Monday, December 29, 2008

~Alkisah...Sang Murobbi...

Mengenang Sang Murobbi

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhan-mu...
(Izzatul Islam—Sang Murabbi)
(tulisan anak murid Ustaz Rahmat Abdullah)

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..."
Ustaz Rahmat Abdullah...
Sungguh, kisah Sang Murobbi benar terkesan dalam hati...
Perjuangan seorang aktivis da'wah...dari usia muda hingga ke hujung nyawa...
Kalau tengok sorang-sorang, pasti menitis air mata...
& jika anda ingin tahu & menghayati kehidupan salah seorang tokoh da'wah...carilah kisah ini....
Hayati pengorbanan, keikhlasan & ketegasanya menegak kalimah Allah...
Moga menjadi pengajaran & panduan untuk kita yang masih baru di medan ini...InsyaAllah...

Sangkalah buruk pada diri sendiri....

Ibnu al-Qaiyim berkata: "Sangka baik terbadap diri sendiri menghalang pemeriksaaan yang sempurna. Seterusnya diri akan keliru, memandang kejahatan itu baik dan kecacatan itu kesempurnaan. Tiada sesiapa yang bersangka buruk pada dirinya kecuali orang yang mengenali dirinya. Sesiapa yang bersangka baik pada dirinya, bermakna dia adalah orang yang paling jahil tentang dirinya. (Darjat Muhasabah: Madarij as-Salikin, m.s. 131)

10 TABIAT ROSAKKAN OTAK

1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.
10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
~Fikir-fikir...fikir-berzikir.....=D
~Renung-renungkan...& selamat beramal...

Sunday, December 28, 2008

~aLkiSah....macam-macam ada....

Tahun Baru...
Assalamualikum w.b.t... Dengan ingatan tulus ikhlas, kepada sahabat2 yang diingati selalu..a.K.u ucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada semua. Moga tahun baru ini bakal membuka lebaran baru yang lebih baik dalam hidup kita di dunia mahupun di sana nanti...Pesanan untuk diri & semua, berusahalah sehabis baik untuk menjadi insan-insan yang beriman & bertaqwa hanya pada DIA (Allah). Ameeen...
Azam tahun Baru...
  1. Mahu lebih terkawal (emosi & perlakuan).
  2. Diberikan ketenangan & kekuatan hati.
  3. Mahu lebih fokus.
  4. Mahu terus istiqamah dengan kebaikan...
  5. Mahu jadi hafizah (azam lama...huhu..).

Beberapa hari yang lepas....

Sem baru...rasa tak bersemangat...dengan apa yang telah berlaku, rasa kepala ni dah malas nak berfikir dengan baik. Apa yang ada depan mata, buat je selagi terdaya. Belum puas duduk rumah. Tapi kalau kat rumah pon, belum tentu sesuatu yang baik akan berlaku...hmmm...

  • Add/Drop subject tak selesai....
  • Fokus pada pelajaran tak ada..(sungguh tak bersemangat!)
  • Buku-buku tak beli lagi..
  • Subject specialize bermasalah...(kalau setakat 6-7 org student, bleh proceed ke class tu?)
  • Kerja pun tunggang-langgang lagi...(cemburu tengok orang lain dah tersusun tugasnya...)
  • MY Evo Camp...serah terus pada yang lain tanpa mereka sedar..(malas sangat nak fikir...maaf ya teman2..)

Akhirnya...

  • Terpaksa add subject yang tak di gemari..
  • Layankan je pensyarah tu mengomel..yang penting, nota mesti di salin...
  • Pinjam buku senior....huhu...
  • Tunggu keputusan department utk subject specialize...kalau kena drop, alamatnya 13 kredit hr je lah sem ni...
  • Plan kaderisasi a.K.u tolak tepi....buat je apa yang patut..(selagi tak ada yang bising)...
  • Orang lain buat kerja...a.K.u tunggu report je...kui2...

~tetiba rasa macam jadi PA pd seseorang...(paham2 sendiri la yer...).

Hari ini...

Utlah Rehlah IKRAK, di Ulu Yam. Malam tadi tidur di rumah Abg. Saiful Alwi, tolong Kak Su (Isterinya) masak...perap ayam utk BBQ, buat bihun goreng, sandwich, keledek bakar, dll...(banyaknya makanan...alhamdulillah). Padahal 20 orang je yang datang termasuk keluarga Dr. Amran & adik usrahku yang sangat suka berjalan...

Sedikit mutiara hikmah dari tazkirah Dr. Amran: "kita terpilih untuk berada disini (ulu yam), bukan perkara yang sia-sia. Dan apa yang penting dalam setiap perlakuan kita adalah, bagaimana kita menghubungkannya dengan Allah. Kita kena ingat, alam yang di sekeliling kita ni, semuanya berzikir kepada Allah. Dalam kita bersuka-ria, bergembira,..mandi sungai dan sebagainya, sejauh mana ingatan kita pada Allah. Bangaimana caranya kita mensyukuri nikmat Allah yang tak ternilai. Kadang-kala kita perlukan program seperti ini, kita di dekatkan dengan alam semulajadi...untuk kita kembali semula kepada fitrah kita yang asal... "

~tazkirah Dr.Amran, walaupun ringkas, tapi terkesan di hati...(ada banyak lagi..yang kat atas tu a.K.u buat ayat sendiri...tapi isinya tetap sama...sama2lah ambil pengajaran...InsyAllah...)

~Bertuah juga dapat bertemu Abg. Saiful Alwi, Dr.Amran & Kak Izan (Isteri Dr. Amran)...dapat banyak sangat ilmu...rasa bersemangat sikit untuk meneruskan perjuangan lillahi ta'ala...cuma sangat-sangat perlukan sokongan & tunjuk ajar dari yang lebih tahu..moga Allah tujukkan jalan...Ameen...

Monday, December 22, 2008

alKisAh~ cuti yang tak macam cuti....


Luna Maya yang comel...


Cuti kali ni, memang tak serupa cuti...saje letak gamba budak kecik ni...sbb dia comel sangat macam a.K.u (jangan muntah ye adik-adik...) hehe... Pas balik dari Sri Lanka haritu, pulun lak kat umah untuk kenduri.. balik umah je, esoknya emak anta bapak pi hospital. Alkisah bapak ni sakit gaot & sawan. 2nd time anta pi hospital, Dr. kata demam Chikungunya. Seminggu kat hospital Pontian & sekarang kat Hospital Batu Pahat. Hantar balik sekejap untuk kenduri. Tapi kemuncaknya penyakit bapak menyerang time kenduri tu. Jadilah kenduri tu kenduri air mata sebelum akad nikah kakak. Pengantin lak huru-hara. Pengapit pun tak ada. Kesian sungguh. Nak tak nak, a.K.u lah yang jd pengapitnya. Huhu. Maluuu..

2-3 hari sebelum majlis, rumah a.K.u sangat meriah dengan kehadiran orang-orang 'rewang'. Rewang ni benda wajib tiap-tiap kali ada majlis Walimah kat sini. Yang tudung purple tu la emak a.K.u.. Comel kan? macam anaknya jugak. hehe..



Ini lak makcik-makcik & sepupu a.K.u yang banyak membantu masa 'rewang'.

Yang tengah memanjat tu, sepupu a.K.u a.k.a Pak Abu...hehe.. wat pelamin boleh, pasang bangsal pon boleh (sila cari gambar dia di bawah)...berkebolehan dia ni...he2..Yang kat belakangnya tu, ala-ala rambut tak siap, tu la abang a.K.u. Kat bawah ni dia pakai 'cap'. Tapi bukan dia pengantinnya.

Kat atas ni, gamba ahli-ahli rewang Kg. Parit Ismail...ntah sape-sape...a.K.u pon tak kenal..hehe..Kawan2 bapak semua ni...

Sebenarnya a.K.u nak upload gamba pengantin, tapi tak transfer lagi...tu yang letak gamba yang bebukan ni...kui2...bersambung....

aLkiSah~ yang di tunggu-tunggu...

Alkisah Sri Lanka…

Alhamdulillah…syukran lillah…misi telah pun tamat. Ramai yang ternanti-nanti kisah misi a.K.u di Sri Lanka 15-30 Nov yang lepas. Seperti yang dijanjikan, a.K.u sajikan laporan khas untuk sahabat2 & pembaca blog a.K.u yang setia…huhu..

Misi a.K.u

Misi kesukarelaan ke Sri Lanka-pengalaman pertama a.K.u berkhidmat di luar Negara.. a.K.u tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa a.K.u ikut grup & misi ini. Ramai yang beranggapan Yuyie (Balqis) & Nadzi menjadi antara penyebabnya. Namun untuk pertama kalinya terlintas kat hati a.K.u untuk join grup ni, lebih kepada minat & prinsip diri. a.K.u cuba cabar diri sendiri untuk berada di tempat @ situasi yang a.K.u tak pernah lalui (pendek kata, hidup susah di rantau orang..cewah..hehe). a.K.u cuba bayangkan diri a.K.u kesorangan & kesusahan. Kerana a.K.u tahu, bila itu berlaku, a.K.u boleh nilai tahap iman & pergantungan a.K.u yang sebenar pada DIA. InsyaAllah…a.K.u mahu teruskan misi ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ ini…

a.K.u

Terus terang, a.K.u sangat kecewa dengan diri sendiri sepanjang misi ni. a.K.u gagal bertahan & bersabar dengan cabaran yang ada. Kasihan adik-adik a.K.u ni, terpaksa melayan perangai-perangai pelik a.K.u sepanjang misi (maafkan akak ya! & terima kasih sebab jaga akak..huhu). Namun, Alhamdulillah, tahap kesihatan a.K.u agak baik berbanding yang lain. Cuma ada sehari tu a.K.u sakit perut yang teramat. Tak tau la kenapa. Masuk angin agaknya. Sepanjang misi, fokus a.K.u turun naik. Pertamanya, cabaran psikologi. a.K.u mengaku a.K.u terlalu lemah berhadapan dengan suasana baru & ahli grup sendiri. Awalnya a.K.u cuba yakinkan diri dengan pengalaman yang telah a.K.u lalui sebelum-sebelum ini. Tetapi a.K.u tak sangka yang a.K.u selemah itu. Keduanya, orang-orang yang a.K.u temui di sana. Harapan & impian mereka kadangkala membuat diri ini terganggu. Ketiga, baru a.K.u perasan yang a.K.u sebenarnya agak sukar untuk berkomunikasi & bergaul dengan orang. a.K.u selalu perlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Hmmm…teruknya…

