Bismillahirrahmanirrahim.
Mendengarkan kisah cabaran & dugaaan hidup teman-teman, membuatkan saya berfikir. "Ah, masalah aku kecil saja kalau nak dibandingkan dengan mereka". Baru sedikit cuma. Tiada apa-apa sebenarnya. Tidak terbanding mereka yang diuji dengan sakit. Diuji dengan kehilangan demi kehilangan. Diuji dengan ketiadaan tempat pergantungan. Dan ya, sememangnya saya mendapat berlebih banyak nikmat dari orang lain. Teringat pesan kuliah kitab pagi tadi : "Jangan sampai nikmat yang kita dapat mengakibatkan Allah membenci kita; jangan sampai menjadi Istidraj."
Nauzubillah..
*******************************
Antara sebab untuk saya suka keluar mengembara adalah untuk melihat betapa besarnya dunia yang Tuhan cipta. Betapa luasnya alam & nikmat untuk disyukuri. Betapa apabila kesendirian di tempat asing itu mampu membuatkan diri lebih dekat pada-Nya. Untuk teman-teman yang akan terbang jauh. Moga tenang-tenang hendaknya. Moga tidak lupa teman dan saudara. Moga tidak lupa mengenang saya. Eheh.. Jaga diri baik-baik ok! (Awal gile aku wish :P)
Dan yang akan terbang pulang, selamat kembali. Kepulangan anda sentiasa dinanti. Pasti!
:: Aku sayang kawan-kawan aku..kerana Allah jua..

No comments:
Post a Comment