Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir-fikir. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Laras cinta

Bismillahirrahmanirrahim..


Kadang ada laras cinta yang memaksa kita melepaskan.
Melepaskan pertalian.
Melepaskan pendirian.
Melepaskan perasaan. 
Melepaskan bukan bermakna memutuskan atau membuang ;
sebaliknya meletakkan satu jarak antara apa yang dirasa dan apa yang perlu dibuat. 
Memaksa kita bertanggungjawab dalam bersikap. 
Kerana hidup bukan semata-mata tentang apa yang kita rasa,
tapi tentang apa yang akan kita kecapi didunia sebelah sana.

Wallahu'alam.

Thursday, February 20, 2014

Penantian.

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu. [Hadis Riwayat Bukhari]
Kuliah Dhuha hari ini diingat-ingatkankan lagi.
Berhenti menanti-nanti waktu.
Selesaikan kewajipan apa yang ada didepan mata sementara Allah masih mengurnia nyawa.
Mungkin sesaat, seminit, sejam atau sehari lagi, jasad sudah terkaku mati. 
Jangan menunggu.
Kerana masa depan itu sesuatu yang tidak pernah pasti.

:: Oh dinner date~

Wednesday, February 19, 2014

Dengarlah kata Ustaz


Bismillahirrahmanirrahim.
Memata-matai jiwa agar tidak lencun dengan nikmat dunia.
Merajai hati agar sandarannya adalah cahaya yang datang dari ilmu dan Cinta.
Menjagai diri demi menjaga yang lain - yang terkasih - disana nanti.

"Di akhirat nanti, mulut akan ditutup menjadi bisu. Yang akan menjawab pertanyaan Tuhan adalah anggota badan yang lain. Kaki akan ditanyakan ke mana ia digunakan. Tangan akan ditanyakan apa yang dikerjakan sepanjang kehidupan. Telinga akan ditanyakan apakah yang ia dengar. Mata akan ditanyakan apakah yang ia lihat sepanjang kehidupan. Waktu itu kita dah tak boleh nak menipu dah. Semuanya akan tersingkap." -Abam

:: Kuliah subuh terbaik.

Wednesday, December 4, 2013

Bab 52

Bismillahirrahmanirrahim.


Memang sudah sifat manusia kan?
Bila dirasakan tiada sesiapa lagi dalam hidup, barulah kembali dia kepada Tuhan.
Kembali mengharapkan pada yang sepatutnya.


Allahu'alam.

Tuesday, October 29, 2013

BOB oh BOB

Bismillahirrahmanirrahim.


Jujur kata. Ini bukan kali pertama video Luppy berjaya 'menghentam' diri sebanyak-banyaknya.
Tapi BOB memang super ohsem~

Semua orang ada perangai BOB ni.
Siapa-siapa pun.
Sedar tak sedar je.
[mengaku-angkat tangan]

Apa teruknya perangai BOB ni?

Pastinya memberi kesan mendalam pada yang di'BOB' kan tersebut antaranya :
Selain rasa bersalah, boleh saja jadi marah.
Sakit hati.
Rasa rendah diri.
Hilang keyakinan diri.
Memberontak.
Dan lain-lain lagi yang negatif teramat.
Haip!

Kenapa agankya orang ter'BOB'?
[Ditulis 'ter' sebab kita tak tahu dia sedar ke tak dia 'BOB']
Kerana dia rasa dia betul?
Kerana dia memang betul?
Kerana ego?
Kerana sakit hati?
Benci? Dendam? Tak puas hati?
Wallahu'alam.
Yang penting semuanya bermula dari hati.
Rasulullah s.a.w bersabda, ‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.
Kita bukan makhluk mulia macam malaikat.
Tapi kita boleh berusaha untuk jadi lebih baik kan?
Walaupun orang tak dapat nak hargai [appreciate] usaha kita.
Cukuplah Allah yang melihat sisi-sisi mujahadah dalam hati kita.
"Berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran."
[Ho-hoi la Cik Dyll! Eheh.]