Namun, di atas setiap kepayahan & kelemahan, pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk dan ajarkan padaku. InsyaAllah, a.K.u cuba menilainya sedikit demi sedikit. Apapun, Alhamdulillah, bertuahnya dapat bermusafir di bumi Allah yang sangat indah ini..Subahanallah…terasa diri ini sangat kerdil & selalu lupa diri..nauzubillah…a.K.u benar-benar cuba untuk rapatkan diri dengan DIA. Dengan harapan, latihan ini akan menjadikan aku semakin tabah & sabar dengan setiap perkara yang bakal menimpa…yang mencabar & menguji. Bahkan kebahagiaan juga kadangkalanya sangat menakutkan. Harapnya a.K.u akan sentiasa istiqamah dengan pergantungan ini. Ameen…

k.a.m.i

a.K.u tak pasti bila grup ni mula di tubuhkan. Yang a.K.u tahu, a.K.u mula ikut grup ni dari bulan Julai 2008. Grup Sri Lanka, GPTD. Atas dasar minat yang mendalam terhadap kerja-kerja da’wah di peringkat antarabangsa dan peluang yang ada di depan mata, a.K.u cuba yakinkan diri untuk ikut grup ni. Alhamdulillah, a.K.u di terima. Walupun segan kerana a.K.u adalah satu-satunya ahli yang ‘offer’ diri berbanding ahli-ahli yang lain (terpilih), a.K.u cuba untuk buat yang terbaik. a.K.u yang mulakan, biar buat sampai habis…huhu… Team work dengan ahli grup agak kelam-kabut, tapi masing-masing tetap ‘best’ bila di suruh buat kerja. Tabik ‘spring’ kat Awe selaku ketua grup (toin..toin…) atas usaha murni beliau memartabatkan Grup Sri Lanka ni sekaligus mengetuai grup dengan jayanya..hehe…yang lain…korang tetap comel & bertambah-tambah comel time balik dari Sri Lanka.Hehe. Apa pun, a.K.u masih bersyukur ditemani insan-insan yang amat memahami sepanjang misi ini. Alhamdulillah… Terima kasih juga untuk sahabat-sahabat jemaah yang banyak membantu memberi sokongan, doa & nasihat. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Pengalaman Baru

Pengalaman bertemu insan-insan yang sangat bersemangat membangunkan kembali Bangsa Melayu, belia-belia Melayu Sri Lanka & mengenali Muslim di sana juga sangat membuka mata. Pak Cik jamalon sendiri yang berusia dalam ligkungan 60an, masih lagi bersemangat bahkan sangat bersemangat menaikkan semula semangat Melayu di Kurunegala. Begitu juga Pak Cik-Pak Cik dan Mak Cik-Mak Cik di Kandy Malay Association. Kebanyakan dari mereka merupakan generasi ke-3 Melayu Sri Lanka. Semangat merekalah yang banyak membantu a.K.u meneruskan misi ini.

Alkisah, belia-belia Melayu Sri Lanka tidaklah seperti di Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja pada usia yang muda atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, kebanyakan belia yang sudah habis pengajian lebih selesa untuk bekerja di luar negara. Ini adalah antara sebab utama kegagalan kami menjejaki belia-belia Melayu di Sri Lanka. Namun, masih ada juga segelitir belia yang masih aktif menjalankan aktiviti seperti “Belia COSLAM” (Conference of Sri Lankan Malay). Pertemuan singkat dengan mereka merupakan satu peluang membina jaringan yang lebih baik dengan Belia Melayu Sri Lanka.

Kami juga berpeluang mengunjungi beberapa buah masjid sepanjang misi. Peliknya, kebanyakan masjid yang di kunjungi tidak membenarkan orang perempuan untuk memasukinya bahkan solat di dalamnya. Perkara ini menjadi tanda tanya kepada kami disepanjang misi. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, betapa amalan yang bertentangan dengan Islam sangat berleluasa di sini. Hampir kesemua masjid yang kami kunjungi mempunyai maqam (kubur) orang-orang alim yang dipanggil aulia’. Kebanyakan Muslim disana percaya pada keistimewaan aulia’ yang dapat menyampaikan hajat terus kepada Tuhan.


Bahasa

Memula tu risau juga pasal bahasa. Takut-takut tak dapat nak faham bahasa Sinhala. Punya la bersemangat belaja dari Ahmed sebelum ke sana, tapi akhirnya masing-masing guna bahasa Inggeris. Buat pengetahuan semua, bahasa utama di Sri Lanka adalah ‘Sinhala’ dan Tamil. Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi kedua. Kebanyakan orang-orang di sana sangat fasih berbahasa Inggeris termasuk kanak-kanak. Jadi, tak lah banyak masalah untuk kami berkomunikasi denan mereka. Tapi yang sedihnya, di sini ada Bahasa Melayu, tapi rata-rata Masyarakat Melayu sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu. Kebanyakan dari mereka sebenarnya berasal dari Tanah Jawa. Oleh itu, bahasa yang digunakan lebih kedengaran seperti bahasa Indonesia atau Jawa. Pengaruh bahasa Sinhala, Sanskrit dan Tamil juga menyebabkan Bahasa Melayu Sri Lanka sangat sukar untuk difahami. Pada awalnya, a.K.u cuba juga untuk memahami bahasa mereka sedikit demi sedikit. Namun, akhirnya a.K.u gagal bertahan kerana perbezaan yang terlalu ketara. Sampai pening kepala di buatnya. Huhu.

Budaya

Bila bercakap tentang budaya Melayu Sri Lanka, tak banyak beza dengan bangsa Tamil dan Moors di sana. Terutamanya dari segi pakaian. Kebanyakan wanita disana lebih gemar memakai sari atau 'baju punjab' (panggilan di Malaysia). Yang lelaki pula, seperti biasa kecuali bagi yang beragama Islam, 'kain sorong' dan kopiah menjadi identiti mereka. Sempat kami memperkenalkan baju kurung kepada mereka sebagai baju orang-orang Melayu. Makanan, ada di ceritakan di bawah...(n_n).

Makan

Makanan bukanlah satu perkara yang a.K.u risaukan pada awalnya. Tapi tak sangka pulak ia adalah pertama yang buat a.K.u rasa ‘down’ kat sana. Pelik tapi benar. 3 hari yang pertama, a.K.u cuba mengelakkan diri untuk makan nasi. a.K.u cuba gak sikit-sikit, tapi gagal betahan. Hari yag ke-3, kami diminta untuk mengajar cara-cara membuat sambal tumis disana. Dan bertemankan sambal tumis itulah a.K.u mula berselera untuk makan. Hari-hari seterusnya, a.K.u terus majukan diri untuk makan apa sahaja yang a.K.u mampu. Huhu.

Alkisah, disini kami sangat fobia dengan makanan. Apa tidaknya, di setiap rumah yang kami singah, pasti di jamu dengan makanan yang sama. Air teh yang manis atau jus oren, kek keju, ‘fish cutlet’, pisang, karipap (tak ingat namanya dalam bahasa Sri Lanka) atau samosa. Inilah makanan yang paling kerap kami jumpa. Sampai dah tak larat nak makan. Makan tengahari & malam pula, macam biasa sahaja. Disebabkan mereka orang Melayu, makanan mereka tak banyak berbeza dari makanan Melayu tapi bahan masakan mereka agak berbeza-banyak menggunakan rempah. Jadi kalau pedas pun, pedas rempah. Kadang-kala, sampai berpeluh-peluh kami makan. Tetapi semasa di rumah Pak Cik Jamalon, kami dapat banyak peluang untuk masak sendiri. Ia agak membantu kami yang dah mula rindu pada makanan Malaysia masa tu. Hmm..kalau nak cerita pasal makanan, boleh penuh satu blog ni…hehe..


