Friday, July 15, 2011

Ke mari kau...a.K.u mahu khabarkan...

Ke Mari kau... aku mahu khabarkan


Hai budak muda, ke mari kau!
Aku mahu khabarkan sesuatu, agar kau ingat saat kau membilang waktu,

Cinta itu ada lima tiang serinya,
penuhilah kelima-limanya,
dengan izin TuhanMu, hidupmu kan sentosa.

Percaya; nescaya tiada ragu dalam benakmu,
Setia; nescaya tiada kau berpaling,
Faham; nescaya terbuka belenggu di mata hatimu,
Ikhlas; nescaya tiada kau berkira-kira,
Berkorban; nescaya kau rasa apa itu kesempurnaan cinta.

Nah, itu saja.
Bicara berjela itu kadangkala sia-sia cuma,
Aku sudah selesai bicaraku, selebihnya kupulangkan padamu.


3 Mei 2011, menjelang Asar - 4.33 petang
Kampung Pinang
Peminggir Kota



:: Menunggu khabar dari langit...

2 comments:

Taufik Hidayah said...

Salam...menyelusuri catatan terdahulu...terima kasih untuk perkongsian...pohon izin grafik yang menarik...berbahagia hendaknya....ameen.

Dendei said...

Salam. Afwan.. Maaf atas segala kekurangan.. syukran atas doa.. Moga anda juga berbahagia hendaknya..

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...