**************************

Monolog:

Aku tak nak jadi BOB.
Aku tak nak menyalahkan siapa-siapa atas apa yang berlaku.
Diam bukan bermaksud salah atau kalah atau mahu mengalah.
Diam untuk fikirkan cara yang terbaik untuk menjadi lebih baik.
(Aku tak tahu adakah aku mampu untuk jadi yang terbaik.)

Tapi, aku masih mahu berfikir.
Bukankah berfikir itu lebih baik dari tidak berfikir.
Bercakap dari fikiran lebih baik dari bercakap dengan hati.

Aku masih menghargai orang-orang sekeliling.
Masih sentiasa sayang.
Allah sahaja yang dapat jagakan mereka.
:)

Friday, October 18, 2013

Erti hidup pada memberi.

Bismillahirrahmanirrahim.


Antara perkara-perkara terbaik dalam hidup adalah apabila Allah mengurniakan kehendak dan kemampuan untuk memberi - kepada yang lain - yang memerlukan.
Puas rasanya. Allah sahaja yang tahu. Kalau mahu meminta pun, akan meminta supaya Allah mengurniakan hati yang sentiasa kuat untuk memberi dan diri yang sentiasa mampu untuk berkongsi-kongsi nikmat yang maha banyak dari Allah.
Allahuakhbar. Allahuakhbar. Allahuakhbar.
"Bebanan perasaan yang ditanggung Nabi Ibrahim 'alaihissalam tatkala Allah memerintahkan Nabi Ismail 'alaihissalam dikorbankan adalah maha berat. Tapi kata Nabi Ismail 'alaihissalam kepada ayahandanya, "Jika ini perintah Allah, maka laksanakanlah."
Betapa besar nilai tawakal dari sirah anbiya' ini untuk kita perhatikan dan telusuri dengan hati. Bukankah Allah telah berjanji, setiap apa yang dikorbankan itu pasti akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Apatah lagi jika niatnya ikhlas kerana Allah semata-mata. 
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah; maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian itu) sebagai janji yang benar di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya selain daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan ketahuilah bahawa jual-beli itu ialah kemenangan yang besar.” [At-Taubah : 111]
Maka mulailah memberi.
Memberi hati.
Memberi diri.
Memberi harta.
Memberi masa.
Memberi jiwa. 
Lillahita'ala. 

p/s : Dakwah bukan soal peribadi. 

Thursday, September 26, 2013

Ilmu ibarat parang

Bismillahirrahmanirrahim.
"Ilmu jika tidak diamalkan ibarat parang tumpul." 
Wah, dah macam En.Karamsingwalia~ 
Nak kata, ilmu yang tersimpan dalam kepala, ia akan tetap ada. Tapi akan dirasa manfaatnya cuma bila kita mengamalkannya. 
Ilmu kalau disimpan lama-lama, takkan membawa ke mana. Macam parang tumpul. Tak berguna. Tak ada orang nak bawak masuk ke kebun. Oh?  
Cukup dengan analogi. Cuma nak cakap. Tiga bulan tak buat apa-apa dulu, semua kemahiran jadi tumpul. Bila nak di asah balik, fuh~ Makan masa. Mahu bertahun-tahun jugak ni.

Haip!


Thursday, August 22, 2013

UBAH. Ini Kali ke berapa lah!


"Bagi tiap-tiap amal ada masa-masa rajinnya dan bagi setiap masa rajin ada masa futur (lemah / malas). Barangsiapa yang futurnya kepada sunnahku, sesungguhnya ia telah memperoleh petunjuk dan barangsiapa yang futurnya kepada selain sunnahku, maka sesungguhnya ia telah tersesat." (Riwayat Al-Bazzar)

Thursday, June 13, 2013

Paper Work in a paper-less world. *apapunyatajuk*

Bismillahirahmanirrahim.


