Tuesday, June 25, 2013

Baik untuk yang baik..

Bismillahirrahmanirrahim.


“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466). 
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164) 
Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkat mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan mereka.” (Syarah Sahih Muslim, 10/52). 
Sebenarnya, hadis ini tidaklah menunjukkan suruhan wajib, boleh sahaja hendak buat pilihan selain daripada kerangka hadis tersebut. Namun apa yang penting di dalam perbahasan fikah adanya topik kahwin ‘Sekufu’ (sepadan).


No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...