Sunday, October 17, 2010

Manifestasi Hidup~

"Sayang awak dan dia..Alhamdulillah"

Bismillah.

"Kita hidup dengan apa yang kita faham."

Suka tajuk & entri ni.
Lebih lagi penjelasan pada gambar.
Jelas.
[sila rujuk pada link untuk penerangan lanjut]

*********************

Alhamdulillah.

Disebalik mendung, hujan sepi, sunyi dan merindu yang jauh,
Allah masih kurniakan juga gelak ketawa ceria,
Atas dasar kasih sayang perjuangan-ukhuwwahfillah yang dijagai berlandas
Cinta Allah dan Rasul.
Terima Kasih Allah. :)

Saya terperasankan, bila persahabatan tersilap sandaran, Allah pasti ujikan [tegurkan].
Dengan mudah hati akan sakit-pedih, cemburu, kecewa, terkilan.
Lidah juga terkadang sewenangnya menyata tipu daya.
Walhal hati [iman] tidak pernah rela..

Namun hikmah-Nya meluas. Maha Besar kasih sayang-Nya.
“Bercinta dan berkasih sayanglah kerana AKU.
Kerana CintaKu..untuk mengejar Redha-Ku..
Hanya kerana Cinta kepada Aku..”

Dan kerana perjuangan mengejar Redha dan Cinta-Nya,
Pilihan-pilihan peribadi harus di letak tepi.
Kerana yakin bahawa Allah Maha Memberi.

“Orang yang ikhlas akan dikurniakan Allah dengan ilham yang luar biasa”
“Kita bukan sahaja mendapat rezeki duniawi, tetapi juga rezeki maknawi berupa ketenangan hati, kecintaan pada Allah dan perjuangan.”
-En.Azam

“Ladeni manusia itu secara insani.
Kerana dia punya aqal, layani aqalnya.
Kerana dia punya hati, layani hatinya.
Kerana dia punyai perasaan, layani perasaanya.”

“Dakwah terbaik adalah melalui contoh yang baik.”

-Datuk Idris Jauzi

Dan buat pertama kalinya.
Bila saja sejarah mengangkat martabat yakin & jatidiri pendakwah yang utuh.
Tiada siapa yang merugi melainkan mereka-mereka yang lalai.
Kerana dasarnya hidup itu adalah untuk mati.

Dan katanya, mahu jadi isteri nombor dua? (n_n)v




[Mode: Tamrin]

5 comments:

Syed Putra said...

tak bersetuju dengan konsep 'kita hidup dengan apa yang kita faham' (melainkan telah dijelaskan sepenuhnya apa pengertian konotasi tersebut).

kalau tak, tak salah seorang budak kecil yang faham tuhan itu pokok lalu menyembahnya.

Anonymous said...

Ya, setuju dengan S.Putra. Melainkan setelah dijelaskan apa pengertian konotasi tersebut.

Ditambah pada zaman sekarang, hak seakan batil, batil seakan hak. Kita faham yang batil, kita anggap dia sebagai hak, contoh mudah telah diberi S.Putra.

Sebaiknya, kita hidup dengan apa yang kita faham, dan pastinya dilandaskan kepada al-Quran dan Sunnah. Selamat tak kira tempat.

p/s: Mungkinkah hidup kadang serba tak kena, kerana kita masih belum mengikut Quran dan Sunnah sepenuhnya?

Dendei said...

Salam..

Ya, kalian benar..

Maaf x masukkan link..
Malah x memberikan penjelasan yang dalam..
Penjelasannya ada pada link yang diberi..

Moga sama-sama mengambil manfaat..

Syukran atas teguran... :)

Syed Putra said...

tapi sebenarnya tak berkaitan pun kak kan?

kadang2, hidup dengan apa yang kita faham akan buat kita tersalah pilihan!~

Dendei said...

X berkaitan dengan apa ya?

Entri tu mmg x berkait langsung dgn entri akak..
Sekadar menyata suka kepada apa yang baru dibaca..
Tanpa niat mengaitkan dengan ayat2 seterusnya...

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...