Tuesday, February 21, 2017

#bertahan

Bismillahirrahmanirrahim. 



Nampaknya teknik bertahan ni perlu ada dimana-mana - dalam keadaan apa pun.
Bila Allah nak bagi tu, Dia bagi je.
Dan kerja kita cuma kena hadap dan sabar.
(Ya..sabar... senang la cakap...wuwuwuwuwu)

Nangis pun tak guna waktu-waktu macam ni. 
Insaflah bahawa Allah sedang meleburkan dosa-dosa. - Banyak dosa sobss.. 
Allah nak angkat darjat jadi hamba yang sabar.
(Walaupun kadang-kadang tazabaaarrrrrnya nak habiskan waktu ni)

Setiap hari doa 
Ya Allah, kuatkanla aku..
Kuatkanlah aku..
Kuatkanlah aku... 
Sobs.. 

Moga yang tercinta terus berzabarrrrrr..

Zassss....



Thursday, January 19, 2017

Bila Tuhan Memberi

Bismillahirrahmanirrahim. 


Kau tahu,
Tuhan - bila Dia mahu memberi kebaikan berupa kekuatan, kesabaran, ketabahan, kebesaran jiwa ;
Diberinya kau ujian dan cabaran satu persatu - supaya kau sentiasa berfikir ;
Berfikir jalan mana harus kau ambil - untuk menyelesaikan semuanya.
Jika tidak selesai pun -
Maka Tuhan memberikan kau sebuah hadiah lain.
Berupa pengalaman dan kematangan.

Maka,
Sabar, tabah dan hadap. 
Zikir Fikir.

Wednesday, January 11, 2017

Keroncong Hybrid untuk Bidadari

Bismillahirrahmanirrahim

Keroncong Hybrid Buat Bidadari – Al Mawlid


Lembut caramu membikin aku
Ternampak keindahan pelangi
Membawaku jauh lagi
Bidadari

Ayu lentik matamu
Pabila kau tersenyum
Hilang segala rasa hibaku
Walaupun kau jauh
Ku tetap disini menanti
Hadirmu dalam mimpi

Setelah hujan berhenti
Angin malam menyanyikan lagu kasih
Ketika itu bintang-bintang menari-nari di langit

Nantikan aku dewi-dewi
Doakan aku bidadari
Selamanya bersamamu
Tiada akhir nanti

Setelah hujan berhenti
Angin malam menyanyikan lagu kasih
Ketika itu bintang-bintang menari-nari di langit

Nantikan aku dewi-dewi
Doakan aku bidadari
Selamanya bersamamu
Tiada akhir

Bersamamu tiada akhir
Bersamamu tiada akhir nanti


Monday, December 5, 2016

Krisis 30an

Bismillahirrahmanirrahim.


Krisis pertengahan umur menuju 30++.
Dengan workload kerja yang #mashaAllah banyak - tapi ada moment yang aku rasa aku boleh tengok je kerja tu, tapi tak boleh buat.
Itu waktu kepala sakit tak boleh fikir.
Itu waktu mulut pun dah tak boleh senyum.
Itu waktu orang cakap apa pun mood aku taknak berubah.
Itu waktu semua benda seolah-olah berlegar disekeliling aku saja.
Itu namanya stress.
Stress kalau tidak diurus dengan baik - boleh jadi gila.
Zaman muda yang penuh cabaran itu boleh pulak engkau lalui dengan ikhlosss,
dan apa masalahnya sekarang aku pun tak tahu.
Kenapa kolam jiwa semakin kecil?
Ah, lantak.
Aku nak tido.
Zzzz.. 

Wednesday, November 30, 2016

Apa yang kau mahu?

Bismillahirrahmanirrahim.



Seringkali soalan yang sama berulang-ulang walaupun kadang kita sudah punya jawapan lama dulu.
Kau nak apa?
Kau nak macam mana?
Kau nak kemana?

Dah jika beroleh jawapan, maka soalan seterusnya adalah.

Cukupkah?

Dan begitulah.
Bak kata Ust. Sadiq, kerana kehendak manusia ini seluas-luas khayalan ;
Jika bumi dijadikan sebagai emas,
Manusia akan berharapkan satu lagi bumi emas..
dan seterusnya.

Nafsu sentiasa haus dengan kehendak.
Namun aqal yang perlu mengawalnya.

Bagaimana aqal hendak mengawal?
Dengan ilmu.
Kerana cuma ilmu yang mendekatkan manusia dengan hakikat-hakikat kebenaran.

*Carilah kecukupan dalam setiap kekurangan.

Wallahu'alam.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...