Monday, August 26, 2013

Komitmen Wanita Dai'yah dalam Gerakan Islam (Syekh Ahmad Al-Qathan)

Bismillahirrahmanirrahim.


Sedikit nota kecil untuk dikongsi. 
Istiqamah, Waspada dan Mengetahui Awlawiyat Dakwah.
  • Dai'yah wanita yang berjaya harus tekun dan bersungguh-sungguh dalam mengkader akhawat dakwah sepertimana "Serbuk-serbuk bunga takkan menjadi tanpa tekunnya lebah."
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." [surah Al-Ahzab, ayat 32,33]
Ayat diatas menunjukkan ciri-ciri wanita solehah yang terangkum di dalam Al-Qur'an. 
  • Menyediakan maktabah yang menyimpan pelbagai buku-buku.. Mempersiapkan kemudahan-kemudahan dan keperluan asas untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah. [Maknakata: Dai'yah perlu dekat dengan sumber ilmu sebagai permulaan kepada gerakan dakwah.] Dan secara adabnya, semuanya dilakukan secara terpisah dengan komuniti lelaki.
  • Melatih dan membimbing akhawat untuk menjaga harta dakwah. Mengguknakannya dan menjaga keberkatannya. Ibrah diambil dari kisah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang menjahit sendiri sandal dan bajunya yang terkoyak.
  • Dai'yah perlu mempunyai iman yang benar yang diterjemah dengan perbuatan, keyakinan hati dan perkataan. "Bukan situasi yang membentuk kita, tetapi kita yang membentuk situasi."
  • Dai'yah perlu menjadi seorang yang senang dan rela memberi bantuan kepada ukhtinya yang dalam memerlukan. Sifat bakhil, hawa nafsu dan berbangga-bangga diri adalah kerikil-kerikil yang menjatuhkan dakwah.
  • Murabbiyah harus memahami permasalahan para akhawatnya, menjaga aib dan kelemahannya serta membantu memperbaiki keadaan akhawatnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Muaz Bin Jabal untuk memulakan dakwah dengan mengajak orang untuk bersyahadah sebelum mendakwah mereka kepada Ibadah.
Priority Merombak Fikrah
  • Jangan sampai dakwah kita menyebabkan orang yang benci kepada kita semakin benci dengan kita dan semakin jauh dengan dakwah.
bersambung...

No comments:

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...