu di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku segala masalah
Mampu dilerai dengan menyanyi
Pintaku hasratku cintaku
Di pagi penuh bahagia

(korus)
Aku tetap percaya walau sekadar bermimpi
Bahawa ada yang akan merealisasikan mimpiku
Untuk dunia yang lebih baik dari dunia kecilku

Maafkan aku tertewas terjatuh
Melaksanakan tanggungjawabku
Oh Tuhan sampaikan impian
Semua yang kau cinta

(ulang korus)

Aku masih keliru dan tidak memahamiku
Adakah ini semua lebih berharga dari nyawa
Seorang insan bermakna.




:: Kan dah kata, suara dia sedap~

Tuesday, October 19, 2010

Manifestasi Hidup 2~


Bismillah.

Saya tercari-carikan sajak ini sejak setahun lalu.
Alhamdulillah ketemu. :)

DI NEGERI AMPLOP
H.M. Mustofa Bisri


Di negeri amplop
Aladin menyembunyikan
Lampu wasiatnya. Malu.
Samson tersipu-sipu
Rambut keramatnya
Ditutupi topi. Rapi-rapi.
David Coperfield dan Houdini
Bersembunyi. Rendah diri.

(Entah andaikata Nabi Musa
Bersedia datang membawa tongkatnya)

Amplop-amplop di negeri amplop
Mengatur dengan teratur
Hal-hal yang tak teratur menjadi teratur
Hal-hal yang teratur menjadi tak teratur
Memutuskan putusan yang tak putus
Membatalkan putusan yang sudah putus

Amplop-amplop menguasai penguasa
Dan mengendalikan orang-orang biasa
Amplop-amplop membeberkan dan menyembunyikan
Mencairkan dan membekukan
Mengganjal dan melicinkan
Orang bicara bisa bisu
Orang mendengar bisa tuli
Orang alim bisa nafsu
Orang sakti bisa mati

Di negeri amplop
Amplop-amplop mengamplopi
Apa saja dan siapa saja.

********************

Dan sahabat-sahabatku.
Demi Allah dan Rasul.
Aku mencintaimu yang mencintai perjuangan.

Lagakan hati kita biar pada tempatnya ya.
Salurkan emosi kita sebaiknya ya.
Susunkan gerakkan kita sempurnanya ya..
Dan..
Lapangkan hati, minda, jiwa..
Semurninya..

Kerna segalanya..
Aku masih yakin adalah kerja-Nya.

Dan dalam usaha kita..
Pastikan hikmah sehikmahnya..
InsyaAllah..

"Satukalah hati-hati kami Ya Allah..."
Ameen..

:: [Perjalanan Mencari Hikmah-Abdullah Hussain]

Sunday, October 17, 2010

Manifestasi Hidup~

"Sayang awak dan dia..Alhamdulillah"

Bismillah.

"Kita hidup dengan apa yang kita faham."

Suka tajuk & entri ni.
Lebih lagi penjelasan pada gambar.
Jelas.
[sila rujuk pada link untuk penerangan lanjut]

*********************

Alhamdulillah.

Disebalik mendung, hujan sepi, sunyi dan merindu yang jauh,
Allah masih kurniakan juga gelak ketawa ceria,
Atas dasar kasih sayang perjuangan-ukhuwwahfillah yang dijagai berlandas
Cinta Allah dan Rasul.
Terima Kasih Allah. :)

Saya terperasankan, bila persahabatan tersilap sandaran, Allah pasti ujikan [tegurkan].
Dengan mudah hati akan sakit-pedih, cemburu, kecewa, terkilan.
Lidah juga terkadang sewenangnya menyata tipu daya.
Walhal hati [iman] tidak pernah rela..

Namun hikmah-Nya meluas. Maha Besar kasih sayang-Nya.
“Bercinta dan berkasih sayanglah kerana AKU.
Kerana CintaKu..untuk mengejar Redha-Ku..
Hanya kerana Cinta kepada Aku..”

Dan kerana perjuangan mengejar Redha dan Cinta-Nya,
Pilihan-pilihan peribadi harus di letak tepi.
Kerana yakin bahawa Allah Maha Memberi.

“Orang yang ikhlas akan dikurniakan Allah dengan ilham yang luar biasa”
“Kita bukan sahaja mendapat rezeki duniawi, tetapi juga rezeki maknawi berupa ketenangan hati, kecintaan pada Allah dan perjuangan.”
-En.Azam

“Ladeni manusia itu secara insani.
Kerana dia punya aqal, layani aqalnya.
Kerana dia punya hati, layani hatinya.
Kerana dia punyai perasaan, layani perasaanya.”

