Monday, December 22, 2008

aLkiSah~ yang di tunggu-tunggu...

Alkisah Sri Lanka…

Alhamdulillah…syukran lillah…misi telah pun tamat. Ramai yang ternanti-nanti kisah misi a.K.u di Sri Lanka 15-30 Nov yang lepas. Seperti yang dijanjikan, a.K.u sajikan laporan khas untuk sahabat2 & pembaca blog a.K.u yang setia…huhu..

Misi a.K.u

Misi kesukarelaan ke Sri Lanka-pengalaman pertama a.K.u berkhidmat di luar Negara.. a.K.u tahu ramai yang tertanya-tanya kenapa a.K.u ikut grup & misi ini. Ramai yang beranggapan Yuyie (Balqis) & Nadzi menjadi antara penyebabnya. Namun untuk pertama kalinya terlintas kat hati a.K.u untuk join grup ni, lebih kepada minat & prinsip diri. a.K.u cuba cabar diri sendiri untuk berada di tempat @ situasi yang a.K.u tak pernah lalui (pendek kata, hidup susah di rantau orang..cewah..hehe). a.K.u cuba bayangkan diri a.K.u kesorangan & kesusahan. Kerana a.K.u tahu, bila itu berlaku, a.K.u boleh nilai tahap iman & pergantungan a.K.u yang sebenar pada DIA. InsyaAllah…a.K.u mahu teruskan misi ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ ini…

a.K.u

Terus terang, a.K.u sangat kecewa dengan diri sendiri sepanjang misi ni. a.K.u gagal bertahan & bersabar dengan cabaran yang ada. Kasihan adik-adik a.K.u ni, terpaksa melayan perangai-perangai pelik a.K.u sepanjang misi (maafkan akak ya! & terima kasih sebab jaga akak..huhu). Namun, Alhamdulillah, tahap kesihatan a.K.u agak baik berbanding yang lain. Cuma ada sehari tu a.K.u sakit perut yang teramat. Tak tau la kenapa. Masuk angin agaknya. Sepanjang misi, fokus a.K.u turun naik. Pertamanya, cabaran psikologi. a.K.u mengaku a.K.u terlalu lemah berhadapan dengan suasana baru & ahli grup sendiri. Awalnya a.K.u cuba yakinkan diri dengan pengalaman yang telah a.K.u lalui sebelum-sebelum ini. Tetapi a.K.u tak sangka yang a.K.u selemah itu. Keduanya, orang-orang yang a.K.u temui di sana. Harapan & impian mereka kadangkala membuat diri ini terganggu. Ketiga, baru a.K.u perasan yang a.K.u sebenarnya agak sukar untuk berkomunikasi & bergaul dengan orang. a.K.u selalu perlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Hmmm…teruknya…

Namun, di atas setiap kepayahan & kelemahan, pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu tunjuk dan ajarkan padaku. InsyaAllah, a.K.u cuba menilainya sedikit demi sedikit. Apapun, Alhamdulillah, bertuahnya dapat bermusafir di bumi Allah yang sangat indah ini..Subahanallah…terasa diri ini sangat kerdil & selalu lupa diri..nauzubillah…a.K.u benar-benar cuba untuk rapatkan diri dengan DIA. Dengan harapan, latihan ini akan menjadikan aku semakin tabah & sabar dengan setiap perkara yang bakal menimpa…yang mencabar & menguji. Bahkan kebahagiaan juga kadangkalanya sangat menakutkan. Harapnya a.K.u akan sentiasa istiqamah dengan pergantungan ini. Ameen…

