Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts
Showing posts with label Diari Hidup. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Satu Dua Dua Kosong Satu Empat

Bismillahirrahmanirrahim.


Tahun 2014 banyak yang menanti.

Menjelang tengah malam 1 Januari, Bapak sekali lagi dioperasi pada lutut.
Ditelefonnya semua anak-anak.
Mohon disolatkan hajat supaya kali ini sakitnya berkurang.
Tidak berulang seperti yang lalu.
*Sobs~
Moga Allah memberikan kekuatan untuk Bapak.
Dan Emak tentunya.
Ameen!

Anak-anak bakal bersekolah tahun ini.
Dhiya dan Izzah sama-sama masuk 5 tahun.
Masing-masing bersemangat nak ke sekolah.

Bisik pada Izzah, "Harga pensil dah naik. Ayah dah belikan ke.?"
Jawab Izzah sambil bisik-bisik juga, "Ayah dah beli pensil, pembaris, pemadam, semua ada..Tapi kakak belum ada ni *membuat gaya mengasah pensil."
"Ooo..sharpener.."

Menjelang Februari.
Nah. Full e-card.
Simpan sini buat tatapan anak-cucu.


Tiada yang grand.
Tiada yang lip-lap.
Doanya nanti semoga Bapak akan diberi kesihatan untuk mewalikan.
Moga juga akan dilimpahi dengan keberkatan.
Doa-doa dari siapa pun, terima kasih tak terhingga.
Itu lebih mahal dari rumah teres dua tingkat di Seksyen 8.
Uhuk3~

Dan untuk segala yang akan berubah dalam masa sebulan.
Diserahkan kembali pergantungan kepada yang Maha Mengetahui.

"بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم"

Ameen Ya Rabb..

Thursday, November 7, 2013

Things-to-do (TTD)

Bismillahirrahmanirrahim.


"Kamu nak yang macam mana." tanya Emak.
"Er, yang simple-simple je mak." jawap secara tidak yakin.
"Ya lah, simple tu yang macam mana?" tanya Emak lagi. 
Aduh, tak reti pulak nak menjawabnya. Aku yang memang tak faham soalan ke atau aku tak tahu apa yang aku nak? Tu baru satu hal. Belum hal-hal yang lain lagi. Ayok~ 
Apa-apa pun, borang. Borang perlu disetelkan dulu. Baru yakin dan aman selesaikan perkara-perkara lain. Ye tak? 
Tapi disebabkan nak telefon pejabat agama ni pun berhari-hari jugak. Asyik nyonya cina je yang angkat. Dia kerja kat pejabat agama ke hapa? lol 
Esok la kot. (tiap-tiap hari ini je ayatnya..kui3)
Konon dulu macam panjang je listnya. Lama-lama jadi malas pulak. Ekekeke...
Tunggu sahaja natijahnya.
Kak Jah oh Kak Jah~~~
Zassss~

:: Nampaknya kena tambah sorang PA lagi ni. Phew~ 

Monday, November 4, 2013

DIA yang Maha Mengatur...

Bismillahirrahmanirrahim.
Perihal hidup - jodoh, rezeki, ajal, telah Allah tetapkan semuanya.

“Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghoib, tidak ada yang mengetahuinya selain Dialah Allah sendiri, dan Dia mengetahui apapun yang ada di daratan dan Dia mengetahui apapun yang ada di lautan dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dialah Allah mengetahuinya pula, dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada satu pun yang basah dan tak ada satu pun yang kering melainkan semua tertulis di lauh mahfudz, kitab yang nyata. “ (Al- An’am: 59)


Menjalani 2 November dengan pengisian kencang dalam Karnival Muslimah oleh 
Kak Hasni, Kak Ezmas, Kak Fadh dan Ibu Martinelli Hashim - 
Saya terbuai sebentar pada perjalanan hidup yang cuma sehari.
Dalam misi mencari 'isi' dan 'isi-isi'.

