Wednesday, May 5, 2010

..duapuluhempat...

Terima Kasih Kak Ros untuk ini.. (n_n)v


Bismillah.

a.K.u tahu a.K.u dah duapuluhempat tahun.
Dah jadi belia [kunun].
Dah makin matang [kunun].
Hohoho.
"Semakin bertambah umur, semakin pendek nyawa."

Hakikat yang tak siapa dapat ubah.

duapuluhempat.

Entah apa yang telah dicapai sepanjang duapuluhempat tahun hidup.
duapuluhempat tahun dibazirkan dalam hidup.
duapuluhempat tahun yang tak tentu dapat bantu hidup kat sana nanti atau tidak.
duapuluhempat yang lansung terlalu banyak pengajaran, pengalaman, kesakitan, gelaktawa, senyuman, airmata, cinta, kasih, dan sebagainya.

duapuluhempat.

Bukan calang-calang duapuluhempat yang telah a.K.u lalui.

Cuma yang mahu sekarang.
Untuk umur-umur yang mendatang [jika ada]
Mahu mencapai sesuatu.
Satu pun cukuplah.

Dari satu akan ada dua...tiga...empat...dan seterusnya..
InsyaAllah.

Dan...pencapaian untuk a.K.u di sana nanti..

Seiring & sejalan..



LAIN-LAIN

Untuk EMAK,
Terima Kasih..sebab sanggup lahirkan, jagakan, besarkan, suapkan, marahkan, didikkan seorang anak yang degil dan keras kepala macam a.K.u ini.
Juga Bapak..
Yang manjakan a.K.u kecik-kecik dulu.

Mahu minta ampun maaf..
Belum cukup berupaya membalas jasa Emak & Bapak walaupun sedikit.
Belum punya pencapaian untuk harumkan nama keluarga.
Belum punya apa-apa untuk di tatangkan depan mata.

Cuma satu.
a.K.u tenang dan bahagia.
Memilih jalan yang sangat susah untuk orang lain memilihnya.

Terima Kasih Emak & Bapak..
Kerana risaukan a.K.u..

Doa a.K.u sentiasa..sentiasa mahu Emak & Bapak bahagia..
Ameen...

Untuk Kakak & Abang-abang a.K.u..
Terima Kasih sebab risaukan a.K.u..
Satu-satunya adik perempuan yang korang ada.
a.K.u tahu korang selalu sebut:
"Apasal la adik a.K.u perangai macamni"
wuuwuw..
Tapi a.K.u tahu korang selalu sokong a.K.u..
Selalu mahu tolong a.K.u kalau mampu..
Walaupun tak pernah ucap..
Walau a.K.u selalu buat muka poyo-tak-paham-bahasa.
Korang tetap tahan layan kerenah a.K.u.
Korang tetap anggap a.K.u sebagai adik..
Itu sudah lebih dari cukup...

*Dah lama kita tak pergi karaoke kan? haha

[Sejak bila a.K.u pandai jiwa-jiwa dengan dorang ni...huh]


Untuk sahabat-sahabat..
Biar di manapun kau berada..
a.K.u percaya..
Hidup kalian pasti untuk ummat.
Moga Allah bantu kehidupan kalian.
Terima Kasih untuk semua sokongan, ajaran, layanan..
Terima kasih untuk masa yang pernah terluang..
Terima kasih untuk makan & minum yang pernah di suapkan..
Terima kasih untuk bahu yang pernah di sandarkan..
Terima kasih untuk sekalian pengalaman..
Terima kasih setiap satunya yang membentuk kehidupan..
Sepanjang duapuluhempat tahun ni..

[Dedikasi untuk semua sahabat a.K.u sejak lahir, tadika, sekolah rendah, menengah, matrikulasi, UIA, sampai sekarang...]

Alhamdulillah..

Good or Bad it's hard to say..


LAwak gurau senda untuk sahabat-sahabat..

Untuk DIA...
[Rahsia a.K.u & DIA]

Ya Allah..
Dah terlalu banyak yang Kau berikan..
Terlalu banyak juga yang a.K.u pohonkan..
KAU sahaja yang tahu letak duduk hati & jiwa a.K.u yang sebenar..
KAU sahaja yang tahu arah perjalanan a.K.u selepas ini..
KAU sahaja yang tahu..segalanya..
KAU sahaja yang mampu merubah segala-galanya...

*Tak dapat sambung....





:: Siapa kata seronok sambut hari lahir?


1 comment:

kak ros said...

salam ...
Semakin bertambah umur, semakin pendek nyawa ( Takut yg teramat sangat ... bimbang menanggung berat beban dosa T_T )

dyll, moga tiap detik waktu usiamu sentiasa dalam keberkatan-Nya.

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-24

P/S : Hu5 ... dyll, yang nie blum siap diedit lagi. Tapi ... kamu tetap sukakannya kan ? he5

salam

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...