k.a.m.i

a.K.u tak pasti bila grup ni mula di tubuhkan. Yang a.K.u tahu, a.K.u mula ikut grup ni dari bulan Julai 2008. Grup Sri Lanka, GPTD. Atas dasar minat yang mendalam terhadap kerja-kerja da’wah di peringkat antarabangsa dan peluang yang ada di depan mata, a.K.u cuba yakinkan diri untuk ikut grup ni. Alhamdulillah, a.K.u di terima. Walupun segan kerana a.K.u adalah satu-satunya ahli yang ‘offer’ diri berbanding ahli-ahli yang lain (terpilih), a.K.u cuba untuk buat yang terbaik. a.K.u yang mulakan, biar buat sampai habis…huhu… Team work dengan ahli grup agak kelam-kabut, tapi masing-masing tetap ‘best’ bila di suruh buat kerja. Tabik ‘spring’ kat Awe selaku ketua grup (toin..toin…) atas usaha murni beliau memartabatkan Grup Sri Lanka ni sekaligus mengetuai grup dengan jayanya..hehe…yang lain…korang tetap comel & bertambah-tambah comel time balik dari Sri Lanka.Hehe. Apa pun, a.K.u masih bersyukur ditemani insan-insan yang amat memahami sepanjang misi ini. Alhamdulillah… Terima kasih juga untuk sahabat-sahabat jemaah yang banyak membantu memberi sokongan, doa & nasihat. Hanya Allah yang dapat membalasnya.


Pengalaman Baru

Pengalaman bertemu insan-insan yang sangat bersemangat membangunkan kembali Bangsa Melayu, belia-belia Melayu Sri Lanka & mengenali Muslim di sana juga sangat membuka mata. Pak Cik jamalon sendiri yang berusia dalam ligkungan 60an, masih lagi bersemangat bahkan sangat bersemangat menaikkan semula semangat Melayu di Kurunegala. Begitu juga Pak Cik-Pak Cik dan Mak Cik-Mak Cik di Kandy Malay Association. Kebanyakan dari mereka merupakan generasi ke-3 Melayu Sri Lanka. Semangat merekalah yang banyak membantu a.K.u meneruskan misi ini.

Alkisah, belia-belia Melayu Sri Lanka tidaklah seperti di Malaysia. Kebanyakan mereka bekerja pada usia yang muda atau menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Malangnya, kebanyakan belia yang sudah habis pengajian lebih selesa untuk bekerja di luar negara. Ini adalah antara sebab utama kegagalan kami menjejaki belia-belia Melayu di Sri Lanka. Namun, masih ada juga segelitir belia yang masih aktif menjalankan aktiviti seperti “Belia COSLAM” (Conference of Sri Lankan Malay). Pertemuan singkat dengan mereka merupakan satu peluang membina jaringan yang lebih baik dengan Belia Melayu Sri Lanka.

Kami juga berpeluang mengunjungi beberapa buah masjid sepanjang misi. Peliknya, kebanyakan masjid yang di kunjungi tidak membenarkan orang perempuan untuk memasukinya bahkan solat di dalamnya. Perkara ini menjadi tanda tanya kepada kami disepanjang misi. Tetapi apa yang lebih menyedihkan, betapa amalan yang bertentangan dengan Islam sangat berleluasa di sini. Hampir kesemua masjid yang kami kunjungi mempunyai maqam (kubur) orang-orang alim yang dipanggil aulia’. Kebanyakan Muslim disana percaya pada keistimewaan aulia’ yang dapat menyampaikan hajat terus kepada Tuhan.


Bahasa

Memula tu risau juga pasal bahasa. Takut-takut tak dapat nak faham bahasa Sinhala. Punya la bersemangat belaja dari Ahmed sebelum ke sana, tapi akhirnya masing-masing guna bahasa Inggeris. Buat pengetahuan semua, bahasa utama di Sri Lanka adalah ‘Sinhala’ dan Tamil. Bahasa Inggeris menjadi bahasa komunikasi kedua. Kebanyakan orang-orang di sana sangat fasih berbahasa Inggeris termasuk kanak-kanak. Jadi, tak lah banyak masalah untuk kami berkomunikasi denan mereka. Tapi yang sedihnya, di sini ada Bahasa Melayu, tapi rata-rata Masyarakat Melayu sudah ramai yang tidak tahu berbahasa Melayu. Kebanyakan dari mereka sebenarnya berasal dari Tanah Jawa. Oleh itu, bahasa yang digunakan lebih kedengaran seperti bahasa Indonesia atau Jawa. Pengaruh bahasa Sinhala, Sanskrit dan Tamil juga menyebabkan Bahasa Melayu Sri Lanka sangat sukar untuk difahami. Pada awalnya, a.K.u cuba juga untuk memahami bahasa mereka sedikit demi sedikit. Namun, akhirnya a.K.u gagal bertahan kerana perbezaan yang terlalu ketara. Sampai pening kepala di buatnya. Huhu.

