Sunday, April 21, 2024

Muka Surat Berbeza

 Bismillahirrahmanirrahim 

Ternyata berada di muka surat berbeza begitu menyiksa.

#panicattack#anxiety


Deng!


Thursday, April 4, 2024

Seluas lautan, sebiji cawan


Di mana Dalila yang hatinya seluas lautan?

Kini hanya sebesar cawan kaca yang sudah pecah & digam semula.

Bocor.

Tuesday, March 12, 2024

Elemental Fusion

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam anime Boboiboy ada Elemental Fusion - kalaulah anak tahu dalam hati Ummi pun banyak Elemental Fusion jugak.

Ada waktu-waktu angin, ada ribut, ada tenang macam tanah ada api yang apak kau tiup pun tak padam. Lol.

Tapi itulah hidup nak.
Tak cuma satu element.
Kau perlu semua untuk merasa 'hidup'.


Terlepas satu minggu proses pembelajaran tidak mengapa. Masih ada sepanjang umur untuk belajar.


Dekorasi Ramadan walaupun petang akhir Syaaban baru buat tetaplah buat demi anak-anak. Waktu ni jiwa biar jadi air. Mengalir dan menyejukkan semoga membuah hasil. 



Salam Ramadan. Moga ada hasil disini dan disana nanti.

Wallahu'alam.

Thursday, February 29, 2024

Dihujung setiap kesakitan

 Bismillahirrahmanirrahim.


Akhirnya..setelah sesak dada dan sakit jiwa yang mendalam.

Hanya satu yang paling setia menanti iaitu Tuhan.

Itulah fungsi sakit - untuk dikembalikan kepada DIA.

Sakit yang datang dari DIA, hanya DIA ada ubatnya.

DIA cuma nak kita datang balik je.

Khalas.

Sunday, February 25, 2024

Sepi


 

Puisi Sepi

Bisik ku pada bulan
Kembalikan
Temanku, kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku
Bulan
Jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku

Tuesday, February 20, 2024

Future is uncertain

 Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Akhirnya kembali ke ruang yang paling dirindui.

Ruang berbagi untuk mereka yang disayangi sepenuh hati.

Jika perlu terus memilih - sentiasa mahu kekal dengan pilihan yang satu ini.

Mar'ah - hamba yang hidup dengan penuh kebergantungan pada Tuhan. 

Buat kerana Allah.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...