Showing posts with label Pilihan Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Hidup. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Hidup Qana'ah walau tanpa anak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Inilah budak-budak yang bila Ibu kata "Siapa gaduh-gaduh kemas baju ikut Cik Lil balik", tiba-tiba semua jadi baik.

Memanglah meletak gambar anak-anak di laman sosial kadang-kadang
kelihatan seperti desperatenya aku nak dapat anak.
Tapi sebenarnya waktu-waktu desprate tu telah pun lama berlalu.
Lama dah sejak dijawabkan Tuhan bahawa apa yang ada sekarang adalah yang terbaik.

Tipulah kalau tak pernah kecewa setelah 10 bulan berlalu, masih belum punya tanda-tanda untuk diberi-Nya seorang mahupun dua. Eh? 
"Rasa kecewa itu tanda kita manusia." UMSA, 2010. 
Tapi sampai bila nak melayan rasa tatkala tanggungjawab bertambah banyak tergalas dibahu. 
Walaupun kadang kita seperti yakin kita mampu.
Tapi Allah lebih tahu mampu tak mampu kita.
Atau sebenarnya bukan soal mampu yang materi.
Mungkin rohani.
Mungkin la.
Untuk apa aku bersangka-sangka dengan Tuhan yang Maha Baik ini. 
Doa dengan skrip yang sama seperti waktu menunggu jodoh dahulu.
"Jika ada, permudahkanlah. Jika tiada, maka tenangkanlah kami."
Itu sajalah senjata ampuh saat ini.
Positip! 
\(n_n)/

Dan salah satu hikmah paling indah aku dapat adalah ,
Lonjakkan rasa manisnya tawakkal.
Redha dan pasrah.
Sekali lagi. 
Cukuplah..cukup apa yang ada.
Disebalik setiap usaha.
InsyaAllah cukuplah apa yang ada.

Cukup. Cukup.
Terima kasih Ya Allah atas rasa kecukupan ini.
Alhamdulillah.
:)



Monday, October 13, 2014

dalila@hikmah.edu.my

Bismillahirrahmanirrahim.


"Assalamualaikum w.b.t.
Nama saya Siti Nur Dalila Melatu Samsi.
Boleh panggil saya Puan Dalila." 
Ewww..tua sungguh aku dengan panggilan itu.
Tapi disebabkan oleh muka 'baby face" yang menyelubungi diri, mungkin ada baiknya mempunyai panggilan yang lebih 'dihormati." 
Gitu eh. 
Alhamdulillah, setelah tiga bulan 'bercuti', Allah aturkan pula perjalanan untuk tiga bulan mendatang di lapangan ini. (jika panjang umurku). 
Menuju ke seminggu, dua program perlu dilunasi tanggungjawabnya.
Induksi MPP & Persatuan.
AGM Persatuan Pelajar Indonesia. 
Mahu atau tidak, setiap tugasan adalah tugasan kali pertama.
Tapi 'pengharapannya', MashaAllah....tinggi.. 
Kepada Yang Maha Tinggi jugalah 'pengharapan-pengharapan' ini disandarkan agar dapat dilaksanakan dengan baik.
Dan moga-moga, punya manfaat untuk ummat.

InsyaAllah.



Friday, June 20, 2014

Kalau Aku Kaya

Bismillahirrahmanirrahim..


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. - (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Benarlah kata orang dulu-dulu.
Cabaran utama selepas kahwin adalah kewangan.
Selain, penyesuaian.

Kalau dulu boleh berjimat ratus-ratus.
Sewa bilik kecik pun cukup.
Makan apa adanya.
Beli barang-barang keperluan cap ayam pun tak apa.
Selagi boleh guna.

Sekarang, kena sewa satu rumah.
Makan kadang-kadang nak juga candle light dinner.
Beli barang kualiti bagus, harga pun bagus.
Yang penting tahan lama.
Tahan lama kira penjimatan la jugak sebab tak perlu beli banyak kali.
Kan~
Belum ditambah keperluan-keperluan lain lagi.

Bila berhenti kerja..
Automatik mind setting kena berubah.
Lagi-lagi bila tekanan semakin bertambah.

