Sunday, January 20, 2013

Kembara lagi..

Bismillahirahmanirrahim.

[Projek Perpustakaan Al-Hikmah, Cirebon & 
Ekspedisi Menjejak Wali Songo Siri II]

Sejujurnya, badan saya masih penat. Penat terbang dan berkelana ke sana sini. Tapi Alhamdulillah, Allah campakkan saya sekali lagi di dunia luar - tempat luar biasa. Dengan cara yang paling tak pernah terfikirkan akal. Dari jam 10.00 pagi sehingga kini, saya berkelana sendirian ke Bandung. Satu lokasi yang jauh tanpa mahram / tanpa teman ; saya terganggu, tapi yakin dan tawakkal segalanya saya serah pada Allah. Alhamdulillah semuanya selamat. Alhamdulillah.

Dan kerana waktu saya sampai itu sudah menjelang marghrib, tidak dapat saya kisahkan latar kota Bandung ini dengan jelas. InsyaAllah, esok jika punya kesempatan. Mengikut rencana awal, esok kami akan melawat kawasan Pesanteren Darut Tauhiid, melwat kota Bandung dan petangnya bertolak ke Cirebon, insyAllah.  
:: Menanti adik-adik lima orang yang tertangguh penerbangan, saya yakin Allah menjagai mereka dengan sebaik-baik jagaan!

************************* 

Menikah kerana dakwah..

Siapa yang tidak mahu.. 
Moga Allah permudahkan..
InsyaAllah.. 

:: Zikir fikir...

Friday, January 18, 2013

关于这本书

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sangat rasanya tak menulis tentang buku.
Tidak mampu memiliku buku yang banyak sewaktu di Sabah jelas sekali adalah satu alasan untuk kemalasan membaca. Haha.
Tak payah tanya la berapa banyak buku kat rak di sekretariat ABIM Sabah tu.
Walhal buku dalam tangan pun masih terkedek-kedek untuk dihabiskan.
Oh, by the way, tajuk entri ini ditulis dengan bahasa cina (simplified)..begitulah kata incik Google Translate. Sebenarnya terpengaruh dengan blog Luppy (MatLuthfi). Woah~ 

Ini buku pinjaman orang. Teman berkelanan di Sabah dahulu. *mekaseh boi!*
Cukup buat air mata mencurah-curah pada bait-bait terakhir pembacaan.
Fiuh~

Ini buku terakhir yang berjaya dihabiskan dalam masa dua hari.
Tak puas rasanya membaca kisah Kemi ni.
Menanti-nanti sambungan seterusnya.
Isu Islam liberal yang aku kira wajib untuk kita sama-sama faham.
Soal aqidah. Bukan perkara main-main.

The best ever..
It gives you everything..
InsyaAllah..
:)

Tuesday, January 15, 2013

"Memahami maksud "kehendak"



Bismillahirrahmanirrahim.

Memahami kehendak, meletak prinsip dan berpegang teguh kepada apa yang telah di fahami.
Allah sebaik-baik pembantu.

"Terima kasih mengingatkan saya terlalu banyak."
:)


Tuesday, January 8, 2013

Kuasa Doa & Kuasa Maaf

Bismillahirrahmanirrahim.


Menjadi dewasa yang tersepit antara keperluan dan kehendak.
Keluarga dan jamaah.
Saudara dan perjuangan.
Hati, cinta dan persabahatan.
Harta, jawatan dan tanggungjawab.
Krisis demi krisis.
Dalaman dan luaran.
Aku rasa semua yang sedang menganjak dewasa wajib diduga perkara-perkara sebegini.
Aku kata wajib sebab aku sentiasa didengarkan dengan kisah garis-garis hidup manusia sekelilng.
Pahit pedih masam manis.
Kadang-kadang, kerja aku cuma dengar.


Dan En.Eks bakal mengulang, 
"Awak manusia penuh rahsia Dyll.."
Ewah~

Bukan mudah menjaga percaya orang pada kita.
'Ala kulli hal, Allah sebaik-baik penjaga.

Aku kongsikan sedikit dari isi perbincangan bersama Abg. Rizal dua hari lepas.
Dengan segala macam isi, ada dua benda penting yang aku rasa sangat terkesan dalam hati.

Pertama, kuasa doa.
Untuk berdoa, kita perlu yakin dengan apa yang kita doakan.
Bersulam faham dengan sebenar-benar faham semua yang dipintakan.
Yakin bahawa Allah itu sentiasa mendengar apa yang kita doakan.
Dan berdoa itu digalakkan kepada semua makhluk, yang hidup,
yang dah mati, yang wujud, yang ghaib.
"Jangan lokek mendoakan orang lain."
Kita sendiri tahu nilainya kan?


Kedua, kuasa maaf.
Abg. Rizal berkongsi kisah seorang sahabat di zaman Rasulullah s.w.t yang dijanjikan Allah akan masuk syurga hanya kerana setiap malam dia tidak pernah lupa untuk memaafkan semua orang.
Subahanallah.
Sirah sememangnya bukti penting untuk membantu kita membentuk akhlak.
Memaafkan, walau sebesar-besar kesalahan manusia,
siapalah kita sebagai hamba untuk menilai dan menghukum?
Sedangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan manusia lain itu pun, segalanya dari Allah.
Cukup adil sebenarnya.
Memaafkan akan menghasilkan jiwa lapang dan tenang.
Kembalikan diri menjadi hamba yang redha.
Cuma mungkin kita kena bijak sikit dalam bab memaafkan ni.
Memaafkan tak bermaksud membiarkan kesalahan bermaharajalela dan bersimpang siur depan mata.
Membenci perlakuan, bukan pelaku.
InsyaAllah.

Dua kuasa besar ini akan banyak mendorong kita untuk jadi hamba yang lebih baik.
InsyaAllah.

Moga juga Allah memilih kita menjadi khalifah yang baik juga.
Ameen.

 Oh, dan satu lagi nilai yang paling 'manang' untuk dikongsi:
"Letak ilmu dihadapan setiap perkara."
*Sedang untuk beriman itu juga perlu ilmu.

InsyaAllah.

*******************************************

Oh ya..
Aku dah balik semenanjung.
Sesuatu yang aku malas untuk dikabarkan pada dunia. Huhu.
Apa pun, alhamdulillah.
Dan untuk masa depan, aku memilih untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Sudah jauh rasanya berkelana. Cewah~
Mencari cebis-cebis ilmu dan pengalaman.
Dan kini masanya untuk keluarga.
Ada awlawiat yang lebih perlu.
InsyaAllah.

Moga Allah membantu sepanjang perjalanan hidup.
Semua orang. Semua makhluk. InsyaAllah.
Ameen.

Thursday, January 3, 2013

Positif!

Bismillahirahmanirrahim.


Aku yakin Allah telah dan sedang menyusun yang terbaik.
Tinggal aku je yang kena kuat.
InsyaAllah.

:)

Wednesday, January 2, 2013

Angry Bird?

Bismillahirahmanirrahim.



Pada saat kalian sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kalian menciptakan jarak. Lebih baik lagi hendaknya kalian tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara hati kalian. Barangkali pada kondisi seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara bijaksana. Waktu akan membantu diri kalian untuk menyadari kesalahan masing2... 
[Surat dari Tuhan]


:: When your 1st day of the year started with teardrops~

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...