'Mencipta' projek baru bukanlah mudah. Apatah lagi dalam padang atau 'field' yang berbeza. Ia memerlukan idea 'daebak' [dan gedebak] yang mengalir dari dalam otak dan disampaikan kepada yang berkenaan, lalu diadaptasi dalam bentuk tulisan....tulis-padam-kaji-tulis....dan akhirnya...woah! Siap satu kertas kerja. Tapi ini baru fasa satu.   
Cabaran bermula saat idea cuba dijadikan realiti. Macam menyiapkan sebuah puzzle besar. Terpecah-pecah setiap keping - entah ke mana-mana. Bukan mudah untuk menyusun-atur setiap keping yang berterabur tanpa 'manual' yang jelas dan terang serta nyata. Ooohooohoo~ 
Disitulah hebatnya peranan 'niat' dan 'matlamat'. Selagi faham dan ingat, selagi itu apa yang dibuat akan sentiasa cuba untuk direalisasikan - biarpun lambat macam siput sedut. Biarpun tercabar dengan segala macam gesaan dalaman dan luaran. Biarpun kadang-kadang 'blur' dan tak tahu macam mana nak buat. Dengan 'niat' dan 'matlamat' itulah yang akan menolak kita untuk meneruskan momentum yang ada. Sikit demi sikit. 
Cari, kaji, buat - kalau salah, belajar lagi. Proses demi proses. Semuanya akan berusaha untuk disabarkan demi mencapai pengakhiran yang diimpikan. Allah sebaik-baik pembantu. 
Dan memang itulah hidup - "A fight within yourself."

*Cewah..Udah-udah la cakap omputeh tu. Tak sedar berterabur~*

:: Tolong siapkan kerta kerja ya..nak buat master plan pulak ni... cewah~

Sunday, June 9, 2013

Kawal

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak suka sakit - makan ubat.
Tak suka makan ubat, tapi nak sihat - sabar.
Rajin-rajin makan ubat. InsyaAllah. :)
[Nak makan ubat pun kena kawal diri..kawal diri supaya sentiasa makan] 
Tak suka emo - kawal emosi.
Banyakkan diam - kawal kata-kata.
Banyakkan zikir - kawal hati.
Kurangkan merungut - banyakkan syukur. 
Tak suka bergaduh - jangan bergaduh.
Banyakkan berfikir - kawal cara berfikir.
Banyakkan positif - kawal sifat negatif.
Cuba matang sikit! Haip! 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah ar-Ra'd : 11)

 "(ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Mulk : 2)

Wednesday, May 22, 2013

Tulus-tegar-jiwa besar.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Mahu jadi orang tulus,
Tak terkalah dengan apa pun,
Apatah lagi diri sendiri,
Apatah lagi kelemahan sendiri, 
Tulus tegar,
Jiwa besar, 
Di hadapan, dunia penuh cabaran.
Di hadapan, dunia tanpa sempadan,
Di hadapan, setiap saat berlalu laju meninggalkan. 
Jangan terus hancur,
Lebur,
Luluh lantak,
Kerana dunia yang mendesak. 
Kuat terus kuat,
Jiwa besar terus berkembang,
Mengakar,
Merimbun,
Memaut dahan harapan dan impian. 
Tuhan punya bicara-Nya tersendiri,
Menunjuk arah jalan bersusun duri,
Agar engkau akan lebih berani,
Tiada terperi. 

حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير 

Friday, April 19, 2013

Hijab yang tidak menghijab..?

Bismillahirrahmanirrahim. 