Tekanan?
Kesedihan aku bukanlah kerana kekurangan duit.
Aku manusia yang sudah terbiasa hidup tanpa duit.
Hidup cukup dengan apa adanya.
Makan tak perlu yang mahal-mahal tetap sedap.
Tak cukup duit nak beli baju baru bukan masalah.
Tak cukup duit nak melancong pun tak apa.
Hidup gembira selagi ada teman yang terbaik disisi.

Rezeki, bukanlah semata-mata soal duit.
Ilmu itu rezeki.
Keluarga itu rezeki.
Tenang itu rezeki.
Sabar itu rezeki.
Teman yang baik itu rezeki.
Keberkatan itu rezeki.

Tapi aku paling tak boleh,
Suami susah hati.
Itu paling tak boleh dalam hidup aku saat ini.

Dan waktu-waktu begini,
Allah sahaja yang boleh membantu.
Pesan Ibunda-ibunda tercinta,
Doa isteri ada sisi makbulnya.
Maka berdoalah dalam ada dan tiada.
Setia dalam susah dan senang.

Harapnya aku mampu menjadi bahu,
menjadi tulang belakang.
menjadi pendamping,
menjadi penenang,
menjadi asbab gembira.
Dan segalanya yang positif dalam dunia.


Allahu'alam..

Tuesday, October 29, 2013

BOB oh BOB

Bismillahirrahmanirrahim.


Jujur kata. Ini bukan kali pertama video Luppy berjaya 'menghentam' diri sebanyak-banyaknya.
Tapi BOB memang super ohsem~

Semua orang ada perangai BOB ni.
Siapa-siapa pun.
Sedar tak sedar je.
[mengaku-angkat tangan]

Apa teruknya perangai BOB ni?

Pastinya memberi kesan mendalam pada yang di'BOB' kan tersebut antaranya :
Selain rasa bersalah, boleh saja jadi marah.
Sakit hati.
Rasa rendah diri.
Hilang keyakinan diri.
Memberontak.
Dan lain-lain lagi yang negatif teramat.
Haip!

Kenapa agankya orang ter'BOB'?
[Ditulis 'ter' sebab kita tak tahu dia sedar ke tak dia 'BOB']
Kerana dia rasa dia betul?
Kerana dia memang betul?
Kerana ego?
Kerana sakit hati?
Benci? Dendam? Tak puas hati?
Wallahu'alam.
Yang penting semuanya bermula dari hati.
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Kita bukan makhluk mulia macam malaikat.
Tapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik kan?
Walaupun orang tak dapat nak hargai [appreciate] usaha kita.
Cukuplah Allah yang melihat sisi-sisi mujahadah dalam hati kita.
"Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran."
[Ho-hoi la Cik Dyll! Eheh.]


**************************

Monolog:

Aku tak nak jadi BOB.
Aku tak nak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku.
Diam bukan bermaksud salah atau kalah atau mahu mengalah.
Diam untuk fikirkan cara yang terbaik untuk menjadi lebih baik.
(Aku tak tahu adakah aku mampu untuk jadi yang terbaik.)

Tapi, aku masih mahu berfikir.
Bukankah berfikir itu lebih baik dari tidak berfikir.
Bercakap dari fikiran lebih baik dari bercakap dengan hati.

Aku masih menghargai orang-orang sekeliling.
Masih sentiasa sayang.
Allah sahaja yang dapat jagakan mereka.
:)

Friday, October 18, 2013

Erti hidup pada memberi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Antara perkara-perkara terbaik dalam hidup adalah apabila Allah mengurniakan kehendak dan kemampuan untuk memberi - kepada yang lain - yang memerlukan.
Puas rasanya. Allah sahaja yang tahu. Kalau mahu meminta pun, akan meminta supaya Allah mengurniakan hati yang sentiasa kuat untuk memberi dan diri yang sentiasa mampu untuk berkongsi-kongsi nikmat yang maha banyak dari Allah.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
"Bebanan perasaan yang ditanggung Nabi Ibrahim 'alaihissalam tatkala Allah memerintahkan Nabi Ismail 'alaihissalam dikorbankan adalah maha berat. Tapi kata Nabi Ismail 'alaihissalam kepada ayahandanya, "Jika ini perintah Allah, maka laksanakanlah."
Betapa besar nilai tawakal dari sirah anbiya' ini untuk kita perhatikan dan telusuri dengan hati. Bukankah Allah telah berjanji, setiap apa yang dikorbankan itu pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi jika niatnya ikhlas kerana Allah semata-mata. 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah : 111]
Maka mulailah memberi.
Memberi hati.
Memberi diri.
Memberi harta.
Memberi masa.
Memberi jiwa. 
Lillahita'ala. 