Budaya

Bila bercakap tentang budaya Melayu Sri Lanka, tak banyak beza dengan bangsa Tamil dan Moors di sana. Terutamanya dari segi pakaian. Kebanyakan wanita disana lebih gemar memakai sari atau 'baju punjab' (panggilan di Malaysia). Yang lelaki pula, seperti biasa kecuali bagi yang beragama Islam, 'kain sorong' dan kopiah menjadi identiti mereka. Sempat kami memperkenalkan baju kurung kepada mereka sebagai baju orang-orang Melayu. Makanan, ada di ceritakan di bawah...(n_n).

Makan

Makanan bukanlah satu perkara yang a.K.u risaukan pada awalnya. Tapi tak sangka pulak ia adalah pertama yang buat a.K.u rasa ‘down’ kat sana. Pelik tapi benar. 3 hari yang pertama, a.K.u cuba mengelakkan diri untuk makan nasi. a.K.u cuba gak sikit-sikit, tapi gagal betahan. Hari yag ke-3, kami diminta untuk mengajar cara-cara membuat sambal tumis disana. Dan bertemankan sambal tumis itulah a.K.u mula berselera untuk makan. Hari-hari seterusnya, a.K.u terus majukan diri untuk makan apa sahaja yang a.K.u mampu. Huhu.

Alkisah, disini kami sangat fobia dengan makanan. Apa tidaknya, di setiap rumah yang kami singah, pasti di jamu dengan makanan yang sama. Air teh yang manis atau jus oren, kek keju, ‘fish cutlet’, pisang, karipap (tak ingat namanya dalam bahasa Sri Lanka) atau samosa. Inilah makanan yang paling kerap kami jumpa. Sampai dah tak larat nak makan. Makan tengahari & malam pula, macam biasa sahaja. Disebabkan mereka orang Melayu, makanan mereka tak banyak berbeza dari makanan Melayu tapi bahan masakan mereka agak berbeza-banyak menggunakan rempah. Jadi kalau pedas pun, pedas rempah. Kadang-kala, sampai berpeluh-peluh kami makan. Tetapi semasa di rumah Pak Cik Jamalon, kami dapat banyak peluang untuk masak sendiri. Ia agak membantu kami yang dah mula rindu pada makanan Malaysia masa tu. Hmm..kalau nak cerita pasal makanan, boleh penuh satu blog ni…hehe..