“Dakwah terbaik adalah melalui contoh yang baik.”

-Datuk Idris Jauzi

Dan buat pertama kalinya.
Bila saja sejarah mengangkat martabat yakin & jatidiri pendakwah yang utuh.
Tiada siapa yang merugi melainkan mereka-mereka yang lalai.
Kerana dasarnya hidup itu adalah untuk mati.

Dan katanya, mahu jadi isteri nombor dua? (n_n)v




[Mode: Tamrin]

Wednesday, October 13, 2010

Aneh~

Bismillah.
Hidup terkadang benar aneh.
Ada perkara besar terpandang kecil,
Ada perkara kecil terpandang besar.
[mode:sila basuh pinggan selepas makan]

Banyak perkara bercampur.
Antara desak tanggungjawab,
Susun atur keperluan & kehendak,
Penuhi hidup insan lain.

Terkeluar kadang segala rasa,
Geram, sakit, penat,sedih,
Diam, sunyi, rindu, sayu.
Puas hati juga yang penting.
Hidup, tanpa rasa yang bercampur,
Umpama tiada warna luhur.
Indah saja sebenarnya.

Perjuangan.
Takkan aku jadikan sesuatu yang konon-konon.
Itu nafas aku.
Nyawa aku.
Degup jantung aku.

Engkau sahabat.
Ada ruang percaya.
Dan ada ruang khianat,
Yang tak terpandang dek mata.
Keduanya, kan alat menguji iman kita.
Aku terima dua-dua.

[edited]
Politik kerja kau.
Bukan kau saja yang tahu.
Aku juga tahu.
Kerna aku ada politik aku sendiri juga.
Kau saja yang tak tahu.
Haha.

Teman.
Hilang sebentar,
Bukan kiraan masa.
Tapi kiraan jiwa.

Kau yang lihat jiwa aku dalam-dalam.
Tak apa kalau tak ada sekarang.
Aku tunggu saja.
Bukan salah kau.
Dan bukan tidak usaha aku.
Tapi kuasa DIA.

Ngomel-ngomel,
Seronok juga.
Ada indah yang tidak terfaham mereka.
Ada hitam yang tidak ternampakkan semua.
Mujur..

Dan aku..
Masih juga terus hidup.
Atas Kasih Cinta DIA..
Alhamdulillah.


::Alhamdulillah..

Dan mereka perempuan-perempuan...

Bismillah.

Untuk mereka perempuan-perempuan.

Biar terus tabah hatinya.

[Kak Ros, Syafa, Lina Mursyidah, Nur Akmar, Arina, Sakinah, Wan Fadilah, Hawa, Naheed, Hajar, Jihan, Atiqah, Balqis, Raihan,Syam..dan sekaliannya..]

Senyum sekali tersinggung.
Manis wajah sekali berat menanggung,
Demi-Nya,
Baik dan buruk,
Segalanya karunia.

Jadi insan.
Ada fitrah yang tak wajar terlupakan.
Jadi hamba,
Ada dosa yang harus ditaubatkan,
Jadi khalifah,
Ada amanah yang sekalian perlu dibangunkan.

Hilang cinta,
Hilang jiwa,
Hilang rasa.
DIA tetap ada.

Ada DIA.
Ada segala.
Cukup segala.
Cinta segala.

Ada dosa.
Jangan sampai binasa.
Pinta pada DIA.
Pohon pada DIA.
Minta maaf juga pada semua.

Andai ditakdirkan sesuatu itu milikmu,
Akan jadi milikmulah ia..
Andai bukan begitu,
Pasti ada untukmu di suatu masa.
Yang penting kau usaha.
Sekalian dengan senyum dan manis muka.



:: Kau, aku..ada serupanya kita...

Tuesday, October 12, 2010

Bedar Sukma Bisu [FT]


Bismillah.

Ku di atas Bedar.
Dilambung ombak.
Diasak badai.
Berlari siang,
Tafakkur malam.

Atas Yang Maha Hidup,
aku hidup.
Atas Yang Maha Pengasih,
aku dikasih.
Atas Yang Maha Penentu,
aku berdiri dan jatuh.



:: Berteman sukma bisu..

Monday, October 11, 2010

'Perahu'-Hamzah Fansuri



Syair Perahu ~ Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikanpun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri




Sumber: http://edy-311.blogspot.com/2010/04/hamzah-fansuri.html



:: Untuk teman jiwa yang sedang bertingkah...