p/s : Dakwah bukan soal peribadi. 

Wednesday, October 2, 2013

Konfrontasi

Bismillahirrahmanirrahim.

"Untuk memberi, kita harus punya 'isi'."

Na'am. Pulang dari Maninjau, banyak yang difikirkan untuk mencari 'isi-isi' tersebut.
Apa, kenapa, bila, bagaimana, dimana, dengan siapa.
Tidak berhenti berputar dalam fikiran.

Kata adinda, "Jangan cuma fikir kak. Kalau fikir je, sampai bila pun tak buat."
Ya. Setuju.

Kata Kak Maria, "Tengok kepada minat, lepas tu baru tengok keperluan."
[Sudah tentu, yang ini saya kurang faham - dalam konteks sekarang.]

Dan mengulang-ulang dalam hati,
"Kau nak macamana sebenarnya.?"

"Aku nak jadi yang terbaik."


Nah, bila dah memilih, buatlah yang terbaik untuk yang dah dipilih.
Tak rugi apa kan.
Kerana cuma kita yang tahu kenapa kita memilih.
(Semoga kita betul-betul tahu dan faham kenapa kita memilih.)

Rabbi yassir!

Monday, September 30, 2013

Sambung belajar?

Bismillahirrahmanirrahim.


Alkisah saya memang nakkkkkk sangat sambung belajar. Nakkkkk sangattttt.. [Aha, ni sat lagi ada orang mesej "Pi la sambung belajar kalau itu yang terbaik." Ecewah~ :P]
Sebenarnya, normal je kalau expactation orang pada kita lebih tinggi dari yang kita mampu capai. Bak kata seorang kakak ni, kerja zaman sekarang ni menuntun komitmen 210% macam kita ni tak ada kerja lain. Sadis. Huk~
Tapi lagi sadis sebenarnya bila kita tak dapat memenuhi expectation diri sendiri. Buat kerja dah ok dah. Tak lawan bos punya. Tapi rasa masih ada perkara yang kurang. Hum... 
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)

Nak sambung belajar...nak sambung belajar...nak sambung belajar~~

p/s: Jom ah jumpa Kak Meri penasihat kerjaya kita. Hehehe..

Thursday, August 15, 2013

"Sepotong bulan untuk berdua."

Bismillahirrahmanirrahim.



malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita melihat bulan yg sama,
mensyukuri banyak hal,
berterima-kasih atas segalanya,
terutama atas kesempatan utk saling mengenal,
esok-pagi,
semoga semuanya dimudahkan.. 
malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita menatap bulan yang satu,
percaya atas kekuatan janji2 masa depan,
keindahan hidup sederhana,
berbagi dan bekerjakeras,
mencintai sekitar dengan tulus dan apa-adanya.. 
malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita menatap bulan yang itu,
semoga yg maha memiliki langit memberikan kesempatan,
suatu saat nanti,
dengan segenap pemahaman baik menjaga kehormatan perasaan
kita menatap bulan,
dari satu bingkai jendela

Tere Lije

:: Lima bulan... Rabbi Yassir! 

Thursday, August 1, 2013

Suara hati Ramadhan 1434H

Bismillahirrahmanirrahim.

