Friday, November 22, 2024

Keperluan vs Kehendak

Bismillahirrahmanirrahim..


'Membeli' rasa selamat itu keperluan, bukan kehendak. 

Bukan pentingkan diri, tapi memenuhi tanggungjawab hakiki sebagai pelindung amanah yang Allah dah beri.

Rabbi yassir wala tuassir!


 

Sunday, November 17, 2024

Tenggelam

Bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin aku dah boleh declare tahun ni tahun tenggelam. 

Blub..blub..blub..

Dulu hal perasaan kita pandai simpan - roller coaster 🎢 macam mana pun - mustahil orang boleh nilai.

Sekarang - kau tengok muka aku kau boleh baca - miserable - walau apa pun kisahnya. 

Blub...blub...blub...

Aku pegang satu je ni, Allah suka orang buat baik. Maka teruskanlah buat baik.

Wallahu'alam.

Wednesday, October 16, 2024

Demi percaya

Bismillahirrahmanirrahim.


Mencari jalan percaya - antara dua jalan, aku ditengah-tengah.

Ada dinding yang sekali timbul sekali runtuh.

Apa ruginya aku?


Monday, July 22, 2024

Trust the process

Bismillahirrahmanirrahim.

Belajar mengawal hati.

Walaupun masih ada yang bercalar-berparut. 

Kawanku kata itu proses.

Proses atau tidak - hatiku penat - dan belum jumpa jalan rehat.

Kenapa dewasa begitu sakit sekali ya?

#fikir

Tuesday, July 2, 2024

Membunuh jiwa

 Bismillahirrahmanirrahim.

Mulai 1 Jun hingga kini.

Rasa penat dan sakit sampai rasa nak cabut kepala.

Benda satu ni lah yang paling tak sanggup nak hadap. sob3. (no choice)

Kesian anak-anak.

Cepatlah selesai.

Banyak benda tertangguh.

#headache#

Saturday, June 29, 2024

Dream High

 Bismillahirrahmanirrahim.


Penat lah sembang benda sedih tak habis-habis. Phew..

Kali ni nak mengingatkan diri sendiri apa yang perlu dicapai / diangankan sebenarnya beberapa waktu ini.

  • Satu buku seminggu
  • Khatam Quran sebelum next Ramadan
  • Belajar menari (buek)
  • Teruskan misi turun berat badan (sobss)
  • Perbaiki amalan wajib, tambah amalan sunat.
Hmmm..nak ber'kalau' tapi takut dosa.

Jadi diam sajalah.

Moga-moga diam pun ibadah. Sob3.


:: berangan itu mudah.

Wednesday, June 26, 2024

Menuju Daerah Tercerah

 Bismillahirrahmanirrahim..


Menuju daerah tercerah,
Selain kemahuan dan keberanian,
Masih mencari kemampuan.

Sebahagian dirinya mahu teruskan,
Sebahagian lagi mahu lari melepaskan,
Dua-duanya jalan sepi,
Yang belum tahu kuat atau tidak untuk dilalui.

#tariknafas

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...