Showing posts with label Life~. Show all posts
Showing posts with label Life~. Show all posts
Wednesday, November 14, 2018
Tuesday, July 4, 2017
Monolog Hari Tua
Bismillahirrahmanirrahim.
"Puan, hidup puan belum cukup tragis jika dibanding manusia lain.
Puan hanya menakutkan diri dengan masa lalu yang penuh penyesalan
dan masa hadapan yang tidak pernah pasti.
Puan banyak berfikir perkara yang tidak perlu, sedangkan yang
paling penting untuk Puan fikirkan sekarang ini adalah tentang kebahagiaan
Puan sendiri. Sama ada keinginan bahagia di dunia ini,
atau diakhirat nanti.
Puan cukup bertuah memiliki segala-galanya yang tidak orang lain miliki.
Seorang suami yang bertanggungjawab -
tidak pernah sekali melupakan kepentingan anak isteri.
Seorang anak pun sudah membahagiakan, apatah lagi dua, atau tiga atau empat
jika telah tertulis rezekinya Tuhan disitu.
Puan perlu menepis segala anasir negatif dalam kepala Puan
supaya Puan akan lebih merasa syukur akan nikmat Tuhan ini.
Kerana tidak semua orang memiliki apa yang Puan miliki.
Mungkin Puan memerlukan semangat baru untuk menuliskan semula
visi dan misi hidup Puan yang terkadang terasa kosong ini - walhal
insan lain melihat sebaliknya.
Walaupun sebenarnya Puan tidak perlu pun memandang berat pandangan
manusia lain itu - tapi ambillah ibrah kehadiran insan lain
dalm hidup Puan.
Akhir, puan fikirlah dari mata hati.
Sesunggunhnya pengalaman Puan yang banyak sewaktu muda itu,
wajarlah jadi panduan agar Puan sentiasa
termotivasi untuk menjadi lebih baik.
Saya mendoakan kehidupan Puan dilimpahi keberkatan Tuhan, kecintaan tidak putus
dari insan-insan sekeliling dan ketenangan
menjalani kehidupan tanpa gusar akan kehilangan
demi kehilangan yang pasti akan berlaku disepanjang
riwayat hidup ini.
Sesungguhnya Puan hanyalah manusia.
Maka Tuhan juga yang akan menentukan semuanya."
Monday, September 30, 2013
Sambung belajar?
Bismillahirrahmanirrahim.
Alkisah saya memang nakkkkkk sangat sambung belajar. Nakkkkk sangattttt.. [Aha, ni sat lagi ada orang mesej "Pi la sambung belajar kalau itu yang terbaik." Ecewah~ :P]
Sebenarnya, normal je kalau expactation orang pada kita lebih tinggi dari yang kita mampu capai. Bak kata seorang kakak ni, kerja zaman sekarang ni menuntun komitmen 210% macam kita ni tak ada kerja lain. Sadis. Huk~
Tapi lagi sadis sebenarnya bila kita tak dapat memenuhi expectation diri sendiri. Buat kerja dah ok dah. Tak lawan bos punya. Tapi rasa masih ada perkara yang kurang. Hum...
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)
Nak sambung belajar...nak sambung belajar...nak sambung belajar~~
p/s: Jom ah jumpa Kak Meri penasihat kerjaya kita. Hehehe..
Monday, August 12, 2013
Monday, July 22, 2013
"Update"
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak-sejak bulan Ramadah ni nafsu menulis seakan tiada.
Padahal dah 2-3 draf entri cuba ditulis tapi semuanya hanya separuh jalan.
Nah, mungkin kemalasan ini wajar waktu bulan puasa.
Maktub!
Apa pun, tak update blog tak apa.
Yang penting, update ini :
Salam Ramadhan ke-13 :)
Thursday, June 13, 2013
Paper Work in a paper-less world. *apapunyatajuk*
Bismillahirahmanirrahim.
'Mencipta' projek baru bukanlah mudah. Apatah lagi dalam padang atau 'field' yang berbeza. Ia memerlukan idea 'daebak' [dan gedebak] yang mengalir dari dalam otak dan disampaikan kepada yang berkenaan, lalu diadaptasi dalam bentuk tulisan....tulis-padam-kaji-tulis....dan akhirnya...woah! Siap satu kertas kerja. Tapi ini baru fasa satu.
Cabaran bermula saat idea cuba dijadikan realiti. Macam menyiapkan sebuah puzzle besar. Terpecah-pecah setiap keping - entah ke mana-mana. Bukan mudah untuk menyusun-atur setiap keping yang berterabur tanpa 'manual' yang jelas dan terang serta nyata. Ooohooohoo~
Disitulah hebatnya peranan 'niat' dan 'matlamat'. Selagi faham dan ingat, selagi itu apa yang dibuat akan sentiasa cuba untuk direalisasikan - biarpun lambat macam siput sedut. Biarpun tercabar dengan segala macam gesaan dalaman dan luaran. Biarpun kadang-kadang 'blur' dan tak tahu macam mana nak buat. Dengan 'niat' dan 'matlamat' itulah yang akan menolak kita untuk meneruskan momentum yang ada. Sikit demi sikit.
Cari, kaji, buat - kalau salah, belajar lagi. Proses demi proses. Semuanya akan berusaha untuk disabarkan demi mencapai pengakhiran yang diimpikan. Allah sebaik-baik pembantu.
Dan memang itulah hidup - "A fight within yourself."
*Cewah..Udah-udah la cakap omputeh tu. Tak sedar berterabur~*
:: Tolong siapkan kerta kerja ya..nak buat master plan pulak ni... cewah~
Monday, May 27, 2013
Demi sebuah faham..
Bismilahirrahmanirrahim.
Kali ini lain.
Dia lain.
Faham dia tak seperti orang lain.
Faham dia unik.
'Out of the box' kata orang putih.
Unik yang selalu bikin aku makin pening.
Buat aku fikir yang dia sebenarnya tak faham.
Tapi akhirnya, baru aku faham.
Yang sebenarnya dia bukan tak faham.
Cuma dia tak faham macam yang aku faham.
Itu yang aku fikir.
Yang dia fikir.
Aku tak faham.
Dan tak faham-faham.
Sampai sudah.
Tak ke unik namanya tu.
Dan akhirnya lagi.
Masing-masing cuba mencari jalan tengah.
Mempertemukan dua titik faham yang bertentang.
Atau sebenarnya dua titik tidak faham yang bertentang.
Berkali-kali.
Sampai penat lagi.
Dan lagi..
Dan lagi...
p/s [1] : Takkan habis sampai hujung waktu.
p/s [2] : 'Sharing similarities, accepting differences'
Subscribe to:
Posts (Atom)
Relapse
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...
-
Bismillah... Mantan Untuk kali keduanya. a.K.u sudah bergelar mantan. Alhamdulillah. Dari satu sisi, a.K.u beryukur atas peluang yang diber...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Kawin sudah Angah saya ni. Moga Allah limpahkan kebahagiaan kepada Angah dan Ashraf. Duni...



.jpg)

