Sunday, January 24, 2010

Takdir~


Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya

Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga



Opic Ft Melly





:: Sahabat, a.K.u sedang nantikan kau... MAhu berTABAH sama kau...=)

Saturday, January 23, 2010

Untuk kita-kita


Untuk kita-kita,
Yang hatinya penuh luka,
Atau pernah terluka,
Penuh rasa kecewa,
Terkhianat dengan diri,
Terkhianat dengan emosi,
Tertipu dengan rasa,
Tertipu dengan peristiwa,
Tertipu sama jiwa..

Untuk kita-kita,
Yang selalu terlupa,
Yang selalu bersangka-sangka,
Yang selalu mereka-reka cerita jiwa,

Yang selalu tangisnya sendiri-sendiri,
Biarpun sebenarnya ramai sudah disisi,

Yang kadang-kala lupa manghargai,
Nikmat-nikmat yang TUHAN sudah beri..

Yang kadang-kadang lupa menginsafi,
Tiap silap langkah di atas bumi,

Yang kadang-kadang terlalu ego diri,
Terasa masih terlalu murni hati dan nurani,

Mari aku ajarkan untuk bangkit,
Menjahit kembali cebis-cebis hati yang telah koyak,
Akibat perbuatan-tangan sendiri,

Mari aku temankan,
Ke jalan yang sama-sama perlu kita lalui,
Yang beralas sepi dan menyendiri,
Di sebalik doa-doa dalam hati,
Kerana tidak dapat aku berjanji,
Untuk terus setia disisi..

Untuk sejadah cinta Tuhan itu,
Di setiap atasnya punya sujud kamu,
Penuh pengharapan,
Kepercayaan,
KeCINTAan,
Menghadap DIA..-YA RABB..

Ya Rabbana..
Sucikan hati-hati kami,
Tanamkan ia dengan penuh CINTA syahdu untuk Engkau,
Perhati ia untuk setia janji KAsih Engkau.
Lindungi ia dari hitam-kotornya.
Perbaiki ia dengan harap yang tidak pernah pudar pada Engaku.
Dan sesungguhnya, kepada Engkaulah hati-hati ini bergantung,
Pada Engkau jugalah ia mengadu untung.
DAn hanya Engkaulah sahaja yang tahu,
Maha Tahu,
akan hidup-matinya hati ini disisiMu.

Subahanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..






:: Positif diri~

Friday, January 22, 2010

Sehari Berdansa~

[Kisah ini sangat panjang. Jangan baca kalau kau bukan seorang yang rajin membaca]
Haha. \(n_n)/


Ini bukan kisah Sehati Berdansa macam kat Astro tu.
Tapi kisah sehari a.K.u dengan Kak Tasya.
Barangkali juga dua hari.
Eheh.

Semalam. Cadang a.K.u ingin ke pejabat PKPM bersama Syafaf.
Kawan a.K.u yang sengal itu. Haha. Gurau je beb. Jangan ambil hati! (n_n)v

Walau a.K.u kepenatan.
Badan sakit-sakit.
Dan kepala juga.
Tadak hal.

Tapi, selepas a.K.u telefon Emak, 360% keputusanku berubah.
"Izzah ada kat rumah Fat"
Cukup.
Terus a.K.u bertukar destinasi.
Mahu juga dapatkan ubat a.K.u kembali.

Hmm..disana.
Main dengan budak-budak kecik.
Memang seronok.
Walaupun dorang ni tak tahu apa-apa lagi.
Haha. Buli dia! =p

Hakikatnya, a.K.u mau rehat.
Rehatkan otak yang semakin memberat.
DAn a.K.u batalkan segala janji a.K.u malam tu.
Sebab a.K.u tak larat. Noktah.



Malam itu a.K.u mintak Abang hantarkan balik UIA.
Tapi di ajaknya pula pegi tengok wayang. Sengal~
Ikutkan juga sebab memang niat abang-abang a.K.u ni sejak minggu lepas lagi.
Walaupun adik-adik tak ada.
Siapa-siapa yang bertuah tu, dapat la.
"The Spy Next Door" di TGV, KLCC
So-so.
Sebab a.K.u dah boleh predict jalan cerita dia.
Hoh! Burink! lol! Rasa nak tertido je dalam panggung.
Tapi pura-pura enjoy gak.
Karang apa pulak Abang kata.

Balik a.K.u tersangat la letih.
Otak makin tak dapat berfungsi dengan baik.
Dan 'kamu' jadi mangsanaya.
Maaf.

Akhirnya a.K.u tak balik UIA.
Bermalam di sana.
Bukan di panggung.
Tapi di rumah Abang Fat.

Pagi-pagi buta, Kak Tasya dah siapkan makanan semua untuk dihantar ke pejabat Abang Fat.
Ada usrah katanya. Buat makan-makan.
a.K.u ikut juga sebab mahu dihantar pulang ke UIA.

