Monday, December 28, 2009

(n_n)v

Subahanallah. Saat a.K.u buntukan kekuatan, Tuhan temukan a.K.u sama kawan-kawan, sahabat seperjuangan a.K.u semasa di Matrikulasi dulu.
Syukur a.K.u pada Allah.
Alhamdulillah.

Bermula dengan Cik Syafa dan kisah-kisahnya.
Terus.
Dalam MMS (Malam Mesra Siswi) yang lepas.
Shida (Rashida Ibrahim) antara kawan-sahabat yang membantu.
Iya. kami banyak mengimbau kenangan dulu.
Kenangan di Matrikulasi yang sangat indah.
(n_n)v


Hari minggu.
a.K.u bantu dia ini (Gambar dibawah).
Dalam BFN (Bengkel Fasilitator Nasional 09)
Bantukah?
Banyak makan-tidur aja. Haih~


Sungguh.
a.K.u tidak juga rindukan saat dulu.
Tapi a.K.u mahu kembali bersama kawan-sahabat a.K.u.
Sekejap cuma pun cukup lah.
Bikin kecoh.
Bikin riuh.
Kerana itulah kami.
Moga terus kekal di hati.
InsyaAllah.



:: a.K.u doa terbaik untuk sekalianya. Untuk kita. Moga Allah kekalkan hati-hati ini pada jalan-Nya. InsyaAllah~

Wednesday, December 23, 2009

Santai~


Ini bukan kambing Incik Khairullah ya..Harap maklum..

Orang kata, hati itu tidak boleh selalu di bebankan dengan perkara-perkara yang berat supaya ia tidak menjadi buta. [Tak mo la jadi buta hati kan?]. Jadi, mari bersantai bersama Pakcik yang sempoi ni...Hoyeahhhh~




Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
 
 
Pemuda : Boleh saya tanya beberapa soalan tak? 
Pakcik : Boleh aje... 
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?" 
Pemuda : Yang putih. 
Pakcik : Kalau yang putih lebih kurang enam kilometer setiap hari. 
Pemuda : Yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Pemuda : Yang putih? 
Pakcik : Ah, yang putih lebih kurang empat kilo rumput setiap hari. 
Pemuda : Dan yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun? 
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam? 
Pemuda : Yang putih? 
Pakcik : Aaa...yang putih sekitar enam kilo bulu setiap tahun. 
Pemuda : Dan yang hitam? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg 
hitam, padahal jawapan semuanya sama aje? 
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye. 
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye? 
Pakcik : Yang hitam pun sama... 





:: Sempoi kan Pakcik ni? eheh..=p

Tuesday, December 22, 2009

Sahabat a.K.u......citra hati a.K.u~

Satu.
Ini sahabat a.K.u.
Nur Syafafwati.
*Angah* kami.

Dua.
Hatinya sedang teruji.
Sama tanggungjawab pada keluarga.
Juga pada -sesuatu.
Yang tidak dapat a.K.u jelaskan di sini.

Tiga. a.K.u pohon maaf pada dia.
Terlupakan dia seketika.
Mahu sahaja dekat sama dia.
Bertandang di biliknya.
Mendengarkan kisah-kisahnya.

Empat. Kau TABAH tahu!
a.K.u cemburui itu.

Lima. Mesti a.K.u bukan sahabat & teman terbaik untuk kau.
Doa a.K.u sentiasa mengiringi perjalananmu.
Moga kau kekal KUAT duhai sahabat.

Enam. Maaf a.K.u ajak kau berfoya2 semalam.
Tidak tenang lihat riak wajah kau.
Sungul.
Kau perlu senyum selalu tahu!
Manis.
(n_n)v

Akhir. a.K.u sayang kamu. Noktah.



Kebenaran~



Bismillah

Alkisah, a.K.u post entri lain tadi. Tapi bila fikir-fikir semula, a.K.u batalkan. a.K.u simpan dalam draft. Biar a.K.u seorang sahaja yang tahu apa sebenarnya yang bermain dalam benak a.K.u ni. Itu pun setelah a.K.u habiskan separuh malam ini untuk baca entri-entri lama. Lalu, berubah pandang hidup a.K.u. Syukur Ya Allah. IlhamMu sampai dalam hati a.K.u. Syukur sangat. Alhamdulillah.