Memperbaiki Diri dan Buat yang terbaik 
Manusia ada 3 potensi utama – Akal (utk belajar, berfikir), jasad (untuk bekerja) dan hati (untuk mendorong manusia kepada kebaikan dan keburukan). Hati adalah pusat perilaku manusia, bersihnya menjadikan perlakuan mulia, jika kotor dan tak terawat maka perilakunya buruk. [sumber: google] 

Okeh. Kita ambik pulak ayat-ayat cinta: 
“Dan Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” (QS As-Syams 19:8-10).
See?Mudah kan?
[Setakat tulis memang la senang..wawawa] 
Semoga Ramadhan yang berbaki seminggu ini kita semua dapat memaksimumkan potensi hati dan melonjak kehidupan kita semua ke arah yang lebih baik. Yang lebih dekat dengan Pencipta hati. InsyaAllah. Hoyeah!! \(n_n)/

:: Orang kacak juga punya hati.

Monday, May 27, 2013

Demi sebuah faham..

Bismilahirrahmanirrahim.



Kali ini lain.
Dia lain.
Faham dia tak seperti orang lain.
Faham dia unik.
'Out of the box' kata orang putih.

Unik yang selalu bikin aku makin pening.
Buat aku fikir yang dia sebenarnya tak faham.
Tapi akhirnya, baru aku faham.
Yang sebenarnya dia bukan tak faham.
Cuma dia tak faham macam yang aku faham.

Itu yang aku fikir.
Yang dia fikir.
Aku tak faham.
Dan tak faham-faham.
Sampai sudah.

Tak ke unik namanya tu.

Dan akhirnya lagi.
Masing-masing cuba mencari jalan tengah.
Mempertemukan dua titik faham yang bertentang.
Atau sebenarnya dua titik tidak faham yang bertentang.

Berkali-kali.
Sampai penat lagi.
Dan lagi..
Dan lagi...

p/s [1] : Takkan habis sampai hujung waktu.

p/s [2] : 'Sharing similarities, accepting differences'

Friday, April 26, 2013

Pilih jangan tak pilih~

Bismillahirrahmanirrahim.


Memang betullah hidup manusia ni 24/7 takkan pernah berhenti dari membuat pilihan. 
Bagun pagi-pagi dah kena pilih nak bangun pukul berapa.
Kena pilih nak bangun Qiyamullail atau tidak.
Kena pilih nak solat subuh kat rumah atau kat masjid.
Kena pilih nak baca ma'athurat atau al-quran atau dua-dua atau tak baca langsung.
Kena pilih nak gosok baju dulu atau mandi.
Kena pilih nak masak sarapan atau nak beli di kedai.
Kena pilih nak pergi kerja atau ponteng.
Kena pilih nak buat kerja atau main Facebook. [eheh].
Kena pilih nak makan tengahari atau tak makan.
Kena pilih antara Ramly Burger atau KFC atau Domino. [amboi!]
Kena pilih nak balik awal atau lambat dari pejabat.
Kena pilih nak balik masak atau tapau dari kedai.
Kena pilih nak tidur awal atau lewat.
Itu baru perihal hidup seharian.

Hal-hal kehidupan.
Kena pilih nak kerja di sini atau di sana.
Kena pilih nak kawin atau tak nak. [err]
Kena pilih nak ambil lesen kereta atau tak payah ambil langsung.
Kena pilih nak menyimpan duit atau kena bayar hutang. [tragis]

Hal-hal kemasyarakatan.
Kena pilih nak pergi mesyuarat atau usrah atau tak pergi mana-mana.
Kena pilih nak ikut program masyarakat hujung minggu atau balik kampung.
Kena pilih nak berehat di rumah atau membeli belah di KLCC dengan kawan-kawan.
Kena pilih nak pergi pasta buku atau tolong calon PRU-13 [eh?].
Kena pilih nak pegi kenduri kawin kawan-kawan atau mengundi. [eh lagi?].
Kena pilih parti tu atau parti ini.
Kena pilih orang tu atau orang ni.
Kena pilih pemimpin yang tu atau yang ini.
[Eh, banyak pulak]

Apa pun, nak buat pilihan kena ada ilmu.
Tanya DIA.
Tanya pendapat orang.
Belajar.

Cari. Pilih. Buat.
Mujahadah.

Tawakal.

Ok. Tu je. Bai. \(n_n)/

Monday, April 15, 2013

Infaq & Islah..

Bismillahirrahmanirrahim.


