Monday, July 14, 2014
Ami Aye Ustaz
Monday, July 22, 2013
"Update"
Thursday, January 3, 2013
Wednesday, December 14, 2011
*Siapkan dirimu!"
Tuesday, July 5, 2011
*Khaulah Al-Azwar*
"Khalid Al Walid panglima perang gagah berani, dia tertanya2 siapakah gerangannya si baju hitam pekat yang menghunus pedang di medan jihad, kelihatan kelibat itu tidak gentar, terus mara memacu kudanya di tengah medan perjuangan, satu persatu musuh tumbang dek hunusan pedang si baju hitam. Yakin, tawakkal, itulah lagaknya seorang pejuang misteri. Khalid Al Walid terus memacu kuda kearah pejuang itu. Di fikiran tertanya2 siapakah gerangannya. Langkah pejuang misteri berani, menggerunkan pihak musuh,menghunus pedang dan tombak tidak gentar.
"Wahai tentera Islam, majulah, berjuanglah membantu pejuang agama Allah ini, perkuatkanlah kesusukan orang yang sendirian itu" kata Khalid Al Walid.
Pejuang misteri itu dikepung musuh. Dia terus berperang dan berperang. Kembali dia kepada tentera Islam kuyup dengan basahan darah.
“Allahu Akbar!” Pekik tentera Islam semuanya.Mereka menghampiri pejuang misteri itu.
“Demi Allah yang telah melindungi seorang pejuang yang telah membela agamanya dan menentang orang musyrik habis-habisan. Tolong bukakan tutup muka kamu,” kata mereka.
Pejuang misteri itu tidak menjawab. Dia terus menyerbu ke tengah-tengah pasukan kufur seakan-akan puting beliung di tengah-tengah pasukan musuh.
Khalid terus mengejarnya, sambil mendekati ia berkata, “Hai kamu, kecut hati kami semua melihat engkau. Siapakah engkau?”
“Akulah Khaulah binti Azwar. Aku melihat abangku Dhirar tertangkap. Lalu aku datang untuk menolong membebaskan dia yang berperang kerana Allah.”
Disangkakan gerak itu milik seorang pemuda gagah, rupanya milik seorang wanita berani dan bersemangat tinggi. Ketangkasan dan keberaniannya mengalahkan 1,000 orang lelaki kafir. Khaulah berjuang tidak henti menyertai pejuang muslimin yang lain sehingga akhirnya kemenangan mutlak di pihak yang benar. Namun, Khaulah hampa, saudaranya tidak ditemui.
“Wahai saudaraku, di manakah kau berada, di gurun manakah mereka melemparkanmu. Andaikata aku tahu di mana engkau berada sekarang pasti aku datang. Salamku buat dirimu saudaraku. Sampai kita berjumpa nanti.”
Menangislah seluruh pasukan Islam mendengar ratapannya itu. Setiap orang bertekad untuk menebus air matanya. Dengan takdir Allah datang serombongan pasukan Rom menuju ke arah mereka. Khaulah, Khalid dan seluruh pasukan tentera Islam bersiap. Tetapi rombongan itu menjatuhkan senjata mereka; mereka meminta damai . Permintaan itu diterima secara bersyarat.
Khalid bertanya kepada ketua rombongan itu tentang Dhirar bin Azwar. Ia berkata bahawa Dhirar telah berjaya menewaskan seorang putera raja dan sejumlah besar pasukan mereka, lalu mereka menghadapinya bersama-sama. Ia dapat ditangkap dan dikirim kepada raja mereka untuk dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri.
Dhirar ditawan dan dihantar ke Rom dengan pengawalan seratus tentera berkuda. Tetapi perjalanan itu jauh dan ini menggembirakan Khalid. Dengan segera ia memanggil Rafi bin Umairah kerana ia arif dengan kedudukan padang pasir dan lagi ia adalah seorang yang bijak dalam mengatur siasah dan teknik peperangan.
Khaulah terdengar berita tentang penyerangan itu lalu segera ia memakai baju besi, mengambil pedangnya dan menggenggam tombaknya lalu meminta kepada panglima Khalid agar dia dibenarkan ikut bersama.
Pasukan itu berangkat, mereka mengambil jalan pintas dan akhirnya bertemulah mereka dengan pasukan musuh itu. Ketika rombongan itu sudah dekat ternampaklah Khaulah akan abangnya, Dhirar, sedang dikawal ketat oleh musuh-musuh itu. Dan dengan itu Khaulah pun bertakbir. Takbirnya disambut oleh pasukan berkuda yang lain maka bergemalah lembah itu dengan takbir, “Allahu Akbar!”
