Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Monday, December 2, 2013

Haruki Murakami

Bismillahirrahmanirrahim.


Suatu waktu dia pernah ditanya, "Dyll, kenapa suka baca novel?". Disebalik paparan email, terbalas dengan senyuman yang takkan nampak. 
Untuk manusia yang pada waktu kecilnya kurang bertemu dan berkomunikasi dengan manusia lain. Buku adalah pilihan terbaik untuk jadi kawan. Walaupun dia tahu, "Ah, aku bukan banyak sangat baca buku pun." *senyum* Dan membaca novel, adalah salah satu cara belajar yang menarik. Belajar cara bersikap. 
Sesungguhnya cadangan untuk membaca buku-buku Haruki Murakami tersangatlah bernas. Apa lagi dalam dilema kontroversi buku FT yang telah diharamkan. Dalam punah hati mencari pengganti FT rupanya. Oh-hoi! 
Atau sebenarnya mencari waktu untuk dihabiskan sendirian. (oh?). 

"I’m the kind of person who likes to be by himself. To put a finer point on it, I’m the type of person who doesn’t find it painful to be alone. I find spending an hour or two every day running alone, not speaking to anyone, as well as four or five hours alone at my desk, to be neither difficult nor boring. I’ve had this tendency ever since I was young, when, given a choice, I much preferred reading books on my own or concentrating on listening to music over being with someone else. I could always think of things to do by myself." — Haruki Murakami

Terima kasih diatas cadangan. Dua buku sekali angkat. Oh-hoi! :)



****************************

Tuesday, September 10, 2013

"Meneruskan Aspirasi Perjuangan"

Bismillahirrahmanirrahim.


"Pengalaman sejarah umat Islam menyimpan catatan kedua-dua - kesatuan dan kepelbagaian (al-wihdah wa al-tanawwu') - sekaligus. Sekali lagi, kesatuan dan kepelbagaian adalah dua sisi mata wang yang sama. Yang selalu diperjuangkan oleh umat Islam memang kesatuan dan keseragaman, tetapi yang banyak terjadi adalah kepelbagaian dalam bingkai kesatuan."


"Terdapat 5 matlamat khusus seperti yang digariskan oleh Dr. Siddiq Fadhil dalam ucapan dasarnya pada muktamar ABIM Ke -11 iaitu :

  1. Membina sahsiah (peribadi) Islam.
  2. Membina usrah (keluarga) Islam.
  3. Membina ummah (masyarakat) Islam.
  4. Menegakkan dawlah (negara) Islam.
  5. Membina khilafah (dunia) Islam.



"Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah menulis dalam kitabnya, Wajibu Syabab' Islami, terdapat 4 kewajiban bagi belia dan pemuda Islam iaitu :
  1. Berilmu. 
  2. Beramal.
  3. Berjamaah. 
  4. Melaksanakan." 
**********************

"Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dialah sebaik-baik Hakim." [Surah Yunus : 109]

p/s: Gambar-gambar diambil dari laman FB kekanda naqibah, Kak Fadhlina. 

Thursday, August 29, 2013

Komitmen Wanita Dai'yah dalam Gerakan Islam (Syekh Ahmad Al-Qathan) - Sambungan

Bismillahirrahmanirrahim.