INFAQ 
Saya kira, salah satu kekuatan yang melingkari jamaah ini adalah atas keikhlasan infaq ahli-ahlinya. Berada dalam kalangan keluarga WADAH, saya memahami perjuangan dan pengorbanan dalam kerangka realiti yang lebih besar. Bukan setakat idealisme dan kata-kata semangat, namun terlebih ia pada masa, diri dan harta.  
Dan ya, apabila ditanya Kak Fadh, "Apa rencana selepas ini?"
Terdiam. Antara mahu jawab atau tidak. Yang pasti, dua tahun ini akan kekal disini. Selepas dari itu, Wallahu'alam. 

***************


ISLAH! INI KALILAH!
Menjadi manusia yang penuh kekurangan, banyak yang perlu diubah untuk masa hadapan. Kerana maklum juga yang mahu dibina itu bukan sekadar baitul muslim, tetapi juga baitul mukmin, maka wajiblah berusaha menjadi muslim & mukmin yang sebenar-benarnya.  
Mungkin, ada langkah yang tersasar, maka Allah tangguhkan. 
Mungkin, ada bahasa yang terkasar, maka wajar dimuhasabahkan.
Mungkin ada budaya yang terkeluar landasan, wajib dibetulkan.
Mungkin, ada usaha yang tak tampak istiqamahnya, mungkin perlu diusahakan lagi.
Namun, melaksanakan islah bukanlah semudah memperkatakannya. Makanya perlu kuat! 
Allah sebaik-baik pembantu!

***************************

 "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". [Kahfi : 10]

:: Kuncinya cuma SABAR dan DOA... 

Thursday, March 28, 2013

*Suara*


Bismillahirrahmanirrahim. 
Pabila suara-suara yang mengajak terbang itu datang,
Datang tanpa kasihan,
Tanpa faham bahawa aku belum mampu pergi,
Tanpa faham bahawa aku belum pun mencapai secebis dari impianku lagi..
Ia menekan.
Dan aku akan terus diam.
Menanti impian datang.
Noktah. 

*************************************************

Kerana mereka sayangkan aku lebih.
Maka mereka membebel.

Terima kasih.

#doa untuk setiapnya#

Wednesday, March 20, 2013

"Eksekutif Kanan"

Bismillahirrahmanirrahim.


"Eksekutif...Alhamdulillah.. Tak payah la fikir banyak-banyak. Buat je kerja yang diarahkan.."
Itu dua minggu lepas.

Hari ini.  "Whatttt!!! Eksekutif kanan?? How come??" 

Hah, itulah. Nak sangat cabaran. Amekkaw!!

******************************** 
 "Gila bosan tak banyak kerja" 



Tak lama lagi.




"Bosan gila banyak kerja"

*********************************
Manusia, memang macamtulah perangainya.
Kuat merungut.
Kurang bersyukur.

Astarfirullah...

*********************************

"Visualize your victory!"

Soalan pertama untuk dijawab - Kejayaan yang bagaimana yang kau mahu capai?
Fikir zikir.. 

 Wallahu'alam.. 

Monday, March 18, 2013

Bab Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.


"Ulser lidah, sakit gigi, batuk.." 
"Tahniah kak! Dapat Kombo!" kata Udin. 
-.-" 

Kata Atin, "Ada penyakit hati ni.." 
"Gulp....."
Bagi orang yang jarang sakit, biasanya saya akan jadi manja dan mengada-ngada bila sakit. Tapi sebab sekarang adalah waktu untuk berdikari dengan jayanya. Maka, ditahan semua sakit sendiri. Tak ada masa dah nak manja-manja. Lalalala~ 

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". [At-Taghabun: 11]

:: Belajar makan ubat Cik Dyll! Belajar makan ubat! Ngeeee... :D 

Monday, March 4, 2013

"Jalan lurus, jangan belok-belok."

Bismillahirrahmanirrahim.