Sahabat

a.K.u pohon maaf sebab sudah terlalu lama tidak ambil tahu tentang kalian. Sedang sahabat yang sepatutnya a.K.u tanyakan soal hatinya juga sudah terabaikan. Kerana kerap kali a.K.u bermain dengan alasan. Ya, itu silap a.K.u. Memang silap a.K.u sendiri. Memang padan jika ada yang terasa hati dan membenci. Hmm..Hanya maaf yang mampu a.K.u ucapkan. Maaf sangat sahabat.

Adik~
.-
.
.
.
.
.
.
[a.K.u buang yang ini. Tidak sesuai untuk tontonan umum]
.
.
.
.
.
-


Adik..kalau kau mahu a.K.u kembali...beri a.K.u masa. Kakakmu yang zalim ini sedang lupa diri. Gagal menghargai. Gagal menberi yang terbaik buat kalian. Walhal dia sudah acapkali menghina diri.


Kadang-kadang, dia mahu katakan "a.K.u bukan badut yang kerjanya mengembirakan hati orang". Tapi lafaznya tidak kesampaian. Kerana dia bukan pakar melafaz kata yang bisa bikin orang kecewa. Namun tanpa sedarnya, diam dia itulah bikin insan kecewa..HAih~


:: Akhirnya, a.K.u serahkan hati a.K.u yang telah robek-carik ini pada DIA~


Kakak

Biarpun a.K.u ini di gelar kakak. a.K.u juga insan biasa. Mahu di dengari. Mahu berkongsi. Namun telah a.K.u haramkan diri. Membiarkan adik-adik mendengarkan dan berkongsi carik hati a.K.u kerana itu bukan cara a.K.u. Adik-adik, kamu tidak layak untuk dengarkan itu. Sebab kau itu tidak akan temukan a.K.u sama jawapan. [Jangan pertikai].

Lalu a.K.u mahu katakan pada dunia. a.K.u juga punya Kakak. Alhamdulillah. Yang masih sudi dengarkan a.K.u. Lindungi sedu sedan a.K.u. Ingatkan a.K.u dengan perjuangan. Nasihati a.K.u untuk jadi lebih baik. Syukur pada Allah. Atas kurniaan Kakak-kakak ini. Lihat, a.K.u juga punya Kakak!


Di akhirnya, a.K.u mahu kembali TABAH dan berhati WAJA. DIA baru gugah a.K.u sedikit dengan ancaman perasaan dari insan-insan yang terlalu berharap pada a.K.u. Yang sebenarnya a.K.u tak suka itu. Jangan berharap pada a.K.u plz! Hamparkan harapan kamu pada DIA ya.. Yang Maha Mengetahui hati-hati kamu. a.K.u tidak mahu jadi makhluk yang bikin kamu lupa sama DIA tahu! Dan maafkan a.K.u atas ketelanjuran sikap a.K.u itu. Andai ada. Mari. Sama-sama kita perbaiki diri.


:: a.K.u sangat sayangkan kamu. Sebab itu a.K.u mahu ingatkan kamu dan ingatkan diri a.K.u. Harapnya a.K.u tidak jadi hamba yang lupa. Sungguh, a.K.u sangat rindu sama DIA!

Monday, December 21, 2009

Untuk Tuhan~

Untuk Tuhan
Album : Rindu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Kerakusan pada duniawi
Terbuang suci budi
Keegoan melampau batasan
Hilang kemanusiaan
Luka parah isi dunia
Tangan-tangan penuh dosa
Hukum tuhan!
Sedar segera

Obor islam yang yang marak membara
Serata ruang dunia
Sunnah nabi kian dituruti
Dihidupkan kembali
Janji tuhan pasti berlaku
Kebatilan berlalu
Indah islam kan jadi nyata

Marilah kita berganding tangan
Bersatu tenaga tegakkan syiar islam
Hidup bahagia diredhai tuhan
Akhirat kan kekal di syurga
Teguhkan iman di dalam diri
Tetapkan amalan pada ilahi
Segala cabaran tabahkan hati
Janji tuhan! Iman taqwa
Kita dibela

Tiap saat masa yang berlalu
Bertambah usiamu
Tetap pergi tak kembali lagi
Rebutlah saat ini
Di dunia yang sementara
Pergunakan sebaiknya
Untuk tuhan...
Pencipta kita...

Masih hilang rasa itu...

Bismillah.

a.K.u rindu rasa itu.
Pergantungan itu.
Sedu sedan disisi-Nya.
Bersunyi-sunyi dengan-Nya.