Bagaimana Melihat Kemahiran Dakwah
  • Sedar dan waspada terhadap kesalahan musuh iaitu berhati-hati dengan cabaran luaran dan dalaman. Waspada terhadap matinya dakwah dalam diri akhawat dengan cara meninggalkan akhawat dan menjauhkan diri dari dakwah.
  • Menggauli akhawat dengan baik, kasih sayang dan imej yang baik - sering dicium tangannya (umpama seorang nenek tua yang dihormati), memuji-muji usahanya yang telah lalu. Membangunkan nostalgia-nostalgia perjuangannya yang terdahulu -- akan mengakibatkan malas bergerak, tidak berjalan tugas dakwah dan terpadam semangat iman.
  • Namun pada masa yang sama, tidak boleh menrendah-rendahkan dan melemahkan semangat akhawat. 
  • Murabbiyah harus memperhatikan keadaan akhawatnya yang mempuyai potensi. Mempersiapkan perancangan-perancangan untuk akhawat supaya dapat menggerakkan kerja dakwah.
  • Tekun dan bersungguh-sungguh menampilkan hasil dakwah yang dibangunkan. Setiap kejayaan yang 'nampak' adalah antara salah satu tanda keberkatan dakwah.
  • Mendidik akhawat berpadanan dengan apa yang sesuai dengannya. Antara 'azimah & rukhsah. Ada kalanya perlu bertegas dan adakalanya perlu berlembut sesuai dengan potensi yang ada dalam diri akhawat.
  • Jika terjadi perselisihan pendapat didalam jamaah dan tidak dapat menerimanya, dan jika keluar daripadanya maka perlu untuk keluar dengan cara yang baik tanpa mengaib-aibkan jamaah dan itulah dari selemah-lemah iman.
  • Tidak boleh berwala' dan tunduk pada penguasa yang zalim.
  • Berjalan dengan dakwah dengan tiga kali kecepatan :
  1. Cepat menguasai masalah.
  2. Cepat mencari penyelesaian masalah
  3. Dan cepat melaksanakan penyelesaian tersebut.
  • Menguasai hal-hal positif dan negatif untuk diambil pengajaran.
Bersambung..

Monday, August 26, 2013

Komitmen Wanita Dai'yah dalam Gerakan Islam (Syekh Ahmad Al-Qathan)

Bismillahirrahmanirrahim.


Sedikit nota kecil untuk dikongsi. 
Istiqamah, Waspada dan Mengetahui Awlawiyat Dakwah.
  • Dai'yah wanita yang berjaya harus tekun dan bersungguh-sungguh dalam mengkader akhawat dakwah sepertimana "Serbuk-serbuk bunga takkan menjadi tanpa tekunnya lebah."
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik, dan hendaklah kamu tetap di rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." [surah Al-Ahzab, ayat 32,33]
Ayat diatas menunjukkan ciri-ciri wanita solehah yang terangkum di dalam Al-Qur'an. 
  • Menyediakan maktabah yang menyimpan pelbagai buku-buku.. Mempersiapkan kemudahan-kemudahan dan keperluan asas untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah. [Maknakata: Dai'yah perlu dekat dengan sumber ilmu sebagai permulaan kepada gerakan dakwah.] Dan secara adabnya, semuanya dilakukan secara terpisah dengan komuniti lelaki.
  • Melatih dan membimbing akhawat untuk menjaga harta dakwah. Mengguknakannya dan menjaga keberkatannya. Ibrah diambil dari kisah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang menjahit sendiri sandal dan bajunya yang terkoyak.
  • Dai'yah perlu mempunyai iman yang benar yang diterjemah dengan perbuatan, keyakinan hati dan perkataan. "Bukan situasi yang membentuk kita, tetapi kita yang membentuk situasi."
  • Dai'yah perlu menjadi seorang yang senang dan rela memberi bantuan kepada ukhtinya yang dalam memerlukan. Sifat bakhil, hawa nafsu dan berbangga-bangga diri adalah kerikil-kerikil yang menjatuhkan dakwah.
  • Murabbiyah harus memahami permasalahan para akhawatnya, menjaga aib dan kelemahannya serta membantu memperbaiki keadaan akhawatnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah berpesan kepada Muaz Bin Jabal untuk memulakan dakwah dengan mengajak orang untuk bersyahadah sebelum mendakwah mereka kepada Ibadah.
Priority Merombak Fikrah
  • Jangan sampai dakwah kita menyebabkan orang yang benci kepada kita semakin benci dengan kita dan semakin jauh dengan dakwah.
bersambung...

Saturday, June 29, 2013

Nikah vs dakwah

Bismillahirrahmanirrahim.