********************

sumber : FB arwah Ammar

Esoknya mendapat pengkhabaran sedih kematian Adinda Ahmad Ammar di Turki.
Sampai sekarang pun, setiap kali terfikir - teringat kembali saat terakhir kami bertemu sewaktu
Ijtimak Harakiy yang lalu.
Wajah dan senyuman yang penuh semangat.
Sungguh penuh rahsia aturan Allah.
"Ammar pergi ke tempat yang lebih baik." -Aliya
InsyAllah.
Al-Fatihah buat Ammar.

******************************
sumber : google

Buku yang berjaya dihabiskan dalam masa satu jam.
Nampaknya perjalanan akan datang pasti akan lebih mencabar.
Allahu'alam.

Yang pasti, jalan itu sentiasa ada.
Cuma menunggu masa untuk diruntuhkan tembok-tembok yang mengelilingi diri.
Allah yahdik!

***************************
sumber : google

Hampir pulih, tapi datang balik.
Kurang istiqamah punya pasal.

Doktor pernah bagi ni untuk mengelakkan asthma.
Tapi degil punya pasal apa pun tak boleh~
Kena buat akujajnji dengan diri sendiri nampaknya ni.

Benda-benda yang ambil masa ni memang kena sabar lebih ye tak?

Ingat balik matlamat sihat.
Bukan hanya untuk diri sendiri.

Tarik nafas dalam-dalam.
*batuk*



:: Ada sebab Allah bagi.

Friday, November 1, 2013

November datang lagi...

Bismillahirrahmanirrahim.



Hari ni sudah masuk bulan November 2013.
November setakat ini adalah antara bulan berlakunya perubahan besar dalam hidup -
selain Mei atau Jun. Eh?

November 2008 - Projek GPTD Sri Lanka
November 2011 - Projek GPTD Indonesia
November 2012 - Projek Sabah

5 November nanti - sempena Awal Muharam - akan diadakan Diskusi KAMAR.
Apa yang menanti?
Wallahu'alam.
Pastinya sesuatu yang menarik.

"One step forward."
InsyaAllah.

Optimis! ;)

Friday, September 27, 2013

Secebis~

Bismillahirrahmanirrahim.


Allah nak bagi yang lebih baik. 
Dulu bila tak dapat score exam, pandai cakap kat hati - Allah nak suruh usaha lagi ni. 
Bila apa yang dibuat dengan sungguh-sungguh tak dapat hasil yang memuaskan - tahu je yang Allah mahu menguji pergantungan pada DIA atau pada usaha sendiri. [kadang-kadang lupa juga]
Bila tak dapat apa yang diharapkan - kali ni kena tanam dalam hati betul-betul - Allah nak bagi yang lebih baik. [kadang-kdang lupa juga]
Sebenarnya DIA dah sediakan tempatnya untuk kita. Cuma kita je yang kena yakin dan sabar. Bak kata Teme "sabar untuk sesaat."
Rabbi yassir Wala Tuassir!  


Dan alam pun berzikir. 
Sepanjang perjalanan ke Maninjau dari Bukit Tinggi, tak dinafikan pemandangannya Subahanallah maha cantik. Tapi cukuplah dengan hati yang tunduk dan berzikir. Berzikir? Sobs~ 
Malu dengan pokok. Pokok lebih banyak berzikir.
Malu dengan gunung dan bukit. Gunung dan bukit lebih banyak berzikir.
Malu dengan haiwan ternak. Mereka lebih banyak berzikir. 
Malu jadi manusia tapi selalu lupa.
“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk , dan ketika kamu berbaring.” 
[An-Nisa' : 103]

Moga selepas ini dapat laksanakan amanah dengan lebih baik lagi. Ameen.


Poyo je gambar ni. Huhuk~

Monday, June 24, 2013

Tingkat-tingkat itu..

Bismillahirrahmanirrahim.


