Momentum? 
Adakah tentang
ini yang a.K.u mahu bicarakan? Hmm, sebenarnya tidak. Momentum yang mahu a.K.u ceritakan ini sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Teringat pada tema "Memacu Momentum Gerakan Mahasiswa"- salah satu tema ucapan dasar PKPIM UIAM suatu masa dahulu. Namun baru kini a.K.u dapat faham benar maksudnya. Semasa zaman sekolah rendah dahulu, perkataan 'momentum' ini pertama kali a.K.u dengar dalam subjek Sains (pada waktu itu pelajaran Sains masih lagi dalam Bahasa Melayu).
Apa pun, momentum yang ingin dimaksudkan disini adalah "driving force" (tekanan atau dorongan). Momentum inilah yang akan menentukan sejauh mana kita bakal memecut. Umpama dalam sebuah pertandingan lumba lari. Setiap perserta akan berlari bersungguh-sungguh ke garisan penamat selepas picu pistol dilepaskan. Mengapa ini terjadi? Mengapa mereka berlari bersungguh-sungguh? Kerana pingatkah? Kerana kemashuran atau nama? Terpulang...
Hidup ini juga umpama larian. 
Jika kita berlari lemah biarpun picu telah dilepaskan, kalahlah kita pada akhirnya @ lambatlah kita untuk sampai di garisan penamat. Betapa pun kuatnya momentum yang bakal menolak dan mendorong kita, sebenarnya bergantung kepada diri kita sendiri. Andai wujud suatu perkara yang mampu memupuk 'semangat' yang membara dalam diri & melonjak semangat kita menggunung tinggi, nah! itulah momentum anda. Punya ciri memotivasi, memberi kesan positif & membuatkan kita mahu memecut lebih laju. Ianya bergantung kepada pentingnya sesuatu 'perkara' tersebut dalam hidup seseorang. Sebagai contoh...
"Ibuku adalah pendorongku untuk mencapai kejayaan ini" 
Ini adalah satu contoh asas kepada kebanyakan kita. Jelas, setiap manusia punyai momentum yang berbeza bedasarkan ilmu dan pengalaman yang dimiliki. Juga bedasarkan nilai yang diletakkan terhadap 'momentum' tersebut.

MyNiceSpace.com
Namun...
Dalam menelusuri hidup sebagai hamba & khalifah di muka bumi ini, berapa ramai yang menjadikan ALLAH & Nabi Muhammad s.a.w sebagai momentum dirinya menuju kejayaan (dunia & akhirat). Pernahkah kita tanyakan pada diri, andai hilang segala momentum @ dorongan-dorongan yang 'nampak' dalam kehidupan ini, mampukah kita lagi untuk bertahan @ masih mampu terus memecut laju? Mampukah DIA menjadi momentum asas kita mengharungi badai kehidupan yang semakin lama semakin mencabar ini? Mampukah a.K.u? Ingat-ingatkanlah...
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
~Akhirnya, segalanya bermula pada diri...mahu memecut atau sekadar berdiri di tepi & memerhati...atau menanti...
No comments:
Post a Comment