Sunday, October 10, 2010

Nur Idleen Irdina Bt. Muhammad Zaki

Cahaya~

30 September 2010.
Sama dengan tarikh lahir pakciknya-Mohammad Izzuddin.
Boleh sambut sama-sama tiap tahun..
Tu pun kalau PAkcik dia baik hati.. :)

Nur Idleen Irdina.
a.k.a Ijah Junior.

Moga jadi anak solehah.
Ubat hati Ibu Ayah.


InsyaAllah.

Friday, October 8, 2010

Anak kecil yang tabah..

Dhiya Hiswaniza

Bismillah.

Bila Dhiya hisap jari, sebijik macam Pak Su dia masa kecik-kecik.
Dua batang jari tengah dan jari hantu.
Dan perlu ada bantal busuk [moo-moo namanya].
Atau apa-apa saja kain/towel untuk dipegang.

Kepala botak [rambut tak mau tumbuh]
Tak berapa nak tinggi.
Namun masih belum pandai berjalan lagi.
Tapi bila merangkak mengalahkan orang berlari.

Gigi sudah tumbuh.
Cantik walaupun baru empat batang. Hihi.

Hidup dengan Ibu, memang selalu kena tinggal.
Bila Ibu kerja. Dhiya di nurseri.
Bila Ibu ada kelas. Dhiya di jaga nenek.

Jumpa Ayah pun paling banyak setiap hujung minggu.
Masa-masa begitu paling bernilai untuk Ibu dan Ayah.
Apatah lagi bila ada Dhiya bersama.

Keletah Dhiya yang tak tahu duduk diam.
Tangan dan kaki tak pernah berhenti bergerak.
Walalupun waktu tidur.
Habis di tendang kanan-kiri.
Mulut apatah lagi.
Menjerit sana-sini.

Tapi yang itu yang orang sayang dan cinta.
Yang orang suka untuk dengar.

Dhiya yang tercinta,
Bila besar nanti harus jadi orang berguna.
Biar banyak cakap pada tempatnya.
Biar rajin bergerak pada yang ada faedahnya.
Biar jadi tabah bagai Ibu & Ayahnya.
Juga Nenek dan Atoknya.

Biar terus comel macam Cik Lilil nya.
Eheh..




:: Belum cukup tabah seperti Ibu...

Thursday, October 7, 2010

Ibuku si Tabah..


Bismillah.

Benarlah, insan paling tabah dan sabar adalah seorang ibu.
Dia yang mengandungkan.
Kurang lebih sembilan bulan.

Dia yang menyusukan.
Kurang lebih dua tahun.

Dia yang menyuapkan.
Kurang lebih hingga kau mampu menyuap diri sendiri.

Dia yang menyiapkan keperluanmu.
Kurang lebih hingga kau berumahtangga.

Dia yang memasak, membasuh, mengemas rumah.
Agar kau selesa di pelukannya.
Saat kau kembali kerumahmu.
Kurang lebih sehingga kau punya rumah sendiri.

Dia yang mengajarkanmu A, B, C.
Membaca, menulis dan mengaji.
Kurang lebih hingga kau pandai belajar sendiri.

Dia yang mengenggam tanganmu waktu kau belajar berdiri.
Berjalan dan berlari.
Kurang lebih hingga kau mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Dia yang menasihati, memberi semangat,
mendoakan siang dan malam hingga bengkak-bengkak kaki.
Kurang lebih hingga kau berjaya dalam hidup.

Dia yang mengorbankan segalanya.
Demi ayahmu, kau, dan adik-berdikmu.
Kurang lebih sepanjang hayatnya.

Sepanjang hayatnya...

Moga Allah mengampuni, membahagiakan, mendamaikan, menenangkan dan membalasi segala perjuangan cintanya dengan syurga. Ameen.
Al-Fatihah.


:: Mak, nanti saya temani lagi.. InsyaAllah..

Wednesday, October 6, 2010

Dia tetap ayahku...

Bismillah.

Membaca blog Putra tentang Ayah,
Saya terkenang ayahanda sendiri.
Yang kami adik-beradik gelarkan 'Bapak'.

Dua nasihat yang paling saya ingat dari Bapak:
"Bila buat sesuatu, harus buat dengan hati yang bulat;"
Nasihat ini khas untuk saya kerana Bapak paling tahu celah ketakutan saya.

Dan.

"Orang muda harus merantau. Kerana kudratnya muda. Jiwanya muda.
Merantau jauh untuk memperkayakan diri dengan ilmu dan pengalaman."

Dan Bapak akan katakan.."Pergilah belajar jauh-jauh"

Walaupun akhir kami berkumpul adik-beradik di Kuala Lumpur juga.

Setelah apa yang terjadi sepanjang petang dan malam ini.
Ingatan saya makin kuat pada Bapak.