Rumah & Penginapan

5 hari yang pertama kami tinggal di rumah Pakcik Jamalon di Kurunegala. Sangat selesa & seperti berada di rumah sendiri. Pak Cik sangat mengambil berat hal kebajikan kami. Di Colombo kami tinggal di rumah anak Pak Cik Tohorin (Ahli YMMA). Rumah ni ‘best’ jugak, tapi kelihatan seperti agak lama tidak didiami. Ala-ala muzium gitu. Yang tak dapat dilupa semasa di rumah ini adalah semasa kami pulang dari Hambantota & disambut meriah oleh ramai orang di rumah tersebut. Hari itu merupakan hari terakhir kami menumpang disana. Sebenarnya kami sangat penat & dah berangan-angan untuk terus rehat @ tidur bila sampai di sana. Tapi macam tak sopan pula untuk berehat ‘time2’ macam tu. Jadi kami gagahkan diri untuk melayan tetamu-tetamu tersebut termasuk Tn. Azoor. Akhirnya kami di selamatkan oleh Ahmed (anak Tn. Azoor) yang menghantar mesej kepada Tn. Azoor tentang keletihan kami. Terima Kasih Ahmed! Kami juga tinggal di rumah anak Mak Cik Machiyah di Kent Road. Rumah bertingkat-tingkat yang unik & cantik. Apa yang menarik disini adalah ‘Aiman’. Seekor kucing kah..? Eh, bukan.. Dia adalah cucu Mak Cik Machiya. Setiap kali habis program, kami akan berebut-rebut nak dukung Aiman (kecuali a.K.u). 5 hari di rumah Mak Cik Machiya, kami macam tinggal di Hotel. Hehe. Seterusnya semasa di Hambantota, kami tinggal di Tzu Chi Love Village (kawasan perumahan yang di bina untuk mangsa Tsunami di Hambantota). Kami diberi menumpang di dua buah rumah. Satu untuk lelaki & satu lagi untuk perempuan. Di sini kami sentiasa diserang nyamuk. Guna ubat nyamuk pun tak berkesan. Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan kelambu. Apapun, sepanjang misi ini, kami di berikan pengiapan yang sangat-sangat lah selesa…Alhamdulillah…
Misi Berakhir
Kini, misi telah berakhir dan kami kena siapkan segala laporan-laporan yang berkaitan. Saat artikel ini ditulis a.K.u masih lagi di rumah, baru lepas selesai majlis Walimah akak & abang a.K.u yang sedikit huru-hara...huhu. Pagi esok, bapak akan di hantar semula ke hospital. Penyakitnya makin melarat-larat. Lain kali saja a.K.u ceritakan tentang ini. Sekarang, mesti siapkan semua kerja-kerja yang terbengkalai...Sehingga berjumpa lagi...! Tata! =)

Thursday, November 20, 2008

Tabahkan a.K.u Tuhan...




TAbahkan a.K.u Tuhan...
  • Bila diri ini kalah dengan dunia dan isinya...


  • Bila diri ini kalah melihat maksiat di depan mata lalu hanya mampu berdiam saja...


  • Bila diri ini kehilangan sesuatu yang bukan miliknya...


  • Bila diri ini terlalai dengan sesuatu yang tidak sempurna...


  • Bila a.K.u tidak lagi mampu untuk memberi pada makhluk yang lainnya...


  • Bila a.K.u dipuji & dipuja...


  • Bila dicaci juga di cela...


  • Bila diri ini di sakiti...

~Tabahkan a.K.u...sesungguhnya Kau yang memegang hati ini. Maka, tetapkanlah hati ini hanya pada jalanMu... untuk agamaMu..mencari Redha-Mu...Ameen..





Sunday, November 16, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...a.K.u kini berada di Sri Lanka...sedia x sedia, sebagai sukarelawan, perlu sentiasa bersedia untuk tidak bersedia...Semalam flight kol 8.30 am. Tapi kitorang kena berkumpul jam 6 pg di KLIA.
Ni adalah 6 orang sukarelawan yang terlibat untuk misi kali ini. Fahmi, a.K.u, Balqis, Awe, Nadzi & Syah...InsyaAllah..semoga kami dikuatkan hati untuk meneruskan misi ini 14 hari lagi...

Malas nak cerita panjang2...lawat blog kami ya! (gptd-srilanka.blogspot.com)
Personally, perasaan bercampur baur sebenarnya. sepanjang minggu sebelum pergi hingga saat terakhir nak berlepas, masih tak stabil lagi... Gembira, sedih, takut pon ada... mana taknya, tanggungjawab yang sangat berat untuk di galas. Namun, kami sentiasa berdoa agar dikuatkan hati, di tetapkan niat & di beri kesabaran yang lebih untuk misi kali ini.
Apapun, sepanjang sehari berada disini, kami dilayan sangat baik oleh Pak Cik Jamalon & Keluarganya. So, xde la rasa tertekan sangat...Alhamdulillah, semuanya smooth stakat ni...diri ini je yang masih lagi perlu di bantu & di baiki... InsyaAllah, pergantungan pada Allah sentiasa dihati...
Semoga hari yang kedua ni membantu kami untuk lebih memahami & adapt dengan situasi masyarakat disini...
Jap lagi kami akan ke Kandy...
So, jumpa lagi lain kali untuk cerita yang baru...
Wallahu'alam...
p/s: Terima kasih kpd penasihat2 di Malaysia..saya semakin bersemangat \(n_n)/! Alhamdulillah...

Tuesday, November 11, 2008

alkisah~ ape nak jadi.....

Ntah kenapa, dua tiga hari ni emosi turun naik. Sejak balik kampung haritu, hati dah tak menentu. Semuanya gara-gara konflik yang tak selesai dalam diri. Memilih antara Sri Lanka & keluarga. Aku ingat semuanya dah selesai. Tapi tak. Bila masalah tu datang depan mata, mula la gelabah balik. Dah tak tahu nak pilih yang mana satu.

Lepas meeting grup hari khamis minggu lepas, rasanya hati ni dah cukup kental untuk tarik diri dari misi kali ni. Malam esoknya aku call awe. Tapi tak dapat nak terangkan dengan jelas. Bukan tak nak. Tapi tak boleh. Tu lah alasan yang paling mudah untuk diberi. Tapi paling susah untuk di terima. Huh.

Hakikatnya, konflik dalam diri. 23 hb majlis nikah abang kat perak. Aku dah tanya emak pasal misi ni dah berbulan-bulan. Tak pernahnya emak bagi full approval. Gembira sungguh dia bila aku kata aku tarik diri. Hmm, secara jujur, aku sangat lega dan gembira yang teramat dengan reaksi emak. Sebab emak gembira. Aku rasa ni lah kali pertama emak gembira macam tu di sebabkan oleh aku. Mungkin dia lega yang teramat. Aku pon tumpang gembira sebab tak menjadi alasan untuk emak susah hati. Cukup-cukuplah emak pening kepala dengan majlis perkahwinan abang & kakak bulan 12 ni. Namun, tu di pihak emak.

Lain pula ceritanya di kalangan ahli grup. Yang terawal aku bagitau syah & fahmi. Dorang takde masalah sangat. Layankan je (malas nk pikir agaknye). Call awe sebab dia nak beli tiket esoknya. Disebabkan awe nak xm, tak dapat lah nak explain sepenuhnya. Hari sabtu, pegi rumah nadzi. Temankan dia jumpa Mdm. Puteri & cuci kete same2. Alhamdulillah, dapat la sikit rezeki grup. (panjang citenye kat umah nadzi ni…tapi nadzi bejaya mendapatkan rm 1500 dgn jayanya). Tapi xde la aku reveal yang aku dah tarik diri. Kang jadi benda lain pulak. Sudah la hari isnin tu kami sama2 nak xm. Xpe, sabar. Lepas xm, aku meeting TOF. Alhamdulillah, selesai lagi satu tugasan. Malam tu kami meeting dgn Ahmad (Sri Lanka). Ahmad cerita macam2 ttg Sri Lanka. Politik, ekonomi, culture etc. Dapat gak kitorang belajar bahasa ‘sinhala’. Sampai terbelit2 lidah. Huhu. Pastu baru kantoi pasal kes tarik diri tu. Apa lagi, hangin la si nadzi n yuyi…jenuh gak nak memujuknye. Makin di pujuk makin….(mls nk cite panjang…). Pepepon…biarlah dorang tenangkan diri dulu. Huhu.

Time tu la rasa bersalah yang teramat. Bukan sengaja… Segala alasan yang aku bagi tak diterima… Hmm..mana la tak serba salah di buatnya. Pening…pening…

Harini lak meeting ngan Ameen & Aisyah. Adik beradik dari Sri Lanka yang sedang blajar di Malaysia. Dorang ada pengalaman join Colombo Malay Association kat Sri Lanka. Tapi dah lama tak join sbb study kat Malaysia. InsyaAllah Ahmad dan Ameen akan join prog ktorang kat Sri Lanka nanti. (Agaknya la....Eh, aku pegi ke? Hehe).

Malam td, dapat mesej dari awe..Flight hari sabtu..fuh..lega...banyak sket masa nk siapkan kerja...walaupun hati aku 40-60 ke Sri Lanka, aku tetap kena siapkan jugak kerja-kerja yang berlambak tu..

Hmm..ntah ape agaknya yang aku fikirkan sekarang...berserabut kepala..

Tunggu saje lah keputusannya sabtu ni....
Gambar2 time meeting ngan Ameen & Aisyah:


Thursday, November 6, 2008

alKIsah~

Pagi tadi lebey kurang jam satu a.m, a.K.u yang sedang bertugas tanpa henti (poyo je) di ofis GPTD bersama Jihan dan Puteri, telah dapat panggilan misteri dari seseorang...

"Helo, dyll ke tu?"
"Ya, dyll ni..sape tu?"
"Ni Din. Free tak sok? Leh tak jadi fasi prog sek. rendah? Tak cukup fasi ni"

Huhu. Ku ingatkan ada kisah apa pepagi buta di terjah begitu. Guna no public lak tu. Ajak pegi prog. rupanya. Kisahnya, mereka tak cukup fasi. Apa pon a.K.u menerima ajakan tersebut dengan jayanya (program abang a.K.u rupanya).

Pepagi tadi jugak, sampai bilek kol 6.30..siap2 kol 6.45 dah kena gerak pi sana. Nak tak nak terpaksa pakai t-shirt & jeans je..(selambe gile). Tak sempat nak gosok baju. Malu gak ngan fasi 2 yg lain yg sangat comel dengan baju kurung mereka. Hadoiii~

Seronok sangat prog. tadi. "Kem kelab Rukun Negara". Pelik bunyinya. Tapi benar. Prog. setengah hari je. LDK pon tak sampai satu jam. Yang paling best, kembara. Kena jaga check point sorang2. Pas2 buli adik2 tu gila2. Yang paling ku ingat, adik bernama Najib. Seronok sungguh membulinya. =P. Dah lama tak buli orang. Haha.

~Macam pelik kan, minggu2 xm pon pegi prog. Huhu. Hari Selasa hari2 pun sempat gak. Tapi prog. tu tak best sangt coz peserta ramai yg pasif. Hmm..xpelah.. pengalaman gak tu..