Sewaktu tingkatan satu. Saya ada seorang kawan lelaki. Namanya Hamzah. Hamzah Bin Omar. Sebenarnya dia bukan hanya kawan, tapi juga saudara. Emak saya dan Ibunya sepupu. Maka, kami adalah dua pupu. Itu kali pertama saya berkawan dengan lelaki sewaktu sekolah menengah. Dan sebenarnya, tidak banyak pun kenangan saya sewaktu tingkatan satu. Antara banyak-bantak perkara, Cuma itu yang saya ingat. *sign*. Dan kini kabarnya Hamzah sudah jadi tukang jahit. Emm..Entah betul entah tidak. 
Tingkatan dua saya berpindah ke sekolah berasrama. Jujur, saya tak suka. Saya tahu niat Emak Cuma nak saya lebih terjaga dan belajar berdikari. Tapi setahun sahaja saya bertahan. Tidak, bukan saya benci sekolah tu, cuma saya tak suka dipaksa-paksa. Dipaksa makan, dipaksa belajar, dipaksa menghafal, dipaksa menjadi adik angkat. Eh? (teringat lagi, time kakak tu datang asrama je, saya lari..tp makanan yg dia bagi semua saya habiskan.. ekekeke). 
Tingkatan tiga, saya berpindah semula ke sekolah lama. Walaupun terpaksa turun-naik berganti bas setiap hari, tapi rasanya itu lebih menenangkan dari rasa ‘terpenjara’. Dari situlah timbul falsafah “jangan merungut dengan jalan yang kau pilih.” Dan ia terus menerus dipegang hingga sekarang. 
Tingkatan empat, satu kelas semacam terkena penangan ‘dreagon ball’. Kami masing-masing ada nama samara. Termasuk saya – Dendei. Makhluk hijau kecil comel dan punya kuasa tersembunyi. Wah..kagum bunyinya. Selain suka tidur dalam kelas. Apa lagi yang menarik? Tapi saya suka Cikgu Diana guru Bahasa Melayu. Sebab dia guru kelas saya..Hik..hik..hik.. 
Tingkatan lima, saya nekad belajar matematik dengan lebih bersungguh sebab Emak kata, kalau matematik fail tak boleh masuk universiti. Uiii..takot.. Waktu itu kebanyakan pelajar rata-rata berkejar untuk ke Maahad – Marsah- Timur Tengah. Saya rasa saya sorang je yang tergedik nak kejar UIAM. Apapun, it’s worth. Jika tidak, masakan saya menjadi siapa saya sekarang ini. Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu Nazri untuk kelas tuisyen matematik percuma setiap petang. Kelas khas lagi. Huhu.  
Ok. Sekolah menengah untuk saya bukan tempatnya untuk bergembira. Simpan kisah itu ketat-ketat. :) 
Dan…kenapalah hari ini terbuka hati untuk bercerita perihal zaman sekolah? Hmmm..mungkin kadang-kadang kita perlu keluar dari cerita yang biasa. *senyum*

Friday, June 14, 2013

"duit seringgit dalam dompet"

Bismillahirrahmanirrahim.


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. 
1. Masa sihat sebelum sakit. 
2. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). 
3. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. 
4. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan 
5. Masa hidup sebelum tiba masa mati." 
(riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

:: Mohon bersabar.... 

Thursday, June 6, 2013

Work Hard, Work Smart


"Aku malu. Hari ini apa yang aku cuba sampaikan dalam mesyuarat, tak tersampai. Malah disalah ertikan. Aku malu dengan bos. Macam aku main-main buat kerja. Macam aku tak fikir panjang bila bagi cadangan." 
"Hmm, sabar. Baru sekali ini. InsyaAllah, untuk akan datang ni, cuba la lagi. Mungkin kena tambah info sikit sebelum meeting. Kena buat research. Kalau bos tolak pun, at least dia faham point yang engkau nak sampaikan. Rilex la..Chill meh." 
"Pff..cakap senanglah..." 
"Memang pun. Sebab cakap tu senang la aku cakap. Kalau cakap tu susah, aku tak cakap wei..haha." 
*senyum*

"Nah, tak dapat berbuat sesuatu tidak bermakna tak dapat buat semua kan? Rilex. Latih diri step by step. By the way, kita bukan manusia sempurna untuk buat segalanya serba sempurna. Belum diterima tak bererti gagal, cuma kena lebih usaha. Tak gitu?" *wink*  
p/s: Buat apa yang ada depan mata - yang dah tahu, siapkan. Yang belum tahu, belajar. Rabbi yassir! (n_n)v

Monday, April 8, 2013

Kerja..kerja...kerja...


Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang orang ramai dengan meriahnya berkisah tentang politik, saya juga yang masih terumbang-ambing dengan kerja.
Alah, kerja bantu orang-orang politik jugak. *pause* 
Okeh. Pokes. 
Saya bersyukur dapat bos-bos yang baik.
Officemate yang baik walaupun suka mengomel.
Housemate baru yang baik-baik.
Rumah sewa baru yang ada dapur yang baik.
Cakap sahaja apa pun, semuanya cukup.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. 
Tapi mungkin saya sendiri yang 'lampi' bab kerja.
Tiap-tiap hari saya jerit dalam hati "work hard to be smart!" 
Yalah, saya perlu jadi super rajin untuk jadi pandai dengan kerja ini.
Walaupun ramai yang kata saya boleh buat kerja-kerja begini, tapi hakikatnya banyak lagi yang perlu saya belajar.
Banyakkkkk sangatttttt.....
Fiuh~ *tak mengeluh...tak mengeluh....* 
Apa pun, cuma Allah sebaik-baik pembantu..
InsyaAllah.. :)

p/s: Mencari support group yang kuat ditempat begini bukan mudah. Moga Allah kekal hadiahkan saya TABAH & KUAT jadi peneman hidup.. Ameen.. :) 

Thursday, March 28, 2013

*Suara*


Bismillahirrahmanirrahim. 
Pabila suara-suara yang mengajak terbang itu datang,
Datang tanpa kasihan,
Tanpa faham bahawa aku belum mampu pergi,
Tanpa faham bahawa aku belum pun mencapai secebis dari impianku lagi..
Ia menekan.
Dan aku akan terus diam.
Menanti impian datang.
Noktah. 

*************************************************

Kerana mereka sayangkan aku lebih.
Maka mereka membebel.

Terima kasih.

#doa untuk setiapnya#

Wednesday, March 20, 2013

"Eksekutif Kanan"

Bismillahirrahmanirrahim.


"Eksekutif...Alhamdulillah.. Tak payah la fikir banyak-banyak. Buat je kerja yang diarahkan.."
Itu dua minggu lepas.

Hari ini.  "Whatttt!!! Eksekutif kanan?? How come??" 

Hah, itulah. Nak sangat cabaran. Amekkaw!!

******************************** 
 "Gila bosan tak banyak kerja" 



Tak lama lagi.




"Bosan gila banyak kerja"

*********************************
Manusia, memang macamtulah perangainya.
Kuat merungut.
Kurang bersyukur.

Astarfirullah...

*********************************

"Visualize your victory!"

Soalan pertama untuk dijawab - Kejayaan yang bagaimana yang kau mahu capai?
Fikir zikir.. 

 Wallahu'alam.. 

Monday, March 18, 2013

Bab Sakit

Bismillahirrahmanirrahim.


"Ulser lidah, sakit gigi, batuk.." 
"Tahniah kak! Dapat Kombo!" kata Udin. 
-.-" 

Kata Atin, "Ada penyakit hati ni.." 
"Gulp....."
Bagi orang yang jarang sakit, biasanya saya akan jadi manja dan mengada-ngada bila sakit. Tapi sebab sekarang adalah waktu untuk berdikari dengan jayanya. Maka, ditahan semua sakit sendiri. Tak ada masa dah nak manja-manja. Lalalala~ 

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". [At-Taghabun: 11]

:: Belajar makan ubat Cik Dyll! Belajar makan ubat! Ngeeee... :D 

Monday, March 11, 2013

Demi jalan yang sedang dilalui...