Allah s.w.t mendengar takbir itu, lalu didatangkanNya bantuan ghaib dari Rijalullah iaitu tentera-tentera Allah dan akhirnya kemenangan pasti berada di pihak yang benar. Khaulah segera mendapatkan Dhirar dan tentera-tentera Islam merampas semua yang dibawa oleh musuh dan kemudian pulanglah mereka kepada Khalid Ibnu Walid.."
Thursday, June 16, 2011
*Pesan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna*


Sunday, July 18, 2010
Emas Untuk Digali...
Kita selalu ditipu dalam keadaan kita tidak sangka akan tertipu. Orang jahat tidak pernah memilih orang jahat untuk ditipunya tetapi dia memilih orang baik. Orang baik pula oleh kerana terlalu baik selalu tertipu akibat terlalu baik sangka. Selalunya orang yang berniat jahat akan mempamerkan wajah baik untuk memperdayakan orang baik. Pada zaman ini terlalu kurang si jahat yang memiliki wajah yang jahat. Maka itu peratus orang baik yang terpedaya dengan orang jahat semakin ramai.
Suatu hari seseorang berkata, dia tawakal dengan untanya yang dilepaskan sewaktu bertemu Rasulullah s.a.w. Dia sangka semua orang baik sepertinya. Tidak mungkin unta itu akan hilang di kebas orang. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w mengetahuinya, baginda menyuruh orang itu menambat untanya dahulu kemudian barulah bertawakal. Bermakna tidak boleh terlalu berbaik sangka.
Adakalanya perlu juga berasa curiga dan bersikap berhati-hati meskipun di kalangan orang yang boleh dipercayai. Kadang-kadang apabila terlalu percaya di situlah kesilapan akan tiba.
Tatkala berhutang atau memberi hutang, tuliskan lah untuk jadi peringatan. Kalau terlalu percaya ada kemungkinan hutang itu tidak akan dibayar. Menuliskannya bukan berti tidak percaya tetapi sebagai peringatan pada saat-saat lupa.
Terlalu percaya samalah macam istilah lurus bendul. Terlalu lurus selalunya menjadi mangsa pada jenaka manusia. Kadang kala kena ada juga rasa curiga. Curiga untuk beringat bukan curiga untuk berburuk sangka.
Seseorang berkata pada kawannya, "Mat, tak guna simpan duit banyak-banyak. Bila kiamat satu apa pun tak guna lagi. Lebih baik engkau belanjakan duit itu. Kiamat akan datang tiba-tiba. Nanti tak sempat engkau belanjakan semua hatra. Penat saja bekerja siang malam selama ini." Betul juga fikir Mat. Maka dia membelanjakan semua wangnya. Mat akan berakhir sebagai seorang yang muflis.
Kena ada rasa curiga dan tidak boleh terlalu lurus untuk menikmati hidup yang selesa. Manusia ada pelbagai ragam dan gaya. Sesetengahnya memang mencari kesempatan pada kedunguan orang lain. Mat sepatutnya berfikir begini, bekerjalah engkau seolah-olah engkau akan hidup seribu tahun lagi dan beribadalah engkau seolah-olah engkau akan mati esok hari.
Kata orang tua-tua, kalau melihat air tenang usah di sangka tak ada buaya. Sememangnya buaya tinggal dalam sungai yang berarus tenang. Pergerakan buaya juga penuh ketenangan. Kalau ia berehat di tebing sungai, ia bagaikan batang kayu mati-cukup tenang dan cukup baik. Namun, usah leka sebab ekornya boleh libas tiba-tiba. Di dalam air buaya boleh muncul di bawah air yang tenang, di dataran juga buaya boleh menyerang walaupun kelihatannya sudah mati.
Berbeza dengan orang tenang, di situ ada emas untuk di gali. Orang yang tenang biasanya penuh berilmu. Pergilah dampingi orang yang tenang, sesuatu yang berharga pasti akan diperolehi.
Usah terlalu rapat dengan orang yang senang, sebab senang belum bermakna tenang. Orang tenang biasanya berilmu, orang tenang biasanya warak, orang tenang biasanya lunak, maka dekatilah dia.
*Petikan buku, Membina Personaliti Terbilang, Dr Hm Tuah Iskandar Al-haj. Keluaran karya bestari. Muka surat 17
:: Mencari hati~
Thursday, April 1, 2010
Kekuatan vs Kelemahan

Bleach. Antara cerita kartun yang a.K.u minat.
