Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu tingkatan satu. Saya ada seorang kawan lelaki. Namanya Hamzah. Hamzah Bin Omar. Sebenarnya dia bukan hanya kawan, tapi juga saudara. Emak saya dan Ibunya sepupu. Maka, kami adalah dua pupu. Itu kali pertama saya berkawan dengan lelaki sewaktu sekolah menengah. Dan sebenarnya, tidak banyak pun kenangan saya sewaktu tingkatan satu. Antara banyak-bantak perkara, Cuma itu yang saya ingat. *sign*. Dan kini kabarnya Hamzah sudah jadi tukang jahit. Emm..Entah betul entah tidak.
Tingkatan dua saya berpindah ke sekolah berasrama. Jujur, saya tak suka. Saya tahu niat Emak Cuma nak saya lebih terjaga dan belajar berdikari. Tapi setahun sahaja saya bertahan. Tidak, bukan saya benci sekolah tu, cuma saya tak suka dipaksa-paksa. Dipaksa makan, dipaksa belajar, dipaksa menghafal, dipaksa menjadi adik angkat. Eh? (teringat lagi, time kakak tu datang asrama je, saya lari..tp makanan yg dia bagi semua saya habiskan.. ekekeke).
Tingkatan tiga, saya berpindah semula ke sekolah lama. Walaupun terpaksa turun-naik berganti bas setiap hari, tapi rasanya itu lebih menenangkan dari rasa ‘terpenjara’. Dari situlah timbul falsafah “jangan merungut dengan jalan yang kau pilih.” Dan ia terus menerus dipegang hingga sekarang.
Tingkatan empat, satu kelas semacam terkena penangan ‘dreagon ball’. Kami masing-masing ada nama samara. Termasuk saya – Dendei. Makhluk hijau kecil comel dan punya kuasa tersembunyi. Wah..kagum bunyinya. Selain suka tidur dalam kelas. Apa lagi yang menarik? Tapi saya suka Cikgu Diana guru Bahasa Melayu. Sebab dia guru kelas saya..Hik..hik..hik..
Tingkatan lima, saya nekad belajar matematik dengan lebih bersungguh sebab Emak kata, kalau matematik fail tak boleh masuk universiti. Uiii..takot.. Waktu itu kebanyakan pelajar rata-rata berkejar untuk ke Maahad – Marsah- Timur Tengah. Saya rasa saya sorang je yang tergedik nak kejar UIAM. Apapun, it’s worth. Jika tidak, masakan saya menjadi siapa saya sekarang ini. Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu Nazri untuk kelas tuisyen matematik percuma setiap petang. Kelas khas lagi. Huhu.
Ok. Sekolah menengah untuk saya bukan tempatnya untuk bergembira. Simpan kisah itu ketat-ketat. :)
Dan…kenapalah hari ini terbuka hati untuk bercerita perihal zaman sekolah? Hmmm..mungkin kadang-kadang kita perlu keluar dari cerita yang biasa. *senyum*

No comments:
Post a Comment