Friday, June 10, 2011

Bahagia tiada batasnya..


Bismillah.

Saya bukan manusia yang dicipta Tuhan untuk merungut tentang ketidak bahagiaan diri.
Itu gila & tidak bersyukur.
Bahagia itu subjektif, sepertimana cantik itu subjektif.

Menurut nilaian dunia, saya ada semuanya.
Tuhan sudah cukupkan semua yang material dan duniawi untuk saya.
Alhamdulillah.

Kerna itu sedaya upaya saya cuba berkongsi & memberi.
Untuk semua insan disisi & ummat yang dicintai.
Walaupun ia takkan mampu mengatasi segala pemberian-Nya.
Masih juga Alhamdulillah.
Tuhan kurniakan saya kesedaran itu.
Menetapkan bahawa saya punya jiwa yang begitu.
Menetapkan ia sebagai dasar kebahagiaan saya sekian lamanya.

[Contoh kecil]
Tapi, tatkala hanya seorang..
Hanya seorang makhluk Tuhan yang mengecam bahagia saya.
Wajarkah saya marah & menghilangkan bahagia yang ada?

Fahamlah saya, dalam apa keadaan sekalipun,
bahagia itu tiada batasnya.
Walau manusia itu teruji dengan pelbagai perkara.

Jika ia terbatas,
maksudnya pemikiran kita sendiri yang membataskannya..

Apapun.
Alhamdulillah.
Untuk segalanya.



:: Kau kan pejuang! Sabar & solat....

Thursday, June 9, 2011

*Ikhlaskah kita?*

Bismillah.


“Alangkah baiknya anda tetap manis,
Sedangkan kehidupan penuh dengan kepahitan;
Alangkah indahnya apabila anda selalu redha,
Sementara orang lain sedang marah,
Betapa baiknya di antara aku
dan kamu terjalin hubungan yang harmoni,
Sedangkan di antara diriku
Dan dunia terdapat kehancuran;
Apabila anda benar-benar mencintai sesuatu;
Maka semuanya terasa mudah;
Dan yang diatas tanah adalah tanah.”

IKHLAS, Rukun Dakwah Ikhwanul Muslimin
[Sheikh Yusuf Al-Qardhawi]


:: Ikhlas itu adalah rahsia hati..
p/s: kau, jaga selalu hatimu..

Monday, June 6, 2011

*Bumi Damai*

Bismillah.

*Curik dari bos* :P

Adapun bumi karunia Allah yang hijau ini, indah.
Cukup indah.
Kadang di balik awan, terbentanglah ia kebiruan langit.
Di balik gunung ganang, terbentanglah ia kehujauan dedaunan.
Di balik panas terik mentari, mendayulah ia angin sepoi-sepoi bahasa.

Bumi Tuhan ini. Damai.
Alhamdulillah.

Dan ku cintai damai itu,
Tenang itu,
Dan syukur itu..
Alhamdulillah..


:: Damai itu indah..

Saturday, June 4, 2011

Pokok~

Bismillah.



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



:: Malu bertanya sesat jalan..

Friday, June 3, 2011

"Orang Tamak Selalu Rugi."

"dendei"

Bismillah.

a.K.u tak suka orang yang tamak.
"Orang tamak selalu rugi."
Ada sebab untuk orang lama [orang-orang tua] menasihati kita dengan pepatah begitu.
Cuma kita saja yang perlu berfikir.
Berfikir dengan cara yang benar.
Yang di landasi ilmu.
Mungkinkah kadang kita perlu faham akan keperluan & kehendak orang lain?
Sebelum memenuhi keperluan & kehendak sendiri?




:: a.K.u nak balik kampung. babai.

Wednesday, June 1, 2011

F.A.Q~

Bismilah.

Soalan 1:

Bagaimanakah cara berfikir yang betul?

Jawapan:

"semua orang bisa saja berfikir, tetapi dengan pendidikan kalian akan belajar bagaimana caranya untuk berfikir dengan betul"
[Muluk, "Alangkah Lucunya Negeri Ini"]

Soalan 2:

Bagaimana hendak memilih sikap?

Jawapan:

"seorang muslim akan memilih sikap yang tidak merugikan dirinya. di dunia & akhirat."
[Ust. Siddiq Fadzil, Kuliah Tafsir Maudhuiy]



:: Fikirlah sambil zikir...

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...