Memang mengarut. Tapi itulah hakikat. Hehe.
Pernah lihat?
Kepada yang minat juga, pasti tahu bilamana Ichigo bertukar menjadi Grimmjow.
Hebat kan? eheh :p [sori, terbawa-bawa pula]
Manusia itu selalu mengira bahawa kekuatan adalah kekuatan, dan kelemahan adalah kelemahan.
Siapa sangka ia mampu menjadi sebaliknya.

Bagaimana?
Begini...
Jika diam itu adalah kekuatan, maka bagaimana pula jika diam apabila ada sesuatu di depan mata yang tidak perlu untuk di diamkan?
Dan jika diam itu adalah kelemahan, maka bercakap adalah kekuatan, tidak juga.. Boleh jadi sebaliknya. Jika bercakap itu lebih kepada perkara yang tidak berfaedah, untuk apa?
Jika merendah diri itu satu kelemahan, tidak juga jika merendah diri bila di puji dan di puja. Merendah diri bila melakukan kebaikan. Namun, jika merendah diri sehingga menghinakan diri, maka jadilah ia satu kelemahan.
Jika menjadi seorang yang penyayang itu suatu kelebihan, bagaimana pula jika menyayangi seseorang hingga terabai tanggungjawab dan tuntutan lain?
Jika menjadi seorang yang kuat berpegang pada prinsip di anggap sebagai suatu kelebihan, bagaimana pula jika ada masa tertentu perinsip itu menjadi penghalang kita untuk melakukan sesuatu kebaikan?
Jika merisaukan sesuatu itu adalah kelemahan, bagaimana pula jika merisaukan ummat yang sedang nazak imanya? Jika risau itu satu kekuatan, bagaimana pula jika kerisauan itu mengakibatkan kita memilih cara yang tidak syari'e untuk menyelesaikan masalah?
Fikir-fikirkanlah..

MUHASABAH
Dalam menyelusuri hari mengenal diri, kita kerap tersilap menilai sesuatu atau tidak betah melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Mungkin kerana kita sudah di biasakan begitu, atau kita sendiri yang tidak berani mengakui kebenaran.
Apapun, segalanya merupakan timbal-balik dalam kehidupan kita sehari-hari. Soalnya bukan mengelirukan untuk melihat kekuatan sebagai kelemahan atau kelemahan sebagai kekuatan. Namun, ia lebih kepada bagaimana untuk kita harmonikan keduanya agar kehidupan kita ini bakal seimbang. Adil itukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka, berfikirlah dan cabar diri untuk menjadikan kelemahan itu suatu kekuatan dan mengawal kekuatan untuk tidak menjadi kelemahan.
Serasa susah, namun jika benar kita berpegang pada 'Hakikat Hidup Bertuhan', InsyaAllah, segala yang dianggap mustahil pasti kan terlaksana. InsyaAllah.

Friday, March 19, 2010
Jatuh?
Bismillah.
Tak lama dulu.
Haritu.
Adik itu pintakan.
“Kak, tuliskan sesuatu tentang hati”
Duh. Tentang hati.
Mana mampu a.K.u.
Jiwa2 a.K.u tahulah.
Ini kes orang jatuh cinta.
Atau jatuh suka sebenarnya.
Mana ada cinta untuk manusia.
Ye tak?
Bukan satu orang.
Dua orang.
Tiga orang.
Tapi ramai orang.
“Kak, saya minat kat sorang ni”
“Kak, dulu saya suka dia, tiba-tiba suka kat orang lain pulak.”
“Kak, tolong jadi orang tengah boleh?”
“Kak, salah ke bercinta?”
“Kak, boleh ke kita suka kat orang?”
“kak...bla..bla..bla...sayang...cinta..baik hati..”
“Kak...kesian..”
“Suka....”
Dan sebagainya...
Sejujurnya.
a.K.u kalah sama topik ini.
Sebab.
a.K.u bukan Dr.Love duhai sekalian.
Mendengar pon sudah buat a.K.u pening. o_O
Hahaha.
Tapi sebagai seorang sahabat, Kakak, teman.
Ya, barangkali a.K.u punya kuasa untuk melayan.
Punya hak untuk mengingatkan.
Punya rasa tanggungjawab untuk mendamaikan.
Satu.
Soal hati bukan soal rasa seorang insan semata.
Tapi soal keakraban sama Tuhan.
Hati itu kan milik DIA.
