Dalam hidup ini, apa yang paling penting adalah 'makna' atau 'nilai'. Nilai dan makna hidup a.K.u, terletak pada kebahagiaan orang lain. Biarpun itu di luar kawalan a.K.u. Sebab itu, tajuk blog ini; a.K.u dan sesuatu. Sesuatu itu menggambarkan sesiapa sahaja atau apa-apa sahaja yang mendatangkan 'makna' dan 'nilai' dalam diri a.K.u. Semuanya mahu a.K.u ukirkan dalam blog ini. [penjelasan untuk sesiapa yang pernah bertanya tentang tajuk blog ini].
Nilaian a.K.u terhadap kehidupan tidak lari dari kesedaran seorang hamba pada kelemahan dia. Makna hidup ini..tak terlepas dari mencintai dan menyayangi segala apa yang telah diberi Tuhan di sepanjang kehidupan. Pada a.K.u, setiap perkara itu wajar disyukuri dan dihargai-dengan apa cara sekalipun. Walau buruk-baik yang datang, cara menjalaninya harus dengan akal yang waras, dan hati yang bersih.
Sebenarnya, entri kali ini lebih kepada dua perkara penting yang banyak memberi 'makna' dan tinggi 'nilai'nya dalam hidup a.K.u. Tidak bermaksud perkara lain tidak penting & bermakna. Tapi ini sekadar sebahagian daripadanya.
Adik-Adik a.K.u~

Kali ini a.K.u nukilkan kisah adik-adik a.K.u-adik kandung. [Udah ramai sangat adik, kang ada yang salah faham pulak..huhu]. Adik-adik yang berkongsi Emak dan Bapak yang sama. Sejak kecil sampai sekarang. Tuhan takdirkan a.K.u punyai 3 orang adik lelaki yang comot-comot belaka. Waktu kecil, permainan kami banyak. Sembunyi-sembunyi, baling selipar, main pondok-pondok kat kebun belakang rumah dan yang paling teruk, wrestling. Kalau indoor, waktu-waktu hujan lebat, kami ada backup paln..boleh main dam haji, ABC, BINGO, main kad..dan macam-macam lagi. Kadang-kadang main badminton gak dalam rumah. Haha.Adik a.K.u...Adik-Adik a.K.u..semua dah besar-besar belaka. Dah makin tak comel. Tapi tak juga makin hemsem. Tak apalah. Allah nak uji a.K.u agaknya. Haha. =p. [Sian korang kena kutuk free]. Tapi yang penting, masing-masing sudah punya hidup sendiri. Sudah tahu berdikari. Cuma mungkin masih kekal dibawah seliaan kakak dan abang-abang. Nak harapkan a.K.u jaga korang? Tak mengapalah. Diri a.K.u pun tak terjaga. huhu.
Adik sudah sambung belajar sekarang. Syukur. Emak mesti bangga dengan kau. a.K.u pun. Terima kasih sebab temankan Emak & Bapak bertahun-tahun. Rasanya ini kali pertama kau jauh dengan Emak dan Bapak, walaupun umur kau dah tua bangka. Tapi sekurang-kurangnya kau sudah juga berbakti dan berjasa pada kedua orang tua berbanding a.K.u. Hmm..
Juman..a.K.u malas nak komen pasal kau..Bukanya kau kisah pon. Haha.
Izun..mungkin baru sekarang, kita boleh percaya satu sama lain. a.K.u genggam amanah a.K.u. Kau cuma perlu percaya dan yakin akan ada orang yang sentiasa bersama waktu kau susah. Tapi waktu kau senang, a.K.u tak kisah. Sebab itu dunia kau. Dunia yang a.K.u malas untuk kacau.
:: Doa a.K.u agar adik-adik a.K.u jadi manusia. Beguna. Bejasa.
EMAS.
a.K.u masih sayang. Bukan calang-calang. Mungkin bukan nilai yang paling mahal. Tapi a.K.u masih tersangat terkesan. Syukur a.K.u dipertemukan dengan yang ini. Cabaran untuk diri. Dan kini a.K.u semakin jauh dan lancar mengejar masa depan. Subahanallah.

No comments:
Post a Comment