Bismillahirrahmanirrahim.


Saat Terindah-Firdaus
Segala jalan yang telah ku lalui
Segala pertemuan pasti berakhir
Namun suka duka yang telah terukir
Tersemat di hati 
Tiba detik yang pasti tertulis
Tetap langkahmu yang telah kau pilih
Bersama kita tak henti berlari
Dan mengejar mimpi 
Semoga ikatan ini
Kukuhkan smgt diri 
Dan ketika masa ku hadapi duka
Kau bisikkan kata suatu kenangan terindah
Meski lewat nada yang cuma ku bisa
Kan ku persembahkan yang terbaik untuk semua 
Semangati langkahmu mengembara waktu
Meniti jalanmu
Agar hidupmu yang satu kali ini
Memberi makna yang bererti
Yang terbaik buatmu 
Semangati langkahmu mengembara waktu
Memberi makna yang bererti
Yang abadi
************************ 

Kerja baru, hidup baru, tempat baru, bos baru..mujur officemate lama.. ^_^v
Jangan tanya soal gaji.
Rezeki Allah, sesikit manapun ia, selagi berkat, insyaAllah cukup. 
Kalau orang kata itu mudah?
Wallahu'alam. 
Tuhan uji kita beza-beza.
Yang penting, jangan mudah putus asa. 
Kerana perjuangan yang paling susah,
bukan untuk berhadapan dengan semua ujian hidup.
Tetapi untuk berhadapan dengan kelemahan diri sendiri dan merubanhnya menjadi lebih baik, itu MUJAHADAH!
Wallahu'alam..

:: Misi mencari saham berjuta! Hahaha.. 

Saturday, February 23, 2013

Terjawab..

Bismillahirahmanirrahim..


Saya bukanlah orang yang total menangkat 'instinct' atau 'naluri' untuk menentukan halatuju hidup.
Namun, keyakinan pada 'instinct' yang di ilhamkan DIA itu sentiasa saya pegang.
Jika 'instinct' itu sekadar rasa-rasa, dan tindakan saya bersandar dari 'rasa-rasa' itu, wallahu'alam betapa teruknya hasilnya nanti. 
Cukuplah saya merasakanya sekali..dua kali..tiga kali..
Tapi, itulah antara ujian yang paling sukar untuk saya hadapi.
Doa saya setiap hari, moga tidak terulang lagi tindakan-tindakan yang bersandar rasa ini.
Wallahu'alam.  
Alhamdulillah, kebanyakannya telah terjawab.
Babak seterusnya dalam hidup akan dimulakan tidak lama lagi.
Pelbagai pertimbangan telah dibuat.
Hanya satu keputusan yang mampu dipilih.
InsyaAllah, untuk kebaikan semua.
Secara peribadi, itu yang mengangkat "maximum benefits."
Luaran dan dalaman.. InsyaAllah..
Kepada orang lain, mungkin pandangan yang berbeza.. 
Wallahu'alam..
Serah semua pada Allah..
:: Zikir...fikir...doa.......

Tuesday, February 5, 2013

Sekali lagi...


Soal pemilihan kerja, tak kurang susahnya dengan memilih calon suami. Eh, memilih? Ada pilihan ke? Uhuk3~ Yang penting, kelirunya masih sama. 
Hidup memang secara dasarnya adalah tentang sebuah pilihan. Mencari pilihan terbaik dalam hidup, ada dua cara utama ; 1. Tanya DIA. 2. Bincang @ Syura. Nampak mudah, tetapi renyah. Jawapan takkan datang bergolek. Malah kadang ia perlukan usaha yang amat luar biasa. 
Berkongsikan soalan tentang kerja dengan teman-teman, mendapat respon yang pelbagai. Kebanyakannya kembali kepada persoalan keperluan dan keinginan terhadap pekerjaan tersebut. Selain untuk memenuhi keperluan asas material ; rumah, makanan, pakaian, membayar hutang belajar, duit poket pada ayah bonda dan perancangan pernikahan yang entah bila akan terlaksana, yang paling penting adalah ketenangan dalam setiap pekerjaan. Walau secara hakikatnya tenang itu mungkin terlalu subjektif untuk dinilai. 
Kata ustazah, “Selagi mana Allah redha dengan pekerjaan tersebut, insyaAllah, keberkatan dalam rezeki itu pasti mampu memenuhi semua keperluan material.”  
Allahu Allah…

:: Mahu bertugas untuk ummat~ 

Friday, February 1, 2013

Kerja dan kata kerja adalah dua perkara berbeza.