Akan kembali padaNya juga.
Dua.
Soal rasa cinta, suka, sayang dan kasih.
Bukan kesalahan.
Tapi bisa menjadi ancaman.
Jika kau alirkan dengan cara yang salah.
Dengan cara menyerah.
Rasa itu ada dua sebab.
1. DIA mahu kau cinta, suka, sayang, kasih manusia kerana DIA juga.
2. Di tiupkan rasa sebagai ujian buat kau yang mengaku hamba.
Tiga.
Apapun yang kau rasa.
Pastikan dulu.
Antara sebabnya.
Sama ada kerana DIA.
Atau nafsu kau semata.
Kalau kerana DIA.
Pasti kau rasa malu mahu mendekati cara yang salah.
Kalau kerana nafsu.
Cepat-cepatlah berserah semula.
[Pada DIA.]
Tapi jangan kau tertipu.
Kerana si dia baik, kenalkan kau sama Tuhan, nasihati kau kearah kebaikan.
Kau anggap itu benar.
Walhal, selagi si dia bukan milik kau yang sah.
Segalanya tetap salah.
Empat.
a.K.u bercakap/menulis.
Bukan sebagai manusia yang tidak punya rasa.
a.K.u juga pernah merasa.
Gelisah kerana rasa pada manusia.
Betapa peritnya mujahadah bila hati mula di landa resah.
Dan ya.
Waktu itu.
Tiada lain yang lebih indah dari berserah padaNya.
Sakit. Ya juga. Sangat.
Tapi tenang itu akan ada.
Bila tiba masanya.
Sebab.
Seperti tadi.
Sebenarnya DIA hanya mahu ujikan kau.
Tahan atau tidak sama rasa cinta, suka, sayang, kasih pada manusia.
Akan lalaikah, lupakah, alpakah atau sebaliknya.
Biarpun kita ini manusia biasa.
Tidak pernah sempurna.
Tapi usaha itukan wajar.
Sebelum benar kau bertawakal.
:: Tolonglah...Jangan kotorkan hati kau dengan cinta yang tidak-tidak..
[Maaf, a.K.u tak tahu andai ini menjawab pertanyaan kamu atau tidak]
Wednesday, March 10, 2010
Memori...
Membelek entri lama,
Serasa sesuatu yang hilang muncul kembali...
Hikmah ilham yang Allah campakkan lama dulu..
Mengintai-ngintai di celah hati..
Moga ia jadi petanda,
Diri semakin mahu memperbaiki..
Semakin mahu memberi..
Semakin matang menyelusuri..
Cabaran-cabaran di lembah perjuangan..
Untuk adik-adik yang hatinya sedang buntu..
Keliru dan termegu...
a.K.u kongsikan..
NAsihat seorang kakak pada a.K.u lama dahulu...
Bersyukurlah andai terbit rasa ketidakmampuan,
Itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai diri merasa keletihan, itu tandanya hamba sentiasa perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diterjah kekecewaan, itu tandanya hamba perlukan tuhan...
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai hatimu diamuk kesepian, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai dirimu terasa sendirian mengharungi segala tanpa teman, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai kehilangan sebuah kekuatan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
DIA sedang berbicara denganmu dengan caraNya tersendiri!
Bersyukurlah andai jiwamu merintih untuk sebuah ketabahan, itu tandanya hamba perlukan tuhan..
Bersyukurlah atas segala keperitan dan kepayahan yang disalurkan kerna disitu lahirnya jiwa rasa hidup berTUHAN!
DIA sedang mentarbiyyahmu dengan caranya tersendiri!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Bersyukurlah!
Kerna kau menjadi pilihanNya..
Salam Perjuangan adik-adiku...
Sunday, February 14, 2010
Pelajaran hari ini..
Kadang-kala, bila nak belajar tentang hidup.
Atau tentang apa sahaja.
Kita akan cari-gali ilmu dari merata sudut/cara.
Membaca [febret], melihat, berfikir, mendengar.
Menggunakan segala deria yang ada.[Empirical]
Untuk memahami setiap butir perkara dan peristiwa.
Dan kadang-kala.
Tanpa disangka.
Pengalaman lama juga merupakan antara guru terhebat.
Mengajar kita tentang dunia.
Dan segala isinya.
Pengalaman.
Sejarah.
Punya nilai yang sangat tinggi bila kita dapat mengabil manfaat darinya.
Punya panduan dalam kehidupan juga kadang-kala.
Bukan sahaja pengalaman kita sendiri.