Hanya mampu temani Bapak kurang sejam di rumah abang.
Saya jadi terkilan.

Melihat Bapak terlantar menahan sakit.
Saya kucup tangannya.
Sambil bersoal jawab dengan Emak.

Tiba-tiba.
"Tolong urutkan kepala Bapak"

Saya menurut.
Panas.
Saya urut pelan-pelan.
Lama kelamaan-sedikit kuat hingga Bapak menegur.

"Tak kuat pun tak apa, yang penting dapat rasa ada orang jaga."

Hmm.

Menyambung urutan sambil Bapak membacakan selawat syifa'.
Dan saya hanya mampu mengulang-ulang ayatul kursi.
Kerna itu saja yang terfikir tatkala hati sedang sebak.

Memandang Emak yang sudah cukup pasrah &
hadam dengan kesakitan Bapak,
Saya gagahkan hati.
Emak adalah ibu dan isteri yang sangat tabah.
Saya harus belajar tabah seperti Emak.

Di akhir pertemuan.
Bapak kucup kedua pipi saya.
Sesuatu yang sangat jarang terjadi.
Yang terakhir saya ingat adalah semasa Bapak balik Haji.

Saat ini saya masih terkilan.
Walaupun dekat, tanggungjawab saya masih payah untuk tertunai.
Deretan mesyuarat dan perjumpaan sepanjang minggu ini
menyukarkan saya untuk ziarahi Bapak setiap hari.
Dan lirik mata Emak yang penuh harapan untuk temani dia menjagai Bapak.
Maafkan saya!

Saya hanya mampu berdoa.
Hati kami adik-beradik sama-sama di kuatkan dan di satukan.
Agar Emak dan Bapak kekal punya bahagia biarpun dalam ujian.
Moga Allah melindungi kedua insan suci ini dengan kebahagiaan hakiki.
Dunia dan akhirat.
InsyaAllah. Ameen.
Al-Fatihah.


:: Sesungguhnya Allah Maha Penentu..

Monday, October 4, 2010

Tegar di mood graduasi~

Bismillah.

Alhamdulillah. Tanggal 3 Oktober 2010 bersamaan 23 Syawal 1431.
Majlis Graduasi saya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Dari saat mempersiap baju-baju malam itu hingga saat berjalan masuk ke dewan CAC,
menjadi pelajar kedua terakhir dari Kuliyah Sains Kemanusiaan yang menerima ijazah,
saat melangkah kaki ke pentas, menerima ijazah dan turun semula.

Dan..

Segalanya yang berlaku sepanjang hari bersama keluarga sedarah, keluarga PKPIM, sahabat-sahabat gen-2, dan Atiqah... :)

Membuatkan saya melihat, mendengar dan berfikir.

Pertama,
Atas segala kurnia-Nya..Alhamdulillah.
Saya terdidkan menjadi hamba & khalifah.
Tingal mahu mengamalkan lebih banyak ilmu yang ada.

InsyaAllah.



Kedua, kepada yang paling banyak mengorbankan jiwa raga.
Paling banyak menitiskan peluh dan air mata.
Paling banyak bersabar dengan segala pinta.
Emak dan Bapak.
Moga Allah membalasi keduanya dengan syurga.
Ameen. Al-Fatihah..

Ketiga, atas usaha wanita tabah menyantuni kehendak adiknya-Kakak.
Moga tenang sepanjang hidupnya..

Keempat, adik-beradik yang lain.
Yang tanpa bergaduh-bertumbuk waktu kecil-kecil dulu,
mungkin tidak terilhamkan saya di sini.

Kelima, guru-guru sekolah yang banyak memberi harapan.
Sahabat-sahabat hati & jiwa, kawan, teman, kekasih malah musuh..

Semuanya..paling banyak mengelilingi diri.

Gen-2 Reunion Night!

Moga ilmu yang diterima, bakal digunakan sebaiknya.
Untuk diri..Untuk Ummat.

Pesan seorang sahabat:
"Jangan sampai ilmumu menjadi kebodohan dan keyakinanmu menjadi keraguan.
Jika engkau berilmu, maka beramallah dan jika engkau yakin
maka majulah.

-Puteri (4 October 2010/10.59 p.m)




:: Menantikan Majlis Graduasi yang seterusnya..InsyaAllah~

Saturday, October 2, 2010

Jika [A.Samad Said]

Jika

Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung meransang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya

(sajak Jika, karya A. Samad Said, dari antologi Rindu Ibu)



:: Untuk Arina, Sakinah, Wanfad, Hafiz, Putra dan Zikri...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...