Bismillah.

Bleach. Antara cerita kartun yang a.K.u minat.
Memang mengarut. Tapi itulah hakikat. Hehe.
Pernah lihat?
Kepada yang minat juga, pasti tahu bilamana Ichigo bertukar menjadi Grimmjow.
Hebat kan? eheh :p [sori, terbawa-bawa pula]
Apapun, entri kali ini akan berkisar tentang kekuatan yang bisa menjadi kelemahan dan sebaliknya. Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kadangkala sesuatu yang kita anggap kekuatan itu boleh menjadi kelemahan dan ancaman. Dan sesuatu kelemahan itu, boleh jadi adalah sebenarnya satu kekuatan.
Manusia itu selalu mengira bahawa kekuatan adalah kekuatan, dan kelemahan adalah kelemahan.
Siapa sangka ia mampu menjadi sebaliknya.

Bagaimana?
Begini...
Jika diam itu adalah kekuatan, maka bagaimana pula jika diam apabila ada sesuatu di depan mata yang tidak perlu untuk di diamkan?
Dan jika diam itu adalah kelemahan, maka bercakap adalah kekuatan, tidak juga.. Boleh jadi sebaliknya. Jika bercakap itu lebih kepada perkara yang tidak berfaedah, untuk apa?
Jika merendah diri itu satu kelemahan, tidak juga jika merendah diri bila di puji dan di puja. Merendah diri bila melakukan kebaikan. Namun, jika merendah diri sehingga menghinakan diri, maka jadilah ia satu kelemahan.
Jika menjadi seorang yang penyayang itu suatu kelebihan, bagaimana pula jika menyayangi seseorang hingga terabai tanggungjawab dan tuntutan lain?
Jika menjadi seorang yang kuat berpegang pada prinsip di anggap sebagai suatu kelebihan, bagaimana pula jika ada masa tertentu perinsip itu menjadi penghalang kita untuk melakukan sesuatu kebaikan?
Jika merisaukan sesuatu itu adalah kelemahan, bagaimana pula jika merisaukan ummat yang sedang nazak imanya? Jika risau itu satu kekuatan, bagaimana pula jika kerisauan itu mengakibatkan kita memilih cara yang tidak syari'e untuk menyelesaikan masalah?
Fikir-fikirkanlah..

MUHASABAH
Dalam menyelusuri hari mengenal diri, kita kerap tersilap menilai sesuatu atau tidak betah melihat sesuatu dari sudut yang berbeza. Mungkin kerana kita sudah di biasakan begitu, atau kita sendiri yang tidak berani mengakui kebenaran.
Apapun, segalanya merupakan timbal-balik dalam kehidupan kita sehari-hari. Soalnya bukan mengelirukan untuk melihat kekuatan sebagai kelemahan atau kelemahan sebagai kekuatan. Namun, ia lebih kepada bagaimana untuk kita harmonikan keduanya agar kehidupan kita ini bakal seimbang. Adil itukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka, berfikirlah dan cabar diri untuk menjadikan kelemahan itu suatu kekuatan dan mengawal kekuatan untuk tidak menjadi kelemahan.
Serasa susah, namun jika benar kita berpegang pada 'Hakikat Hidup Bertuhan', InsyaAllah, segala yang dianggap mustahil pasti kan terlaksana. InsyaAllah.

:: Usaha itu perlu!
3 comments:
setuju sesangat!!!!
dalam Islam ada satu yang di panggil dalam bahasa Inggerisnya sebagai'golden means'...
sebagai contoh, marah itu seringkali dikaitkan dengan kelemahan, tetapi marah juga kekuatan dalam mempertahankan aqidah umat Islam..
kalau tak dak perasaan marah dalam diri umat Islam, terutama apabila agamanya di caci, Rasulnya di keji, Tuhannya di salah erti..maka, jadilah kita umat Islam yang dayus..astghfirullahal'azim3...
terima kasih pada entri kau yang menarik ini :)
Benar3! Setuju dengan Kak Dyll dan Kak Fa...
Baru mem'babel' pada adik2 tadi ttg ini...Kadang aku sendiri pn tertimbus dalam fahaman sendiri ttg lemah dan kuatnya diri. Tak kiralah diri org lain atau diri keluarga.
Beberapa hari yg lalu adik2 lelakiku (adik kandung)bercerai. Jiwa luluh, hati hancur. Sebabnya; yang abang mahu adik berubah; dicabarnya dengan kata-kata kasar. Larilah si adik. Tak mahu pulang ke rumah. Katanya seketika; tapi tak diberitahu pula mahu pulangnya bila.
Tapi itulah. Bila sesuatu itu dianggap yang baik (atau kuat) tapi hakikatnya sebaliknya, ia perlu diharmonikan. Aku tersepit, ayah juga. Tapi api dengan api; makin marak. Aku tuangkan salju.
Alhamdulillah... Tindak balas positif. Lalu aku imbas apa yang terjadi pada aku dan [kamu tahu siapa]. Itu lemah dia. Aku juga ada. Buat apa mahu kecewa, marah-marah. ALlah murka pada mereka yang menyakiti hati saudaranya, yang putuskan silaturrahim. ALlah MURKA! Aku tak mahu itu. Tak mahu. [Geleng dengan sungguh-sungguh]
Marilah lihat sesuatu dari sudut pandang yang berbeza, lalu timbanglah mana yang terbaik. HIKMAH dan BIJAKSANA. Jiwa biar BESAR ya! :)
Maafkan. Tuhan Al Khaliq itu MAHA Pengampun, kenapa tidak kita si hamba yang lemah hina ini... Kan Kakak kan? :)
Aku suka semua tulisan kamu kak! Buat aku muhasabah diri selalu!
ALlah bless you always! xoxo
Salam..aiyoo..panjangnye korang komen..leh wat 1 entri ni...hehe..
Btw, syukran kathher...both of u..
Kita sama2 belajar..mengajar & di ajar...eheh :)
Apapun, alhamdulillah, sama2 ambil manfaat... segalanya dari DIA juga....
Post a Comment