:: Rindu sangat....

Wahai orang beriman~


Bimbo - Wahai Orang Beriman

Wahai orang beriman tujuan hidup
Berbakti untuk meraih ridho Tuhan semata
Wahai orang beriman tugas hidupmu
Menjadi kholifah Tuhan memakmurkan alam

Sholatku ibadahku hidupku matiku
Untuk Alloh semata
Tuhan penguasa seluruh alam

Kita bersyukur diberi tauladan
Muhammad Rosul pilihan

powered by lirik lagu indonesia








:: Mahu kembalikan perasaan itu~ Subahanallah....T.T

Friday, December 18, 2009

1 Muharam 1431 Hijrah..


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Subahanallah.
Sudah bertambah lagi umur dunia.
Umur a.K.u juga.

"perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah, tetapi amalanku tidak bertambah" -ibnu mas'ud

Sebagai muhasabah.
Untuk setahun yang sudah lepas.
Secara peribadi, agak teruk.

Banyak graf yang menurun.
Astarfirullah.. =.="
Terutamanya soal spiritual.

Hal duniawi.
Alhamdulillah.
Ada yang meningkat.
Pemikiran juga semakin matang. [jgn muntah ya adik-adik]
Tapi tidak bangga untuk itu.
Sekadarnya.






Moga tahun ini. Dengan azam dan semangat yang baru.
Mampu untuk membangunkan diri ini lebih baik lagi.
InsyaAllah.








:: Perjuangan masih panjang....masih panjang......

Wednesday, December 16, 2009

Bila a.K.u cuma tahu 'diam'~

Diam.
Itu a.K.u.

Jangan salahkan a.K.u.
Bila a.K.u hanya tahu diam.
Sebab itu a.K.u...

Sunday, December 13, 2009

Jangan buang sampah merata-rata!


Sejak dulu lagi.
a.K.u sangat pantang kalau orang membuang sampah merata-rata.
Maksud a.K.u, tidak selesa dan marah.
Cantik atau kacak macam mana pun seseorang itu,
kalau buang sampah merata-rata,
tak ada makna cantik dan kacaknya dia.

Muka cantik tapi tak beradab,
tak guna juga kan?

Kalau dalam kereta.
Biasanya a.K.u akan cari plastik untuk di isi sampah.
Bila singgah di mana-mana hentian rehat,
barulah di buang ke dalam tong sampah.

Mudah sahaja sebenarnya.
Cuma nak atau tidak je.







:: Sila jangan buang sampah depan a.K.u kalau tak nak kena sepak laju-laju!



Dhiya~

Dhiya Hiswaniza Bt Hiswadi


Mari senyum pada dOnia~

[Klik gambar untuk kisah selanjutnya]

Melepaskan beberapa perkara..

Awalnya, plan minggu ini nak pergi Trip bersama Mentor EMAS di Melaka. Hari Ahad mahu ke Seminar Syed Naquib. Ditakdirkan, sampai ke hari Jumaat a.K.u gagal membuat keputusan yang tuntas. Ditambah lagi beberapa perkara dalam kepala yang mintak di lontar-lontar. Terima pula mesej hari Khamis pagi untuk ke Melaka untuk bersamaKakak di Hospital lewat Marghrib nanti. Dengan bilik yang tak sempat di kemas sejak pulang ke UIA. Cadar pun tak sempat nak pasang. Bikin pusing saja! Tekad a.K.u-kemas bilik dan terus ke rumah abang dan terus ke Melaka. MAsuk waktu Marghrib, rancangan tertangguh. Esok malam la pulak.....

Syukur juga..DApat a.K.u teruskan Mesyuarat HEWI pagi Jumaat tu. Usai mesyuarat, kami makan beramai-ramai. Alhamdulillah. Sempurna satu tugasan. Lepas solat Zuhur, bergegas keluar atas urusan peribadi. [Ah, a.K.u...banyak sangat rahsianya~]. Pulang semula ke UIA setelah masuk waktu Marghrib. Penat tahu! Huu..terus bergegas ke Melaka.

Dan disana, Dhiya masih belum keluar Hospital. Tunggu esok mau gigit-gigit pipi Dhiya. MAlam ni gigit pipi Luna dan Izzah dulu. Hehek...


:: a.K.u bukan beralasan..tapi kadang-kadang a.K.u buntu...terlalu buntu... banyak sangat yang harus dilakukan...




Suara Jiwa..