Bismillahirrahmanirrahim.


Pulang dari kembara yang panjang, saya tahu saya perlukan kerja.
Simpanan semakin susut.
Keperluan pula semakin banyak.
Dan secara tiba-tiba, ia mendesak.
Allahu'alam. 
Hari ini serabut mungkin kerana pelan asal tidak menjadi.
Apa lagi tidak punya 'back-up' plan yang bagus.
Akhirnya marah kepada diri sendiri.
Tapi orang lain yang jadi mangsa. Fiuh~ 
Mencari 'maximum benefits' pada semua perkara yang disayangi, semacam mustahil.
Sentiasa ada perkara untuk dikorbankan.
Tetapi apa?
Apa yang akan dikorbankan...? 
Yang pasti, bukannya sebuah perjuangan. InsyaAllah.  

Sunday, January 20, 2013

Kembara lagi..

Bismillahirahmanirrahim.

[Projek Perpustakaan Al-Hikmah, Cirebon & 
Ekspedisi Menjejak Wali Songo Siri II]

Sejujurnya, badan saya masih penat. Penat terbang dan berkelana ke sana sini. Tapi Alhamdulillah, Allah campakkan saya sekali lagi di dunia luar - tempat luar biasa. Dengan cara yang paling tak pernah terfikirkan akal. Dari jam 10.00 pagi sehingga kini, saya berkelana sendirian ke Bandung. Satu lokasi yang jauh tanpa mahram / tanpa teman ; saya terganggu, tapi yakin dan tawakkal segalanya saya serah pada Allah. Alhamdulillah semuanya selamat. Alhamdulillah.

Dan kerana waktu saya sampai itu sudah menjelang marghrib, tidak dapat saya kisahkan latar kota Bandung ini dengan jelas. InsyaAllah, esok jika punya kesempatan. Mengikut rencana awal, esok kami akan melawat kawasan Pesanteren Darut Tauhiid, melwat kota Bandung dan petangnya bertolak ke Cirebon, insyAllah.  
:: Menanti adik-adik lima orang yang tertangguh penerbangan, saya yakin Allah menjagai mereka dengan sebaik-baik jagaan!

************************* 

Menikah kerana dakwah..

Siapa yang tidak mahu.. 
Moga Allah permudahkan..
InsyaAllah.. 

:: Zikir fikir...

Thursday, January 3, 2013

Positif!

Bismillahirahmanirrahim.


Aku yakin Allah telah dan sedang menyusun yang terbaik.
Tinggal aku je yang kena kuat.
InsyaAllah.

:)

Wednesday, January 2, 2013

Angry Bird?

Bismillahirahmanirrahim.



Pada saat kalian sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kalian menciptakan jarak. Lebih baik lagi hendaknya kalian tidak mengucapkan kata yang mendatangkan jarak di antara hati kalian. Barangkali pada kondisi seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata mungkin merupakan cara bijaksana. Waktu akan membantu diri kalian untuk menyadari kesalahan masing2... 
[Surat dari Tuhan]


:: When your 1st day of the year started with teardrops~

Monday, December 24, 2012

Kawen?

Bismillahirrahmanirrahim.


Kawen. Komitmen seumur hidup ; dunia menuju akhirat.

Rajin-rajin membaca & menuntut ilmu.
Erti Sebuah Perkahwinan.




 :: Nampaknya takleh nak main-main dah... fiuh~

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...