Friday, January 5, 2024

Belum berani

 Bismillahirrahmanirrahim.



Untuk ke sekian tahun, di ikutkan hati masih lagi mahu bekerja. Berkhidmat di luar ruang lingkup anak-anak dan urusan rumahtangga. Bersosial semula. Cari duit. Simpan duit. Belanja duit. Mata duitan. Gulp.

Sebenarnya jika benar mahu, pasti boleh dapat. Pasti boleh buat. 

Tapi sifir hidup ni satu. Kita dapat satu, Allah pasti ambil satu. 

Yang di ambil tu kalau cuma masa, kudrat dan kebersamaan - mungkin masih boleh difikirkan.

Tapi jika yang diambil nanti mungkin kewarasan fikiran...cukuplah..serik sebenarnya. Belum cukup berani melontar diri ke bahagian hidup yang pasti akan menguji mental berkali-kali. 

Takut. Betul takut. Takut kerana jika satu akal yang hilang, banyak jiwa yang akan turut terkorban. 


Belum berani. Tolong doakan.

Wallahu'alam.

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...