"Pada pendapat saya, ada dua jenis orang yang berniqab. Satu, yang berniqab memang untuk 'menghijabkan' diri. Dan yang kedua, berniqab tapi tabarruj." 
"Hah, maksudnya?" 
"Yang pertama, jelas. Memang kita boleh tengok orang yang berniqab untuk 'menjaga' diri. Dengan pakaian yang labuh, tudung labuh, warna gelap dan tidak menarik perhatian. Itu satu golongan yang boleh dikatakan memenuhi ciri-ciri berniqab yang sepatutnya. Yang kedua, beniqab tapi tabarruj. Pakai pakaian yang 'fancy', 'lip-lap-lip-lap' begemerlapan, warna-warna yang jelas menarik perhatian lelaki, dengan beg tangan warna-warni, girly dan sebagainya." 
"Itu dari satu sudut. Satu hal lagi yang saya kurang senang bila mana mereka-mereka yang berniqab dan bertudung labuh ni, gagal menjaga adab. Tak kiralah di luar ataupun di alam maya. Hakikatnya berniqab, tapi akhlaqnya tidak menunjukkan ciri-ciri yang sepatutnya. Sebebasnya bermuamalat dengan lelaki seperti berborak berdua-dua, bergurau senda dan sebagainya. Di alam maya juga begitu, berbalas komen dan bergurau dengan lelaki tanpa batas. Ada pulak dalam satu keadaan, ada lelaki yang boleh bergurau-gurau dengan 'niqabist' konon-konon untuk melihat wajah mereka. Apakah mereka tidak hormat pada dia?"
"Perkara-perkara macam ini yang jadikan saya hilang hormat pada orang-orang yang bertudung labuh dan berniqab. Sebab saya sangat memandang tinggi golongan yang sebegini. Bukan mudah untuk bertudung labuh dan berniqab sebenarnya kalau tak betul-betul mujahadah. Dan bukan mudah juga membawa 'tanggungjawab' atas tudung dan niqab yang dipakai kerana ia dipakai atas nama Islam. Bukan calang-calang." 
[Seperti biasa, perbualan ini di'edit' supaya lebih kemas. Namun isi perbahasan utamanya tetap sama.]

Saya secara peribadi memang 'sentap' dengan perbualan tersebut. Walau tidak berniqab, bertudung labuh sudah cukup besar tanggungjawab dan mujahadahnya dalm diri. [Fiuh~]. saya kira komen-komen saya (sewaktu perbualan tersebut), sebahagiannya merujuk kepada diri sendiri. [I'm not that perfect my dear~huuu]. Pada saya, bab 'FAHAM' masih perlu diletak nombor satu. Hijab bukan semata-mata soal pakaian. Ia lebih dari itu. Hijab adalah sesuatu yang perlu untuk dipelihara [i.a maruah, hati, diri] dari sesuatu yang buruk. 
Saya yakin jika diteliti dengan baik, tak ada sesiapa di kalangan mereka yang bertudung labuh dan berniqab ini mahu dicop sebagai 'gedik' atau 'berpura-pura baik'. Cuma mungkin terkadang mereka lupa atau masih terbawa-bawa dengan perangai lama. Mereka sentiasa mengharapkan peringatan dari orang lain jika tersalah dan sentiasa mengharapkan bimbingan untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Mereka bukan manusia sempurna seperti kita juga.
Mungkin jawapan yang boleh sama-sama kita kongsi ada dalam entri NIQABIS GEDIK ini. InsyaAllah. :) 

:: Pesan Ostat, "Pakailah pakaian yang Allah suka." :)

Wednesday, March 13, 2013

"Ya Allah, aku sayang budak ni!"

Bismillahirrahmanirrahim.


Kata en. Jamil, "Life is so fani."
Kerana konunikasi, perkara sekecil semut boleh jadi besar macam perang Sulu.
Er..exterme sangat ke?
Abaikan~ 
Saya tak suka bergaduh. Sangat tak suka.
Bergaduh selalu bikin penat. *kan Inchik Eks?* Uhuk3~ 
Bergaduh tandanya dalam hati ada benci.
Ada teka-teki. Ada sangka-sangki..eh, sangka-sangka.
Tandanya dalam hati ada perkara yang tak setel. 
Banyak tips dari pakar motivasi hebat mengatakan bahawa, kalau kita marah - ambil masa untuk berfikir secara rasional. Ambillah sebanyak mana pun masa. Yang penting, berfikir. 
Fikirkan sikap dan sifat kita. 
Perangai kita yang menjadi asbab dan akibat kepada sesuatu yang negatif.
Sambil-sambil zikir dan doa supaya Allah ilhamkan jalan dan jawapan.
Lama-lama hati mesti jadi tenang.
Bila tenang, akal lebih adil menimbang. 
Konflik yang begini kerapkali terjadi antara saya dan sahabat, kawan-kawan dan adik-beradik.
Bila difikir-fikirkan dengan mendalam dan ditimbang-timbang nilai kesalahan & kesilapan saya atau mereka. 
Konklusinya akhir saya cuma satu; "Ya Allah, aku sayangkan budak ni / dia / mereka!". Disusuli dengan doa yang tak berhenti.
Bila hati tenang, yang hadir cuma rasa sayang... Sayang kerana Allah.. 
Kerana sayang itu, tindakan dibuat.
Sama ada tindakan itu difahami atau tidak, wallahu'alam.
Allah sebaik-baik penjaga hati. 
Dan komunikasi, adalah alat paling berkesan untuk memahami hati sesama manusia ; hamluminnanas. Kalau kita faham itu, insyaAllah kita pasti akan lebih berlapang dada dan berbaik sangka.