Rumah & Penginapan

5 hari yang pertama kami tinggal di rumah Pakcik Jamalon di Kurunegala. Sangat selesa & seperti berada di rumah sendiri. Pak Cik sangat mengambil berat hal kebajikan kami. Di Colombo kami tinggal di rumah anak Pak Cik Tohorin (Ahli YMMA). Rumah ni ‘best’ jugak, tapi kelihatan seperti agak lama tidak didiami. Ala-ala muzium gitu. Yang tak dapat dilupa semasa di rumah ini adalah semasa kami pulang dari Hambantota & disambut meriah oleh ramai orang di rumah tersebut. Hari itu merupakan hari terakhir kami menumpang disana. Sebenarnya kami sangat penat & dah berangan-angan untuk terus rehat @ tidur bila sampai di sana. Tapi macam tak sopan pula untuk berehat ‘time2’ macam tu. Jadi kami gagahkan diri untuk melayan tetamu-tetamu tersebut termasuk Tn. Azoor. Akhirnya kami di selamatkan oleh Ahmed (anak Tn. Azoor) yang menghantar mesej kepada Tn. Azoor tentang keletihan kami. Terima Kasih Ahmed! Kami juga tinggal di rumah anak Mak Cik Machiyah di Kent Road. Rumah bertingkat-tingkat yang unik & cantik. Apa yang menarik disini adalah ‘Aiman’. Seekor kucing kah..? Eh, bukan.. Dia adalah cucu Mak Cik Machiya. Setiap kali habis program, kami akan berebut-rebut nak dukung Aiman (kecuali a.K.u). 5 hari di rumah Mak Cik Machiya, kami macam tinggal di Hotel. Hehe. Seterusnya semasa di Hambantota, kami tinggal di Tzu Chi Love Village (kawasan perumahan yang di bina untuk mangsa Tsunami di Hambantota). Kami diberi menumpang di dua buah rumah. Satu untuk lelaki & satu lagi untuk perempuan. Di sini kami sentiasa diserang nyamuk. Guna ubat nyamuk pun tak berkesan. Alhamdulillah, kami dibekalkan dengan kelambu. Apapun, sepanjang misi ini, kami di berikan pengiapan yang sangat-sangat lah selesa…Alhamdulillah…
Misi Berakhir
Kini, misi telah berakhir dan kami kena siapkan segala laporan-laporan yang berkaitan. Saat artikel ini ditulis a.K.u masih lagi di rumah, baru lepas selesai majlis Walimah akak & abang a.K.u yang sedikit huru-hara...huhu. Pagi esok, bapak akan di hantar semula ke hospital. Penyakitnya makin melarat-larat. Lain kali saja a.K.u ceritakan tentang ini. Sekarang, mesti siapkan semua kerja-kerja yang terbengkalai...Sehingga berjumpa lagi...! Tata! =)

Thursday, November 20, 2008

Tabahkan a.K.u Tuhan...




TAbahkan a.K.u Tuhan...
  • Bila diri ini kalah dengan dunia dan isinya...


  • Bila diri ini kalah melihat maksiat di depan mata lalu hanya mampu berdiam saja...


  • Bila diri ini kehilangan sesuatu yang bukan miliknya...


  • Bila diri ini terlalai dengan sesuatu yang tidak sempurna...


  • Bila a.K.u tidak lagi mampu untuk memberi pada makhluk yang lainnya...


  • Bila a.K.u dipuji & dipuja...


  • Bila dicaci juga di cela...


  • Bila diri ini di sakiti...

~Tabahkan a.K.u...sesungguhnya Kau yang memegang hati ini. Maka, tetapkanlah hati ini hanya pada jalanMu... untuk agamaMu..mencari Redha-Mu...Ameen..





Sunday, November 16, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...a.K.u kini berada di Sri Lanka...sedia x sedia, sebagai sukarelawan, perlu sentiasa bersedia untuk tidak bersedia...Semalam flight kol 8.30 am. Tapi kitorang kena berkumpul jam 6 pg di KLIA.
Ni adalah 6 orang sukarelawan yang terlibat untuk misi kali ini. Fahmi, a.K.u, Balqis, Awe, Nadzi & Syah...InsyaAllah..semoga kami dikuatkan hati untuk meneruskan misi ini 14 hari lagi...

Malas nak cerita panjang2...lawat blog kami ya! (gptd-srilanka.blogspot.com)
Personally, perasaan bercampur baur sebenarnya. sepanjang minggu sebelum pergi hingga saat terakhir nak berlepas, masih tak stabil lagi... Gembira, sedih, takut pon ada... mana taknya, tanggungjawab yang sangat berat untuk di galas. Namun, kami sentiasa berdoa agar dikuatkan hati, di tetapkan niat & di beri kesabaran yang lebih untuk misi kali ini.
Apapun, sepanjang sehari berada disini, kami dilayan sangat baik oleh Pak Cik Jamalon & Keluarganya. So, xde la rasa tertekan sangat...Alhamdulillah, semuanya smooth stakat ni...diri ini je yang masih lagi perlu di bantu & di baiki... InsyaAllah, pergantungan pada Allah sentiasa dihati...
Semoga hari yang kedua ni membantu kami untuk lebih memahami & adapt dengan situasi masyarakat disini...
Jap lagi kami akan ke Kandy...
So, jumpa lagi lain kali untuk cerita yang baru...
Wallahu'alam...
p/s: Terima kasih kpd penasihat2 di Malaysia..saya semakin bersemangat \(n_n)/! Alhamdulillah...

