Entri ini merupakan catatan perjalanan yang amat memberi kesan pada a.K.u. Jumaat, 2 Oktober 2009. Permulaan hari yang agak tidak berdisiplin bagi a.K.u. *Tak berminat untuk a.K.u panjangkan*. Jam 11.30, perbincangan bersama 'Focus Group' untuk pelajar praktikal sem lepas. Kajian untuk Department SOCA (Sociology & Anthropology) kepada batch pertama yang menerima latihan praktikal. Yang a.K.u faham, untuk memperbaiki sistem. Sungguh, sistem latihan praktikal SOCA sangat-sangat perlu dibaiki! Dalam perbincangan, a.K.u tidak berniat untuk banyak cakap. Sekadar menjawab soalan mana yang perlu. Itu pun perbincangan bermula & berakhir agak lambat.
Terpaksa juga membatalkan niat untuk mengambil Pakcik Asmone di KLIA. Perlu ke Nilai segera. Semakin awal a.K.u sampai ke sana, semakin cepat a.K.u balik ke Gombak semula. Setelah berkira-kira, mungkin jam 3.00 a.K.u sudah boleh sampai ke Nilai. Jam 1.30, selepas makan tengahari *dah lama tak jumpa nasi*, a.K.u mulakan perjalanan dengan tawakkal yang panjang. Apa nak jadi, jadilah. Walaupun separa kemalasan, a.K.u kekal TEKAD.
Perjalanan bermula dengan baik. Setelah membeli tiket ke KL Sentral, a.K.u mengira-ngira dalam otak. Sebenarnya a.K.u terlupa macamana nak ke Nilai! Ah, pedulikan. Tawakkal saja. Dalam train, bersyukur juga dapat duduk. Sempat melayan kantuk. Nasib baik tidak terlepas stesyen. Sampai di KL Sentral. Ya, itu tempatnya! a.K.u terus ke kaunter tiket Komuter. "Akak, tiket ke Nilai satu." Sungguh skema ayat a.K.u. *Abaikan*. RM 4.70. Duit syiling berbaki 30 sen a.K.u masukkan ke dalam beg. Sememangnya di sepanjang perjalanan, a.K.u sangat berhati-hati. Ah, bandar begini, apa-apa sahaja boleh berlaku.
Train komuter tiba agak lambat. Jam sudah menunjukkan jam 3.05 petang. Ah, tidak sempat. a.K.u hubungi Juman cepat-cepat. Risau dia menunggu lama. Mujur dia faham. Dalam train, kantukku datang lagi. Serasa ingin melayang. Ku gagahkan walaupun mata ku pejam. "Jauh juga Nilai ni ya.." Bisik hati.
Panas. Rupanya air-cond tidak berfungsi. Setelah 3 stesyen, ramai yang mula mengeluh. kepanasan. a.K.u cuba bersabar dalam hati. Memang panas. Ditambah dengan sesak-sesak orangnya. Di stesyen *lupa* komuter berhenti agak lama. Namun pintu tidak terbuka. Dalam 10 minit, setelah orang ramai mula bising minta pintu dibuka, barulah salah satu pintu di setiap gerabak dibuka. Masing-masing diminta keluar. Panas dan berpeluh. Kami di minta menunggu komuter yang seterusnya. a.K.u pandang jam di henset lagi. "3.35 pm. ah, sempat ke ni."
Mujur. Dalam keseorangan kala itu. Ditemani seseorang biarpun hanya melalui 'text'. Sempat a.K.u nukilkan seungkap kata-kata di saat itu juga khas untuk dia:
Setengah jam di stesyen tersebut, akhirnya sampai juga train seterusnya. a.K.u naik dengan harapan untuk duduk. Namun hampa. Maka a.K.u tahankan saja penat dan pening sambil berdiri. "Setengah jam lagi..kejap je.." Pujuk hati sendiri. 4.15 pm. a.K.u sudah sampai di Nilai. 'Text' ku hantar kepada Juman. Berbalas. "Aku kat sebelah 7E". Dengan motor kawanya, kami berdua menyelusuri jalan ke CENFOS. "Seronok juga merempit kat sini. Hehe." Saja nak sedapkan hati.
