
Bismillah.
Semalam dia berkongsi dengan sahabat soal pilihan.
Apabila hidup adalah tentang pilihan.
Setua ini, semakin sukar rupanya membuat pilihan.
Hari ini dia diberitahu sahabat lain akan niat suci sahabatnya itu.
Entah serius atau tidak, sahabat itu meminta bantuannya.
Dia tak pasti.
Tapi akan difikirkannya yang terbaik untuk sahabatnya yang sorang itu.
Malam tadi, dia dipersalahkan pula oleh seorang sahabat.
Atas ketidakmampuannya sendiri.
Dan dia cuma tahu diam.
Dan petang ini dia sakit-sakit lagi.Dan dia paling sensitif waktu dia sakit.
Kerana dia tahu banyak tugasnya tidak akan terlangsai.
Banyak tanggungjawabnya tidak akan tertunai.
Bukan tidak redha Tuhan beri sakit.
Tapi dia sedih bila hatinya seringkali 'kecil' waktu begini.
Dia doa.
Moga Tuhan 'besarkan' hatinya selalu.
Dalam mudah dan susah.
Ameen.
"kerana Dia tahu semuanya":: "Allah bayar 'cash' untuk setiap perbuatan kita; baik dan buruk."
1 comment:
hmmm....
Post a Comment