p/s : Esok hari penting untuk Inchik Eks. Sila pakai 'hati' yang paling ikhlas, sejahtera, tenang dan optimis ye. Wajib.  :)

Tuesday, March 12, 2013

Pesan Habib Ali Al-Jufry

Bismillahirrahmanirrahim.



Buat yang ingin berubah dan masih dalam proses mujahadah mengubah diri:: 
''Anda jangan banyak alasan,jangan menunda-nunda! Jangan katakan besok atau lusa ! Sebab,menunda-nunda adalah pintu masuk setan.Sekali orang mukmin menghadap kepada ALLAH,ia harus bulatkan tekad untuk terus begitu. 
''Jangan katakan sekarang aku belum bisa membulatkan tekad,belum bisa istikarah,mungkin nanti aku kuat.'' ''Sulaiman ibn al Rabi' pernah berkata,''Bergegaslah menuju ALLAH sekarang juga.Jangan menunggu sihat,kerana itu sama saja dengan menganggur..'' 
''Makin tinggi engkau mendaki kepada ALLAH,makin utuh kekuatanmu.Yang penting berjalanlah terus,jangan berhenti.Sebab tujuanmu adalah menjumpai ALLAH dengan hati.'' 
''Dialah yang membuatmu sampai kepadaNya,bukan jerih payah perjalananmu.Kalau kamu berjalan dengan mengorbankan apa saja yang kamu miliki itu semata kerana kamu berharap ALLAH akan mengasihimu,menggerakkan semangatmu,dan menarikmu di sisiNYa.sehingga kamu termasuk orang sejati yang benar-benar menghadapkan diri kepada ALLAH.'' 
''Apabila anda merasa semangat ini sudah tumbuh di hati anda,berusahalah untuk menjaganya dan mengukuhkannya ,dan menyambutnya dengan segera.'' 
''Jagalah dengan cara menjaga jarak dari orang-orang yang lalai kepada ALLAH dan menghindar dari segala bentuk godaan setan.Kukuhkan dengan banyak berzikir kepada ALLAH,renungkan apa yang ada di sisiNya,dan sering-seringlah berkumpul dengan para wali ALLAH.Sambutlah dengan segera untuk menuju ALLAH ,jangan menunda-nunda.'' 
[Habib Ali Al Jufry]

Friday, March 8, 2013

"Cincin"

Bismillahirrahmanirrahim.

