Thursday, August 20, 2026

Relapse

 


Paling malas nak layan relapse.

Tapi benda tu tetap ada.

Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala.

Relapse bukan bermaksud tak berusaha.

Kau usaha, tapi rasa tu masih ada.

Sakit itu masih ada.

Kau pulak sorang-sorang. 

Kalau pun ada yang tanya ; tak sama.

Kadang kalau orang tak tanya lagi cepat selesai.

Bila orang tanya ; lagi bising lagi teringat 

Apa pun, aku sedaya upaya tidak akan menjejaskan keadaan anak-anak. 

Anak-anak nombor syatu.


Friday, July 17, 2026

Stuck

 


Maru, sebenarnya dalam banyak waktu Ummi rasa "stuck".

Bukan sebab tiada pilihan, tapi kerana limited pilihan.

Dan pilihan Ummi selalunya dipenuh dengan kekangan anak-anak.

Kerana mahu atau tidak, Ummi perlu utamakan anak-anak dalam segala hal berkaitan hidup Ummi.

Nak shopping, kena fikir waktu anak selesa. Satgi anak mengamuk mengantuk, Ummi yang stress.

Nak jogging, kena fikir anak tak boleh panas nanti naik flare ; Ummi juga yang disalahkan nanti sebab tak jaga anak elok-elok.

Nak pi program, kena bawa anak bukan mudah. Ingat senang ke nak fokus buat kerja sambil jaga anak.

Nak berniaga sambil jaga anak, pun dah rasa mustahil. Ummi tak ada backup kalau Ummi collapse. Kalau Ummi busy berniaga, tentu-tentulah masa dengan anak jadi kurang..perhatian pada anak..menambah stress Ummi lagi nanti. Lepastu overthinking. Tu kalau ada yang berbunyi, Ummi rasa nak cilikan je mulut.

Jadi, Ummi stuck sajalah disini.
Walaupun orang kata anak bukan alasan, buat masa ni biarlah anak jadi alasan ; sbb yg kata anak bukan alasan tu pun bukan menolong Ummi pun masa Ummi susah. Lulz.. 

"Tak kaya tak apa, asal hati selesa." FJ

Sekian, terima kasut.

Saturday, June 20, 2026

39A

 



Aku ingat umur baru semangat baru jiwa baru kekuatan baru.

Aduh rupanya tidak ye.

Kisahnya harini aku cuba bersosial semula. Setelah sebulan tak jumpa orang ; tak bercakap dengan org lain selain lakiku, anak-anak, jiran sebelah, mak dan Arina. See? Kecik gila circle aku kan.  Selain main reels dgn Hawa. (sungguh tak matang) 😫

Eh, kisahnya gini aku ni acah aktif dalam grup kelas anak darjah 1. Cuba-cuba berkomunikasi. 

Tapi aku tak tahu apa yang aku rasa - yg penting rasa yang tak best.

Macam nak panic attack balik aku ni.

Over kan?

Haih.

Dahlah tido. Zzzzzz


Sunday, April 5, 2026

HOME



I walked across an empty land

I knew the pathway like the back of my hand

I felt the earth beneath my feet

Sat by the river and it made me complete


Oh, simple thing, where have you gone?

I'm getting tired, and I need something to rely on

So, tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired, and I need somewhere to begin


And if you have a minute, why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So, why don't we go somewhere only we know?


I came across a fallen tree

I felt the branches of it looking at me

Is this the place I used to love?

Is this the place that I've been dreaming of?


Oh, simple thing, where have you gone?

I'm getting tired, and I need something to rely on

So, tell me when you're gonna let me in

I'm getting tired, and I need somewhere to begin


And if you have a minute, why don't we go

Talk about it somewhere only we know?

This could be the end of everything

So, why don't we go?

Somewhere only we know

Sunday, January 4, 2026

Kisah Membesarkan Anak

 Bismillahirrahmanirrahim


Disebabkan aku sedang lapar, sambil memeluk Marwan yang kepenatan mengamuk sejak 30 minit tadi. Tiba-tiba teringat ayat Ticer Raihan.."Kadang-kadang kepandaian anak tak boleh beat dengan number of students dalam kelas."

Reality hits hard.

Morsi bermula dalam jalur yang betul. Tapi keadaan dan sistem memaksa dia tercampak ke belakang beberapa langkah. Ditambah dengan inner struggle bila di rumah, aku tak tahu aku yang kena pasrah atau kena ajar dia pasrah sebab ada keadaan yang aku tak larat nak ubah. *sigh*

Bukan tak pernah mencuba tapi penat.

Ada lagi dua tahun sebelum ke sekolah menengah aku harap Tuhan ilhamkan jalan terbaik membimbing anak yang seorang ini.

Seperti selalu, yang sulung akan menjadi contoh adik-adik, tapi tidak kali ini. Yang sulung akan jadi bukti kerasnya perjalanan hidup dan bukan untuk kejar yang sempurna tapi yang terbaik untuk semua.

Rabbi yassir!

Friday, February 7, 2025

Fear

Bismillahirrahmanirrahim.

My biggest fear is.... betrayal..

I'm sorry i trust too much.

Never again.

Friday, November 22, 2024

Keperluan vs Kehendak

Bismillahirrahmanirrahim..


'Membeli' rasa selamat itu keperluan, bukan kehendak. 

Bukan pentingkan diri, tapi memenuhi tanggungjawab hakiki sebagai pelindung amanah yang Allah dah beri.

Rabbi yassir wala tuassir!


 

Sunday, November 17, 2024

Tenggelam

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin aku dah boleh declare tahun ni tahun tenggelam. 

Blub..blub..blub..

