Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Wednesday, November 14, 2018

Tuesday, July 4, 2017

Monolog Hari Tua

Bismillahirrahmanirrahim.


"Puan, hidup puan belum cukup tragis jika dibanding manusia lain. 
Puan hanya menakutkan diri dengan masa lalu yang penuh penyesalan 
dan masa hadapan yang tidak pernah pasti. 

Puan banyak berfikir perkara yang tidak perlu, sedangkan yang 
paling penting untuk Puan fikirkan sekarang ini adalah tentang kebahagiaan 
Puan sendiri. Sama ada keinginan bahagia di dunia ini,
atau diakhirat nanti.

Puan cukup bertuah memiliki segala-galanya yang tidak orang lain miliki.
Seorang suami yang bertanggungjawab - 
tidak pernah sekali melupakan kepentingan anak isteri.
Seorang anak pun sudah membahagiakan, apatah lagi dua, atau tiga atau empat
jika telah tertulis rezekinya Tuhan disitu.

Puan perlu menepis segala anasir negatif dalam kepala Puan 
supaya Puan akan lebih merasa syukur akan nikmat Tuhan ini.
Kerana tidak semua orang memiliki apa yang Puan miliki.

Mungkin Puan memerlukan semangat baru untuk menuliskan semula 
visi dan misi hidup Puan yang terkadang terasa kosong ini - walhal
insan lain melihat sebaliknya. 
Walaupun sebenarnya Puan tidak perlu pun memandang berat pandangan 
manusia lain itu - tapi ambillah ibrah kehadiran insan lain
dalm hidup Puan. 

Akhir, puan fikirlah dari mata hati. 
Sesunggunhnya pengalaman Puan yang banyak sewaktu muda itu,
wajarlah jadi panduan agar Puan sentiasa
termotivasi untuk menjadi lebih baik.

Saya mendoakan kehidupan Puan dilimpahi keberkatan Tuhan, kecintaan tidak putus 
dari insan-insan sekeliling dan ketenangan
menjalani kehidupan tanpa gusar akan kehilangan
demi kehilangan yang pasti akan berlaku disepanjang 
riwayat hidup ini.

Sesungguhnya Puan hanyalah manusia.
Maka Tuhan juga yang akan menentukan semuanya."



Tuesday, March 24, 2015

Laras cinta

Bismillahirrahmanirrahim..


Kadang ada laras cinta yang memaksa kita melepaskan.
Melepaskan pertalian.
Melepaskan pendirian.
Melepaskan perasaan. 
Melepaskan bukan bermakna memutuskan atau membuang ;
sebaliknya meletakkan satu jarak antara apa yang dirasa dan apa yang perlu dibuat. 
Memaksa kita bertanggungjawab dalam bersikap. 
Kerana hidup bukan semata-mata tentang apa yang kita rasa,
tapi tentang apa yang akan kita kecapi didunia sebelah sana.

Wallahu'alam.

Wednesday, January 7, 2015

sederhana yang sempurna

bismillahirrahmanirrahim.

selamat pagi menjejak tengahari untuk dunia di sebelah sini.
dan awal pagi untuk dunia di sebelah sana.
barangkali masih belum bangun dari tidur si dia.
moga nyenyak dinaugi rahmat dan kasih Allah sentiasa.
menyongsang ke topik lain,
kata hamka,
"banjir mungkin melamaskan manusia,
tetapi tidak pernah melemaskan syaitan durjana."
semalaman aku diam dari perkhabaran.
nah, hati aku kan sedang sakit.
bukan sahaja badan dan kepala.
malah tambah dijolok bisik syaitan.
menjadikan sakitnya tiga kali ganda dari biasa.
membiarkan diri lemas dengan perasaan berteman hujan.
sambil mengenang anak yang satu-satunyanya tanda cinta.
hingga reda.
baru aku carikan bait-bait kata-Nya.
pesan kiyai,
"jika kita menempatkan hati untuk Allah,
maka Allah akan menempatkan makhluk-Nya
dihati kita dengan porsi yang pas.
sedangkan jika kita menempakan hati untuk makhluk,
maka makhluk itu akan membuatnya kering hampa kerana
jauh dari Allah s.w.t."
bersangka-sangka.
hanya akan mematikan indahnya rasa tawakal kepada-Nya.
nah,
mujahadah.
sewaktu bersama atau sendiri.
itulah sebenarnya tanda cinta.

sederhana tapi sempurna.

wallahu'alam.