Bab nikah kawin selalunya membingungkan kehidupan sesiapa pun; lelaki atau perempuan. Keluh kesah dan persoalan demi persoalan sememangnya sinonim dengan kehidupan wanita yang sedang dalam 'penantian'. Eheh. (sensitip wei topik ni~). Ini satu sisi pandang dari sifat / kehendak makhluk berjantina perempuan yang perlu difahami oleh lelaki.  
Emosi perempuan mudah terusik setiap kali perkara begini bermain di fikiran. Jika tidak dikawal, bakal membinasakan diri sendiri dan orang sekeliling. Jika hebat mengawal, Alhamdulillah. Itu suatu tanda aras kematangan dan sifat tawakal yang tinggi pada Tuhan. 
"Kalau tak nak..cakap je la terus terang." 
Untuk lelaki, kadang-kadang sebenarnya perempuan cuma perlukan satu jawapan sahaja, iaitu 'YA' atau 'TIDAK'. Alasannya mudah, untuk mendapatkan kepastian. 
Kesan-kesan kepada kedua-dua jawapan itu, terbukti banyak. Tapi jangan menyesal kerana untuk manusia beriman, semua itu cuma secebis dari lakaran hidup yang dicipta Tuhan. 
Dan kepada perempuan, lelaki sentiasa perlukan waktu untuk berfikir dan menilai. Mereka sentiasa merasa 'serba-salah' dan 'tersepit' dalam keadaan yang begini (jika mereka lelaki yang bertanggungjawab). Kenapa mereka merasa begitu? Alasannya banyak. Boleh di'Google'. Uhuk3~ 
Membuat pilihan dan menyampaikan kebenaran adalah antara perkara yang paling sukar kepada lelaki atau perempuan. Cukup adil. Percayalah. Ambil masa - buat pilihan - sampaikan - bersabar dengan segalanya. Nampak mudah, tapi hakikatnya... Itu pentingnya istiqamah & mujahadah.. (^_^)v 
Jadi, lelaki dan perempuan, ukurlah pilihan kehidupan anda dengan keyakinan. Jodoh itu kan rahsia Allah.  Allah sahaja yang boleh bagi jawapan. Kalau sekarang Allah masih belum bagi jawapan, satu hari nanti - entah jika tiba-tiba Allah kata ada, maka akan adalah ia. InsyaAllah. 
Jodoh bukan semata-mata soal hati dan perasaan. Ia soal iman. Lelaki beriman, dia tahu menghormati wanita dengan tidak menzaliminya dengan cara apa pun; fizikal dan hati. Wanita beriman, dia akan sentiasa berusaha untuk tidak menjadi asbab kehancuran iman lelaki. Wallahualam. :) 

:: Selamat Hari Wanita Sedunia. Jom hargai wanita-wanita disekeliling kita.. (n_n)v

Wednesday, March 6, 2013

"Leaders are made, not born."

Bismillahirahmanirrahim.



Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)


:: Jom cipta hati seluas ladang & lautan. :)

Friday, March 1, 2013

Berusaha untuk melihat indah..

Bismillahirrahmanirrahim.

Adakah saya mampu mendidiknya dengan baik?
Malam semalam saya menjaga anak saudara.
Si Kakak dan Ian yang demam.
Usai marghrib, sudah jadi rutin untuk berlama-lama ditikar sajadah.
Mengulang ingat semua aktiviti sehari dan mengenang sifat & sikap beberapa waktu terkebelakang. 
Menilai diri dengan cara melihat diri sendiri sebagai orang 'asing' rupanya berkesan.
"Kalau kau tengok orang lain berperangai macam itu, apa yang kau fikir?"
"Itulah apa yang mereka akan fikir tentang kau, bila kau buat begitu."
Itu baru pandangan manusia.
Pandangan Allah?
Wallahu'alam.
Sampai satu tahap, saya menangis.
Saya tahu silap saya banyak.
Pada manusia yang paling dekat khususnya.
Tapi apa gunanya menangis.
Segala kesalahan lalu takkan dapat diulang untuk dielakkan.
Allah sahaja yang tahu kenapa ditakdirkan begitu.
Juga, Allah sahaja yang Maha Tahu bentuk masadepan nanti.
Doa..doa..doa...tanpa henti..
Puas menangis, saya tersenyum sendiri. Senyum dengan mata merah.
Lucu mengenang diri sendiri. 
Tiba-tiba Si Kakak masuk ke bilik dan menegur.
"Kenapa Cik Lilil suka-suka ni?" dengan muka pelik.
Senyum makin melebar.
"Eiii..apa suka-suka ni?" Si Kakak geram kerana soalan tidak dijawab.
"Tak ada apa-apa la kakak." 
Ketawa saya pecah.
Lucu dengan soalan si Kakak.
Lucu dengan diri sendiri masih belum habis. 
"Apa ni Cik Lilil ketawa-ketawa pulak!" jerit si Kakak tak puas hati.
Tak sedar bila bercakap tu masih pelat. Huh. 
Akhirnya kami ketawa bersama-sama.
Sampai puas. 
Lama baru tersedar.
Allah dah bagi banyak.
Alhamdulillah. 
Apapun.
Saya masih yakin - demi matlamat yang satu.
InsyaAllah.
:)

