Thursday, May 5, 2011

lima haribulan lima

bismillah.

lima haribulan lima.
dua puluh lima tahun yang lalu.
penat Emak mengandungkan saya sembilan bulan.
melahirkan saya dengan susah payah.
bertarung nyawa.

doa terindah buat Emak.
moga Allah menghadiahi syurga.ameen.

kegembiraan buat Bapak.
menanti puteri selepas dua putera.
di tatang di jaga penuh mulia.
yang penting, cukup saya diberi didikan agama.alhamdulillah.
doa terindah juga buat Bapak.
moga Allah menghadiahi syurga juga.
ameen.

fatihah untuk keduanya..

seseorang pernah bertanya.
bagaimana Emak dan Bapak mentarbiyyah kami adik beradik.

jawapan saya satu.ilmu agama.

waktu kecil.
Bapak memang garang.
tak ada sesiapa dari kami adik-beradik
yang pernah terlepas dari rotan Bapak.
waktu mengaji.
waktu solat.

dua perkara yang memang betul-betul Bapak jaga.

dan saat ini,
memang terasa indahnya
alhamdulillah.

***********************************
*saya tak tahu ini gambar siapa. tapi saya suka. comel*

kami tujuh beradik.
lapan sebenarnya.
kakak sulung meninggal waktu kecil.

saya yang kelima.
empat jika dikira dari tujuh.
tengah.
perempuan bungsu.

sepuluh tahun selepas lima haribulan lima

sejak mula memahami dunia.
saya kerap merasa sendirian.
membesar sendiri.
sedih sendiri.
gembira sendiri.
senyum sendiri.
tangis sendiri.

saya pernah sahaja salahkan Emak dan Bapak.
tapi tidak lama.

satu waktu.
saya mulai faham.
masa yang ada.
selain tulang empat kerat Emak dan Bapak membesarkan kami.
memberi kami tujuh orang cukup makan dan pakai.
sekolah dan jadi pandai.
dengan rezeki menoreh getah.
dan sebagainya.
penat lelah.
sakit demam.
[langsung tak terbalas.]

satu waktu lagi.
bila Allah sudah memberi lebih.
mereka juga aktif di lapangan dakwah.
lapangan masyarakat.
politik.
berbakti pada ummat.
[jadi contoh untuk saya mengulang semangat yang sama.]

dan waktu itu,
dalam faham pun saya masih merasa sendirian.

namun saya paling tahu.
kasih sayang mereka tidak berbelah bagi.
siapalah saya tanpa mereka.
jiwa raga nafas degup jantung saya.

dan saya yakin mereka telah berusaha sedaya upaya.
memberi yang terbaik.
pada keluarga.

dan sekarang waktunya untuk mereka merasa bahagia.
saya harap sayalah orangnya.
insyaallah.

********************************
sahabat.

saya sedar saya manusia yang di sayang orang. *ramai*
sangat sedar.

*terima kasih sebab sayangkan saya*

Terima kasih kepada semua:

tukang teman bila saya seorang.
tukang jawab bila saya buntu.
tukang sedih *gelabah* bila saya menangis.
tukang urut bila saya penat.
tukang kesian bila saya sakit.
tukang dengar bila saya bercakap.
tukang beri semangat bila saya jatuh.
tukang masak bila saya lapar.
tukang layan bila saya bosan.
tukang 'buzz' bila mengantuk.
tukang gelak bila saya buat lawak.
tukang buat lawak untuk saya gelak.
tukang buat perangai sampai saya menyampah.
tukang layan perangai saya sampai menyampah.
tukang merajuk yang saya tak pujuk.
tukang pujuk bila saya merajuk [ewww]
tukang layan matluthfi90 dengan saya.
tukang drive kesana sini.
tukang pergi program dengan saya.
tukang bebel bila saya degil.

dan
kepada sahabat yang menerima nasib yang berbeza:

tukang layan baran saya.
tukang tadah moody saya.
tukang dengar bebel saya.
tukang mengalah dengan saya.
tukang rasa bersalah bila saya marah-marah.
tukang kena marah bila marah-marah.
tukang marah balik bila saya marah.
*cuma sorang itulah*
haha.

yang dulu suka bikin saya marah-marah.
tapi yang itu jugalah yang saya cari bila saya susah.

hari ini..
dan sejak beberapa bulan ini.
kerap mambuat saya senyum dan ketawa.
terima kasih.

*janji kau untuk mengembirakan aku sebenarnya sudah cukup,
sebab aku tak pernah sangka engkau benar-benar akan gembirakan aku hari ini. aku cuma mau ucap terima kasih untuk kek itu.. haha...terima kasih sahabat.. lain kali kita gaduh lagi eh.. bole la aku dapat kek lagi.. lalala~*

dan kepada adik saya,
yang banyak bersusah fikir untuk saya.
yang banyak pendam-pendam masalah jiwa.
terima kasih untuk segalanya.
ajar saya berfikir dengan betul.
sampai dah tak larat.
*maaf*

saya doa.
dia akan ketemu bahagia suatu hari nanti.
bukan di dunia pun, di sana yang pasti.
ameen.

*************************************

masa depan.

masih terfikirkan.

umur meningkat.
baki umur belum tentu panjang.
waktu beramal pun semakin berkurang.

CINTA Tuhan sering terkejarkan.
takut-takut bila bertangguh,
tak sempat kan tercapai.

sayang manusia,
cukuplah adanya.
kelak terpisah,
moga tidak berlebih pula sedihnya.

tanggungjawab.
masih sama.
hamba Allah & khalifah dunia.
tinggal mahu berusaha sesungguhnya.
kerna itu yang Allah lihat berbanding pada hasilnya.

InsyaAllah,
moga segala impian kan tercapai.

*******************************
lagu jiwa.

maafkan dan hargai diri sendiri.
moga kisah kelmarin di pegang jadi pengajaran,
bukan penghalang kehidupan.

Insyaallah.





:: Kepada-Mu lah kami menyembah..dan kepada-Mu lah kami mohon pertolongan.

4 comments:

nurirsyad said...

selamat ulang tahun kelahiran sahabatku..semoga hidup sentiasa di dalam rahmat dan kasih NYA...:)

Unknown said...

terima kasih ibu yang sudi melahirkan diri ini. terima kasih bapa yang mencariku rezeki untuk diri ini membesar. terima kasih guru yang mendidik diri ini menjadi insan. terima kasih Allah yang memberi nafas buat diri yang hina ini. ampuni dosa diri ini. Sanah Helwah, semoga kita diberkati Allah.

Read 'ONE' said...

Ha3 :)

andalus said...

oh ya...saya sayang awak juga~~~~

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...