Wednesday, February 17, 2010

Salahkah mereka?

Bismillah.

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perasaan takut dan malu kerana hamil luar nikah dan tiada sokongan keluarga merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada gejala buang bayi di negara ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon berkata aspek kekangan ekonomi dan kurangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada masalah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, di mana daripada jumlah itu 117 merupakan bayi lelaki, 96 bayi perempuan dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana telah reput.


Kadang-kadang.
Sifat manusia selalu membuat kita tertanya-tanya.
Mengapa dan mengapa.
Kenapa dijadikan manusia itu, ada yang hilang rasa kemanusiaanya?
Hilang rasa malu dan takut pada Tuhannya?


Tenat.
Jiwa manusia semakin tenat.

Tenat bukan pada yang membuat.
Tenat juga yang melihat.
Yang menghukum.
Yang menilai.

Dan tenat juga apabila insan yang diharapkan hanya sibuk
melempar tuduhan berbanding menyelamatkan.
Berburuk sangka berbanding memahamkan.
Menolak berbanding menghulur tangan.

Bukan pada mereka yang sudah terlajak jauh sahaja.
Tapi juga pada mereka yang sudah mendekatinya.
Yang sedang mendekatinya dan yang belum langsung terfikir tentangnya.


Jangan dipekakkan telinga dari mendengar.
Jangan dibuang jiwa dari merasa.
Jangan didiamkan lidah dari menyata.


Si kecil ini.
Belum pun boleh dikira dosa pahalanya.




Maya.
Bertuahya engkau.
Subahanallah...




:: Speechless....~



No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...