Pesan Kiyai AaGym, kesabaran itu ada tiga perkara :
1. Sabar dalam menluruskan niat.
2. Sabar dalam berusaha.
3. Sabar dalam menantikan hasil. 
Alhamdulillah. Hari pertama bekerja (semula) kelihatannya positif. Jenih dari pemikiran yang runsing-runsing. Biar penat meng'edit' berpuluh-buluh surat; itu tidak pernah terbanding dengan segala nikmat yang Allah beri. 
Nikmat tenang. Nikmat bersaudara. Nikmat bersahabat. Nikmat bersama membina diri. Alhamdulillah. 
Awal, saya tidak pernah menyangka bahawa suatu hari nanti saya akan memilih wadah @ WADAH ini. Sejujurnya, saya sudah membuat pilihan lain sebelum ini. Namun, jauh di sudut hati, pilihan itu terlalu memberat untuk diluahkan. Mungkin untuk menunggu waktu yang sesuai. Begitupun, waktu berlalu dengan sangat pantas. 'Kejadian' demi 'kejadian' berlaku. Memaksa saya untuk memilih sesuatu yang datang tiba-tiba.  
Bunyinya seperti saya memilih ini untuk 'sesuatu'. Kerana sesuatu. Kerana menjaga 'sesuatu'. Untuk kebaikan 'sesuatu' @ 'seseorang'.Wallahu'alam. 
Bak kata Kiyai AaGym. Bersabar dalam meluruskan niat. Kerana itu sangat susah, makanya ia perlu mujahadah. Berniat semata-mata untuk Allah.  
Kini, saya cuma mahu buat yang terbaik untuk semua. Untuk keluarga. Untuk kerja-kerja dakwah. Untuk masa depan. Untuk diri. Untuk orang lain yang disayang dan dikasih sepenuh hati.
Teringat pesan adik sayang saya yang seorang ni :
"Sebagai seorang yang sayangkan akak, kadang-kadang kita faham apa dilema akak setahun dua ini. Perjalanan menuju Tuhan memang berliku kak. Tapi itulah yang paling indah. Dan jalan yang berliku itu Allah takdirkan berlaku atas kadar kemampuan kita. Kemampuan kita berbeza-beza. Sebab itu kita tak mampu masuk syurga hanya kerana asbab solat. Lalu Allah sediakan pelbagai amalan dan cara untuk kita dekat dengan Dia. Kalau akak rasa cukup kuat, teruskanlah. Tak siapa menghalang kita untuk dekat dengan Allah dengan cara tu. Akak pun tahu bukan mudah kan? Yang penting perjuangan dalam diri kita. Dalam diri akak. Yang tak siapa tahu."
 *Macam tak aci sebab saya tanya soalan lain, tapi dia bagi jawapan ini untuk soalan tersebut. Tapi saya suka ini. Ia terlalu berkait dengan apa yang saya fikirkan sekarang. Alhamdulillah. :)

Friday, March 1, 2013

Berusaha untuk melihat indah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah saya mampu mendidiknya dengan baik?
Malam semalam saya menjaga anak saudara.
Si Kakak dan Ian yang demam.
Usai marghrib, sudah jadi rutin untuk berlama-lama ditikar sajadah.
Mengulang ingat semua aktiviti sehari dan mengenang sifat & sikap beberapa waktu terkebelakang. 
Menilai diri dengan cara melihat diri sendiri sebagai orang 'asing' rupanya berkesan.
"Kalau kau tengok orang lain berperangai macam itu, apa yang kau fikir?"
"Itulah apa yang mereka akan fikir tentang kau, bila kau buat begitu."
Itu baru pandangan manusia.
Pandangan Allah?
Wallahu'alam.
Sampai satu tahap, saya menangis.
Saya tahu silap saya banyak.
Pada manusia yang paling dekat khususnya.
Tapi apa gunanya menangis.
Segala kesalahan lalu takkan dapat diulang untuk dielakkan.
Allah sahaja yang tahu kenapa ditakdirkan begitu.
Juga, Allah sahaja yang Maha Tahu bentuk masadepan nanti.
Doa..doa..doa...tanpa henti..
Puas menangis, saya tersenyum sendiri. Senyum dengan mata merah.
Lucu mengenang diri sendiri. 
Tiba-tiba Si Kakak masuk ke bilik dan menegur.
"Kenapa Cik Lilil suka-suka ni?" dengan muka pelik.
Senyum makin melebar.
"Eiii..apa suka-suka ni?" Si Kakak geram kerana soalan tidak dijawab.
"Tak ada apa-apa la kakak." 
Ketawa saya pecah.
Lucu dengan soalan si Kakak.
Lucu dengan diri sendiri masih belum habis. 
"Apa ni Cik Lilil ketawa-ketawa pulak!" jerit si Kakak tak puas hati.
Tak sedar bila bercakap tu masih pelat. Huh. 
Akhirnya kami ketawa bersama-sama.
Sampai puas. 
Lama baru tersedar.
Allah dah bagi banyak.
Alhamdulillah. 
Apapun.
Saya masih yakin - demi matlamat yang satu.
InsyaAllah.
:)