Namun pengalaman orang lain juga.
Mari, cari pengalaman sebanyaknya!
Dan berkongsi juga sebanyak-banyaknya!
::Sungguh hikmah Tuhan menciptakan akal..subahanallah...
Thursday, November 12, 2009
Be yourself...

Ini a.K.u yang tambah.
Kenapa?
Sukati a.K.u la.
Haha.
Be yourself.
Konotasinya agak selfish pada a.K.u.
Kau bisa saja jadi diri sendiri.
Dan bila saja dengar ayat ini.
Ia memotivasikan engkau.
Untuk kekal dengan dirimu yang sedia ada.
Tapi.
Be the best of yourself.
Memandang dalam hidup ini ada limitnya.
Kau boleh jadi diri kau.
Tapi jadilah diri kau yang terbaik.
Sebab.
Kalau kau jadi diri kau yang buruk.
Itu ego.
Jadilah diri kau yang terbaik.
Paling baik.
Kau akan ubah sikap negatif kepada positif.
Sebab itulah diri kau yang terbaik.
Contoh?
Kau punya akal bukan?
Fikir.
:: Sejak bila a.K.u jadi motivator?
Wednesday, July 15, 2009
Ikhlas...
www.iluvislam.com
Oleh: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Editor:NuurZaffan
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"
Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."
Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.
Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.
Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.
Pengajaran:

Friday, June 5, 2009
“Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada”
“Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada”
Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangugngjawab dan amanah, dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya.
Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat. Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat inginnya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.
“Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka,dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk” Al-Kahfi:13
Impian dan cita-cita akan berjaya dengan wujudnya keyakinan yang kuat, wujudnya keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia bekorban dan berusaha untuk merealisasikanya.
As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepda mahasiswa iaitu:
a) Keimanan
b) Keikhlasan
c) Semangat
d) Usaha
Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada kepada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongan yang yang tinggi idealisma dan aktivisima berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.
Kecintaan Mahasiswa Kepada Ilmu
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi. Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa adalah gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.
Seorang sarjana futuris, Tofler (powershift -1991) telah turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan pengusaan mana–mana masyarakat tamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusia sejagat ini.
Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era ini yang dicengkam dengan arus sejagat atau apa yang di sebut globalisasi. Dalam arus globalisasi ini di mana kapitalisma mencengkam dunia adalah kita melihat bagaimana yang kaya akan mengusai si miskin, bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.
Jelas di sini mahasiswa perlu sedar, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dari jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat. Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam mengusai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanafaatkan oleh mahasiswa.
Keutamaan Mahasiswa
Umat diluar
Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah. Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu. Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara
Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapakali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan “Bacalah”.
Angin Perubahan
Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita memperbiarkan nama-nama kita terus di conteng-conteng, di carik-carik lagi. Di samping perjuang terus di semarakkan. Keutamaan kecintaan ilmu jang diletakkan di kesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa.. Jangan ditunggu esok. Bermulalah hari ini. Umat di luar
Faris_Ahlamiyy
portal ukhwah
Thursday, May 21, 2009
~Bila kita tak sedar apa yang kita ada semuanya bermakna....
Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, "Lihatlah anakku, AIR begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa AIR kita semua akan mati."
Pada saat yang sama, seekor ikan kecil mendengar pebincangan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah AIR itu, yang didengari begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, "Hai, tahukah kamu dimana AIR ? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa AIR kehidupan akan mati."
Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang lagi untuk bertemu dengan ketua ikan yang sudah berpengalaman, dia bertanyakan kepada ikan tersebut soalan yang sama, "Dimanakah AIR ?"
Jawab ketua ikan, "Tak usah gelisah anakku, AIR itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa AIR kita akan mati."
Apa MOTIF cerita tersebut?
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, kesana kemari mencari kehidupan dan kebahagiaan, padahal mungkin kebahagiaan sedang mengiringi kehidupan kita tapi kita tidak menyedarinya..... Kehidupan dan kebahagiaan ada di sekeliling kita, terpulang sama ada kita ingin membuka fikiran kita atau tidak.
"Being happy can be hard work sometimes, it is like maintaining a nice home, you've got to hang on to your treasures and throw out the garbage."
"Being happy requires looking for the good things. One person sees the beautiful view and the other sees the dirty window, choose what you see and what you think."
"Right here, right now, from here until tomorrow"
Relapse
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Kawin sudah Angah saya ni. Moga Allah limpahkan kebahagiaan kepada Angah dan Ashraf. Duni...
.jpg)
