Saturday, January 27, 2024

Pelajaran Utama

 Bismillahirrahmanirrahim

Simpan sini sebagai kenangan bahawa hidup adalah pilihan


Nampaknya, pelajaran utama dalam fasa hidup kali ini jelas - hidup adalah pilihan.

Manusia akan mengutamakan apa yang paling penting untuk dirinya.



p/s : gambar sebagai peringatan bahawa jangan berharap orang lain berkorban sebagaimana kita berkorban untuk mereka.


Saturday, January 20, 2024

Impian

Bismillahirahmanirrahim.




Menjelang 20 Januari 2024.
Aku masih belum tahu apa yang mahu dicapai untuk tahun ini.

Setakat ini.
Follow the flow?
Bukan juga.

Tapi banyaknya tugas harian demi tanggungjawab kepada anak-anak.
Dan suami (sepatutnya yang utama).
Faham itu juga sepatutnya sebuah impian.
Tapi begitulah manusia.
Ada kalanya mahu mementingkan diri sahaja.

Aku banyak belajar dari cerita korea :

1. Tidak salah berimpian untuk diri sendiri. Ia bukan selfish. Tapi selflove.
2. Umur bukan penghalang untuk mencapai impian. Tonton saja Dr. Cha atau 18 Again (cerita lama).
3. Gembira dalam mencapai impian sendiri sepatutnya mengembirakan orang lain juga - apa seronoknya bila tahu orang lain mengorbankan impan untuk kita dan sedih sebab impian dia terkorban) - kan sadis tu.
4. Mencipta impian baru adalah benda yang macam mustahil. Mungkin sebenarnya menunggu waktu sesuai untuk mencapai impian yang tertangguh.

Maka, apakah impian yang tertangguh itu wahai Siti Nur Dalila Binti Melatu Samsi?




 

Friday, January 5, 2024

Belum berani

 Bismillahirrahmanirrahim.



Untuk ke sekian tahun, di ikutkan hati masih lagi mahu bekerja. Berkhidmat di luar ruang lingkup anak-anak dan urusan rumahtangga. Bersosial semula. Cari duit. Simpan duit. Belanja duit. Mata duitan. Gulp.

Sebenarnya jika benar mahu, pasti boleh dapat. Pasti boleh buat. 

Tapi sifir hidup ni satu. Kita dapat satu, Allah pasti ambil satu. 

Yang di ambil tu kalau cuma masa, kudrat dan kebersamaan - mungkin masih boleh difikirkan.

Tapi jika yang diambil nanti mungkin kewarasan fikiran...cukuplah..serik sebenarnya. Belum cukup berani melontar diri ke bahagian hidup yang pasti akan menguji mental berkali-kali. 

Takut. Betul takut. Takut kerana jika satu akal yang hilang, banyak jiwa yang akan turut terkorban. 


Belum berani. Tolong doakan.

Wallahu'alam.

Wednesday, December 27, 2023

Wednesday, December 20, 2023

Pain go away



You will understand when you get older that pain must be experience. More than once, your heart will be broken, and each time it will hurt worse. You'll hurt people so much that you'll isolate yourself and come to believe that it's best to be alone yourself. Because you'll feel that time is flying by too quickly, you'll experience those restless nights and endless meltdowns.

Love, don't be frightened to show your vulnerability. You get to see everyone's genuine colors, which is the nicest thing about the worst days of your life. Because your darkness is a hint that a light is waiting for you, don't be scared to be open and vulnerable and never run from it.


— Balt Rodriguez

Thursday, June 8, 2023

Jun 2023

Bismillahirrahmanirrahim.



Tiba-tiba sudah bulan enam. Terkejut beruk rasanya membaca posting terakhir bulan 12 yang lalu. Sememangnya masa berputar terlalu laju. Pejam celik sudah di usia 37 tahun. MashaAllah! 

Sekelip mata rasanya dari budak-budak hingusan penuh emosi tak stabil tiba-tiba hampir mencecah 40 tahun hidup! DSAI pun dah jadi PM oi oi...

Namun, ke mana hilangnya umur 30 - 35 tahun itu. Rasanya 'ia' sesat jauh sampai tak sedar dah tahun 2023.

Morsi pula sudah berumur 8 tahun. Kerja Tuhan siapa tahu. Done quote FT.








Anak-anak semakin membesar. Semakin besar ruang berimpian Ummi Ayah untuk masa depan. Meninggalkan masa lalu bukanlah sebuah kesedihan. Tetapi sesi pengalaman dan pembelajaran yang panjang.

Kekandaku suamiku kekasihku terima kasih sudah berusaha sekuatnya demi masa depan ini. Moga kami (saya dan anak-anak) tidak lupa untuk jadi manusia yang sentiasa bersyukur dan bersabar. 

Dan semoga posting akan datang sempat ditulis dalam bulan Julai pula. Kah kah kah.





 

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...