Friday, May 10, 2024

Kena berani

Bismillahirrahmanirrahim.


Tiada jalan lain untuk satu perubahan kecuali jadi berani.

Berani berubah untuk masa depan yang lebih baik.

Tak kaya tak apa, yang penting - tenang.

Penat badan tak apa, yang penting - tenang.

Tak ada harta tak apa, yang penting - tenang.

Tenang itu menang.


Thursday, May 2, 2024

Tuhan aku ingin sembuh

Bismillahirrahmanirrahim


Sebenarnya aku tahu saja.
Apa yang Allah sudah aturkan - adalah ujian terhadap kata-kataku sendiri.
Terkadang yang dianggap nikmat itu - sebenarnya ujian
Dan terkadang yang dianggap ujian itu - nikmat.

Sebelum ini Tuhan hanya beri aku ilham untuk faham.
Sekarang Dia sedang memberi rasa supaya aku benar-benar faham - "Ujian dan nikmat datang beriring."

Dan malunya kerana aku pernah tewas.
Namun Tuhan masih memberi masa untuk aku tebus kembali kekalahan itu.

Terima kasih Ya Allah.
Atas peluang seterusnya.

#healingprocess
#newjourney

Friday, April 26, 2024

Dear You

 Bismillahirahmanirrahim.


Dear You,

Terima kasih datang menyinggah.

Kakak walaupun tidak begitu baik keadaannya, 

tetaplah masih hidup dan berjuang hingga nafas tersisa.


If you read this,

pm me.

*wink-wink* ;)

Sunday, April 21, 2024

Muka Surat Berbeza

 Bismillahirrahmanirrahim 

Ternyata berada di muka surat berbeza begitu menyiksa.

#panicattack#anxiety


Deng!


Thursday, April 4, 2024

Seluas lautan, sebiji cawan


Di mana Dalila yang hatinya seluas lautan?

Kini hanya sebesar cawan kaca yang sudah pecah & digam semula.

Bocor.

Tuesday, March 12, 2024

Elemental Fusion

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam anime Boboiboy ada Elemental Fusion - kalaulah anak tahu dalam hati Ummi pun banyak Elemental Fusion jugak.

Ada waktu-waktu angin, ada ribut, ada tenang macam tanah ada api yang apak kau tiup pun tak padam. Lol.

Tapi itulah hidup nak.
Tak cuma satu element.
Kau perlu semua untuk merasa 'hidup'.


Terlepas satu minggu proses pembelajaran tidak mengapa. Masih ada sepanjang umur untuk belajar.


Dekorasi Ramadan walaupun petang akhir Syaaban baru buat tetaplah buat demi anak-anak. Waktu ni jiwa biar jadi air. Mengalir dan menyejukkan semoga membuah hasil. 



Salam Ramadan. Moga ada hasil disini dan disana nanti.

Wallahu'alam.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...