Dulu hal perasaan kita pandai simpan - roller coaster 🎢 macam mana pun - mustahil orang boleh nilai.

Sekarang - kau tengok muka aku kau boleh baca - miserable - walau apa pun kisahnya. 

Blub...blub...blub...

Aku pegang satu je ni, Allah suka orang buat baik. Maka teruskanlah buat baik.

Wallahu'alam.

Wednesday, October 16, 2024

Demi percaya

Bismillahirrahmanirrahim.


Mencari jalan percaya - antara dua jalan, aku ditengah-tengah.

Ada dinding yang sekali timbul sekali runtuh.

Apa ruginya aku?


Monday, July 22, 2024

Trust the process

Bismillahirrahmanirrahim.

Belajar mengawal hati.

Walaupun masih ada yang bercalar-berparut. 

Kawanku kata itu proses.

Proses atau tidak - hatiku penat - dan belum jumpa jalan rehat.

Kenapa dewasa begitu sakit sekali ya?

#fikir

Tuesday, July 2, 2024

Membunuh jiwa

 Bismillahirrahmanirrahim.

Mulai 1 Jun hingga kini.

Rasa penat dan sakit sampai rasa nak cabut kepala.

Benda satu ni lah yang paling tak sanggup nak hadap. sob3. (no choice)

Kesian anak-anak.

Cepatlah selesai.

Banyak benda tertangguh.

#headache#

Saturday, June 29, 2024

Dream High

 Bismillahirrahmanirrahim.


Penat lah sembang benda sedih tak habis-habis. Phew..

Kali ni nak mengingatkan diri sendiri apa yang perlu dicapai / diangankan sebenarnya beberapa waktu ini.

  • Satu buku seminggu
  • Khatam Quran sebelum next Ramadan
  • Belajar menari (buek)
  • Teruskan misi turun berat badan (sobss)
  • Perbaiki amalan wajib, tambah amalan sunat.
Hmmm..nak ber'kalau' tapi takut dosa.

Jadi diam sajalah.

Moga-moga diam pun ibadah. Sob3.


:: berangan itu mudah.

Wednesday, June 26, 2024

Menuju Daerah Tercerah

 Bismillahirrahmanirrahim..


Menuju daerah tercerah,
Selain kemahuan dan keberanian,
Masih mencari kemampuan.

Sebahagian dirinya mahu teruskan,
Sebahagian lagi mahu lari melepaskan,
Dua-duanya jalan sepi,
Yang belum tahu kuat atau tidak untuk dilalui.

#tariknafas

Thursday, June 13, 2024

Sekali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim


Untuk kesekian kalinya.
Berulang rutin yang sama semula.
Jujur, buntu.

Gembira salah.
Sedih salah.

Paling takut, salah fikir.

Kenapa sekarang.
Kenapa tiba-tiba.

Apakah Tuhan sebenarnya memberi, atau menguji?
Atau kedua-duanya sekali.

Buntu.
Tapi tetap perlu lalu.

Wednesday, May 29, 2024

Hadap

 Bismillahirrahmanirrahim



Seronok melihat manusia meraikan cuti sekolah bersama keluarga.

Dan aku kali ini pasrah hari-hari memikir nak hadap apa untuk esok. 😂

Buatlah apa pun. 

Selagi mereka sihat.

Kenyang.

Setakat ini - itu yang termampu.

*tepukbahu*

"good job"👍 

Saturday, May 18, 2024

Picture


Always take pictures of people you love. 

Take pictures when they walk, dance, and sing. Take pictures when they are happy and sad. When they wear a beautiful outfit, when they buy a new thing, when they feel excited about smth, and when they act weird. Pictures stay. And memories last forever."


"Saya nak Kak Dyll yang dulu."

"Akak pun nak Kak Dyll yang dulu."

Diam.

Dalam hati :

"Tapi akak pun nak Arina yang dulu. Yang blur-blur tu. Arina yang sekarang dah terlalu matang. Lol."


Sekian. Terima kasih.

Friday, May 10, 2024

Kena berani

Bismillahirrahmanirrahim.


Tiada jalan lain untuk satu perubahan kecuali jadi berani.

Berani berubah untuk masa depan yang lebih baik.

Tak kaya tak apa, yang penting - tenang.

Penat badan tak apa, yang penting - tenang.

Tak ada harta tak apa, yang penting - tenang.

Tenang itu menang.


Thursday, May 2, 2024

Tuhan aku ingin sembuh

Bismillahirrahmanirrahim


Sebenarnya aku tahu saja.
Apa yang Allah sudah aturkan - adalah ujian terhadap kata-kataku sendiri.
Terkadang yang dianggap nikmat itu - sebenarnya ujian
Dan terkadang yang dianggap ujian itu - nikmat.

Sebelum ini Tuhan hanya beri aku ilham untuk faham.
Sekarang Dia sedang memberi rasa supaya aku benar-benar faham - "Ujian dan nikmat datang beriring."

Dan malunya kerana aku pernah tewas.
Namun Tuhan masih memberi masa untuk aku tebus kembali kekalahan itu.

Terima kasih Ya Allah.
Atas peluang seterusnya.

#healingprocess
#newjourney

Friday, April 26, 2024

Dear You

 Bismillahirahmanirrahim.


Dear You,

Terima kasih datang menyinggah.

Kakak walaupun tidak begitu baik keadaannya, 

tetaplah masih hidup dan berjuang hingga nafas tersisa.


If you read this,

pm me.

*wink-wink* ;)

Sunday, April 21, 2024

Muka Surat Berbeza

 Bismillahirrahmanirrahim 

Ternyata berada di muka surat berbeza begitu menyiksa.

#panicattack#anxiety


Deng!


Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...