Alkisah~
Perlu singgah ke rumah Ummi untuk ambil makana lain.
Banyaklah juga.
Mee Goreng. Bihun goreng. Telur Goreng.
[semua goreng. tak sihat sungguh!]
Dan sambal nasi lemak.

Makanya Kak Tasya yang sudah enam bulan mengandung itu,
mahu angkat sendiri makanan-makanan tu.
Di amanahkan a.K.u untuk pegang/jaga Luna dalam kereta.
Takkan nak tinggal Luna sorang-sorang dalam kereta, ye tak?

Lalu, dengan jayanya dia turun tangga dengan bekas-bekas makanan tersebut.
Naik kesian di buatnya.
a.K.u letakkan Luna di kerusi depan.
Kononya mahu tolong Kak Tasya.
Sedang dia mahu letakkan makanan tersebut di seat belakang.
[Tatkala itu a.K.u sudah di belakangnya, mahu bantu menyusun]
Tiba-tiba.
Di angkatnya sambal nasi lemak dengan tangan kiri.
Lalu..lalu...lalu...
[Tumpang lalu eh...eheh..gurau~=p]
Terlepas bekas tersebut dari tangan dia.
'Splash' [Baik punya bunyi].
Habis carpet kereta..seat belakang & bahagian belakang seat depan.
Penuh dengan sambal.

[Saat itu a.k.u terbayang cite CSI, part orang kena tembak kat kepala. Dalam keadaan darah terpercik sana-sini. Camtu la lebih kurang keadaan kereta tu. Boleh bayang x? Boleh x? haha]
Teeettttt! {tergendala sebentar}

Kak Tasya wat muka blur.
a.K.u apatah lagi.
Masing-masing terdiam.
"Aduh, macam mana ni dik?'
"Err..ntah"
Huhu. Itu je yang a.K.u mampu jawab.

Dalam kereta.
Dia mintak a.K.u call Abang Fat.
Sebab takut kena bebel.
Dan sebab Abang Fat takkan bebel kat a.K.u punya.
Haha.

Sampai kat pejabat Abang Fat, dia cuma tahu geleng kepala je.
"Habis kereta aku"
Mungkin tu yang dia sebut dalam hati.
Dihulur RM100.
"Pergi car wash"
Dari muka dia, ada gak cam gaya bengang-bengang.
Tapi apa boleh buat.
Benda dah nak jadi.
Kak Tasya turutkan je.
Sudah tahu silap sendiri walaupun berjaya sedikit berdalih.
Haha.

Hampir setengah jam kami pusing-pusing cari Car Wash yang sesuai.
Kak Tasya call Abang Fat.
Untuk tanyakan car wash yang sesuai.
Abang Fat suruh ke 'Auto Spa Car Wash'.
Terus kami ke sana.
Bila ditanya.
'RM 200!"
"Mak aih..mahal bebenor"
[Dalam hati a.K.u je la..]

Tapi terpaksa juga.
Kalau tak berbau la kereta tu sepanjang hidup.
Dan kami pula, kena tunggu selama 5 jam.
Kak Tasya cadang melepak di Old Town.
Dalam perjalanan ke OT, a.K.u check poket.
'Alamak, duit tertinggal kat kereta la kak'
'La..hmm, tak apa lah..kita balik rumah Ummi je.'
Dengan nada yang tak berapa kecewa.
Sebab duit yang kami bawak cukup-cukup je. Huhu.
Mujur kunci rumah Ummi tadi kami bawa.

Sampai rumah Ummi. Naik taxi.
Ambil nasi dari gerai Ummi.
Makan kat rumah sambil tengok CSI.
Syahdu sungguh.
Sempat a.K.u tidur segala.

Jam 2.30 petang.
Tuan kedai telefon.
Kereta sudah siap di cuci.

Jam 3, kami sampai di kedai.
Seronok tengok kereta sudah bersih.
Lega. Tapi kurang wangi. =p
Dalam perjalanan balik.
Teringat kat Kakak.
Lalu Kak Tasya cadang pergi jenguk Kakak di rumah.
Apa cerita Dhiya agaknya.

Perjalannya.
Ambil Luna Maya di rumah Ummi.
Pergi rumah Kakak.
Balik UIA.

Di rumah Kakak.
Wah, makin comel kamu Dhiya!
Rupanya, pagi tadi Kakak menggigil semacam.
Dia mahu panggil Kak Tasya temankan.
Tapi tak jadi.
Mujur Kang Wadi sempat belikan makanan.
Kesian Dhiya dan Ibu.
Berdua sahaja di rumah.
Adik pula telefon.
Tanyakan kami di mana.
Dia tunggu di rumah, tapi tak ada orang.
Lalu dia pergi makan kat kedai.
Sabarkan saja.
Datang tak beritahu.
Macam a.K.u juga.
Haha.

