Bismillahirrahmanirrahim.
Tentang Cabaran~
Cabaran paling besar adalah untuk berhadapan dengan kelemahan sendiri, bukan perkara lain. Benar. Ia bukan perkara lain. Ia adalah diri kita sendiri. Mungkin adalah kemahuan & kepentingan-kepentingan diri. Tapi itulah yang paling besar dari perkara lain. Dan titik akhirnya adalah PERUBAHAN. Itu saja ubat paling mujarab melawan kelemahan. Allahu’alam.
Tentang Pejabat~
Sendirian di pejabat, jadi waktu muhasabah yang panjang. Tugasan masih banyak. Dalam kepala terutamanya. Hanya menunggu waktu dicurah satu persatu.
Setahun belajar soal pengurusan. Banyak yang dipelajari lewat pengalaman pahit dan manis. Ditampung perjalanan hidup turun naik. Allah Maha Tahu!
[Ok. Saya dah penat turun tangga semata-mata menunggu Uncle Ravi datang untuk kutip duit surat khabar. Atau saya yang silap jawab bila Uncle Ravi telefon td? Tapi, akhirnya Uncle Ravi sampai juga setelah 4 kali saya turun naik tangga. Terima Kasih Uncle!]- iklan tanpa tajaan
Tentang Sahabat~
Sedar masing-masing sedang melalui satu fasa PERUBAHAN yang panjang. Walalupun tampaknya dalam taman ini kita masih bersama-gembira (mungkin) -ceria (juga mungkin)-berfikir sampai pecah kepala (pasti), tapi kita tahu & kita yakin, Allah ada perancangan terbaik untuk kita. Di sini dan disana. Kan? Kan? Dan akhirnya, perjalanan harus diteruskan. Walau apa sahaja cabaran datang melanda. Kita kan orang matang. Haha. Chill bebeh! \(n_n)/
Tentang Adik~
Menjadi orang yang tahu, belum tentu menjadikan saya orang yang mampu. Adik-adik saya, buah hati, pengarang jantung (cewah~), poyo je... Haha. Tidak dapat saya kisahkan perihal bulan bintang dan cakerawala pada mereka. Kerana bahasa saya tidak seindah itu. Bahasa saya bahasa terang. Jawapan yang jelas. ‘Tidak’ itu maksudnya tidak. Dan ‘jangan’ itu maksudnya, kau masih berhak untuk memilih. Namun, saya cuba untuk tidak berbahasa jika tidak pada waktunya. Jika tidak dari ilham-Nya. Dan jika tidak dari hati kecil yang paling luhur. Selain itu. Saya pilih diam. Walaupun saya tahu. Walau kadang saya tak tahu.
:: Zuhur sudah~ Jom3! ^_^
No comments:
Post a Comment