"Berbekal kebersihan diri, pernikahan akan membawa keberkahan."
Untuk yang masih dilema dalam memahami kehidupan berumahtangga.
Untuk yang sedang mempesiapkan diri membinanya.
Untuk yang sedang ragu dengan apa yang telah terpilih untuknya.
Untuk yang sedang mencari ilmu bagaimana untuk mengemudi sebuah perjalanan ke arah-Nya.
Untuk yang masih bertatih soal hati.
Untuk yang masih belum terbuka hati.
Untuk yang sudah terlajak dan mahu bertatih semula dari awal.
Untuk yang meletakkan agenda utama hidupnya adalah Mardhatillah.
Untuk yang sudah faham, sedang memahami dan belum pun mengerti. 
InsyaAllah ada jalan-Nya.



*******************************

Masa lalu takkan terhapus dengan terhapusnya peribadi buruk yang ditinggalkan. Berbuat salah dan silap, itu satu proses dari pembelajaran yang panjang. *silent* 
Rupanya untuk 'terjebak' dalam satu daerah yang dinamakan rumahtangga itu, panjang prosesnya. Penat. Namun, apa pun, perjalanan perlu diteruskan selagi matlamatnya hanya SATU. InsyaAllah. Ameen.

:: Mohon doa semua..

Thursday, March 21, 2013

Dari planet berbeza..

Bismillahirrahmanirrahim.


Sebenarnya saya tak pasti komen yang bagaimana yang sesuai untuk dituliskan tentang buku ini. Saya cuba membaca ini dengan niat untuk lebih memahami perbezaan-perbezaan sifat dan sikap antara lelaki dan perempuan. Belajar bagaimana caranya untuk mengharmonikan antara keperluan dan kehendak lelaki dan perempuan. 
Secara general, lelaki lebih logik - dan perempuan lebih emosi.
ah, malas rasanya menulis komen yang sebegini.
Konklusi saya untuk topik ini cuma satu - "Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” 
[Al-Talaq 65:2-3] 
Lelaki yang bertakwa, dan perempuan yang bertaqwa.Landasan perhubungannya lebih agung dari memenuhi keperluan dan kehendak duniawi.Cara yang dipilih untuk menguruskan hidup pastilah cara yang disandarkan kepada pilihan Allah semata-mata.
InsyaAllah.

Friday, January 18, 2013

关于这本书

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sangat rasanya tak menulis tentang buku.
Tidak mampu memiliku buku yang banyak sewaktu di Sabah jelas sekali adalah satu alasan untuk kemalasan membaca. Haha.
Tak payah tanya la berapa banyak buku kat rak di sekretariat ABIM Sabah tu.
Walhal buku dalam tangan pun masih terkedek-kedek untuk dihabiskan.
Oh, by the way, tajuk entri ini ditulis dengan bahasa cina (simplified)..begitulah kata incik Google Translate. Sebenarnya terpengaruh dengan blog Luppy (MatLuthfi). Woah~ 

Ini buku pinjaman orang. Teman berkelanan di Sabah dahulu. *mekaseh boi!*
Cukup buat air mata mencurah-curah pada bait-bait terakhir pembacaan.
Fiuh~

Ini buku terakhir yang berjaya dihabiskan dalam masa dua hari.
Tak puas rasanya membaca kisah Kemi ni.
Menanti-nanti sambungan seterusnya.
Isu Islam liberal yang aku kira wajib untuk kita sama-sama faham.
Soal aqidah. Bukan perkara main-main.

The best ever..
It gives you everything..
InsyaAllah..
:)

Monday, October 22, 2012

Wednesday, August 8, 2012

Ketupat vs Sinema~

Bismillahirahmanirrahim. 



Ini buku-buku yang membuatkan saya tidak tidur malam dan berguling dari pagi sampai petang. *separuhtipu*
Kali ini tidak ada idea untuk memberi komen.
Bacalah sendiri.
Eheh... ~

:: Ramadhan ke -19 dah ni.... Alhamdulillah.. 

Tuesday, July 10, 2012

*Hati Emas


Bismillahirrahmanirrahim.

