Tuesday, August 12, 2008

Bola Iman

Tajuk: Bola Iman

Kategori: Permainan / sukan / riadah

Masa: 30 Minit

Peralatan: Bola sepak (mengikut bilangan kumpulan)

Objektif:1. Memupuk semangat berpasukan.2. Menerap nilai keimanan dan ketakwaan

Langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (1 kumpulan mengandungi 5-6 orang peserta)

2. Setiap kumpulan diberi taklimat mengenai prosedur cara permainan dan syarat-syarat permainan.

3. Ketua Fasilitator membuat ulasan selepas permainan.Prosedur1. Setiap kumpulan diminta membuat bulatan kecil (tangan diletakkan diatas bahu sebelah menyebelah).2. Setiap kumpulan diberikan sebiji bola yang diletakkan di tengah – tengah bulatan.

3. 2 orang fasilitator ditugaskan berada di luar bulatan (sebagai pengacau) bagi setiap kumpulan. Para fasilitator dikehendaki mengeluarkan bola daripada bulatan manakala para peserta pula dikehendaki mempertahankan agar bola tersebut tidak terkeluar bulatan.

Peraturan:

1. Peserta dan Fasilitator hanya boleh menggunakan kaki sahaja didalam permainan ini.Ulasan Fasilitator1. Perbandingan bola sebagai iman para peserta yang mana mereka terpaksa mempertahankan daripada terkeluar (iaitu terbatal syahadahnya).

2. Para peserta juga hendaklah sentiasa berwaspada setiap masa daripada anasir-anasir yang cuba merosakkan iman mereka.Ha... simplekan? tapi jika kita baca faham betul2 apa yang cuba disampaikan kepada peserta bukanlah satu bende yang main-main. Ia berkaitan dengan akhidah.Muktahir la ni... memacam serangan akhidah yang menimpa kita.. Apa yang menakutkan ana ialah... kalau yang terang-terangan kafir itu mudah. sekali lihat kita dah tahu ia kafir. Tetapi apa yang menakutkan kita ialah ia berlindungan dengan perkataan "Islam" dibawah nama Jamaah Islam, Pertubuhan Kebajikan Islam, Ilmu Persilatan Islam, Tarikat, dan sebagainya tetapi mereka ini mempunyai rencana Jahat yang merosakkan akhidah. Akibat perbuatan mereka ini, mereka telah mencemarkan pertubuhan-pertubuhan islam yang lain. Lantas menyebabkan orang awam membenci KESEMUA pertubuhan2 Islam ini. Tak adil la macam ni kan?Sepatutnya pertubuhan yang jelas bercanggah dengan akhidah wajar dikekang.. mereka bukan sahaja mencemarkan pertubuhan2 Islam Haq yang lain bahkan bisa mengheret ramai ummat Islam ke lembah kesesatan. Ini yang merunsingkan. Tambahan pula tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak berwajib untuk menangani hal ini. Bahkan mereka ini diiktiraf oleh pertubuhan berdafar!Atas kesedaran ini, dinasihatkan kepada sahabat2 dsantai, sebelum menyertai mana-mana jemaah, gerakkan , tarikat kaji lah terlebih dahulu.. cuba tanya ulama2 yang telah kita ketahui akhidah mereka sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Hal ini penting agar kita tidak terperangkap masuk kedalam perangkap pertubuhan-pertubuhan sesat yang menggunakan nama Islam.

Sumber dari: dsantai.blogspot.com

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...