Tapi perjalanan kami pun tak mudah.
Cuma kesiah a.K.u pada Kak Tasya.
Sudahlah sedang mengandung.
Lasaknya kesana-kemari.

Tapi, a.K.u juga masih bersyukur.
Punya abang-abang dan Kakak yang sangat bertanggungjawab.
Pada adik-adik.
Pada keluarga sendiri.
Dan baru sekarang ini sebenarnya.
a.K.u benar rasa rapat sama keluarga.
Alhamdulillah.

Jam 5.30, baru benar a.K.u sampai UIA.
Berehat.

Mahu teruskan perjalanan ke KDH.
Tapi tiba-tiba mendapat tugasan.
Perlu di siapkan secepatnya.
Haip!












:: Erti syukur...Alhamdulillah...

Tuesday, January 19, 2010

Cari Jiwa~


Bismillah.


Di gelap malam dia termimpi.
Di terang siang dia mencari.
Jalan apakah yang paling baik untuk dia lalui?

Di kanan penuh liku.
Di kiri bersimpang keliru.

Berpaling dia mencari teman disisi.
Apa yang ada hanyalah bayangnya sendiri.
Mahu ditangis tiada yang mengerti.
Mahu diam terbuku dihati.
Mahu berlari kaki terpaku sepi.

Mencari-menanti.
Diri yang asli.
Rukuk-bersujud mohon di tunjuki.
Bedoa-munajat.
Pinta di dakapi.
Oleh akal, iman, jiwa dan naluri.











:: Untuk jiwa-jiwa, yang belum punya jiwa...


Thursday, January 14, 2010

In the middle of...~


Bismillah.

Dalam hidup.
Manusia sentiasa perlu untuk berubah.
Sama ada dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual.
Namun apa yang menbezakan perubahan manusia antara satu sam lain, bergantung kepada individu itu sendiri.

Namun,
perubahan bukanlah sesuatu yang buruk.
Tetapi, dalam menghadapi proses perubahan, manusia sentiasa perlu melalui
satu proses pencarian yang panjang.

"Transitional Period" ataupun lebih dikenali sebagai
proses transisi dari keadaan yang lama kepada yang baru pasti akan wujud di antara ruang-ruang perubahan.

Dalam teori sosiologi, proses perubahan dilihat sebagai waktu yang 'gelap' dan 'bahaya'.
(Fasa ini lebih dikenali sebagai "Liminal Phases")
Ini kerana sewaktu manusia mula untuk berubah,
ia masih lagi keliru tentang perubahan yang bakal di dihadapi dan tidak juga boleh berpatah balik pada waktu di mana proses itu belum bermula.


Hmm..
Contohnya, perubahan seseorang dari tingkat remaja ke dewasa.
Seseorang itu pasti berada didalam kekeliruan seolah-olah berada di dalam terowong yang gelap.
Ini kerana mereka masih lagi belum dianggap dewasa,
tetapi tidak juga dianggap sebagai kanak-kanak.

"Not yet an adult but not any more a child!"

Bedasarkan contoh diatas,

jelaslah bahawa zaman remaja adalah diantara zaman yang sangat menakutkan dan mencabar dimana kebanyakan individu melalui proses perubahan yang sangat besar dalam hidup mereka.

Sebenarnya entri ini bukanlah tentang apa yang a.K.u belajar di kelas Youth & Society pagi tadi.
Tapi bila dah tulis sikit, rasa bersemangat pula nak sambung. Haha.
Harap-harap a.K.u boleh jawab soalan exam minggu depan. Eheh..=p

Kembali kepada perkara utama.
Proses perubahan bukanlah hanya berlaku sewaktu remaja meningkat dewasa.
Tetapi juga, tanpa disedari, ia berlaku disepanjang perjalanan kehidupan manusia.

Mahu a.K.u analogikan dalam kehidupan a.K.u sendiri.
[Ni la yang a.K.u nak cerita sebenarnya].

Sekarang ini pun a.K.u sedang bersedia menghadapi perubahan kehidupan.
Dan dalam proses itu, terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran.
Terlalu banyak.
Ada kalanya seprti tidak sanggup untuk tinggalkan kehidupan yang ada sekarang.
Tetapi pertambahan usia menuntun perubahan kehidupan.

Sejujurnya, a.K.u masih keliru akan masa depan.
Takut. Risau.
Apakah yang akan terjadi? [siapa tahu?]

Hidup a.K.u [Mungkinkah ada hari esok untuk a.K.u?]
Keluarga a.K.u [Masihkan akan ada disitu?]
Sahabat a.k.u [Masih punya waktukah untuk a.K.u]
Adik-adik a.K.u [Adakah a.K.u masih punya waktu bersama mereka?]
a.K.u [Di mana, siapa dan bagaimana a.K.u selepas ini?]