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yg meninggalkan pakaian yang indah dengan tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka daripada berbagai-bagai pakaian orang yg beriman. (Attarmidzi: )

Mendengar lagu diatas, mungkin muziknya sedikit tidak sesuai. Tapi liriknya, InsyaALLAH, berkaitan.
Mencari Hati Emas.
Hadiah buat orang-orang yang bermujahadah keran-Nya.
Hati yang tenang bila ujian tertimpa.
Hati yang damai dengan dunia seisinya. 
Hati yang tidak kabut berhadapan kekusutan hidup.
Hati yang tidak bangga dengan apa sahaja yang Tuhan karunia padanya.
"Allah Maha Adil kerana tidak meletakkan kebahgaiaan kepada rupa, harta, kuasa dan nama. Jika tidak, si miskin, si hodoh, si marhain, dan 'kelana tanpa nama' akan kecil hati kerana terasa dipinggirkan. Allah tidak zalim. DIA meletakkan kebahagiaan pada ketenangan hati - yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si si jelita, hamba atau raja, yang sempurna anggota atau yang cacat." 
- Ust. Pahrol Mohd. Juoi, Di Mana Dia Di Hatiku  
 
 
:: 10 hari menuju Ramadhan.. Allahu..

Thursday, May 17, 2012

Alkisah Tiga (3) buku

Bismillahirrahmanirrahim.

"Sibuk dengan kerja pun, membaca jangan lupa."

Alhamdulillah, dalam sebulan ini dapat menghabiskan tiga (3) buah buku.

sumber: google image.. heee...

Beduk jika tak diketuk takkan berbunyi. 
Begitulah hati, tidak ditegur takkan terasa.
p/s: Untuk geng-geng yang sedang merancang untuk berubah status, sila fokus sungguh-sungguh pada Beduk 28. Hehehe..

Apa yang menarik dalam buku ini adalah pada artikel yang bertajuk 'Dengan Semangat Iqra': Memugar Budaya Ilmu.' oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil. Sedikit petikan dari artikel tersebut; 
"Cita-cita pembinaan masyarakat berasaskan ilmu atau knowledge-based society tidak mungkin terlaksana tanpa dukungan kekuatan nilai ilmu. Justeru, nilai budaya adalah sumber motivasi dan sekaligus pembentuk watak bangsa. Doa 'rabbi zidni 'ilman' harus menjadi amalan harian yang disertai komitmen terhadap pendidikan sepanjang hayat." 
[Habis dibaca diatas awan~ Fiu~] 


"Dengan panjang lebar ibu menjelaskan, sebenarnya sejak ada dalan kandungan aku telah dijodohkan dengan Raihana yang tak pernah kukenal.” Ibunya Raihana adalah teman karib ibu waktu nyantri di pesantren Mangkuyu dan Solo dulu” kata ibu. “Kami pernah berjanji, jika dikarunia anak berlainan jenis akan besanan untuk memperteguh tali persaudaraan. Karena itu ibu mohon keikhlasanmu”, ucap beliau dengan nada mengiba."
Mahu tahu lebih lanjut? Baca sendiri. Hehe.

Wednesday, February 29, 2012

Hujan


Bismillahirrahmanirrahim.

Hujan memang begitu,
Ia takkan tahu teduhnya hati yang menunggu, 
Ya, kain baju aku..
Akhirnya basah kuyup dibawah air yang mencurah laju~ 
Dan hujan
Adalah harapan.. 
Hujan, hantarkan doa aku pada Tuhan.. 
Ilham: Soulship~


:: Alhamdulillah atas rahmat hujan ini Ya Allah.. 

Tuesday, November 1, 2011

U-Turn~




Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai anak Adam, janganlah kamu tergolong dalam golongan mereka yang suka melengah-lengahkan taubat dan memanjangkan angan-angan. Janganlah kamu mengharapkan kebahagiaan akhirat tanpa beramal.

