Tuesday, July 31, 2018

Friday, July 20, 2018

10 bulan!

Bismillahirrahmanirrahim..

10 bulan dah boleh berjalan!
Hebat la adik..
Laju sangatttt..
Kat rumah pun dah gian nak berjalan je..

Lambat atau cepat sebenarnya Ummi tak kisah..
Yang penting kita sama-sama bersedia untuk apa-apa sahaja perubahan.

InsyaAllah!

Monday, June 11, 2018

#balingbelakang




"Dan kita cuma minta untuk dikarunia dua perkara ; ketabahan dan keberanian berhadapan dengan diri sendiri dan masa hadapan. Ameen."
Entri 12 Oktober 2012

p/s : Sekarang baru faham kenapa doanya begitu.

Tuesday, September 12, 2017

Not yet!

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah, adik baby telah melalui minggu ke 40 dengan jayanya. 
Berjaya melepasi tarikh due lagi tu.
Memang benarlah setiap kelahiran itu berbeza.
Kalau Abang Long Morsi tak sabar melihat dunia seawal 30minggu.
Adik baby masih bersenang lenang dalam perut Ummi mendekat ke 41 minggu.
(Ewah-ewah adik baby..)

Apa pun, Ummi doa supaya adik baby keluar dengan sihat dan cergas.
Moga kebaikan mengiringi perjalanan kita nanti.
Ameen!

Tuesday, August 15, 2017

Bilakah...

Bismillahirrahmanirrahim..



Persoalan bilakah ni memang tiada siapa boleh jawab.
Tunggu Allah kata 'jadi' maka, 'jadilah!'
Punya awal prepare sampai bosan tunggu. kah..kah..kah..
Tapi takpalah..kan Allah lebih tahu yang terbaik?
#doa
#mongeh
#adikbaby

Monday, July 31, 2017

Standby Mode

Bismillahirrahmaniirahim.

Abang Long Morsi (Hari Ke-24 di NICU Serdang)

Esok dah masuk 1 Ogos 2017.
Nampaknya Ummi dah boleh mula lengkapkan beg hospital dan simpan dalam kereta.
Beg adik baby dah sebulan dalam tu. hehe.

Tik...tok..tik..tok..
Anytime saja adik baby akan keluar.
Walaupun setakat ini belum ada tanda-tanda yang nyata,
tapi instinct Ummi merasakan dalam masa dua minggu ini
adik baby sedang bersedia melihat dunia.

Putaran adik baby pun dah lain macam dua tiga hari ni.
Sakit pinggang Ummi bertambah-tambah dek pertambahan berat badan Ummi dan adik baby.
Tapi itulah yang paling nikmat waktu mengandung.
Rasa jasad anak bergerak-gerak.
Apalagi bila adik baby respon pada suara Ayah & Abang Long Morsi.

Moga dipermudahkan Ummi melahirkan adik baby dengan sihat InsyaAllah.
Itu saja doa Ummi.


Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...