Alhamdulillah~



Wednesday, November 5, 2008

alKIsah~

Peringatan Bagi Pejuang Islam
www.iluvislam.com
sting7071
Editor: deynarashid

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)

3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)






Monday, November 3, 2008

kenapa ya?


InsyaAllah, 12 nov ni, kami (grup Sri Lanka, GPTD) di jadualkan akan belepas ke Sri lanka.. (perancangan je...jadi or tak, wallahu'alam... ). a.K.u, awe, syah, fahmi, balqis & nadzi...harapnya kami diberi kekuatan untuk melepasi cabaran demi cabaran untuk merealisasikan misi kali ini.

Pelik tak pelik, pasti ada yang bertanya, kenapa sri Lanka? Kat Malaysia pun masih banyak yang perlu di bantu. dari sudut da'wah & pembangunan sosialnya. Sebenarnya a.K.u sendiri pun tertanya-tanya soalan yang sama sewaktu mula-mula mengenali GPTD. Namun, sdikit demi sedikit persoalan tersebut terjawab. Tapi a.K.u tak lah pandai sangat nak terangkan satu persatu. Kalau sesiapa nak tahu dengan lebih lanjut lagi, jemput lah berziarah ke blog GPTD. =)

Secara peribadi, perlu di akui tugas sebagai da'ie tidah hanya boleh dijalankan di tempat sendiri. Tidak pernah Allah meletakkan syarat berdakwah sesuatu bangsa itu hanya kepada bangsanya sendiri. Islam itu sejagat sifatnya. Biarpun misi kali ini juga adalah di atas dasar mambantu bangsa Melayu di Sri Lanka, namun objektif sebenarnya adalah lebih sejagat. Mahu melahirkan lebih ramai belia-belia Islam yang berpotensi untuk menyampaikan da'wah Islamiyyah ke serata dunia secara umumnya.

Hmm..nak cerita panjang-panjang pun....sila la ke blog Grup Sri Lanka (gptd-srilanka.blogspot.com) dan suarakan sokongan anda... (n_n)

Wednesday, October 29, 2008

naluri kejayaan~

Semua orang ingin berjaya. Benar. Tanya sahaja pada sesiapa yang hidup kat dunia ni (kalau dah mati macamana nak tanya...hehe). Orang yang paling jahat @ jahil sekalipun, pasti ada di dalam hatinya naluri untuk berjaya. Berjaya di sini boleh saja membawa maksud tercapai segala kehendak dan cita-cita. Yang biasa kita dengar, berjaya di dunia dan akhirat. Ada juga yang mahu berjaya di dunia sahaja. Tak pastilah apa yang ada di dalam pemikran mereka. Mungkin juga kerana tidak percaya akan kewujudan akhirat. Almaklumlah, zaman sekarang ni ada bermacam-macam kefahaman, pandangan (worldview), falsafah, mahupun kepercayaan tentang dunia dan akhirat.

Apapun definisi berjaya adalah terlalu menyeluruh (general) sifatnya. Bergantung kepada individu untuk meberi makna kepada kejayaan dirinya sendiri. Kalau nak di terangkan dalam ayat sociology:

"sucess has a value-laden definition. what consider as success from ones point of view, may not for others"
"value-laden: based on values, culture, beliefs etc. of individuals, groups or organizations"
"means, different people will view the meaning of success differently"

huhu...cam terer je....




~bersambung lagi......

alKisah~ Sri Lanka oh Sri Lanka....




"Misi Kesukarelaan Ke Sri Lanka"

~Sumbangan anda amat kami hargai...
~Sila lawati blog kami di gptd-srilanka.blogspot.com..
~Misi Rahmatan Lil 'Alamin~



"Walking through the journey of da'wah, stepping in search of mardhatillah, Roaming during night...seeking truth of wrong and right..Hoping ang never stop believing...Ask for strength to never stop trying...Thinking....Smiling....=)"


~sangat suka ayat nie....~(n_n)~

alKisAh~...COrat-cOret xm & XM....

*Ape yang menarik kali nie?

~Alhamdulillah..Dah selesai 4 paper xm...
~Tinggal 2 paper...
~Fuh...legaaa...
~Tapi tak puas ati sangat dengan peformance kali ni...
~Almaklumlah, x sempat nk revision..
~1st day da start discentralize xm..so x byk masa nk prepare...
~Tapi tu x bole dijadikan alasan...hmmm...(@_@)~
~Lagi 2 paper ni harap2 berhasil menaikkan kembali pointer yang ntahpape tu...



= apepon, ni sumenya xm dunia...
= Belom lagi XM akhirat...
= Kat sana nanti lagi la xde sape yang leh tolong...
= Dapat pointer 4.00 pon lom tentu layak masuk syurga...
= Hmmm...Think...think...

Thursday, October 23, 2008

alkisah...My EXAM time table.....

Alhamdulillah, tadi dah lepas satu paper....tawakkal je lah....

~23 Oktober 2008 : Malaysian Society (9am)

~26 Oktober 2008 : Contemporary Muslim Society (9am)

~28 Oktober 2008 : Social Change & Development (3pm)

~29 Oktober 2008 : Malaysian Ethnography (9am)

~3 November 2008 : Introduction to Social work (9am)

~10 November 2008 : Islamic Ethics (3pm)




InsyaAllah, 2 minggu ni mungkin susah sket nk jenguk blog...apatah lagi nak men'edit'nye...

Doa-doakan;ah saya yer...(n_n)~

~mtak maaf kepada sesiapa yang ajak pi prog tp saya xleh nak join...hehe...

Wassalam....

Wednesday, October 15, 2008

aLkisah...batch ke-2

Alhamdulillah, 12 Syawal yang lalu, batch ke-2 PKPIM UIAM telah mengadakan Jamuan Hari Raya. Bertempat di adm LR7, seramai 20 orang telah hadir memeriahkan majlis....Jamuan malam tu simple je...makan nasi impit, rendang & kuih2 raya. Sempat juga kami bermuzakarah membincangkan isu-isu batch & PKPIM selepas makan.


Terima kasih untuk sahabat2 yang banyak membantu. Terima kasih utk shahril yang tolong belikan beras..he2..shazni yang tolong angkat barang...wan khalid yang tempah & ambil rendang, kak aemy & sahabat2 lain yang bawak kuih raya...syukran~


a.K.u tak dapat lagi gambar2 jamuan tu...tapi sekarang ni masih tringat2 kenangan bersama sahabat2 batch selama beberapa tahun nie...ni lah antara kenangan2 kitorang selama beberapa tahun ni....tiap2 kali tengok, mesti rasa sedih, gembira, rindu dan sebagainya...huhu

Layannnnn....

(ijat sangat suka video ni)...he2...



Baru dapat dari Along (Shida)

Monday, October 13, 2008

alKisAhhh....cEriA...



Petua Untuk Sentiasa Ceria (Dr. Fadzilah Kamsah)

24-Nyatakan kepada orang lain betapa pentingnya mereka kepada kita.
25-Kalau tak pasti mengenai sesuatu, buat telahan atau tekaan positif
26-Yakin kebolehan diri anda
27-Jangan terlampau yakin pada diri sendiri (over confidence)
28-Jangan hadapi masalah sendirian
29-Bentuk rutin-rutin yang positif
30-Jangan risau
31-Buat apa yang kita cakap, cakap apa yang kita buat
32-Jangan ada perkataan ‘kalaulah
33-Semangat sukerela
34-Riadhah
35-Setiap perkara adalah penting-jangan remehkan perkara-perkara kecil
36-Belajar untuk ketawa ketawa & banyakkan senyum
37-Pakai wangi-wangian
38-Jangan cemburu pada orang lain
39-Cipta hobi
40-Seronok dengan perkara-perkara kecil dan biasa
41-Jangan abaikan sebahagian dari hidup anda
42-Tidur nyenyak
43-Jangan kecewa

Thursday, October 9, 2008

Alkisah...AGM Titian Wahyu....


Alhamdulillah, malam tadi, tamatlah sudah tanggungjawabku sebagai setiausaha Biro Emas Titian Wahyu. Rasanya tak sanggup nak jadi setiausaha apa-apa pun selepas ni. Huhu. Alkisah, AGM (Annual Grand Meeting) & Jamuan Raya, Titian Wahyu Project, dapat di jalankan dengan baik walupun ada sedikit masalah yang timbul. Berkat kerjasama komiti-komiti yang sangat komited menjalankan tugas masing-masing. Syukran Jazilan. Agm malam tadi merupakan AGM pertama Titian Wahyu sepanjang 12 tahun ia ditubuhkan di UIA.

AlkiSah sepanjang pemerhatiah terhadap sahabat-sahabat Titian Wahyu malam tadi:

~Adrian jadi president lagi sekali...Chayok2!
~Syah mengade..(H.Com Biro EMAS sekali lagi)
~Ibrati (V.President baru-a little moody)-dun wory, we r here 4 u...cewahhh...
~'Awatif (tak dapat borak sangat dgn dia)
~Naheed jadi MC (last minute)
~K.Su sentiasa sempoi (Pakai baju hijau macam k.dyll)
~Dayah pun pakai baju hijau.
~Ijat datang awal (pun pakai baju hijau-baju raya)
~Sufi treasurer baru (suka wat muka blur)
~Zahin, Pa'an, Umar & Aizat-antara mentor2 yang komited (suka wat k.dyll pening kepala).
~Aizat cari pasal...huh!
~Alia, Ainun, Fadilah & Wan Hamidah (mentor Jugak). Thankz 4 coming.
~Fadlika (Ahli TW yang baru dikenali-outspoken & fun)
~Atirah (datang awal jugak).Thankz!
~Sofi (kurang bercakap).
~Sarah yang sempoi & comel.
~Azizan dapat lucky draw (k.dyll pun dapat =p)
~Azharul...h.Com Biro...(tak ingat- E-Ukhwah?)
~Safwan h.com Outreach yang baru..
~Abe & wan datang bertandang.
~Lina & roomatenya datang memeriahkan.
~Hazman Hadi datang lambat & balik awal.
~Baizura (S/U baru)-kurang kenal...
~Faidh & Faisal (budak outreach yang komited)

LAin~lain:

~A.Dat bagi talk yang best.
~A.Syukor datang sekejap je...
~Bro. Khairuzzain-very supportive...
~Ada kek tapi x tahu sape yang bwk...jeng3...