Thursday, February 28, 2013

Lelaki sederhana baik.


Bismillahirrahmanirrahim.


Dia lelaki sederhana baik.
Sederhana?
Kenapa sederhana?
Sederhana baik.
Maksudnya 'wasattiyah'. *sengih*
Sederhana dalam setiap segi.
Dimata saya.
Paling tidak pun, itu yang sedang - sentiasa diusahakannya.
Dan kerana kesederhanaan itu.
Saya tidak menyesal untuk terus menunggu.
"Masa depan itu penuh rahsia." katanya berkali-kali.
Saya tahu. Faham. Hadam.
Dan yakin itu kekal wujud.
Untuk satu-satunya matlamat yang sama.
InsyaAllah. 
Wallahu'alam. Allah lebih tahu apa yang terbaik.  

:: Doa...doa...doa... 

Saturday, February 23, 2013

Terjawab..

Bismillahirahmanirrahim..


Saya bukanlah orang yang total menangkat 'instinct' atau 'naluri' untuk menentukan halatuju hidup.
Namun, keyakinan pada 'instinct' yang di ilhamkan DIA itu sentiasa saya pegang.
Jika 'instinct' itu sekadar rasa-rasa, dan tindakan saya bersandar dari 'rasa-rasa' itu, wallahu'alam betapa teruknya hasilnya nanti. 
Cukuplah saya merasakanya sekali..dua kali..tiga kali..
Tapi, itulah antara ujian yang paling sukar untuk saya hadapi.
Doa saya setiap hari, moga tidak terulang lagi tindakan-tindakan yang bersandar rasa ini.
Wallahu'alam.  
Alhamdulillah, kebanyakannya telah terjawab.
Babak seterusnya dalam hidup akan dimulakan tidak lama lagi.
Pelbagai pertimbangan telah dibuat.
Hanya satu keputusan yang mampu dipilih.
InsyaAllah, untuk kebaikan semua.
Secara peribadi, itu yang mengangkat "maximum benefits."
Luaran dan dalaman.. InsyaAllah..
Kepada orang lain, mungkin pandangan yang berbeza.. 
Wallahu'alam..
Serah semua pada Allah..
:: Zikir...fikir...doa.......

Thursday, February 14, 2013

Kaf - Ra - Jim - Alif

Bismillahirahmanirrahim.


Tulis panjang-panjang - pastu padam.
Satu habit yang diajar oleh Inche Eks.
Haha. Buruk punya perangai.

Tapi ada baiknya juga.
Tak semua benda yang kita tulis sesuai untuk dipamer pada dunia.
Ye tak? ;)

Nampaknya things will be repeated for Bapak.
Operation - waiting period - back to Johor.
Yang mungkin akan mengambil masa selama dua bulan.

Kata emak, "Cari kerja disini je la (Melaka)."
How much I want to be there with them - Allah sahaja yang tahu.

Sebulan setengah - terlalu lama rasanya untuk menggangur.
Walaupun Kakak & Abang mencadangkan macam-macam,
As usual - cuma diri yang tahu apa yang dimahukan.

InsyaAllah, rasanya cukuplah setakat ini begini.
Things should be change - ke arah yang lebih baik yang pasti.

InsyaAllah.

Allah sahaja yang tahu bagaimana rindunya aku pada kerja.
Kerja yang aku suka tu.
Allahu'alam.


G-Dragon - Missing You (ft. Kim Yuna)



HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...