Dulu, sewaktu kecil..
Emak selalu pesan @ cerita..
Ramadhan ni adalah hadiah dari Allah..
Umpama sebuah kapal yang berlayar,
membawa bermacam-macam kekayaan,
emas, permata, harta benda,
yang mahal-mahal,
penuh satu kapal.
Singgah di sebuah pulau,
& kita merupakan orang-orang yang tinggal di pulau itu..
Lalu, kita dibenarkan untuk mengambil
apa-apa sahaj yang kita mahu
sampai habis.
Emak membawa kami berfikir..
Bagaimana kita jika dihadapkan hadiah sebegitu?
Berlumba-lumbakah atau bermalas-malasan?
Makanya orang yang berlumba-lumba itu,
akan mendapat lebih banyak.
Dan yang bermalasan itu,
akan dapat sedikit daripadanya atau
tidak mendapat apa-apa langsung.
Dan mereka adalah orang-orang yang rugi.
Mahukah kita jadi orang yang rugi?
Hmm..jadi, bagimana Ramadhan kita tahun ini ya?
Berlumba-lumbakah kita mengejar fadhilat Ramadhan?
Masih bermalasankan seperti 11 bulan yang lalu?
Setelah 4 hari ini, sudah bisa ditarbiyyah belum jiwa kita ini?
dengan solat malamnya,
dengan sunat Terawikhnya,
dengan bacaan Qur'anya,
dengan zikir-zikirnya,
supaya jedi bekalan 11 bulan yang mendatang nanti..
kala itu,
pasti lebih sukar..
Kerana musuh itu telah kembali.
Lalu, marilah kita sama-sama bermuhasabah.
Mengejar fadhilat ramadhan
demi mencari Redha Ilahi juga.
Salam Ramadhan untuk semua..
Moga sentiasa berada didalam RedhaNya..
InsyaAllah..
Ameen..
~Peringatan untuk diri sendiri~
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


No comments:
Post a Comment