Terakhir....
~a.K.u...penat jd PC...buat kerja gila-amek gambar sana-sini...
~tapi lega dah tak pegang jawatan...huhu....
~terlupa yang tak makan nasi langsung sepanjang hari..
~bungkus bihun bwak balik
~tapi tak habis mkan sorang-sorang tengah2 malam sambil siapkan assignment...
~a.K.u cube yang terbaik untuk yang akan datang, InsyaAllah...
~"Jawatan bukan kemualiaan, tetapi amanh yang berat & menuntun seribu pengorbanan"-ayat a.K.u...

WAllahu'alam...


aLkisAh...antara a.K.u, puAsa, bAlik kAmpung & rAya....

Alhamdulillah...a.K.u masih lagi di beri peluang untuk meraikan raya tahun ni. Walaupun agak sedih dengan pemergian Ramadhan sebab tak dapat buat yang terbaik untuk Ramadhan kali ni. =(. Kisahnya sepanjang Ramadhan, hati ni meronta-ronta minta untuk menyambut Ramadhan di rumah. Suasana dan keadaan di rumah sangatlah selesa untuk menjalankan ibadah puasa dengan lebih bermakna. Terbayang-bayang lagi ketika zaman muda-muda dulu. hehe. Tadarus, terawikh, qiyam..semuanya di rasai sepanjang Ramadhan. Sebab tiap-tiap hari emak akan ingatkan...hehe..& setiap hari akan terawikh di surau (kami panggil 'balai') kat sebelah rumah dengan emak. Pastu moreh & borak-borak dengan makcik-makcik sekampung. Seronoknya...




Tapi Tahun ni, secara peribadi, Ramadhan yang di lalui agak lesu. Masih juga terikat dengan pelbagai komitmen (walaupun cuba untuk di kurangkan). Kebanyakannya berbuka puasa di luar. Sekali je dapat berbuka dengan 'roomate'.huhu. Teruknya. Yang agak menyedihkan, susahnya nak bangun qiyam sebab selalu balik lewat dan kepanatan. Bila dah penat, nak kena 'study' lagi dan sebagainya, akan tidur lewat. Akibatnya, selalu sangat terlepas sahur. Hmmm. Itulah yang paling menyedihkan & menimbulkan perasaan terkilan yang teramat dalam hati ini(apa punya bahasa la ni...hehe).Akibatnya, raya tahun ni tak dapat di hayati sepenuhnya. Moga sempat menyambut Ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah.




Akisah, sebenarnya a.K.u takda 'mood' nak beraya tahun ni. Nak balik kampung pun malas. Rasa macam nak beraya sorang-sorang kat UIA. Lagi-lagi bila bapak telefon dan marah-marah sebab a.K.u tak beli tiket bas lagi untuk balik kampung. Merajuk la konon. Tapi bila di fikirkan balik, mak & bapak risaukan a.K.u. Sebab tu mereka marah-marah. Takut a.K.u tak dapat balik raya nanti. Lagipun kereta abang Fat kat bengkel. Nasib la. Dan yang jadi mangsa adalah Khairullah (sepupu a.K.u). Kena belikan tiket untuk a.K.u sebab dia ada motor. a.K.u pulak tak berani nak pergi beli tiket sorang-sorang kat pudu tu. Huhu. Alhamdulillah, ada gak sepupu yang baik hati kat UIA ni.

Tanggal 26 Sept 08, bersamaan hari Jumaat, a.K.u, Balqis, Sarah dan Abe (Hidup KPIJ! hehe) bersama-sama berangkat ke Bukit Jalil. Bas a.K.u, Sarah dan BAlqis pukul 3.30pm. Tapi bas Abe pukul 4.30pm. Dan kami berpisah di situ ke destinasi masing-masing. Sampai kat rumah lebih kurang jam 8.00 malam. Hujan lebat petang tu mengakibatkan longkang kat depan rumah dipenuhi air (longkakg tersumbat kerana air parit naik). Abang, kakak & Juman awal2 lagi dah cuti. Rumah pun dah banyak berubah. Bilik dah bertambah lagi satu (bilik pengantin Kakak). Bilik pengantin Abang pun dah siap. Tinggal nak cat je. Tiang anjung pun dah bercat baru (separuh siap). Yang lain macam biasa la, kemas rumah untuk raya. Tambah meja, bunga, etc. Hmm, tak larat nak observe semua.

Seperti biasa, dah nak dekat raya, banyak la benda yang kena buat. Esoknya, kena bersihkan seuma tingkap yang ada kat rumah. Tapi tak habis. Sampai kena bebel bertong-tong dengan kakak. Haha. Padan muka. Sambil-sambil tu tolong emak goreng 'rempeyek' (sejenis kuih raya yang famous di kalangan masyarakat jawa). Kakak sibuk siapkan kuih almond london ala-ala jawa & cornflakes besalut coklat =). a.K.u langsung tak membantu. Ntak kenapa, memang tak reti nak buat kuih raya. Esoknya lagi kena pasang langsuir...eh, langsir. Pun tak siap jugak. Kakak yang tolong siapkan. Kesian dia. Takpe lah, sementara dia belum kawin ni, nak buli dia puas-puas. Huhu.



Malam raya, adik bapak yang bungsu @ pakcik a.K.u (Paman Por) dan isterinya @ makcik a.K.u (Bibik Zu) sampai bersama anak-anaknya (Arif, Nurul & Zuhdi). Tahun ni mereka beraya di rumah a.K.u. Emak masih bergelumang dengan baju raya tempahan orang walaupun esok dah nak raya. Baju a.K.u pun tak terjahit pn. Emak suruh a.K.u jahit sendiri, tapi malas nak buat sebab mesti tak cantik macam yang emak buat. Hehe. Mengada je lebih.

Pagi raya, disebabkan a.K.u hanya membawa sepasang je baju raya, terpaksalah bertukar-tukar baju. Pakai baju raya cuma masa minta maaf sesama ahli keluarga. Pastu tukar baju yang lebih sempoi. Alhamdulillah, tahun ni banyak pula dapat duit raya. Dah tua-tua pun orang nak bagi lagi (sbb comel kot..=P). Raya pertama duduk kat rumah je tunggu tetamu. tahun ni sangat ramai tetamu datang ke rumah. Tak putus-putus. Sampai tak cukup tangan nak melayan.

Malam raya pertama, adik emak yang bongsu @ pakcik a.K.u (Cik Moh), isterinya @ malkcik a.K.u (Cik Ani) dan anak-anaknya (Hakim, Daniel @ Azizi, Ika dan mimi) sampai untuk beraya bersama-sama keluarga a.K.u. Macam biasa, kerja a.K.u adalah melayan si Ika dan Mimi bermain. Dah macam budak-budak. Haha.

Raya kedua, round satu kampung. Beraya ke rumah pakcik dan makcik. Nasib baik adik-beradik emak kebanyakannya duduk dekat-dekat. Jimat duit, jimat tenaga. Tu pun dah tak larat nak makan kuih raya dan makanan-makanan lainnya. 6 rumah kami pergi hari tu. 3 kereta. Meriah.

Raya ketiga & keempat tak pergi mana-mana. Pakcik dah nak balik KL. Dok rumah je, memain ngan budak-budak kecik. Hehe. Raya kelima, tak boleh tido. Pagi-pagi dah terbangun, tekak rasa semacam je. Macam nak selsema. Abang Fat ajak balik Kl pagi tu jugak. tiba-tiba je. Katanya kalau balik petang takut jem. a.K.u ikutkan je. Balik dengan Syamil (anak sepupu). Tapi tak berborak sebab a.K.u bantai tidur dalam kereta. Sampai UIA pukul 1.30 tghari. Telefon emak. Dorang pergi beraya kat Kulai. Tak aci...nak ikut jugak....Tapi malam tu dah start demam...huhu..Balik awal ni ada jugak hikmahnya. Boleh sipakan assingnment kena submit hari selasa. 4 assignment pulak tu. Dua paper research, dua lagi report community service. Huhu... Camni la hidup sebagai student SOCA.

~Akhirnya 3 assignment je yang dapat disiapkan menjelang hari selasa...yang lagi satu terpaksa hantar lambat & consider as late submission...Huhu...kena potong markah la jawabnya...sedihnyer...tu la, sape suruh wat asingnment lambat-lambat...padan muka a.K.u!...\(n_n)/huhu...ceria-ceria selalu!

Wallahu'alam....