Memperkatakan perkataan ahli-ahli ibadah tetapi beramal dengan amalan munafik. Sekiranya tidak memperolehi sesuatu, tidak mahu bersabar.

Menyeru kepada kebaikan tetapi tidak melakukan kebaikan. Mencegah kemungkaran tetapi masih bergelumang dengannya.

Mengasihi orang soleh tetapi tidak mahu bersama golongan mereka. Membenci orang munafik tetapi kamu terdiri dari golongan mereka. Bercakap perkara yang tidak dibuat. Buat apa yang tak disuruh. Meminta ditunaikan (janji-janji Allah) tetapi ia tidak menunaikan (hak-hak-Nya).

Wahai anak Adam, setiap hari yang baru bumi sentiasa menegurmu dengan kata-kata:’Wahai anak Adam, engkau berjalan di permukaanku dan setelah itu engkau akan disimpan ke dalam perutku. Engkau memakan sebanyak yang diinginkan ketika berada di permukaanku kemudian engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.

“Wahai anak Adam, setiap hari bumi berkata kepadamu: ‘Wahai anak Adam, aku adalah rumah yang sengsara. Aku ialah rumah yang bakal meninggalkan kamu keseorangan. Aku adalah rumah yang gelap. Aku ialah rumah bagi ular dan kala jengking. Oleh itu makmurkanlah (dengan amal soleh) dan jangan engkau runtuhkan daku.”

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam Al-Ghazali: al-mawa’iz Fil Ahadis Al-Qudsiah)

-U-Turn Ke Jalan Lurus, m/s: 27-28

Thursday, October 27, 2011

Cikonan~

Bismillahirrahmanirrahim.

Cikonan (Si Conan)

Ada waktu-waktu tertentu, buku Cikonan jadi pilihan berbanding buku lain.
Apa bole buat, Cikonan memang cool!

Memang sejuk-beku~

Heh.

Wednesday, September 21, 2011

Teduh~

Bismillahirrahmanirrahim.


Tunggu Teduh Dulu- FT

Membaca lima tahun dahulu dan kini,
bezanya terlalu ketara.
Sebahagaian besarnya terlalu difahami, telah dilalui dan sedang dihadapi.
Dan sedikit daripada kekuatannya sedang dihayati.
Salsabila Fahim-Impian besar pasti diuji dengan ujian yang besar.
Kerja Tuhan siapa tahu? -Teh Sofia

Tengok tu?
Kan saya dah kata, impian besar pasti diuji dengan ujian besar.
Ayokkkk....
Mujur saya boleh senyum lagi.. ;p


:: Kunni mutayaqinan Ya Rahman Ya Rahim.. Ameen...

Tuesday, May 31, 2011

*Pram...*


Bismillah.

"Seorang terpelajar harus juga berlaku adil sudah sejak dalam pikiran,
apalagi dalam perbuatan."
-Pramoedya Ananta Toer-

"Sekali dalam hidup orang mesti menentukan sikap. Kalau tidak, dia takkan menjadi apa-apa."
[m/s: 139]

'' Setiap orang pernah dinilai buruk atau baik oleh orang ketiga. Juga sebaliknya pernah ikut menilai. Aku pernah. Kau pernah."
[m/s: 158]

"....jangan anggap remeh si manusia, yang kelihatannya begitu sederhana; biar pengelihatanmu setajam mata elang, pemikiranmu setajam pisau cukur, perabaanmu lebih peka dari mata dewa, pendengaranmu dapat menangkap musik dan ratap-tangis kehidupan; pengetahuanmu tentang manusia takkan bakal bisa kemput."
[m/s: 165]



:: Pengetahuan apakah yang mendekati perkara benar?

Monday, May 30, 2011

"Duka Tuan Bertakhta"

Bismillah.

Tiap tiap berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan(yang sebenar benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS. Al-Anbiyaa[2]:35)


:: Mencari seni yg membijaksanakan..






*******************************

"Hilang berjarak mata, tidak mengapa,
Hilang berjarak hati, tanda terluka."

