Wednesday, July 6, 2022

Influenza 2022

 Bismillahirrahmanirrahim..


Kronologi :

Khamis 23 Jun : Nur Ilyani demam panas.
Jumaat 24 Jun : (pagi) Mahdi demam panas.
                          (malam) Morsi demam panas.
Sabtu 25 Jun : Ummi dan Muadz mula demam.

Berlarutan hingga ke hari Isnin - ke Klinik untuk ambil ubat - doc suggest untuk buat test influenza.



Keputusan positif - Morsi, Mahdi, Ummi. (Nur dan Muadz consider positive juga bedasarkan simptom yang ada)
Negatif - Ayah

Jadi, beginilah kami selama beberapa hari.




Friday, March 25, 2022

Bismilahirrahmairrahim.


Ramadhan bakal menjelang beberapa hari lagi. 

Moga kuatlah. Moga kuatlah. Moga kuatlah.

Tapi yakin sajalah, buat kerja baik Allah pasti bantu.

 Wallahu'alam.

 

Sunday, December 12, 2021

Penghujung 2021

Bismillairrahmanirrahim.





 

Cuti sekolah sudah bermula, jadi bertambahlah sikit tugas Ummi menguruskan soleh solehah 24 jam setiap hari. Kalau setakat jaga - mandikan, bagi akan minum tu tak ada masalah, tapi setiap hari nak kena fikir nak buat aktiviti apa itu memang mencabar. Itu belum ditambah lagi dengan babak-babak drama masing-masing. Waduh, bisa pusing!

Tapi nak bawa pergi holiday pun Ummi overthinking sikit sebab musim covid dan sekarang mana-mana kawasan pelancongan pun ramai orang. Jadi kita duduk rumahlah dulu ya sambil explore apa yang ada. Yang tak ada nanti Ummi order dari Shopee.. kikiki.

Morsi, Mahdi, Nur, Muadz..tak lama lagi dah 2022.. Moga tahun ini berakhir yang terbaik buat kita.. 

Thursday, September 30, 2021

Banyak Hari

 Bismillahirrahmanirrahim.

Banyak hari dah fikir nak menulis ni. Tapi lupa saja.. biasalah umur nak dikata muda tak juga, nak dikata tua tak juga, tapi ajal juga menanti tiap masa..sob3

Jika suatu hari anak-anak membaca blog Ummi, ketahuilah bahawa waktu muda Ummimu memang banyak merapu..wakakaka.. Tapi kalau ada kebaikan dari apa yang Ummi tulis ini, harapnya jadi bekal untuk hidup anak-anak Ummi nanti. 

(Yalah, waktu menulis dulu manalah nak tahu umur 35 tahun ini ada 4orang anak..jadi kena memikir la Ummi ni nak cover tulisan-tulisan merapu Ummi).

Tapi untung juga setahun sekali dapat update blog pun bangga rasanya.. Yarabbi riya' pulak aku.  🤣 (Jangan begini ya anak-anak..)

Oklah..susah pulak nak update guna HP ni.. see you next yearrrr...muahhh... 😘

Monday, December 7, 2020

Peluang

 Bismillahhirahmanirrahim



Aku fikir dilema bekerjaya ini sudah berakhir. Dah boleh bertenang tanpa fikir nak kerja apa lepas ni. Tapi kerja Tuhan siapa tahu kan?

Entah apa yang Tuhan mahu tunjukkan. 

"If you know what you want, fight for it."
"Fight what"?


Tuhan mohon tunjukkan jalan......

Saturday, November 28, 2020

Jihad Bisnes?

Bismillahirrahmanirrahim.


Sudah 6 bulan aku mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kecil-kecilan.

BIG WHY?
Jangan tanya sebab aku pun tak tahu.
Cuma ada waktu-waktunya rasa desprate perlukan duit.
Perlukan simpanan.
Perlukan rasa mampu untuk memberi. 
Mungkin BIG WHY yang tak sebesar atau semegah orang lain.
Tapi ia tetap sesuatu.
Jujurnya, bisnes bukan bidang aku. Bukan minat. 
Sekadar bersambil-sambil.
Tapi bila terpaksa, memang kena paksa diri usahakan. Buat dan buat.
Ada waktu memang malu, malas dan penat.
Ada waktu seronok je.
Adat hidup. Kadang begitu, kadang begini.
Apa pun akhirnya kena tanya balik pada diri. 
Nak apa sebenarnya?

Thursday, November 26, 2020

Syawal 2020

Bismillahirrahmanirrahim.



Sudah menghampiri hujung tahun 2020.

Dunia pantas berubah.
Jika sepuluh tahun lalu menulis blog itu satu kegilaan, kini tiada lagi.
Sejak 5 tahun lalu penulisan blog mulai tidak popular.
Selain FB (yang kebanyakannya dipenuhi warga senior, belia dan seangkatannya) anak-anak muda kini lebih cenderung memilih Instagram, Twitter, tik tok dan entah apa lagi yang aku pun kurang pasti.
Hanya beberapa laman blog sahaja yang masih diikuti terutama Ust. Hasrizal Abd Jamil.
Dan masih kadang membaca tulisan-tulisan Faisal Tehrani di laman FMT (Free Malaysian Today).

:: Dan dunia hari ini sedang bertarung virus Covid-19 dengan sengit sekali.

Semoga kebaikan mengiringi kehidupan selepas ini.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...