Tuesday, November 11, 2008

alkisah~ ape nak jadi.....

Ntah kenapa, dua tiga hari ni emosi turun naik. Sejak balik kampung haritu, hati dah tak menentu. Semuanya gara-gara konflik yang tak selesai dalam diri. Memilih antara Sri Lanka & keluarga. Aku ingat semuanya dah selesai. Tapi tak. Bila masalah tu datang depan mata, mula la gelabah balik. Dah tak tahu nak pilih yang mana satu.

Lepas meeting grup hari khamis minggu lepas, rasanya hati ni dah cukup kental untuk tarik diri dari misi kali ni. Malam esoknya aku call awe. Tapi tak dapat nak terangkan dengan jelas. Bukan tak nak. Tapi tak boleh. Tu lah alasan yang paling mudah untuk diberi. Tapi paling susah untuk di terima. Huh.

Hakikatnya, konflik dalam diri. 23 hb majlis nikah abang kat perak. Aku dah tanya emak pasal misi ni dah berbulan-bulan. Tak pernahnya emak bagi full approval. Gembira sungguh dia bila aku kata aku tarik diri. Hmm, secara jujur, aku sangat lega dan gembira yang teramat dengan reaksi emak. Sebab emak gembira. Aku rasa ni lah kali pertama emak gembira macam tu di sebabkan oleh aku. Mungkin dia lega yang teramat. Aku pon tumpang gembira sebab tak menjadi alasan untuk emak susah hati. Cukup-cukuplah emak pening kepala dengan majlis perkahwinan abang & kakak bulan 12 ni. Namun, tu di pihak emak.

Lain pula ceritanya di kalangan ahli grup. Yang terawal aku bagitau syah & fahmi. Dorang takde masalah sangat. Layankan je (malas nk pikir agaknye). Call awe sebab dia nak beli tiket esoknya. Disebabkan awe nak xm, tak dapat lah nak explain sepenuhnya. Hari sabtu, pegi rumah nadzi. Temankan dia jumpa Mdm. Puteri & cuci kete same2. Alhamdulillah, dapat la sikit rezeki grup. (panjang citenye kat umah nadzi ni…tapi nadzi bejaya mendapatkan rm 1500 dgn jayanya). Tapi xde la aku reveal yang aku dah tarik diri. Kang jadi benda lain pulak. Sudah la hari isnin tu kami sama2 nak xm. Xpe, sabar. Lepas xm, aku meeting TOF. Alhamdulillah, selesai lagi satu tugasan. Malam tu kami meeting dgn Ahmad (Sri Lanka). Ahmad cerita macam2 ttg Sri Lanka. Politik, ekonomi, culture etc. Dapat gak kitorang belajar bahasa ‘sinhala’. Sampai terbelit2 lidah. Huhu. Pastu baru kantoi pasal kes tarik diri tu. Apa lagi, hangin la si nadzi n yuyi…jenuh gak nak memujuknye. Makin di pujuk makin….(mls nk cite panjang…). Pepepon…biarlah dorang tenangkan diri dulu. Huhu.

Time tu la rasa bersalah yang teramat. Bukan sengaja… Segala alasan yang aku bagi tak diterima… Hmm..mana la tak serba salah di buatnya. Pening…pening…

Harini lak meeting ngan Ameen & Aisyah. Adik beradik dari Sri Lanka yang sedang blajar di Malaysia. Dorang ada pengalaman join Colombo Malay Association kat Sri Lanka. Tapi dah lama tak join sbb study kat Malaysia. InsyaAllah Ahmad dan Ameen akan join prog ktorang kat Sri Lanka nanti. (Agaknya la....Eh, aku pegi ke? Hehe).

Malam td, dapat mesej dari awe..Flight hari sabtu..fuh..lega...banyak sket masa nk siapkan kerja...walaupun hati aku 40-60 ke Sri Lanka, aku tetap kena siapkan jugak kerja-kerja yang berlambak tu..