Tuesday, September 2, 2014

Kerana belum masanya.. :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Hanya yang belum pernah mendapat,
akan menikmati manisnya bila mendapat. 
Hanya yang pernah merasa pahitnya menunggu,
akan menghargai manisnya bertemu apa yang ditunggu. 
Yang kita mahu,
Belum tentu yang kita perlu. 
Yang kita sedang ada,
Itulah yang sebaiknya disyukurkan kita. 
Kerana belum masanya.
Maka, serahkan saja pada yang Maha Mengetahui waktu yang terbaik.
Redha dalam usaha.
Senyum dalam kesabaran hati.
Cinta sepenuh jiwa dan raga.
Syukur dengan nikmat yang tidak terkata banyaknya.
Moga terbangkit semula keyakinan yang pernah bersarang lama.
Allah ada..
Allah ada..
Allah ada rencana. 
"La hawla wala quwwata illa billah.."

Monday, July 14, 2014

Ami Aye Ustaz

Bismillahirrahmanirrahim..


Kekok benar rasanya bila mendengar orang memanggil suami dengan panggilan "Ustaz."
Tapi, itulah tugas dia yang tak mampu dinafi.

ر َبِّ زِدْنِي عِلْمًا. رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ . وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الآخِرِينَ . وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ. 

Semoga Allah terus sayangkan dia,
Dan dikurnia akal bijaksana.
Ilmu yang luas dan mendalam.
Hikmah dalam menyampaikan ayat-ayat-Nya.
Tenang dalam berkongsi.
Ikhlas dalam memberi.
Ameen!


***********************

Lebih kekok lagi bila mereka memanggil kita ni "Ustazah."
Jauh pemanggang dari magic pan. eh.

Ya. Moga saya juga.
diluaskan ilmu dan hikmah.
ameen.

رب زدنى علما وارزقنى فهما

Ameen Ya Rabb..

Thursday, June 12, 2014

#walimahkedahutara

Bismillahirrahmanirrahim. 


Alhamdulillah, selesai sudah majlis kedua di Kedah.
Menghabiskan seminggu penuh cuti kedua bersama suami - bukanlah honeymoon.
Bahkan adalah seminggu yang penuh dengan tanggungjawab untuk dipenuhi. 
Tanggungjawab sebagai isteri-suami.
Tanggungjawab sebagai anak - menantu.
Tanggungjawab sebagai kakak - abang.
Tanggungjawab sebagai adik.
Tanggungjawab sebagai makcik - pakcik. 
Semuanya menuntun seribu satu tugasan untuk dilaksanakan.
Lillahitaala. 
Alhamdulillah..
Perasaan disayang yang keterlaluan. 
Sifirnya mudah -
Laksanakan tanggungjawab dengan ikhlas.
Allah akan memenuhi segala keperluan - InsyaAllah.

**************

Suami,
Dia tanpa henti berusaha menjadi yang terbaik.
Menjalani hari-hari dengan penuh sabar.
Memenuhi segala tanggungjawab dan keperluan dengan penuh amanah.
Mengorbankan segala apa adanya.
Untuk memberikan yang paling baik.
Untuk mereka yang dicinta. 
Keluarga selatan,
Sanggup bermusafir jauh semata untuk melihat kebahagiaan diri.
Allah..apa lagi yang mampu diberi selain rasa bahagia yang ditunjukkan sepenuh hati.
Katanya, bila bahagia menjelma, air mata terasa asing.
Tapi berteman air mata tiada salahnya buat mencuci luka.
Ia kesembuhan yang segera biar pedihnya terasa.
Keluarga utara,
Terima kasih menerima sepenuh hati.
Terima kasih menerima diri menjadi sebahagian dari keluarga besar disini.
Terima kasih kerana tidak membiarkan diri terasa asing.
Terima kasih kerana banyak sangat bagi makan -.-".
Terima kasih untuk layanan yang membahagiakan.
Terima kasih Allah,
Terima kasih suami.
Terima kasih keluarga selatan & utara. 
Jauh macamana pun Allah campakkan kita,
Bersua juga kita didunia dengan hendak-Nya. 
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah..