Wednesday, February 27, 2013

Fukuk..eheh..Pokok lah~ :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Hati itu umpama tanah. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menanamkan apa sahaja  yang bakal tumbuhan di atasnya. Pokok yang baik, akan memberikan hasil yang baik. Pokok yang buruk, akan memberikan hasil yang tidak bermanfaat. Bayangkan jika satu hari kita tersilap memilih pokok. Pokok beracun disangka pokok buah-buahan. Bertahun-tahun ia dijaga, dibaja, diuruskan sehingga menjulang tinggi. Suatu hari kita diberitahu bahawa itu adalah pokok beracun. Allahuakhbar. Manusia manakah yang tidak bersedih? Sesuatu yang disangka baik - tidak begitu pada akhirnya. Walaupun awal dulu niatnya baik - untuk berkongsi manfaat dengan orang lain, tetapi rupanya apa yang ditanam, jauh dari apa yang diharapkan. 
Maka bergelutlah hati, bertarung jiwa. Untuk terus membiarkan pokok itu kekal hidup. Atau dengan penuh berani dan besar jiwa, pokok itu ditebang. Untuk memberi ruang kepada pokok yang lebih baik. AllahuAllah. Untuk membuat keputusan itu mengambil masa. Antara keyakinan dengan apa yang dipegang, dan kebenaran hakiki - penanam pokok sedang kesakitan! 
Akhirnya, pilihan dibuat. Dengan penuh redha, pokok perlu ditebang. Namun menebang pokok tidak semudah itu. Saat ditebang batang pokok, akarnya kekal masih bertaut kuat ditanah. Mencengkam tanpa belas kasihan. Kerna itu sifat akar. Lalu, membersihkan akar itu perlukan mujahadah. Penuh hemah dan kesabaran. Perlu ilmu dan kekuatan. 
Sedang begitu, bagaimana sekalipun akar itu dicabut, kesannya pasti akan muncul di tanah. Tanah akan tergembur. Dan akan mengambil masa untuk kembali kepada keadaan asal. Akan mengambil masa untuk disuburkan kembali. Di bersihkan untuk ditanam pokok yang lebih baik. Pokok yang akan memberi manfaat pada orang ramai. InsyaAllah.  
Memilih pokok yang baik itu perlukan ilmu. Menanam pokok juga perlukan ilmu. Menjaga dan membaja dengan baik juga perlukan ilmu. Malah memenfaatkan hasil juga memerlukan ilmu. Segalanya memerlukan ilmu. 
Setelah ilmu, mujahadah. Bersabar dalam setiap proses. Hujan lebat pasti akan turun. Angin kuat dan badai pasti menyinggah. Terkadang dahan patah, daun gugur, hasil tidak sebanyak yang diharapkan. Itu semua pasti akan dilalui. Jika dengan kesabaran menguruskan pokok yang diyakini kebaikannya diakhir waktu nanti, pasti hasilnya akan lebih baik. Pokok bertumbuh sihat, jiwa bertumbuh kuat. :) 
Namun jangan dilupakan pencipta pokok. DIA yang Maha Tahu segalanya. Baik dan buruknya sesuatu. Maka apa sahaja yang cuba dilaksanakan, tanyalah pada Sang Pencipta. Mintalah dengan ikhlas dan yakin. Mustahillah yang mencipta tidak tahu apa yang dicipta. Maka dengan itu, yakinlah! Yakin dengan sebenar-benar yakin. Pasti akan dijawab-Nya dengan jawapan yang paling baik. InsyaAllah. 