SAUDARAKU~




Seputih Bersih Hati Mu Dalam Keredhaan
Lahirlah Insan Mulia Di Dunia
Azan Di Telinga Kanan
Iqamah Di Telinga Kiri
Jadilah Insan Beriman
Taat Sujud Pada Ilahi

Kehidupan Di Dunia Hanya Sementara
Perjalanan Ke Akhirnya Menanti Di Syurga

Bersabarlah Saudaraku
Tiap Duga Ada Hikmahnya

Berilmulah Saudaraku
Kebesaran Limpah KudratNya

Berimanlah Saudaraku
Pada Tuhan Yang Maha Esa

Berdoalah Saudaraku
Moga Hidup Kan Sempurna

Sejernih Kasih Permata Yang Bonda Berikan
Semoga Hidupmu Akan Pemuh Bahagia

Mentari Di Tangan Kanan
Dan Bulan Di Tangan Kirimu

Usah Gentar Pertahankan
Allah Itu Hanyalah Satu

Monday, October 6, 2008

alkisah...a.K.u hanya insan biasa.....





berkali-kali a.K.u tersungkur rebah,
ke jalan berliku penuh darah,

berkali-kali juga a.K.u terleka,
hingga sampai satu masa,
a.K.u sudah tidak punya daya,
tidak punya upaya,

tapi akhirnya...
a.K.u mahu kembali,
pada DIA,

dan kerana DIA,
a.K.u bankit semula,

untuk DIA,
a.K.u tinggalkan segalanya,

cinta dan airmata...








ntah kenapa....

ntah kenapa....

tika orang lain bergembira menyambut lebaran,
a.K.u berduka terkenang masa silam,
tika orang lain ceria dengan kehidupan,
a.K.u menangis kesakitan,
terdiam meniti hidup yang terlalu memendam....

tertanya-tanya pada diri,
ape erti hidup ini,

tersentak dalam diam,
dalam sedar,dalam jaga,

duhai teman,
a.K.u hanya insan biasa,
yang selalu terlalai dan terlupa,
selalu tersalah tingkah & bicara,
terlalu sukarkah memaafkan diriku yang hina ini?

jika kau membenciku,
bagaimana pula DIA?





~tengah dok emosi2 ni,terbukak lak blog IQ Class Managment...terbaca satu baris ayat yang menyentak hati...."Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."...~wallahu'alam...

Wednesday, September 24, 2008

Tuesday, September 23, 2008

~alkiSah....berjalan2 bersama abang (bace gaya sinchan....)

Alkisah, pada hari jumaat yang lepas a.K.u berkesempatan berjalan2 bersama abang (zaki) menaiki kenderaan berwarna hitam..adapun, tanpa a.K.u fahami (tetibe je...ntah angin ape yang datang) dia ajak a.K.u pi nilai utk amek Juman kat sana... a.K.u pon tanpa segan silu ikot je... kisahnya, dah berbulan tak borak sakan dgn abg sendiri...asyik kacau abg org lain je...(huhu....). Last skali jumpe masa buke pose sesame kat HS cafe...hari ke-7 pose agaknye...ntah, a.K.u pon lupe..kui2...tapi yang x gemar a.K.u nak dgr, kali ni a.K.u kena balik raya nek bus....huuuu...malasnya nk beli tiket...malasnye nk pi pudu...malasnye...malasnye.....

Nak dijadikan cite....alkisah abg a.K.u yang sorang lagi tu (abg fat panggilan manjenye)...yg sepatutnye balik raya ngan a.K.u..(eh, a.K.u balik ngan dia kot..) terlibat dalam kemalangan...eh, bukan dia...kete dia....kete vios kesayangannye tu....warna itam...kawan dia pinjam wat balik kelate...tup2, balik dari kelate, langgar divider....huhu...cian gile kete tuh...dah xde rupe kete (kata abg a.K.u la...)...apa pon, yang penting abg a.K.u selamat....Alhamdulillah....

Tapi ujian abg a.K.u ni bukan tahap tu je.....ade lak cite dia ditahan polis coz ada org wat aduan kate bisnes dia tu x sah.....a.K.u pn x paham part bisnes2 ni...so, berjam2 la bermusafir kat balai polis, walaupon di bantu oleh a.zaki ku...x settle2 gak...sampai kol 5 pagi.....malah bukan tu je...beberapa hari pastu, dia lak wat report kat balai polis coz ada org ugut dia mcm2....isk2...gerun a.K.u dgr....cian tol kat abg2 a.K.u ni.....risau...tapi akhirnye...ape je yang a.K.u boleh buat....doakan shj kesejahteraan mreka.....ameeennn....

Alkisah abg zaki a.K.u ni akan melangsungkan perkahwinannye ngan tunang tersayang (kak liza) pada bulan sploh ni....bertungus lumus cri duet nk wat belanje kawen...ada gak dia tjuk bpe ribu duit dia kat bank skrg (tp xleh la nk bgtau bpe...huhu)...siap tanye lagi "cukup x?"....er...a.K.u pon xtau...cukup kot...hehe...Harapnya cukuplah duit dia tu wat menampung hidup pas kawen nanti....ameen...

Apepon kisahnya....macam2 a.K.u dapat hari tu...bukan takat citer2 hangat abg2 a.K.u....tapi ada gak hal2 lain yg dtg kat kepala...ehh...biar lah a.K.u simpan je....

~bak kata en.azam...jatuh bangun hidup kita ni dah di tentukan Allah...apapun perancangan kita, nmun perancangan Allah tu lebih baik....wallahu'alam....


(maaf, penggunaan bahasa yang sangat teruk....jgn tiru gaya bahasa ini!)

Saturday, September 20, 2008

~alkisAh.....belajar diluar negara.....~

Best ke Belajar di Luar Negara?? (Russia)
www.iLuvislam.com
oleh: Leokid/ Shamirullah Rahim




"Siapa nak pegi belajar kat overseas?"

Jika soalan di atas ditanya kepada adik-adik di sekolah, pasti ramai yang menjawab dengan positif. Antara sebab yang kerap di dengar adalah keinginan untuk bermain salj dan kerana overseas best !

Persoalannya, best ke belajar di luar negara?

Perkongsian ini sekadara pengalaman peribadi dan persepektif saya yang telah hampir 2 tahun di Russia. Jadi, pengalaman yang diceritakan di bawah adalah lebih berkaitan dengan Russia, salah sebuah destinasi popular bagi pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Ketika saya menerima surat tawaran dari MARA, ayah saya bertanya;

“Betul hang nak pi Russia ni? ”

“Ala, dah 5 tahun duduk kat MRSM, apalah sangat lagi 6 tahun tu, abah..”

Berat juga ibu bapa saya ingin melepaskan saya. Maklumlah, anak pertama yang akan ke luar negara.

Setelah 6 bulan di kolej persediaan, INTEC Shah Alam, saya pergi membeli-belah di Sogo, membeli barang-barang keperluan untuk ke Russia.

Macam-macam telah dibeli dan saya sendiri melihat bapa saya sampai terpaksa menggunakan guna kad kredit. Bukannya MARA tak bagi wang belanja, tetapi bapa saya berpesan,

“Simpan la dulu duit tu.. mana tau kat sana nanti nak pakai duit. Kat sini takpa la mak abah ada, boleh pakai duit mak abah. Kat sana nanti, kalau hang takdak duit, mak abah takdak, hang nak hidup lagu mana?”

Sayup sungguh hati saya ketika itu.

Tiba hari yang dijanjikan, saya pun terbang sejauh 8000 km menaiki pesawat MAS, 2 kali ganda jaraknya dibandingkan dengan perjalanan ke tanah suci Mekkah.




Musim luruh menyambunt ketibaan saya keika itu. Walaupun suhunya hanya 10°C, namun saya telah merasai betapa sejuknya iklim di sini. Walaupun ramai senior yang membantu ketika itu, kehidupan dirasakan amat payah. Tambahan pula, saya tiada skill dalam memasak sehinggakan serbuk cili disangka serbuk kari. Bayangkan!

Namun hidup tetap diteruskan. Tiba pula giliran musim sejuk. Gembiranya hati pertama kali melihat salji yang tebal. Sungguh kagum dengan kekuasaan Allah. Namun, hari demi hari, salji yang asalnya putih kian dicemari asap dan lumpur. Suhu makin sejuk sehingga mencecah -20°C. Walaupun memakai baju sejuk sebanyak 3/4 lapis, badan ini tidak mampu menahan kesejukan tersebut. Keadaan bertambah menyedihkan apabila saya terpaksa ke kelas menaiki bas. Umpama menaiki LRT Putra di Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi waktu bekerja!! Sudah lah menahan kesejukan yang melampau, masuk ke dalam bas, terasa sangat panas pula!!

Tekanan hidup semakin bertambah apabila musim peperiksaan hampir tiba. Maklumlah, pelajar medik!

CAbaran paling getir yang saya hadapi adalah ketika saya pulang bercuti sempena cuti penggal tahun lepas. Arwah atuk saya menghembuskan nafas yang terakhir. Mujurlah saya berada di Malaysia ketika itu. Bayangkan jika saya berada di Russia dan bayangkan jika salah seorang daripada ibu,ayah dan adik-beradik saya yang pulang ke rahmatullah?? Tidak sanggup rasanya...

Islam Malaysia, Islam Russia

Masjid amat sukar di cari. Waktu solat sentiasa berubah-ubah. Ketika waktu musim sejuk, beza antara waktu Zohor dan Asar amat-lah singkat. Terdapat pensyarah yang pandang sinis apabila pelajar-pelajar Malaysia terpaksa ponteng kelas kerana pergi solat jumaat.

Pada tahun-tahun akan datang, bulan puasa akan jatuh pada musim panas. Subuh pukul 1 pagi, maghrib pukul 9 malam. Berapa jam saya kena puasa??




Pendek kata, best sangat ke belajar kat sini??

Mengapa hantar student ke luar negara?

Soalan ini rasanya perlu diajukan dan dijawab oleh kerajaan. Namun saya yakin skrip yang sama akan dijawab oleh pihak kerajaan. Mengapa masih hantar pelajar ke sini jika sudah tahu bahawa keadaan seperti di atas, malah, sesetengah universiti tempatan lebih baik dari universiti luar negara..

Kami masih di sini

Hakikatnya, alahamdulillah, kami masih di sini. Walaupun pelbagai cabaran seperti yang saya tulis di atas, saya dapat merasakan bahawa saya menjadi lebih kuat; bukan fizikal tetapi semangat dan rohani.