Friday, March 21, 2014

Cintai Allah diatas segalanya

Bismilahirrahmanirrahim.


A simple reminder ;  
Suami itu milik Allah.
Allah yang mengatur segala-galanya tentang dia.
Allah yang memberikan sikap dan sifat-sifat dalam dirinya.
Allah yang memahami kekurangannya.
Allah yang mengurniakan kelebihan kepadanya.
Allah yang menyembuhkan segala macam penyakit yang ada dalam dirinya. 
Mencintai manusia itu, cintailah dalam kadar yang disukai oleh Allah.
Penuhi hatinya dengan mengingati Allah. 
Perkahwinan itu Ibadah.
Ibadah yang bukan didominasi oleh Allah, bukalah ibadah.
Tidaklah ianya menjadi ibadah tanpa Allah terlibat didalamnya. 
Perkahwinan itu alat.
Alat untuk sentiasa dekat dengan Allah.
Berusahalah mengizinkan diri menjadi alat.
Mendekat pasangan kita kepada Allah dengan apa cara sekali pun.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).” 
[Ali-Imran 3:14]

Tuesday, February 18, 2014

Bulan cinta

Bismillahirrahmanirrahim.


"Dari Parit ke Paris"

Teringat skrip drama malam tadi.

Drama yang ditonton bersama buah hati. [Eh? Over~] 
"Biasalah perempuan, bila kecewa cuma air mata je lah."
Kata Wawa yang baru putus cinta dengan Dato' apa ntah (lakonan Fahrin Ahmad).
Dia pandang saya.
Saya pandang dia. 
Sengih.



"The best thing in life is finding someone who knows about all your flaws and still thinks you are amazing."
Memang bulan ini bulan bercinta.
Moga tak layu melayan rasa.
Moga tak lupa perkara utama.
Moga tak jatuh diuji duga.
Moga kekal sempurna hingga akhirnya.
Akhir yang disana.
Namun, bermula segalanya dari sini juga.
Moga hati kita masih mengejar-ngejar DIA. 

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. [QS Ali ‘Imran 3 : 14]

:: 'Moga lidah ini menjadi lidah yang lebih bertaqwa'.

Wednesday, February 12, 2014

Sederhana yang sempurna.

Bismillahirrahmanirrahim.


Maka, bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya.
Dari yang sekecil-kecil perkara, hingga sebesar-besarnya.

Maka, mujahadahlah jiwa.
Mensyukuri nikmat tanpa secebis rasa bangga.

Maka, sederhana itu indah.
Dan sempurna.

Alhamdulillah.


“Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (QS.31:12)



p/s: 'Immortal Love' by Mahadewa untuk dia... ;) 

Monday, February 10, 2014

Qurratu'ayun

Bismillahirrahmanirrahim.

by Aina Azizan
“Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara (rahsia dan hartamu) dengan sebaiknya.” (Riwayat Abu Daud dan al Hakim)


Misi 'Qurratu'ayun"; penyeri di dunia, bidadari di syurga.

Wednesday, January 22, 2014

Doa Ibu

Bismillahirrahmanirrahim.

Telah Allah janjikan, doa Ibu punya kuasa luar biasa yang tersendiri.
Jikalau tidak, masakan Tanggang menjadi batu. (eh?)

Emak, kerana tahu doanya punya kuasa luar biasa, 
maka dia selalu sahaja redha dengan pilihan anak-anaknya.
Malah mendoakan mereka lebih lagi.
Doa disetiap solat siang dan malam.
Disetiap pekerjaaan harian.
Disetiap selang-seli ingatan.

Sebagaimana anak-anak belajar menjadi anak-anak dan manusia yang baik.
Emak tidak pernah berhenti belajar menjadi Emak yang terbaik.

Moga Allah mengurniakan syurga buat Emak.
Ameen!


Bersyukurlah kepada sesiapa yang mempunyai ibu.
Kerana tidak semua manusia diizin Allah memilikinya.

Mengenal ibu-ibu yang lain;
Ummi, Ibu, Mama..

Ibu kepada siapa pun mereka.
Berbuat baiklah kepada mereka.
Kerana doa mereka mahal harganya.


