Bilakah kan berakhir.
*nangis*
Kau tahu,
Tuhan - bila Dia mahu memberi kebaikan berupa kekuatan, kesabaran, ketabahan, kebesaran jiwa ;
Diberinya kau ujian dan cabaran satu persatu - supaya kau sentiasa berfikir ;
Berfikir jalan mana harus kau ambil - untuk menyelesaikan semuanya.
Jika tidak selesai pun -
Maka Tuhan memberikan kau sebuah hadiah lain.
Berupa pengalaman dan kematangan.
Maka,
Sabar, tabah dan hadap.
Zikir Fikir.
Krisis pertengahan umur menuju 30++.
Dengan workload kerja yang #mashaAllah banyak - tapi ada moment yang aku rasa aku boleh tengok je kerja tu, tapi tak boleh buat.
Itu waktu kepala sakit tak boleh fikir.
Itu waktu mulut pun dah tak boleh senyum.
Itu waktu orang cakap apa pun mood aku taknak berubah.
Itu waktu semua benda seolah-olah berlegar disekeliling aku saja.
Itu namanya stress.
Stress kalau tidak diurus dengan baik - boleh jadi gila.
Zaman muda yang penuh cabaran itu boleh pulak engkau lalui dengan ikhlosss,
dan apa masalahnya sekarang aku pun tak tahu.
Kenapa kolam jiwa semakin kecil?
Ah, lantak.
Aku nak tido.
Zzzz..
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...