Monday, February 23, 2009

~Surat cHenta unTuK Cik Hawa~


Alkisah... 

" One day i was talking with a close friend. She said she has a friend who sometimes feels lonely though she always have a lots of friend around. Th e truth is, i felt the same  as her friend without she realizing it. I'm pitying myself. "

Ubat bagi hati…:

1. Terangi hati dengan cahaya iman

 Masalah hati berpunca dari hati yang sakit disebabkan paras nafsu yang berlebihan dan kekurangan makanan yang berkhasiat. Makanan yang diperlukan adalah iman kepada Allah, tunduk dan taat kepada-Nya dengan melakukan amal ibadat. Ini menuntut kepada ilmu. Baca buku-buku yang mampu menuntun kepada kayakinan akidah, ibadah dan akhlak yang baik. Kecantikan bukan sekadar paras rupa akan tetapi kesihatan hati dan kecantikan kalbu juga.
   
   
2. Meditasi cara Islam


  Carilah tempat yang bersih dan selesa, dengan wangian aroma terapi yang lembuat dan udara yang nyaman dan sejuk serta suasana yang tenang. Lakukan meditasi solat, fokuskan pemikiran dan perasaan pada ketenangan khusyuk solat, mengingati Allah, mengingati akhirat dan jauhkan diri daripada kesibukan dunia buat seketika.
   
   
3. Memilih tabiat yang positif


  Hidup di tengah-tengah orang yang beriman, bergaul dengan orang yang saleh dan beriadahlah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. 
   
   
4. Amalkan sifat redha kepada Allah


  Tiga ramuan mewujudkan keredaan dalam hati iaitu pertama istirja’ bermaksud mengucapkan lafaz Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rajiun (sesungguhnya segala sesuatu adalah milik Allah dan kepada-Nya semua akan kembali). Yang kedua, ketika susah hati banyak ingatkan diri kepada nikmat Allah dan bersyukur, lihat kepada orang yang tidak bernasib baik yang diuji lebih berat berbanding diri. Jika Allah mengambil sedikit harta, ingatlah akan harta yang masih banyak dari kurniaan lain yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Yang ketiga, jangan menyerah kepada nasib, reda bermaksud wajib ikhtiar. Seandainya musibah menimpa, cepatlah bangkit ubati segala kesakitan dengan keberanian dan minta pertolongan Allah s.w.t.
   
  Seorang wanita yang tertekan mengadu kepada isteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah RA. Katanya, “Wahai Aisyah, hatiku keras dan jiwaku gelisah, apakah ubatnya?” Aisyah berkata: “Banyakkanlah mengingat mati, sesungguhnya ia ubat bagi kerasnya hati.”

p/s: Salam cik Hawa ....akak rasionalkan dalam email kamu ya....syukran...

2 comments:

3p4h said...

Oh akak, apakah yg blaku ya sbnrnya???

Dendei said...

nggak ada apa2...saje je.....=p

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...