Cabaran kepada keimanan amat dahsyat di sini. Selain awek-awek Russia yang lawa-lawa(anda boleh lihat dalam sukan tenis), arak dijual di mana sahaja dan terdapat banyak disko di sini. Saya kagum dengan mereka-mereka yang dapat mempertahankan diri mereka dari terjebak ke kancah maksiat yang mampu meroskkan iman masing-masing.

Berada di luar negara, di tempat yang asing, membuatkan saya berasa lebih bersyukur. Bersyukur dan menghargai. Bersyukur dengan apa yang saya tinggalkan di Malaysia. Di sini, baru terasa betapa nilai sebatang serai itu menjadi penentu kepada standard kesedapan sekuali rendang. Baru terasa betapa pentingnya seorang ustaz tua yang mengajar di surau kecil, tatkala di sini tiada siapa pun menasihati kita. Baru terasa betapa bertuahnya hidup di bumi Malaysia, di persekitaran yang boleh dikatakan jauh lebih baik (dari perspektif saya) berbanding di bumi diliputi salji ni. Betullah kata pepatah Melayu - hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.

Jadi, masih ingin ke luar negara(terutama negara-negara barat?) ? Saya selalu nasihatkan adik-adik, expect the worst. Saya ulang, expect the worst!

Kepada adik2 yang berhasrat nak datang ke luar negara, tanyalah diri anda balik - apakah yang anda harapkan dengan study di sini? Adakah sekadar ingin bermain salji? Adakah kerana seronok tengok abang-abang di sini melancong? Sejujurnya saya juga berfikiran sedemikian awal-awal dahulu. Akan tetapi, itu semua hanyalah bonus; sedikit kelebihan atas segala kesusahan yang dihadapi di sini. Persiapkanlah diri dengan ilmu dan iman, cekalkanlah hati dan ikhlaskan niat, inshaAllah perjalanan anda di perantauan tidak hanya sekadar berakhir dengan segulung ijazah semata-mata. =)

Kepada sahabat-sahabat di Malaysia, syukurilahdengan apa yang ada di tanah air. Anda mungkin cemburu melihat gambar kami di sini - bermain salji, bermain ski, berjalan-jalan berlatarbelakang-kan bangunan eropah dan sebagainya. Tapi tahukah anda kami juga cemburu melihat gambar adik-beradik bermain bunga api di malam aidilfitri dan melihat kalian lepak-lepak di warung mamak sambil 'melayan' roti canai telur!!

Whatever “the luxury” you’re thinking that we are enjoying here, we “enjoy” it with the same amount, same magnitude of sacrifice.

Apa jua “kemewahan” yang anda fikir kami sedang nikmati di sini, kami “menikmatinya” dengan jumlah, kekuatan pengorbanan yang sama tarafnya.

Apapun, doakanlah kejayaan kami di sini!

p/s: Banyak lagi benda yang best kat sini, tapi taknak lah saya cerita. Tanya sendiri kepada pelajar-pelajar di sini kalau nak tahu. Datang sendiri kalau ingin merasai! =)




(x sabarnya nk graduate.......)

Monday, September 15, 2008

alkisah...apA yang BerKesAn....(utk si Epah)


Apa yang berkesan padamu
saat amarah datang,?
Positif/Negatif?
Consntruktif/deduktif?
Kerna kita punya hati &
Akal, maka kita bisa
Menangani rasa marah
Menjadi positif dan mengasikan,
Ekspresikan amarahmu
Pada seni,
Sastera, muzik, , seni rupa,
Amarahmu takkan sia2
Amarahmu menjadi karya.
Menjadi monumen emosi
Yang selalu dikenang
dalam sejarah hidupmu…

Jadikan amarahmu sebagai inspirasi…

Saturday, September 13, 2008

Alkisah...."EMAS oh EMAS...."...Segalanya yang pertama...


a.K.u baru je balik dari meeting dengan pihak Sek SRI Al-Huda untuk membentangkan laporan Program Mentor Mentee EMAS (bukan a.K.u yang bentang..he2) yang dah berlangsung sebanyak 6 kali, termasuk Kem Mahabbah. Mentor Mentee EMAS ni merupakan salah satu komitmen a.K.u daripada beribu-ribu komitmen yang ada...

Alkisah ini adalah kali pertama a.K.u menjejakkan kaki ke SRI Al-Huda. Juga kali pertama a.K.u berhadapan & berbincang dengan pihak sekolah tentang program EMAS ni. Memula tu, cuak la jugak...kot2 nk kena marah ke...komen negatif ke.... Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...namun yang a.K.u sangat-sangat tak sangka, begitu tinggi sekali harapan mereka terhada program ni...ini bukanlah program tambahan atau saje2 nak bagi adik-adik ni enjoy, tapi ianya lebih dari itu..


Sebenarnya a.K.u rasa terkilan gak sbb tak dapat buat yang terbaik untuk program yang lepas. Hapi harapnya selepas ni, a.K.u akan dapat improve mana-mana yang patut... kesian kat adik-adik ni...bkn sahaja adik-adik, tapi juga pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan mentor sendiri...banyaknya pengorbanan mereka untuk program ini...huhu...

Buat mentor-mentor yang disayangi sekalian (cewah...), program EMAS ni akan di teruskan pada tahun depan...so, prepare urself k...InsyaAllah kita akan topup balik pape kekurangan program yang lepas....Chayok!

(thankz to k.su yang sanggup jadi PA k.dyll seharian ni...he2)





~a.K.u rasa perjalanan hidup a.K.u untuk EMAS ni baru saje bermula...InsyaAllah, a.K.u akan usahakan.... mencari langkah pertama untuk memperbaiki keadaan....

Wednesday, September 10, 2008

~naSihAt uNTuK DiRi SenDiRi~ (dan Org Lain....)

Dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini, pasti ada cabaran serta dugaan yang harus kita hadapi.. Ujian kehilangan harta benda, ahli keluarga serta para sahabat merupakan antara ujian yang sangat berat untuk ditanggung, apatah lagi jika tiada sesiapa di sisi untuk sama-sama menemani kita menempuh ujian ini..Bagi orang yang beriman, kehilangan sesuatu yang disayangi merupakan sesuatu yang akan diberikan ganjaran yang besar, lebih-lebih lagi jika ianya disertai dengan sabar dan redha..

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 155 hingga 157 menerangkan perihal mereka ketika mana ditimpa ujian seperti ini. Kalimah "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji'uun" menjadi pengubat hati mereka.. Tidak hairanlah jika Allah menjanjikan kepada mereka selawat dan rahmat serta menyifatkan mereka sebagai orang yang mendapat petunjuk..Namun ini bukanlah bererti penghujung hidup buat individu yang beriman akan kewujudan hari akhirat..

Mereka yakin, jika bahagian mereka dikurangkan di dunia, mereka pasti akan dilebihkan ganjaran di akhirat kelak.. Tidak seperti orang yang tidak beriman yang merasakan ianya adalah titik penamat kepada kehidupan di dunia.. Hati mereka akan memberontak dan membenci seluruh kehidupan mereka serta menganggapnya sebagai sia-sia.. Sebagai natijahnya, kehidupan mereka akan dilalui dengan melakukan perkara-perkara yang terkutuk, dan lebih parah lagi jika diakhiri dengan perbuatan bunuh diri..

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami (Allah) akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah balasan sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh itu".
(S. Al-Ankabuut: 58).

Untungnya orang beriman.. Sehingga Nabi pun takjub dengan perihal orang mukmin.. "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Doa dan zikir.. Itulah pengubat hati mukmin dikala lara.. Allah akan bersama orang mukmin yang sabar dan redha.. Kehilangan sesuatu yang disayangi sedikit pun tidak memberi kesan kepada iman mereka terhadap Allah.. Malah kadangkala bertambah-tambah pula iman dan taqwanya.. Baginya harta di dunia ini terlalu sedikit dan tidak bernilai jika hendak dibandingkan dengan nikmat di akhirat kelak..

Segala khazanah langit dan bumi ini milik Allah.. Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan merampas semula dari siapa yang dikehendakinya.. Jika orang kafir di muka bumi ini pun diberi kekayaan yang melimpah ruah, apatah lagi hamba-Nya yang beriman dan bersabar atas ujian-Nya.. Tidak mustahil bagi Allah untuk menggantikan kehilangan harta kita dengan perkara yang lebih baik dan lebih besar nilainya.. Cuma yang menjadi misteri sekarang adalah bilakah waktunya.. Sama ada di dunia yang bersifat sementara ini, ataupun di akhirat yang tiada penghujungnya nanti.. Sebagai individu yang cerdik, pertimbangkanlah.. Mana satukah yang lebih menguntungkan =)

Wahai mukmin.. Bersabarlah.. Tenangkanlah diri.. Pupuklah sifat redha di hati.. Semoga Allah beri kita kekuatan diri dan ketabahan jiwa dalam menelusuri rasa kehambaan sepanjang perjalanan hidup ini.. Semoga bermanfaat..




~iluvislam.com....

Tuesday, September 9, 2008

friEnDs & bEsT FriEnDs.....


A Just Friend says..hi,..hello,..bye,...and walks away...
A Best friend always stop by your side & asks how r u doing ??


A Just Friend Call your parents by Mr. and Mrs. and Grandpa, by Grandpa.
A Best friend Call your parents DAD and MOM and Grandpa, GRAMPS!


A Just Friend has never seen you cry.
A Best friend has shoulders soggy from your tears.


A Just Friend thinks the friendship is over, when you have an argument.
A Best friend knows that it's not a friendship, until after you've had a fight.


A Just Friend Have never seen you cry.
A Best friend Wont tell everyone else you cried...just laugh about it with you in private when your not down anymore.


A Just Friend hates it when you call, after he has gone to bed.
A Best friend asks you.... why you took so long to call.


A Just Friend, when visiting, acts like a guest.
A Best friend opens your refrigerator and helps him/herself.


A Just Friend jealous about your romantic history.
A Best friend wonders of your love story.....


