Bismillah.
Ok2, saya tak ada apa-apa hubungan dengan Hanis.
Noktah.
Cuma hari lahir kami di sambut bersama.
Terima kasih Wan & Adik2 yang ada waktu itu..
Tapi saya masih tidak faham kenapa harus 'Terima Kasih' dan bukan
"Selamat Hari Lahir"
Hmmm..
*************************************

Ini kisah tentang batu.
Tapi bukan sebarangan batu.
Ia tentang batu yang sebongkah itu.
Yang tertulis soal Iman dan Islam.
Yang terpahat sejarah Islam awal-awal dulu.
Diskusinya bukan calang-calang,
Ia mengajak kita bertindak,
Di luar kotak fikir yang biasa,
Kalau mahu jadi orang begitu,
Nikmati bacaanmu pada buku ini.
InsyaAllah,
Andai tidak banyak kau dapati,
Sedikit pun jadilah..
Oh, ia terisi juga kisah Wali Songo yang giat ku kaji kini... Alhamdulillah..
:: Jom beramal dengan Ilmu.
3 comments:
"Terima Kasih kerana hadir dalam hidup, terima kasih kerana kekal bersama kami, terima kasih kerana setia dalam perjuangan ini."
Itu kata-kata Abang Wan kepada kami (adik-adik). Dan saya rasa, 'Terima Kasih' itu kepada Pencipta, kerana mencipta kalian berdua dan berada dalam wadah ini :)
p.s: lagi bermakna daripada 'Selamat Hari Lahir' saya kira.
Terima Kasih... T_T
Ya betul tu Syed, mula-mula sekali terima kasih (Syukur) pada Allah Al-Khaliq dan Al-Haiyi kerana mencipta dan menghidupkan mereka dan kita, kemudian Terima Kasih kepada Allah Al-Wajid dan Al-Jami' kerana mempertemukan dan menghimpunkan kita.
Kepada mereka berdua pula, terima Kasih kerana banyak sebab yang kadang kala ada perkara hanya pengucap tahu terima kasih kerana apa... :)
Post a Comment