Bismillahirrahmanirrahim.
Sepanjang 25 Tahun (25 la sangat kan~) saya hidup, ada dua kisah peperangan yang masih kuat terletak di benak. Perang di Bosnia (1992-1995) dan Kepulauan Maluku (Ambon) (1999-2003).
Kenapa?
Kerana pendedahan. Bapak adalah peminat tegar Berita Dunia (TV1). Apabila setiap hari kita dilagukan dengan kisah-kisah peperangan, maka itulah antara perkara yang dibawa dalam mimpi dan jaga. Malah Emak, memilih mendanai anak angkat di Bosnia dari jauh. Entah melalui jalan mana, saya kurang maklum. Tapi ia jadi contoh untuk kami anak-anak memahami peranan sebagai seorang Muslim.
gambar: Facebook
Selain dari itu, saya kurang. Saya sedar saya masih kurang peka dengan isu-isu sebegini. Mendengarnya banyak. Tetapi tidak secara serius memandang sehingga tergambar melalui perbuatan. [*Allah....*] Lemahnya iman saya sebagai Muslim.
Peluang mendapat pendedahan untuk isu Syria, menerawang idea untuk melaksanakan sesuatu. Masyarakat perlu disedarkan bermula dari diri saya sendiri. Sakit saudara-saudara saya di sana, berdosa saya rasa jika saya tidak mampu merasainya.
Cubalah, meminjam 'kasut' mereka. Letakkan kaki kita di dalamnya. Biar saiznya sebesar mana sekalipun. Rasanya tetap akan ada. Jika kita benar-benar mahu merasainya. Melihat dan mendengar dengan hati. Bukan mata semata-mata. Saya cuba sedayanya. Melalui video-video yang berlambakan di youtube. Jom kita sama-sama cuba merasa dan melaksanakan sesuatu untuk saudara-saudara kita disana. InsyaAllah.
:: Doa untuk saudara-saudara kita. Moga Allah membantu mereka. Ameen..

No comments:
Post a Comment