Monday, December 7, 2020

Peluang

 Bismillahhirahmanirrahim



Aku fikir dilema bekerjaya ini sudah berakhir. Dah boleh bertenang tanpa fikir nak kerja apa lepas ni. Tapi kerja Tuhan siapa tahu kan?

Entah apa yang Tuhan mahu tunjukkan. 

"If you know what you want, fight for it."
"Fight what"?


Tuhan mohon tunjukkan jalan......

Saturday, November 28, 2020

Jihad Bisnes?

Bismillahirrahmanirrahim.


Sudah 6 bulan aku mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecil-kecilan.

BIG WHY?
Jangan tanya sebab aku pun tak tahu.
Cuma ada waktu-waktunya rasa desprate perlukan duit.
Perlukan simpanan.
Perlukan rasa mampu untuk memberi. 
Mungkin BIG WHY yang tak sebesar atau semegah orang lain.
Tapi ia tetap sesuatu.
Jujurnya, bisnes bukan bidang aku. Bukan minat. 
Sekadar bersambil-sambil.
Tapi bila terpaksa, memang kena paksa diri usahakan. Buat dan buat.
Ada waktu memang malu, malas dan penat.
Ada waktu seronok je.
Adat hidup. Kadang begitu, kadang begini.
Apa pun akhirnya kena tanya balik pada diri. 
Nak apa sebenarnya?

Thursday, November 26, 2020

Syawal 2020

Bismillahirrahmanirrahim.



Sudah menghampiri hujung tahun 2020.

Dunia pantas berubah.
Jika sepuluh tahun lalu menulis blog itu satu kegilaan, kini tiada lagi.
Sejak 5 tahun lalu penulisan blog mulai tidak popular.
Selain FB (yang kebanyakannya dipenuhi warga senior, belia dan seangkatannya) anak-anak muda kini lebih cenderung memilih Instagram, Twitter, tik tok dan entah apa lagi yang aku pun kurang pasti.
Hanya beberapa laman blog sahaja yang masih diikuti terutama Ust. Hasrizal Abd Jamil.
Dan masih kadang membaca tulisan-tulisan Faisal Tehrani di laman FMT (Free Malaysian Today).

:: Dan dunia hari ini sedang bertarung virus Covid-19 dengan sengit sekali.

Semoga kebaikan mengiringi kehidupan selepas ini.

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...