-a.K.u, 25 Mei 2011-

"Jangan di kejarkan sangat apa yang kita mahu.
Kadang kita tidak tahu apa yang kita perlu."


:: Diam.

Wednesday, May 18, 2011

*Lucu*


Bismillah.

Dwilogi Padang Bulan dan Cinta Dalam Gelas.
Lucu.

Cinta Ikal dan A Ling.
Detektif M.Nur dan Jose Rizal.
Enong a.k.a Maryamah Kapov.
Latar masyarakatnya yang gila.
Melombong timah.
Catur.
Secakir kopi cinta.
Hipotesis kopi.
Kelab bujang lapok.

Penuh sinikal.

"Menanggapi orang sakit gila nombor 31 adalah sakit gila nombor 32."


:: Baca boi, bisa ketawa kau nanti!

*************************************

Duduk di kerusi empuk itu sambil menghirup teh ais.
a.K.u rasakan hidup a.K.u ini sangat kelakar.

Puas a.K.u tanyakan dalam diri:
"Macam mana boleh jadi begini?"
Banyak-banyak kali.

Lucu.

*gelak dan geleng dalam hati*

Kasihan a.K.u dan kau.
Sakit hati tanpa perlu.
Ah, lupakan saja.
Kan bukan a.K.u orangnya..



:: Landas hidup banyak tuahnya ['Jika'- A.Samad Said]

Friday, May 6, 2011

Sebiji Kek & Sebongkah Batu...

Bismillah.

Ok2, saya tak ada apa-apa hubungan dengan Hanis.
Noktah.
Cuma hari lahir kami di sambut bersama.
Terima kasih Wan & Adik2 yang ada waktu itu..
Tapi saya masih tidak faham kenapa harus 'Terima Kasih' dan bukan
"Selamat Hari Lahir"
Hmmm..

*************************************

Ini kisah tentang batu.
Tapi bukan sebarangan batu.
Ia tentang batu yang sebongkah itu.
Yang tertulis soal Iman dan Islam.
Yang terpahat sejarah Islam awal-awal dulu.

Diskusinya bukan calang-calang,
Ia mengajak kita bertindak,
Di luar kotak fikir yang biasa,

Kalau mahu jadi orang begitu,
Nikmati bacaanmu pada buku ini.

InsyaAllah,
Andai tidak banyak kau dapati,
Sedikit pun jadilah..

Oh, ia terisi juga kisah Wali Songo yang giat ku kaji kini... Alhamdulillah..



:: Jom beramal dengan Ilmu.

Wednesday, April 13, 2011

'Ku bukan orang hebat.. & RUMI

Bismillah.


'Ku bukan orang hebat.
Tapi 'ku sedar Tuhan sudah kurnia kudrat,
Juga tulang empat kerat,
Buat dibasahi keringat,
Jadi tanggungjawab 'ku berat,

'Ku bukan orang hebat,
Berkata-kata pun tergagap-gagap terencat,
Tapi Tuhan sudah beri nikmat,
Untuk 'ku kongsi sama yang mau dapat.

'Ku bukan orang hebat,
Tanpa Tuhan yang beri 'ku hikmat.
Ke mana-mana pun DIA yang memberi kuat,
DIA yang mengaturkan akibat.

'Ku cuma mahu jadi hebat dengan DIA,
Bukan dengan apa yang orang lihat 'ku ada.

***********************************************


"People want you to be happy. Don't keep serving them your pain! If you could untie your wings and free your soul of jealousy, you and everyone around you would fly up like doves."-Rumi

'Ku tidaklah menggilai Rumi.
Namun sesuatu tentangnya menarik hati.
Terima kasih buat yang memperkenal 'ku pada dia.

'Ku cuba hayati nikmatnya kedalaman 'CINTA' Rumi pada Rabbi.
Hanyut dalam kedalaman yang maknawi & hakiki..

*********************************************

Sabahan.
'Ku pasti kan selalu rindukan kalian.
Pasti.

(^_^)v

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...