Jam 4.30pm. Kawah Thai. Amirah datang dengan 'hadiah' ditangan. Syukur. Masih punya orang seperti dia yang mahu membantu a.K.u. Walaupun a.K.u tidak pernah melayannya dengan baik. Ah, teruknya diri ini. Kami berborak. Bercerita. Hampir ke jam 6.30 pm. Syed Putra yang awalnya mahu ke Gombak bersama, membatalkan niat. Tidak mengapalah. Jam 6.30 pm, a.K.u dihantar semula ke stesyen Nilai oleh Juman. Mujur adik a.K.u ini berani orangnya. Tanpa lesen juga mampu memecut laju. a.K.u teruskan perjalanan pulang ke Gombak berseorangan.
Sisi diri....
Kisah ini mungkin tiada pentingnya pada kalian. Tapi ia berbekas pada hati a.K.u sepanjang minggu ini. Ah, apakah? Betapa teruknya diri. Semakin hari...semakin teruk...
Malam ini, a.K.u sengaja menyiksa diri untuk tidak tidur. Wajar dibilang *bodoh* barangkali. Namun, a.K.u perlu merasai sendiri kesilapan diri. Menelan pahit & sakitnya orang lain akibat perbuatan diri ini. Merasai pedih & peritnya menjadi diri sendiri...
Esok...mahu sahaja a.K.u hancurkan hati ini. Supaya ia tidak berbuat jahat lagi. Pada diri. Pada yang lain.~~
~Ah, masakan zaman gelapku bermula kembali...? T.T~~
~Ya Allah...tunjukkan a.K.u jalan yang lurus....

"Indahnya perkenalan, di saat tak keruan ada yang menyabarkan, diwaktu kesedihan ada yang mengembirakan, tatkala bersendirian ada yang menemankan..manisnya persahabatan..penuh terisi kasih dan sayang..penuh peringatan...penuh pengertian"Sungguh, a.K.u hargai setiap balasan 'text'nya walaupen sepatah cuma. Bukan apa. Supaya rasa takut a.K.u hilang. Bukan mudah nak kuatkan diri keluar begini seorang diri. *Walaupun bukan kali pertama*. Tetapi berhati-hati itu perlu.
Setengah jam di stesyen tersebut, akhirnya sampai juga train seterusnya. a.K.u naik dengan harapan untuk duduk. Namun hampa. Maka a.K.u tahankan saja penat dan pening sambil berdiri. "Setengah jam lagi..kejap je.." Pujuk hati sendiri. 4.15 pm. a.K.u sudah sampai di Nilai. 'Text' ku hantar kepada Juman. Berbalas. "Aku kat sebelah 7E". Dengan motor kawanya, kami berdua menyelusuri jalan ke CENFOS. "Seronok juga merempit kat sini. Hehe." Saja nak sedapkan hati.
Jam 4.30pm. Kawah Thai. Amirah datang dengan 'hadiah' ditangan. Syukur. Masih punya orang seperti dia yang mahu membantu a.K.u. Walaupun a.K.u tidak pernah melayannya dengan baik. Ah, teruknya diri ini. Kami berborak. Bercerita. Hampir ke jam 6.30 pm. Syed Putra yang awalnya mahu ke Gombak bersama, membatalkan niat. Tidak mengapalah. Jam 6.30 pm, a.K.u dihantar semula ke stesyen Nilai oleh Juman. Mujur adik a.K.u ini berani orangnya. Tanpa lesen juga mampu memecut laju. a.K.u teruskan perjalanan pulang ke Gombak berseorangan.
Sisi diri....
Kisah ini mungkin tiada pentingnya pada kalian. Tapi ia berbekas pada hati a.K.u sepanjang minggu ini. Ah, apakah? Betapa teruknya diri. Semakin hari...semakin teruk...
Malam ini, a.K.u sengaja menyiksa diri untuk tidak tidur. Wajar dibilang *bodoh* barangkali. Namun, a.K.u perlu merasai sendiri kesilapan diri. Menelan pahit & sakitnya orang lain akibat perbuatan diri ini. Merasai pedih & peritnya menjadi diri sendiri...
Esok...mahu sahaja a.K.u hancurkan hati ini. Supaya ia tidak berbuat jahat lagi. Pada diri. Pada yang lain.~~
~Ah, masakan zaman gelapku bermula kembali...? T.T~~
~Ya Allah...tunjukkan a.K.u jalan yang lurus....
3 comments:
salam ...
kak jangan seksa diri ..
kak dyll kakak yg terbaik dan paling saya sayang lepas kakak saya ...
Moga hubungan ini kekal selamanya ye kak ..
thankz a lot rara!
terharunya dilayan begini (+_+)~~
salam kak..masya ALLAH..itu semua nye ujian.nak naek darjat..sabar n tabah ye!
len kali ajak le org g skali!!!!!! hehehe..
Post a Comment