Petang tadi hampir saja a.K.u nekad menulis luah jiwa dalam blog ini. Luah jiwa a.K.u yang hampir hancur. Namun selepas di timbang-timbang. Untuk apa? Mujur tahap rasional a.K.u masih bersisa. Di bantu kamu. Alhamdulillah. Syukran Lillah...

:: 'Backbone' ya.......=p





:: Akan a.K.u tanam kedukaan itu dengan perubahan..InsyaAllah~

Tuesday, December 8, 2009

Bila Di Uji....

Bismillahirahmanirrahim.

a.K.u baru sahaja duduk mau melepas letih
semasa mendapat mesej dari Aliemran
tentang pemergian ibu Adibah Ali
petang tadi.

Terketar.
Terkedu.






:: Ya Allah, kuatkan dia [Adibah Ali]...keluarganya...dan a.k.u~

Monday, December 7, 2009

Sedikit dari erti hidup~

Bismillahirahmanirrahim.

Ahad (6 Disember 2009)


Saje nak share gambar-gambar retreat..

Makan sampai berpeluh~


Sup Ayam [Habis~]


Budak-budak BEN mmg rajin cuci pinggan ya? Eheh..=p


Isnin...(7 Disember 2009)

Hari pertama semester baru 2009/2010.
Sem terakhir a.K.u di bumi UIAM.
InsyaAllah.
Dan..
Bila dah sem akhir ni,
jadi tabiat pula bila jumpa orang yang sebaya..
suka nak tanya..
"Ko grad sem ni ke?"
Hehe.
Mentang-mentang da nak grad.

Harini a.K.u tak gi kelas.
Sebab dah boleh agak lectre xde.
Dan tekaan a.K.u betul.
Hehe.
Petang sket.
k.Tasya mesej.
"Dik katne? Datang la rumah. Akak ada kat rumah ni."
Disebabkan a.K.u pinjam iron dia ritu.
Kena gak la pegi umah dia.


Seronok dapat jumpa Luna.
Dah pandai main telefon.
Haikal pon ada.
Habis Luna kena belasah.
Sengal tol Haikal ni.
Haih~

[Dan untuk pertama kalinya..a.K.u berjaya tidurkan Luna dengan senang..huhu]



Petangnya.
Balik UIA.
Sebab ada janji untuk lawan bola jaring dengan HEWI Pusat.
Hoh, sebenarnya a.K.u tanak main.
Tapi disebabkan cuma 8 orang je yang boleh main.
a.K.u main la jugak.
Hoho.
2-1.
Tahniah kpd HEWI Pusat.
a.K.u tak kisah bila kalah.
Ye la..lawan HEWI Pusat tu.
Saje nak bagi peluang kat dorang untuk menang.
Huhu.
(n_n)v





Malamnya.
Berkampung di Halimah.
Bantu Naheed untuk kerja-kerja Malam Solidariti.
Wat kad jemputan je pun.
Ngeh2.
Dan..
Disebabkan a.K.u malas nak balik bilik.
Makanya, tidur di bilek Naheed je.
Thanks ya bagi tumpang.
Alhamdulillah.
Hari ini berlalu dengan baik.









:: Moga Allah terus memberi kekuatan..Ameen....

Sunday, December 6, 2009

a.K.u dan sEsuAtu~

Bismillahirahmanirrahim

Diam & Sunyi

Lama a.K.u diam..

Dan sunyi mengusik hati..

Sambil mengira-ngira hari..

Bak puisi Kak Fynn...

"Lamakah lagi..kita sepi..."

Yang a.K.u dendang-dendangkan di kalau sunyi..

Huhu..saje mengarut.. Lama dah tak update blog... Padahal baru seminggu kot..heheh...=p. Disebabkan kat umah xde tenet..dan a.K.u pon xde hati nak pi buang tebiat di CC. dok umah je lah.. Udah memang a.K.u bukan kaki jalan bila kat umah ni.

Menarik ke?