Hmm..ntah ape agaknya yang aku fikirkan sekarang...berserabut kepala..

Tunggu saje lah keputusannya sabtu ni....
Gambar2 time meeting ngan Ameen & Aisyah:


Thursday, November 6, 2008

alKIsah~

Pagi tadi lebey kurang jam satu a.m, a.K.u yang sedang bertugas tanpa henti (poyo je) di ofis GPTD bersama Jihan dan Puteri, telah dapat panggilan misteri dari seseorang...

"Helo, dyll ke tu?"
"Ya, dyll ni..sape tu?"
"Ni Din. Free tak sok? Leh tak jadi fasi prog sek. rendah? Tak cukup fasi ni"

Huhu. Ku ingatkan ada kisah apa pepagi buta di terjah begitu. Guna no public lak tu. Ajak pegi prog. rupanya. Kisahnya, mereka tak cukup fasi. Apa pon a.K.u menerima ajakan tersebut dengan jayanya (program abang a.K.u rupanya).

Pepagi tadi jugak, sampai bilek kol 6.30..siap2 kol 6.45 dah kena gerak pi sana. Nak tak nak terpaksa pakai t-shirt & jeans je..(selambe gile). Tak sempat nak gosok baju. Malu gak ngan fasi 2 yg lain yg sangat comel dengan baju kurung mereka. Hadoiii~

Seronok sangat prog. tadi. "Kem kelab Rukun Negara". Pelik bunyinya. Tapi benar. Prog. setengah hari je. LDK pon tak sampai satu jam. Yang paling best, kembara. Kena jaga check point sorang2. Pas2 buli adik2 tu gila2. Yang paling ku ingat, adik bernama Najib. Seronok sungguh membulinya. =P. Dah lama tak buli orang. Haha.

~Macam pelik kan, minggu2 xm pon pegi prog. Huhu. Hari Selasa hari2 pun sempat gak. Tapi prog. tu tak best sangt coz peserta ramai yg pasif. Hmm..xpelah.. pengalaman gak tu..

Alhamdulillah~



Wednesday, November 5, 2008

alKIsah~

Peringatan Bagi Pejuang Islam
www.iluvislam.com
sting7071
Editor: deynarashid

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhna kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)

2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)

"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)

3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)






Monday, November 3, 2008

kenapa ya?


InsyaAllah, 12 nov ni, kami (grup Sri Lanka, GPTD) di jadualkan akan belepas ke Sri lanka.. (perancangan je...jadi or tak, wallahu'alam... ). a.K.u, awe, syah, fahmi, balqis & nadzi...harapnya kami diberi kekuatan untuk melepasi cabaran demi cabaran untuk merealisasikan misi kali ini.

Pelik tak pelik, pasti ada yang bertanya, kenapa sri Lanka? Kat Malaysia pun masih banyak yang perlu di bantu. dari sudut da'wah & pembangunan sosialnya. Sebenarnya a.K.u sendiri pun tertanya-tanya soalan yang sama sewaktu mula-mula mengenali GPTD. Namun, sdikit demi sedikit persoalan tersebut terjawab. Tapi a.K.u tak lah pandai sangat nak terangkan satu persatu. Kalau sesiapa nak tahu dengan lebih lanjut lagi, jemput lah berziarah ke blog GPTD. =)

Secara peribadi, perlu di akui tugas sebagai da'ie tidah hanya boleh dijalankan di tempat sendiri. Tidak pernah Allah meletakkan syarat berdakwah sesuatu bangsa itu hanya kepada bangsanya sendiri. Islam itu sejagat sifatnya. Biarpun misi kali ini juga adalah di atas dasar mambantu bangsa Melayu di Sri Lanka, namun objektif sebenarnya adalah lebih sejagat. Mahu melahirkan lebih ramai belia-belia Islam yang berpotensi untuk menyampaikan da'wah Islamiyyah ke serata dunia secara umumnya.

Hmm..nak cerita panjang-panjang pun....sila la ke blog Grup Sri Lanka (gptd-srilanka.blogspot.com) dan suarakan sokongan anda... (n_n)

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...