Monday, March 26, 2012

Iqra' Nabawan siri dua..

Bersama Wani & Liyana. Tempat ni lebih sejuk dari air-cond dalam bas.. Subahanallah...
Bismillahirrahmanirrahim.

Belum pun selesai travelog Iqra' siri satu, Iqra' siri dua pula menyusul. 
Belum pun puas merindu awan & langit Nabawan, kini tiba lagi di destinasi yang sama setelah dua bulan di tinggalkan.

Ingin di sebutkan, kali ini anak-anak dijadikan fokus utama Iqra' siri dua.

Dan saya, masih juga sebagai tukang masak utama. Allahuakhbar.

Tidak dapat bersama makcik-makcik seperti siri yang lepas sedikit mengecewakan, namun masih mencuba juga memberi dari mana-mana sisi yang ada. InsyaAllah.

Tanpa geng-geng lama, mungkin mood sedikit hambar. Tapi tahu sahaja mereka juga sedang berjuang di tempat yang berbeza. Masih juga sedang menyumbang sedaya upaya, sekuat tenaga. Adik-adik saya. :)
 **************************

Seminggu sebelum...

Ya, macam-macam terjadi.
Redha saja.
Allah kan ada. 

Kami orang-orang lapangan, memang malu
meminta-minta dari orang ramai, walau bukan untuk diri kami sendiri.

Kadang terfikir juga, 
apakah sudah tiada cara lain lagi membantu sesama manusia?

Tapi, begitulah..
Tarbiyyah Allah kadang memang sukar di duga,
Yang pasti apa yang ada dalam hati itu akan menjadi penguat bicara.
Di sana.
Di hadapan Dia..

Allahurabbi..


:: Tunggu April nanti..InsyaAllah..

No comments:

HOME

I walked across an empty land I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me c...