Nak diceritakan. Cuti sem ni paling tak rasa macam cuti. Balik kampung pun lambat. Raya haji, tak rasa macam raya. Tak rasa meriah macam dulu-dulu. Walaupun Emak masak sedap-sedap. Walaupun 4 ekor lembu tumbang . berkilo daging dan tulang kat peti sejuk. Siap wat sup tulang lagi. Haih~

Tapi, Alhamdulillah sempat juga pergi ziarah Adibah di hospital. Dua kali. Walaupun bukan nombor yang boleh di banggakan, a.K.u akur tuntutan amanah menjaga rumah dikala Emak temankan kakak di Melaka 5 hari. Hidup dengan Bapak dan Adik kat rumah. Sunyi. Bapak baru beli buku 'Fiqh Daulah'. Berkurung kat bilik sebab nak habiskan baca buku tu. So...komunikasi terbatas.. Adik dengan exam SPM. Ntah camna. Malangnya dia ada kakak cam a.K.u ni yang tak reti mengajar. Malah pegi exam pon tanpa bersarapan. Sebab kakak dia ni malas wat sarapan. Eheh. Sian~

Program-program KPIJ semua a.K.u tak dapat nak turun. Hurm..apakah +_+~. Maaf untuk semua warga KPIJ.

Namun, terubat juga sunyi bila sahabat-sahabat singgah di rumah. Dapat makan-makan lagi. Hehe. Thankz to Syafa, Fatin, Sarah, Fa, Is, Shazni & Anep..Yang lain..singgah kejap je..Syah, Wan, Abu, A.Lek, Hadi, Harun~

Sungguh. a.K.u hargai walaupun korang singgah sekejap jek.. Hilang rasa sunyi a.K.u. Rasa macam jumpa adik-beradik sendiri. InsyaAllah.

Nekad. a.K.u balik hari Jumaat petang jam 2.30 dengan Fa. =)

Mesyuarat selari..

Majlis Hewi

Sabtu pagi. Jemputan ke Mesyuarat Selari PKPIM Pusat. Wakil Majlis HEWI UIAM. Sungguh, a.K.u segan. Ntah. Pertama kali ke Mesyuarat selari. Kelaka jiga bila teringat kisah sesat. Dua-tiga kali lalu kat tol exit Kajang tu. Huhu. Sabo ye kawan2..i tatau jalan..so, i diam je la...eheh... Mekacih sama incik driver...ngeh2..

Alhamdulillah semuanya lancar. Di permudahkan juga untuk a.K.u faham agenda mesyuarat dan perkara-perkara berkaitan. Selamat maju jaya untuk Majlis HEWI. Juga sokongan padu untuk mama HEWI...Hoyeah! =)

Merawat gerakan~

Selesai mesyuarat selari. Kami (Aliemran, Abe, Hadi & Naheed) terus ke Retreat Pimpunan di Madrasah Rahmaniah. Alhamdulillah. a.K.u seronok, gembira, bangga dan puas hati. Komitmen 'keluarga' a.K.u ini , amat a.K.u hargai. Ini keluarga a.K.u di sini. Di UIA ni. Selaku kakak sulung, a.K.u bertanggungjawab untuk menjaga 'keluarga' ini. Tinggal satu sem. Untuk a.K.u beri yang terbaik pada mereka.

Usai sesi merawat gerakan, kami makan besar. (Besar ke..? huhu) Syukur. Pertamanya, Allah masih beri a.K.u peluang untuk hidup dan perbaiki diri. Kedua, a.K.u mampu untuk bersikap lebih telus antara pimpinan sendiri. Untuk kebaikan gerakan juga. Tiga, muhasabah kembali perkara-perkara lepas agar di jadikan panduan dan pengajaran untuk masa akan datang. Untuk sahabat-sahabat dan adik-adik pimpinan-'Keluarga' a.K.u...InsyaAllah..kita cuba usahakan yang terbaik..bersama-sama..


Berlapang dada dan berbaik sangka..
Ingatan dari Amir-Amir terdahulu.

Rasa yang membarah..

Alhamdulillah, bila minda & jiwa berfokus pada tugasan-tugasan...saat ini yang difikirkan adalah untuk menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Walaupun hakikatnya..jauh di sudut hati..masih ada rasa yang membarah. Namun Allah itu Maha Tahu. Di uji hamba-hambanya dengan sesuatu yang bersesuaian dengan kemampuanya. Sungguh. Isu rasa ini. a.K.u sudah serah bulat-bulat pada DIA. Paling tidak pun, a.K.u telah cuba. Lebih mudah jika di diamkan dan dipendam. Sebab a.K.u tak layak untuk buka mulut dan meminta lebih. a.K.u belajar untuk merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. InsyaAllah..






:: Men bola jaring ngan HEWI pusat ptg ni...tp...mustahil la a.K.u yg main kan? eheh...

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...