Mahu atau tidak, perubahan tetap akan ada.
Dengan rela atau paksarela.
Maka, bersediakah a.K.u??












:: Moga dapat mengahadapinya dengan tenang..InsyaAllah~

Tuesday, January 12, 2010

Sebiru Hari Ini~


Sebiru Hari Ini (Edcoustic)

Sebiru Hari Ini
Birunya Bagai Langit Terang Benderang
Sebiru Hari Kita Bersama Disini

Seindah Hari Ini
Indahnya Bak Permadani Taman Surga
Seindah Hati Kita Walau Kita Kan Berpisah

Bukankah Hati Kita Telah Lama Menyatu
Dalam Tali Kisah Persahabatan Ilahi
Pegang Erat Tangan Kita Terakhir Kalinya
Hapus Air Mata Meski Kita Kan Berpisah

Selamat Jalan Teman
Tetaplah Berjuang
Semoga Kita Bertemu Kembali
Kenang Masa Indah Kita Sebiru Hari Ini



[Lagu ini a.K.u tujukan khas untuk adik-adik a.K.u dari Gen-3. Sungguh, kalian adalah citra hati a.K.u yang paling indah. Dari kalian DIA datangkan ilham Cinta, Kasih & Sayang. Dari kalian, dilahirkan rasa peduli dan kuatir. Resah dan gundah. Rindu akan perjuangan. Rindu akan persahabatan. Penghayatan akan kekuasanNya yang mampu merubah hati dari benci menjadi CINTA dan percaya. Yang pernah a.K.u tangiskan setiap rasa. Yang pernah a.K.u kelirukan diri dengan tidak percaya. Kerana a.K.u bukan insan sempurna. Moga sayang-kasih a.K.u pada kalian tidak berubah. Demi CINTA-Nya juga. InsyaAllah]

:: Tiqah, Yuyi, Hawa, Hajar, Epah, Syah, Kemay, Adrian, Mie, Izzat, Zura, Raudhah, K.Su, Fahmi, Aziz, Awe~ [Mungkin ada lagi..tapi tak teringat semua...Maaf]




:: Untuk 'kamu'..sememangnya kita pasti akan terpisah..simpan kenangan itu dalam-dalam ya~

Monday, January 11, 2010

Lagu Cinta ♥


a.K.u terima ‘Lagu Cinta’ dari Loque, Daniel dan sebuah gitar dalam
Cultral Night mentor malam sabtu lepas.MySpace
Sangat tacing tahu! Dulu a.K.u pernah mimpikan, didendangkan lagu dengan cara itu.
Sebab pada a.K.u, main gitar sambil menyanyi itu sungguh mendalam perasaanya.
Dan untuk seseorang yang seperti itu, pastinya dia adalah seorang yang sangat mendalam rasa & jiwanya juga. MySpace

Sungguh! a.K.u sangat suka pada seni, muzik & sastera. Walau di blog a.K.u tiada semua itu, a.K.u masih juga obses kadangkala.
Tapi pernah dulu bila tahu mimpi itu bakal tidak kesampaian.
a.K.u lupakan sahaja.MySpace

Namun, tidak sangka.
Hanya satu permintaan yang semacam mainan, mimpi a.K.u jadi nyata.
Taciang~. Happy~. Weee~. [Gila feeling~].MySpace
Kalau boleh a.K.u mahu lebih lagi.
Tapi tak mahu la demand2.
Walau hanya sekali, a.K.u tetap syukur.
Paling tidak pun, cukuplah dalam hidup ini, pernah a.K.u rasai mimpi termanis ini.MySpace

Lagu Cinta
Oleh: Loque & gitar (dibantu Daniel)

Percaya cinta,
Hadiah dariNya,
Cinta hadir anugerah yang Esa,
Apa itu cinta yang slalu kau puja,
Duka bila bertemu derita....

[Yang penting bukan siapa yang menyanyi, tapi 'makna' disetiap yang tersurat dan tersirat]



Walaupun lagu ni tak habis.
a.K.u terima seadanya.
Cukup!
Cukup untuk bikin a.K.u jiwa2 walau sekadar beberapa ketika. (n_n)!

To Loque: Thankz a lot! =). Kau hampir nyanyikan ‘Biar Jiwa’.
Tapi sayangnya kau tak hafal lirik tu.
MySpace







:: Ehem, ada sapa-sapa lagi mahu jamming sama a.K.u? eheh..MySpace

Relapse

  Paling malas nak layan relapse. Tapi benda tu tetap ada. Tergantung-gantung sampai sakit dada & kepala. Relapse bukan bermaksud tak be...