:)

Wednesday, December 4, 2013

Bab 52

Bismillahirrahmanirrahim.


Memang sudah sifat manusia kan?
Bila dirasakan tiada sesiapa lagi dalam hidup, barulah kembali dia kepada Tuhan.
Kembali mengharapkan pada yang sepatutnya.


Allahu'alam.

Wednesday, October 2, 2013

Konfrontasi

Bismillahirrahmanirrahim.

"Untuk memberi, kita harus punya 'isi'."

Na'am. Pulang dari Maninjau, banyak yang difikirkan untuk mencari 'isi-isi' tersebut.
Apa, kenapa, bila, bagaimana, dimana, dengan siapa.
Tidak berhenti berputar dalam fikiran.

Kata adinda, "Jangan cuma fikir kak. Kalau fikir je, sampai bila pun tak buat."
Ya. Setuju.

Kata Kak Maria, "Tengok kepada minat, lepas tu baru tengok keperluan."
[Sudah tentu, yang ini saya kurang faham - dalam konteks sekarang.]

Dan mengulang-ulang dalam hati,
"Kau nak macamana sebenarnya.?"

"Aku nak jadi yang terbaik."


Nah, bila dah memilih, buatlah yang terbaik untuk yang dah dipilih.
Tak rugi apa kan.
Kerana cuma kita yang tahu kenapa kita memilih.
(Semoga kita betul-betul tahu dan faham kenapa kita memilih.)

Rabbi yassir!

Saturday, September 14, 2013

Furqan

Bismillahirrahmanirrahim.


Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. [25:72]

Thursday, August 15, 2013

"Sepotong bulan untuk berdua."

Bismillahirrahmanirrahim.



malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita melihat bulan yg sama,
mensyukuri banyak hal,
berterima-kasih atas segalanya,
terutama atas kesempatan utk saling mengenal,
esok-pagi,
semoga semuanya dimudahkan.. 
malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita menatap bulan yang satu,
percaya atas kekuatan janji2 masa depan,
keindahan hidup sederhana,
berbagi dan bekerjakeras,
mencintai sekitar dengan tulus dan apa-adanya.. 
malam ini,
saat dikau menatap bulan,
yakinlah kita menatap bulan yang itu,
semoga yg maha memiliki langit memberikan kesempatan,
suatu saat nanti,
dengan segenap pemahaman baik menjaga kehormatan perasaan
kita menatap bulan,
dari satu bingkai jendela

Tere Lije

:: Lima bulan... Rabbi Yassir! 

Thursday, July 11, 2013

Sebak.

Bismillahirrahmanirrahim.



Entah kenapa, disamping gembira dengan kehadiran Ramadhan yang dinanti-nati
terselit rasa sebak yang menggunung.

Seperti Ramadhan lepas, tahun ini Emak dan Bapak berpuasa di hospital.
Cuma mungkin dengan rutin berbeza.

Semua orang pun rindu rumah.
Rindu kampung.
Rindu nak kumpul ramai-ramai.
Rindu nak dengar Emak & Bapak tak berhenti-henti kejut sahur.
Walau lauknya cuma sardin atau telur goreng.
Rindu berbuka sama-sama.
Rindu nak request makanan kegemarran masing-masing.
Walau menunya apa adanya - yang penting Emak yang masak.
Rindu nak bertungkus-lumus untuk 'munjung'.
Rindu nak tarawih kat balai.

Dan berlapis-lapis lagi rindu.
Yang hanya mampu dipendam.
Yang sentiasa ada doa dalam diam.

=')


Sepertinya ini Ramadhan terakhir.
Wallahu'alam.

Friday, June 28, 2013

Bersama siapa kita di akhirat nanti?


“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw “ Bilakah hari kiamat akan berlaku wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah. Namun aku mencintai Allah dan RasulNya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (Imam al-Bukhari dan Muslim)

Friday, June 7, 2013

Qalbun Saleem..

Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya perjalanan mujahadah mencari secebis kekuatan pinjaman dari Allah itu,
Allahuakhbar..payah, susah, perih, pedih..

Dan tidaklah DIA (Allah) satu saat pun lalai dalam memberikan apa yang sentiasa dipelukan oleh manusia.
Tidak satu saat pun lupa.

Daripada Abi Hurairah , beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...