Monday, July 22, 2024

Trust the process

Bismillahirrahmanirrahim.

Belajar mengawal hati.

Walaupun masih ada yang bercalar-berparut. 

Kawanku kata itu proses.

Proses atau tidak - hatiku penat - dan belum jumpa jalan rehat.

Kenapa dewasa begitu sakit sekali ya?

#fikir

Tuesday, July 2, 2024

Membunuh jiwa

 Bismillahirrahmanirrahim.

Mulai 1 Jun hingga kini.

Rasa penat dan sakit sampai rasa nak cabut kepala.

Benda satu ni lah yang paling tak sanggup nak hadap. sob3. (no choice)

Kesian anak-anak.

Cepatlah selesai.

Banyak benda tertangguh.

#headache#

Saturday, June 29, 2024

Dream High

 Bismillahirrahmanirrahim.


Penat lah sembang benda sedih tak habis-habis. Phew..

Kali ni nak mengingatkan diri sendiri apa yang perlu dicapai / diangankan sebenarnya beberapa waktu ini.

  • Satu buku seminggu
  • Khatam Quran sebelum next Ramadan
  • Belajar menari (buek)
  • Teruskan misi turun berat badan (sobss)
  • Perbaiki amalan wajib, tambah amalan sunat.
Hmmm..nak ber'kalau' tapi takut dosa.

Jadi diam sajalah.

Moga-moga diam pun ibadah. Sob3.


:: berangan itu mudah.

Wednesday, June 26, 2024

Menuju Daerah Tercerah

 Bismillahirrahmanirrahim..


Menuju daerah tercerah,
Selain kemahuan dan keberanian,
Masih mencari kemampuan.

Sebahagian dirinya mahu teruskan,
Sebahagian lagi mahu lari melepaskan,
Dua-duanya jalan sepi,
Yang belum tahu kuat atau tidak untuk dilalui.

#tariknafas

Thursday, June 13, 2024

Sekali Lagi

Bismillahirrahmanirrahim


Untuk kesekian kalinya.
Berulang rutin yang sama semula.
Jujur, buntu.

Gembira salah.
Sedih salah.

Paling takut, salah fikir.

Kenapa sekarang.
Kenapa tiba-tiba.

Apakah Tuhan sebenarnya memberi, atau menguji?
Atau kedua-duanya sekali.

Buntu.
Tapi tetap perlu lalu.

Wednesday, May 29, 2024

Hadap

 Bismillahirrahmanirrahim



Seronok melihat manusia meraikan cuti sekolah bersama keluarga.

Dan aku kali ini pasrah hari-hari memikir nak hadap apa untuk esok. 😂

Buatlah apa pun. 

Selagi mereka sihat.

Kenyang.

Setakat ini - itu yang termampu.

*tepukbahu*

"good job"👍 

Saturday, May 18, 2024

Picture


Always take pictures of people you love. 

Take pictures when they walk, dance, and sing. Take pictures when they are happy and sad. When they wear a beautiful outfit, when they buy a new thing, when they feel excited about smth, and when they act weird. Pictures stay. And memories last forever."


"Saya nak Kak Dyll yang dulu."

"Akak pun nak Kak Dyll yang dulu."

Diam.

Dalam hati :

"Tapi akak pun nak Arina yang dulu. Yang blur-blur tu. Arina yang sekarang dah terlalu matang. Lol."


Sekian. Terima kasih.

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...