Saasatul Ibad (Faisal Tehrani)“Saasatul Ibad yang bermaksud ‘pelaku siasah’ (atau political pleyers) membuka lembaran sejarah Johor Lama yang kurang dimesrai dengan ‘penyingkiran’ Paduka Raja Tun Abdul Jamil. Lantas Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dinafikan peranannya sebagai bendahara selama ini memperolehi kuasa. Menyedari kesilapan Tun Abdul Jamil yang tidak melibatkan Majlis Orang Kaya dalam setiap tindakannya, termasuklah menandatangani perjanjian 1689 dengan Belanda di Melaka; Tun Habib mengambil pendekatan yang lebih berbeza iaitu bersikap lebih diplomatic, yakni dengan cara merundingkan setiap masalah negeri dengan pembesar istana. Tekanan dan sekatan ekonomi yang di kenakan oleh Belanda, ancaman keluarga Paduka Raja Tun Abdul Jamil yang mahu membalas dendam, dan pergolakan di negeri-negeri naungan seperti Minangkabau dan Siak menyebabkan Tun Habib membawa sultan Mahmud Syah yang masih kanak-kanak ke Kota Tinggi dan mendirikan kerajaan Johor Lama di sana.”*
* Faisal Tehrani, Saasatul Ibad; Nota Pengarang, ms.iv dan v.
~Menyelusuri kisah Tun Habib sebagai pelaku siasah (Saasatul Ibad) dan sebagai pemimpin yang menyelesaikan persoalan agama, budaya, ekonomi dan keselamatan sebuah negeri yang diancam masalah dalaman dan luaran. Menggunakan kebijaksanaan bermain siasah (politik) yang berlandaskan Quran dan Sunnah. Moga ada pengajaranya untuk kita. InsyaAllah.
Keadilan Ilahi (Prof. Dr. Hamka)
Pertama kali a.K.u namapk buku ini, a.K.u ingat buku seperti Tasawuf Modern atau yang seumpama denganya. Tapi bila dah sampai bilik…”La, novel rupanya…” Tapi, tak rugi untuk membacanya. a.K.u hanya perlukan dua malam untuk menghabiskan buku ini. Huhu.
“Ah kakak, tangis apakah yang tidak akan terbit, mudaku terbenam ke bumi, rambutku yang panjang akan berpalun ke tanah dan…wahai kakak…jika ajalku datang juga, kain-kainku yang tidak berapa helai, bagi berdualah dengan ibu Adnan…tutup tubuhku dengan selendangku yang penutup tubuh Adnan dulu…selimut kami berdua.”
~Sekali baca macam kisah cinta. Memang pun. Huhu. Tapi yang menariknya, Prof. Dr. Hamka tidak membiarkan persoalan cinta dua insan ini menjadi isi utama @ tunjang penceritaan dalam novel ini. “Keadilan Ilahi”, itulah kesimpulan novel ini. Bertapa pun kita lari dari takdir hidup yang telah di tentukanuntuk kita, akhirnya kita tetap akan kembali pada-Nya juga.
P/S:
To wan: Maaf x habis lagi memerah otak memaahami isi kandungan “Sastera Sufi”
To Af: Don’t have time to finish your book:“Islam, Komunikasi & Teknologi Maklumat”
In Progress: Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam (Dr. Majid Irsan Kaylani), Kit Kombat Islam untuk Remaja-Edisi Kedua (Dr. Danial Zainal Abidin), & Dari Lembah Cita-Cita (Prof. Dr. Hamka)
To Af: Don’t have time to finish your book:“Islam, Komunikasi & Teknologi Maklumat”
In Progress: Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam (Dr. Majid Irsan Kaylani), Kit Kombat Islam untuk Remaja-Edisi Kedua (Dr. Danial Zainal Abidin), & Dari Lembah Cita-Cita (Prof. Dr. Hamka)
No comments:
Post a Comment