A Just Friend expects you to be always there for any help.
A Best friend is always there, wherever you require any help.


A Just Friend doesn't have time in his/her busy schedule,
A Best friend always have time for you in his/her busy schedules....


A Just Friend phones you whenever he/she has some work,
A Best friend calls you often just to hear your voice.....


A Just Friend doesnt have anything to talk to you on phone,
A Best friend doesnt know...what all to finish...


A just Friend never asks for anything to eat or drink
A Best friend opens the fridge and makes herself at home


A Just Friend asks you to write down your number.
A Best friend they ask you for their number (cuz they can't remember it)


A Just Friend borrows your stuff for a few days then gives it back.
A Best friend has a closet full of your stuff


A Just Friend only knows a few things about you
A Best friend could write a biography on your life story


A Just Friend will leave you behind if that is what the crowd is doing
A Best friend will always go with you


A Just Friend Would knock on your front door.
A Best friend Walk right in and say "I'M HOME."


A Just Friend You have to tell them not to tell anyone.
A Best friend Already know not to tell.


A Just Friend Are only through highschool/college.
A Best friend Are for life!!


So, which 1 r u? u might not be my best friend..but u should be some1 best buddy!..as long as u know how to appreciate 'the friendship'..



'sahabat yang baik, apabila bertemu, tanpa berkata apa-apapun..dia sudah memahami segala-galanya..'dan..'seorang sahabat yang baik juga, dia tahu untuk menjaga 'aib sahabatnya sepertimana menjaga maruahnya sendiri..'adakala..'untuk bertemu, berkenalan, berkawan dan rapat dengan seseorang adalah mudah..yang sukarnya adalah untuk ikhlas..jujur..dan setia dalam mempertahankan ukhuwwah itu'





Saturday, September 6, 2008

sahabat....

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."





Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Friday, September 5, 2008

Pelayaran Lebai Malang...





Tidak lama dahulu, ada seorang lelaki bernama Lebai Malang tinggal di sebuah pulau. Lebai Malang sangat dihormati oleh masyarakat di situ. Lebai Malang tinggal bersama tiga orang anaknya. Pada mulanya mereka dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Tetapi beberapa tahun kemudian, cara Lebai Malang membesarkan anak-anaknya berubah.





Anak Lebai Malang yang sulung bernama Harba. Harba dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang.Ia tinggal di rumah sahaja. Sayangnya kepada Harba ini sehinggakan Lebai Malang menyediakan inang pengasuh dan pengawal bagi menjaganya sepanjang masa. Lebai Malang tidak sekali-kali mengizinkan Harba keluar daripada rumah. Beberapa tahun kemudian, jadilah Harba seorang anak muda yang kacak, tampan, segak tetapi manja.


Anak Lebai Malang yang tengah bernama Kaker. Sama juga dengan abangnya, Lebai Malang membesarkan Kaker dengan penuh kasih sayang. Dia diberikan makan dan minum secukupnya. Kaker sangat dihormati dan Lebai Malang sering mengadakan majlis jamuan bagi meraikan Kaker. Oleh itu, hiduplah Kaker dengan penuh kegembiraan. Lebai Malang juga sering membawa Kaker berjalan-jalan, mengambil angin di sekitar pantai pulau yang indah itu.



Anak Lebai Malang yang bongsu bernama Amsal. Pada mulanya, Lebai Malang mendidik Amsal sama seperti abang-abangnya. Tetapi tidak lama kemudian, Lebai Malang berubah hati. Lebai Malang tidak ambil peduli pada Amsal. Amsal dibiarkan hidup bersendirian.Amsal hidup terkontang-kanting melarat mencari sesuap nasi. Dia selalunya merayau di tepi pantai dan sekitar pulau itu. Badannya kurus kering dan pakaiannya compang-camping. Lebai Malang sedikit pun tiada belas kasihan dan ambil peduli pada Amsal. Ada juga orang-orang kampung cuba menasihati Lebai Malang tetapi Lebai Malang tetap dengan cara hidupnya. Seluruh masyarakat kampung hanya mampu menggelengkan kepala dan menaruh simpati kepada Amsal.


Pada suatu hari, Lebai Malang menerima titah raja. Duli Yang Mulia Paduka Raja di Tanah Besar menitahkan Lebai Malang datang ke istana bagi menerima anugerah. Kerana titah raja itu, Lebai Malang pun sibuk membuat persiapan hendak menghadap raja.Lebai Malang merasakan dia tidak kuat dan tidak mampu hendak belayar menempuh lautan luas. Oleh itu, dia menemui anaknya yang tua, Harba.“Anakandaku Harba, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima Anugerah DiRaja. Sudikah anakanda menemani ayahanda?”“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diberi pelajaran ber-kenaan pelayaran. Anakanda hanya dibesarkan di dalam rumah ini sahaja dan tidak pernah sekali pun keluar ke mana-mana. Anakanda hanya boleh menghantar ayahanda di pintu rumah sahaja?”


Lebai Malang tidak berputus asa.Dia pun berjumpa dengan anaknya yang kedua, Kaker.“Anakanda kaker, ayahanda dititahkan menghadap raja ke Tanah Besar bagi menerima anugerah. Sudikah anakandaku menemani ayahanda ke sana?”“Maaf, ayahanda. Anakanda tidak pernah diajar cara-cara belayar meredah lautan luas. Anakanda hanya dibesarkan di pulau ini sahaja, malah anakanda tidak pernah belayar keluar dari pulau ini. Tetapi, anakanda boleh menghantar ayahanda hingga ke pangkalan sahaja.”


Lebai Malang sangat kecewa dengan sikap kedua-dua orang anaknya.Lebai Malang tidak putus asa. Dia teringatkan seorang lagi anaknya yang sudah lama tidak dipedulikan. Lebai Malang pun turun ke pantai mencari anaknya, Amsal.“Amsal, Amsal!”“Anakku Amsal… di mana kau, Amsal!”“Di sini ayahanda, ada apa ayahanda?”“Anakandaku Amsal, maafkan ayahanda. Ayahanda sungguh menyesal sekarang. Kau kurus kering, nak. Cuba lihat, badanmu penuh kudis, kotor, pakaianmu compang-camping. Mengapa kau begini, nak?”“Tak mengapalah, ayahanda. Anakanda gembira dapat berjumpa dengan ayahanda. Sebenarnya, apa tujuan ayahanda mencari anakanda?”“Begini, Amsal. Paduka Raja dari Tanah Besar menitahkan ayahanda menghadap bagi menerima anugerah. Kedua-dua abangmu tidak sanggup membantu ayahanda. Bolehkah anakandaku Amsal menolong ayahanda belayar ke Tanah Besar?”


“Syukurlah ayahanda. Tetapi ayahanda, anakanda ini kurus kering, kotor dan tidak bertenaga. Demi kasih sayang anakanda kepada ayahanda, anakanda sanggup berkorban menghantar ayahanda menghadap Paduka Raja.”Pada hari yang ditetapkan, berangkatlah Lebai Malang dari rumahnya hendak belayar.Ramai kaum keluarga yang mengiringi dan menangisi pemergian Lebai Malang . Seperti yang dijanjikan, Harba hanya menghantar ayahnya di muka pintu, Kaker pula hanya menghantar sehingga ke pangkalan sahaja.Lebai Malang belayarlah bersama anaknya, Amsal menuju ke Tanah Besar. Lebai Malang sangat kasihan kerana anaknya Amsal yang kurus kering itu berusaha sedaya upaya berkayuh menongkah arus dan membelah badai. Lebai Malang cuba membantu namun apakan daya, dia sudah tua.


Sesudah beberapa lama belayar, tiba-tiba angin ribut turun menderu-deru dengan gelombang yang besar. Amsal dengan penuh taat dan khidmat berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan perahu ayahandanya. Tetapi, kekuatan Amsal tidak sekuat gelombang dan badai itu. Tiba-tiba, gelombang yang mengganas tanpa belas kasihan itu melambungkan perahu Lebai Malang lalu terhempas ke batu karang. Perahu Lebai Malang hancur berkecai. Lebai Malang terapung-apung dibawa arus.Malang sekali nasib Amsal. Dia karam, lemas dan hanyut entah ke mana.



Tidak lama kemudian, Lebai Malang terdampar di tepi pantai. Lebai Malang sangat sedih apabila mengenangkan anaknya Amsal yang karam dan lemas di lautan. Tetapi apakan daya, Lebai Malang juga tidak dapat menyelamatkan Amsal.Dengan penuh kepayahan dan kesedihan, Lebai Malang pun meneruskan perjalanan bagi menemui Duli Yang Mulia Paduka Raja.









Tamat...















"aik? dah tamat?"

"yerp.. dah tamat.."

"herm.. apa yang cube di sampaikan dalam posting kali ni yer? mcm tak faham lah..."

"Owh.. memang tak faham... sebab anta tak tahu watak sebenar citer nih?"

"Owh? watak sebenar?.. ape watak sebenar derang?.."

"Watak sebenar bagi Lebai Malang adalah diri awak sendiri, Harba sebagai Harta Benda, Kaker sebagai Kaum Keluarga, Amsal sebagai Amal Soleh, Datuk Bendahara sebagai Malaikat, dan Paduka Raja sebagai Tuhan..."

"erm?... eh.. kejap.. kejap.... owh... baru ana faham.."








Catatan: Teks ini sebenarnya adalah satu modul LDK untuk brainstroming. Dimana setiap kumpulan di beri teks ni dan buat rumusan pasal teks tu.. then present dalam sesi bengkel... Jangan bagi tau awal2 pasal watak sebenar tuh.. At the end baru Ketua Fasilitator bagi tau watak sebenar bagi setiap watak di dalam teks tuh.. dan sedikt ulasan berbentuk tazkirah ringkas mengenai Amal Soleh yang dikerjakan di dunia nih.



Dari: dsantai.blogspot.com

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...