Friday, April 6, 2012

Bila dunia berputar


Bismillahirrahmanirrahim.

Serasa-rasa tiga bulan terlalu singkat dalam menilai kembali perancangan-perancangan masa depan. Sambung belajar atau teruskan bekerja (dengan memilih peluang-peluang yang ada) atau berkahwin (yang secara hakikatnya memang tak tahu bila). Tipikal. 
Ya, saya banyak fikir tentang diri sendiri. Sebab diri sendiri ini nanti yang akan menaggung keputusan hidupnya sampai akhir. Sampai akhirat. Allahuakhbar. 

**************************************** 
Kerja 
Tiga bulan mendatang, mungkin..saya ulang..mungkin latar kerja saya akan berbeza dengan sangat drastik. Menyediakan mental untuk perubahan besar, rupanya sangat payah tatkala kita dihadapkan dengan sesuatu yang kita suka namun perlu di tinggalkan untuk sesuatu yang lebih “menjamin”.? Allahu’alam.

“Minat boleh dipupuk?” Kita tengok sahaja nanti. ;) 
Belajar 
Dengan jumlah hutang yang terlalu banyak ‘kosong’ di belakangnya. Kadang-kadang gerun juga. Siapa tidak mahu menyambung pelajaran jika ada peluang. Untuk yang ini, sampai sekarang pun masih samar-samar. Allahu’alam. Doa tanpa putus untuk diberikan peluang satu kali lagi. Ameen.. 
Jodoh 
Walaupun saya kasihan pada Emak dan Bapak yang risau dengan masa depan anaknya tanpa henti. Saya Cuma mampu mintak maaf. Untuk ini saya ‘fail’. 
Saya mungkin berjiwa konservative disaat Emak & Bapak cuba memahami jiwa moden orang muda. “Kalau mahu berkahwin, kahwinlah dengan orang yang kau kenal.” Dan kerana itu jugalah saya jadi penunggu. Macam hantu.
[Bila kenangan menjadi kelam..]

:: Yakin Allah telah susunkan yang terbaik. Moga terlihat lewat lintasan hati yang tenang. Ameen. 

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...