 :: Jom tanam pokok yang baik. Untuk hasil yang baik. Unktuk berkongsi segala yang baik-baik. Moga dapat jadi bekal dibawa ke'sana' nanti. Kita bukan apa-apa, bukan sesiapa. Kita empunya DIA...cuma DIA..

Wednesday, February 13, 2013

Sista!

Bismillahirrahmanirrahim.


Tiada manusia sempurna dalam dunia.
Namun, menjadi manusia biasa; Muslim - berusaha untuk menyempurnakan diri itu - kewajipan.
Walau tahu takkan tercapai. Yang penting usaha.
Dok gitu? Eheh. 
Untuk adek-adek yang mesra ber'SMS' sepanjang minggu lepas.
Korang ni kalau mesej akak mesti ber'tema'. Sekian.
Dan tema minggu lepas adalah "bagaimanakan caranya untuk menjadi kakak yang bahek."
Fiuh~ 
Adek-adek sekalian..
Macam silap orang jugak korang tanya ni..

Hmm..apa pun..
Yang tengah pakat-pakat sedar diri tu dah jadi kakak..
Dah ada adek-adek untuk dijaga.
Dah rasa bertanggungjawab dengan kader-kader yang ada..
Yang dah plan panjang untuk adek-adek jagaan.. 
Alhamdulillah..
Pertama, syukurlah Allah pilih korang.
Bukan semua orang Allah pilih untuk buat kerja-kerja jadi kakak neh.
Sukurlah Allah bagi kita peluang.
Syukur sampai tak dapat diukur.
*cepat syukur, nanti Allah tambahkan lagi!*
Heee... 
Kedua, hakikatnya seorang kakak adalah dia tetap seorang manusia.
Tak terlepas dari kelemahan, kekurangan dan kesilapan.
Jadi, toksah nak sedih-sedih kalau ada kurang dan compang-camping sana sini.
Allah tak mintak kita jadi manusia sedih sepanjang hayat.
Cuma DIA sentiasa beri kita peluang untuk berusaha lebih. 
Kita tak perlu jadi manusia 'perfect' untuk jadi kakak yang baik.
Cukuplah menyampaikan perkara-perkara yang benar.
Buat menda-menda baik.
Silap sikit-sikit tu, adat la manusia.
Tapi jangan dengan sengaja berbuat silap.
Naya juga tu.
Kalau ada salah, betulkan & ajak orang lain untuk sama-sama improve diri.
Kita bukan nak adek-adek jadi malaikat.
Cuma nak kita dan dia jadi baik.
Sama-sama bahagia di syurga.
Kan? 
Ketiga, apa pun yang Allah rencanakan untuk kita - berbaik sangkalah.
Jadi manusia yang sentiasa yakin dengan DIA semata-mata.
Bukan dengan usaha kita - bukan dengan sukanya adek-adek dengan kita.
Kalau ada menda yang tak kena dengan jiwa - yakinlah DIA ada untuk baiki semuanya. 
Keempat, banyak-banyak ler sabarnya.
Sabar dengan diri.
Sabar dalam berusaha.
Sabar dengan keadaan.
Yang penting, sabar je lah.
Tak rugi orang yang bersabar.
Pahala free, kata emak.
InsyaAllah.
Kelima, doa banyak-banyak.
Kuasa doa ni lagi besaq dari kuasa Boboboy.
Doakan semua orang yang kita sayang dan tak sayang. Eheh.
Moga Allah jagakan, tautkan, simpulkan hati-hati kita semua ini kerana DIA sahaja.
InsyaAllah. Ameen. 
*Akak pun tak sesempurna mana. Korang pun mungkin pernah dengar menda-menda tak helok tentang akak. Ho3.. Apapun, senang sekali kok kalau ditegur salah-silap oleh orang sekeliling. Heee.. Yok sama-sama kita usaha menjadi hamba & khalifah yang lebih baik.. InsyaAllah. :)


"حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ"

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...